Apa Jenis Penyukat Beras Yang Korang Guna Untuk Sukat Beras

3/15/2019 05:31:00 PTG
Assalamualaikum

Tentu korang tahu, dari  zaman dulu kala lagi, orang dah mula  guna  pelbagai jenis alat penimbang  dan sukat dalam kerja harian mereka. Tak kisah la timbang barang ka sukat beras ka. Semuanya kena timbang atau sukat.

Selalunya kita dengar penggunaan ni lebih kepada orang berniaga. Tapi tak juga, kalau nak masak nasi pun kita kena guna penyukat juga. Kalau tak sukat beras tu, kita tak dapat agak banyak mana nak masak dia. Tapi ada jugak orang yang agak-agak ja sukat beras tapi kira terror la kalau masak nasi tak sukat beras. Kalau macam kenduri depa sukat ikut kilo guni beras tu jaa.

Macam-macam jenis penyukat beras yang orang guna. Kadang-kadang guna ja barang yang ada disekeliling kita.  Orang dulu banyak yang guna tempurung kelapa.  Ikut peredaran zaman, ada yang guna tin susu. Nak memudahkan kalau kita beli rice cooker dah di sediakan dengan bekas cawan plastik. Nak lagi mudah beli ja bekas simpan beras sekali dengan bekas sukatan dia. Kira mudah habis dah tu.  Tapi ikut orang juga la jenis mana penyukat yang depa nak guna. Janji masak nasi tuuu..


Kat bawah ni ada la jenis-jenis penyukat yang orang dok pakai la
My MIL masih guna tempurung kelapa ni
 
Kalau kita beli rice cooker memang disediakan dengan cawan plastic ni.


Macam Mommy guna tin susu ni ja..yang tinggi 500g tu..

Yang Mommy tau 3 jenis ni ja la, pasai memang dok guna..rasanya ada lagi yang lain.Kalau ada boleh share k.

~~~~~~~~~
Mommy Ira
 

2 ulasan:

  1. klasik sangat yang tempurung kelapa tu. kat rumah pakai cawan ja. hehe..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Style lama dulu..mil sayang nak buang..kat rumah pun guna tin susu jaa

      Padam

Dikuasakan oleh Blogger.