Bercuti Ke India Dengan Pakej Kombo Flight + Hotel Bersama Traveloka

By Zahirah Dzahir - 11/08/2018 10:38:00 PTG



Assalamualaikum

Korang ada tak yang pernah jalan-jalan makan angin ke India. Kalau ada yang pernah jalan-jalan ke sana tentu tahu India menarik ke tak. Mommy tak pernah sampai lagi ke India tapi teringin juga la nak pergi. Tapi sebelum kita ke India, sudah semestinya kita kena tahu apa yang ada kat sana, makanan India, tempat yang best untuk kita pi. Bukan mudah untuk plan betul-betul sebab India ini sangatlah besar untuk di explore dalam masa yang singkat. So kena plan betul-betul agar tak buang masa dan duit. So, mana nak cari pakej yang best murah dan berbaloi ni. Jangan susah hati, macam yang dok iklan dalam tv, mudah dengan Traveloka. Kalau korang nak tau, Traveloka  ada menyediakan pakej kombo flight,  hotel dan trip terus ke India. Menarikkan.



TRAVELOKA FLIGHT + HOTEL PACKAGES

Kenapa perlu  kita pilih PAKEJ TRAVELOKA ni? Sebabnya,  dengan kombo ni kita akan dapat tiket flight dan hotel pada kadar harga yang berbaloi dan menjimatkan. Korang mesti fahamkan maksud ‘kombo’ ni. Selalunya harga yang menjimatkan. Lagipun bila kita tempah melalui Traveloka, tak perlulah kita susah-susah nak tempah 1 persatu. Sekali harung ja harga untuk tiket flight dan hotel.





Mudah bila hanya masukkan date untuk pergi dan balik, pilih destinasi yang kita nak pergi dan berapa orang nak pergi. Banyak pilihan hotel yang boleh kita pilih. Tapi yang paling penting, kita kena pilih masa yang sesuai berserta dengan pakej kombo yang ditawarkan. Kalau nak pergi jalan-jalan ni, mesti kita nak pergi ramai-ramai..baru meriah. Makanya pakej kombo memang pilihan yang terbaik unuk menjimatkan bajet korang. Lebih mudah, nak bayar pun hanya dengan online banking. Dah pilih, klik ja bayar.

Macam Mommy, sefamily dalam 6 orang. Kalau nak pergi jalan-jalan ni, bajet yang paling kena fikir. Memang perlu dan berbaloi habis kalau pilih pakej kombo ni. Siap dengan tiket flight dan hotel. Yelah, dah pergi jalan-jalan ni mesti nak shopping , nak makan. Itu lagi, ini lagi.

APA YANG BEST DI INDIA

Ok, kita dah selesai tempah flight dan hotel. Kita study pula yang yang ada dan best di India. Mommy ada bagitau yang Inda ni besar . Takut tak sempat nak explore semua.  Kalau nak mudah, korang dah booking destinasi yang nak pi tu, Traveloka akan bantu  sekali plan trip kita ni. Korang boleh ke Web Traveloka, mereka ada share tentang  India Tour Packages ni.


Sebagai salah satu destinasi pelancongan yang paling terkenal di dunia, India menawarkan tarikan pelancongan menarik, sama ada untuk pekerja seni bina, seni budaya yang kaya dan sejarah serta alam semula jadi yang indah.

Taj Mahal. Rasanya tidak lengkap kalau kita India tak melawat Taj Mahal. Kisah cinta agung Maharaja Mughal, Shah Jahan dan isteri tercinta, Mumtaz Mahal. Tentu korang dah dengar banyak kisah tengang Taj mahal.

Sungai Ganges. Ia dianggap sebagai salah satu sungai-sungai yang penting untuk Hindu itu kerana ia adalah disembah sebagai Ganga Dewi dan berjuta-juta kaum India yang tinggal di sana. Tebing sungai pula mempunyai seni, muzik dan budaya yang pasti menarik untuk dikunjungi.

Selain dari Taj mahal dan Sungai Ganges, antara tempat menarik yang boleh kita lawat ialah Red Fort, Namgyal Monastery, Jim Corbett National Park, Golden Temple dan banyak lagi.

MAKAN DI INDIA

Kalau kita jalan –jalan kat tempat orang, rugi la kalau kita tak rasa menu masakan diaorang. Macam di India ni pun menu lebih kurang sama dengan kita. Cumanya menu tu lebih kepada rempah ratus. Sana pun banyak  kedai halal dan yang penting kita boleh makan tanpa was-was.



Antara menu yang popular di India tentula Nasi Beriani. Hidangan nasi campur yang dipenuhi dengan daging atau ayam perap, rempah ratus, dan saffron yang berbeza-beza. Banyak jenis Nasi Beriani yang ada , seperti kacchi Beriani, daging beriani,  beriani delhi. Cumanya kita kena pandai cari kedai mana yang sedap nasi berianinya. Selain itu, Idli dan Panner juga menu popular di India. Idli adalah kek kukus, rasanya manis, dibuat dari adunan beras yang dicampur dengan kacang hitam. Paneer pula keju yang memang ada dalam setiap masakan India.

TEMPAH TIKET PENERBANGAN DAN HOTEL KE INDIA DENGAN TRAVELOKA.

Dengan penerbangan dan tiket pakej disediakan di Traveloka Malaysia, korang boleh melawat India lebih mudah dan lebih murah. Boleh pilih pelbagai pakej pelancongan yang disediakan oleh traveloka. Dan kita juga boleh pilih dan ubah ikut kesesuaian masa kita. Dan yang penting Taveloka menyediakan pakej murah  kombo flight + hotel dan harga ditawarkan berpatutan. Boleh plan awal dan sediakan bajet untuk kegunaan di sana ja.

Tunggu apa lagi, plan percutian korang dari sekarang. Nak lebih info lanjut boleh ke Traveloka untuk deals terbaik ni. Features terbaru Traveloka ini adalah di laman web dan Aplikasi Android. Kalau untuk pengguna iOs, tunggu dalam masa terdekat akan ada dalam bentuk iOs. Nak lebih mudah, nak lebih jimat, Traveloka kan ada.

www.traveloka.com.my

~~~~~~~~~~~
Mommy Ira

  • Share:

You Might Also Like

3 orang berborak di sini!