Gotong Royong buat Bubur Asyura bersama Rukun Tetangga Taman Berjaya dan Kampung Peremba

By Zahirah Dzahir - 10/08/2018 01:46:00 PTG

Assalamualaikum..


Baru –baru ni Mommy ada join geng taman Mommy bergotong royong buat bubur asyura. Ni aktiviti Rukun Tetangga Taman Berjaya dan Kampung Peremba. Sebelum ni Mommy tak join sebabnya ada hal yang tak dapat di elakkan. Kali ni dah free, join je lah. 
Mula tu jam 9 pagi, buat dekat masjid taman. Kira ramai jugak la. Cumanya yang ramai tu warga mas. Ada la geng nuda-muda Cuma tak ramai. Sebabnya taman Mommy ni taman lama, anak masing-masing dah besar. Dah kawin, keja, depa  pindah dok tang lain. 


Walaupun banyak warga mas, aktiviti tetap meriah. Dah nama pun  gotong-royong, kerja yang susah menjadi mudah. Semua orang ada tugas masing-masing. Geng laki dok kat luar sedia khemah n tukang kacau, geng pompuan pula dok dalam potong dan sedia bahan untuk bubur asyura . Pakat bawak bahan sorang sikit  untuk bubur asyura. Ada yang bawa kacang hijau rebus, kacang kuda, kacang tanah, jagung, pisang, buah nangka dan lagi dan lagi.

 
Dah selesai siap semua bahan, angkat semua tak kat bawah khemah.  Tugas geng laki pula untuk kacau bubur asyura. Sementara dok tunggu bubur asyura tu siap, ada sikit la hidangan yang di sediakan. Macam biasa ada kuih muih dan nasi untuk lunch. Semua ni juga pakat bawak sorang sikit. 


Berhempas pulas jugak la pakat dok kacau bubur asyura tu, 4 periuk yang di sediakan. Dah siap, periuk-periuk tu di bawa masuk dalam, tugas geng pompuan pulak tuang bubur asyura masuk dalam bekas-bekas yang sedia menunggu.
Tunggu siap semua masak, siap bedak, dekat jam 1 petang baru selesai. Makanya dah selesai semua, pakat ambik sebekas 2 bawak balik. Selesaiiii..






~~~~~~~~~
Mommy Ira

  • Share:

You Might Also Like

4 orang berborak di sini!

  1. sedapnya! tak makan lagi bubur asyura yang kalini

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rasanya kali ni macam tak ramai pulak yang up psai bubur asyura..ni pun psai buat ramai²..klau tak kak pun tak makan..😂

      Padam
  2. Suka aktiviti gotong royong macam nie.. mengeratkan silaturahim..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada aktiviti macam ni baru boleh berkumpul dan jumpa ramai²

      Padam