Mudah Dengan Homemade Stok Serbuk Lada Hitam

10/21/2018 05:48:00 PTG


Assalamualaikum

Rasanya ramai yang kenai Lada Hitam..kalau tak kenai boleh gugel tak pun tengok gambar kat bawah. Jangan confuse naa antara lada hitam dan lada putih atau lebih dikenali sebagai lada sulah. Hanya yang bezakn dua lada tu hanya, kaler ja..hitam dan putih. 


Lada² ni pulak ada yang biji ada yang serbuk. Kalau yang serbuk tu ada jual dalam botol² . Dah ditambah bahan² yang lain . Kiranya ada rasa la.. bukan lada yang kosong tu. Tapi kalau tak mau beli yang dah ready made..boleh ja buat sendiri. 

Macam Mommy buat ja sendiri. Selalunya guna lada hitam sebabnya dok guna yang tu kerap. Senang, nak guda dah ada yang siap mesin, tak payah dah nak klam kabut bagai. Macam lada putih/sulah pun guna juga. Ikut menu masakan perlu masukkan yang mana. TAPI serbuk lada ni Mommy tak tambah garam ka serbuk perasa ka..kiranya semata² lada hitam. Nak bgi rasa yang asli sebabnya satgi kita nak buh bahan² lain jugak dalam masakan kita tu. 

Nak buat serbuk lada hitam yang sedap, kita kena pilih biji lada hitam yang elok. Selalunya Mommy beli kat Mydin yang bahagian rempah ratus tu. Beli la banya mana yang kita nak. Simpan separuh yang biji,  separuh lagi mesin.


Sebelum mesin tu, elok basuh dulu. Bagi kering betul baru mesin. Ikut kita nak mesin sampai halus ka nak mesin separa halus. Dah siap mesin, simpan dalam bekas yang mudah kita nak guna. Mommy buh dalam bekas penutup yang berlubang. Senang bukak tudung, tuang ja dalam masakan. Lepas tu simpan dalam peti ais.




Mudah kannnn.. 

~~~~~~~~~
Mommy Ira

4 ulasan:

  1. Senang nk guna. ..
    Yg serbuk pon ada jual, tapi mak kata xbrapa bau sgt. . So selalu akan tumbuk atau blend ja mcm ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betull..tak brapa nak bau lada tu..nak guna buat sendiri jaa.. 😊

      Padam

Dikuasakan oleh Blogger.