Resepi Ikan Bawal Bakar Yang Ratah Saja Pun Sedap

4/28/2019 08:59:00 PG
Assalamualaikum..

Selalunya bulan puasa ni menu yang paling glamer, sudah semestinya menu yang bakar. Kalau pergi pasar ramadhan kita boleh tengok kiri kanan depan belakang tang penjuru khemah tu confirm ada ada bakar². Tak ayam.. ikan tak pun menu seafood. Kalau tak beli pun kira boleh buat sendiri kat rumah bukan susah pun. Siapkan bahan² dia dan dan bakar ja. Ni Mommy nak share menu Ikan Bawal Bakar.

---------------------------
baca juga resepi 
--------------------------


IKAN BAWAL BAKAR

BAHAN BAHAN
Ikan Bawal 1 ekor
Daun kunyit 2 helai - hiris rampai
Daun pisang
Aliminium foil
Gula garam secukup rasa

BAHAN KISAR
Lada kering 10 tangkai
Lada besar merah 3 tangkai
Cili padi merah 4 tangkai
Bawang besar 1 biji
Bawang putih 5 biji
Hali sebesar ibu jari 2x
Lengkuas sikit
Belacan sikit

CARA MEMASAK
1. Panaskan minyak..tumis bahan kisar sampaipecah minyak..kemudian masukkan gula garamdan hirisan daun kunyit..kacau2 kejap..

2. Tuangkan ke atas ikan..bungkus ikan dengandaun pisang kemudian Aliminium foil..bakar hinggamasak...dah masak angkat...curahkan lagi sambal..

Nampak sedapkan selamat mencuba

Mommy Ira

1 ulasan:

  1. ini x makan nasi pun x pe ni..kenyang ratah ikan je..bleh jadi menu diet gak ni

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.