Cepat Masa Berlalu, Good Bye 2018 Welcome 2019

1/01/2019 06:18:00 PTG


Assalamualaikum..


Makanya.. 

Kembali kepada rutin bangun 4:30 pagi..actually sekolah dah pun mula 1.1.2019. Macam biasa bangun awai buat bekal dekat 4H. Harapnya dapat istiqamah buat bekal kat 4H sampai akhir tahun ni.

 Image may contain: 1 person, standing

Haziq dah pun masuk form 3..tahun untuk pulun brlajar untuk pt3. Tiada masalah ke sekolah. Besaq dah kot takkan nak buat akai lagi.😁

Image may contain: 2 people, people smiling, people standing


Kembar pula dah darjah 2. Masih ada masalah bangun pagi tapi semangat nak pi sekolah. Jumpa kawan² baru dan lama. Seronok dok kelas tingkat atas. Tak payah teman sampai kelas. Siap suruh mama balik lagi 😂

Apa pun masuk tahun baru semangat baru. Belajar rajin² kawan baik² jadi anak² yg dengar cakap. Mama doakan moga dipermudahkan urusan belajar kalian dan dapat hadapi tahun ni dengan baik.

Moga juga dipermudahkan untuk diri dan cik husband dapat handle semuanya dengan baik tanpa ada masalah. Dapat menulis dan publish blog dengan. Apa-apa hal yang berkaitan dengan blog/blogger akan dipermudahkan. Moga dimurahkan rezeki diberi kesihatan yang baik dan di bawah lindungan Allah SWT..😍


Insyaallah..semoga Allah beri kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki, kejayaan, kebahagian buat Mommy sefamily dan juga diberi kesempatan buat kita semua agar terus melakukan kebaikan dalam hidup kita..minta dan doa yang baik² ja..moga dipermudahkan semua urusan kita yang mendatang.

good bye 2018
welcome 2019



good bye 2018
welcome 2019

May Allah bless us..
 
~~~~~~~~

Mommy Ira

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.