Apa Yang Best Dengan Buku Serenity Dan Fragile dari Syira Lokman


Assalamualaikum

Hai korang. Mommy nak tanya ni. Firstly Mommy nak ucapkan tahniah kepada Syira Lokman, penulis muda yang telah menghasilkan 2 buah buku motivasi iaitu, 
Serenity dan Fragile. 


Siapa dah baca buku hasil tulisan dari Syira Lokman..

Tentu ada yang pernah baca buku ni. Kalau korang  yang dah baca tentu tahu cara penulisan dan kisah yang telah dismpaikan oleh Syira Lokman. Mommy dah pun baca 2 buah buku ni. Ini bukan novel,  tetapi buku motivasi, cerita berkisarkan kehidupan dan ketuhanan.

Buku pertama yang ditulis oleh Syira Lokma bertajuk Serenity. Buku ni kisah tentang cara yang terbaik untuk kita mencari jawapan untuk jiwa yang kosong dan macam mana kita mengubah pandangan kita tentang kehidupan. Buku ni juga dapat membantu kita muhasabah diri kita sendiri dari kita menyalahkan dengan apa yang telah berlaku. Sememangnya hidup kita ni tak lari dari buat kesilapan. Memang bagus untuk dibaca untuk kita rasa lebih bersemangat dalam kehidupan. Buku Serenity ni ada 41 tajuk yang berkaitan dengan konflik diri, rezeki, soal pembelajaran, motivasi, kejujuran dan seluruh kehidupan.


Macam buku Fargile pula, nak sama juga macam buku Serenity. Buku motivasi tentang kehidupan yang menyentuh soal diri, hubungan dengan manusia dan Allah SWT. Sangat sesuai untuk mereka yang sedang terluka. Sarat dengan kata-kata positif yang menyentuh jiwa. Walaupun terluka, bangun semula untuk teruskan kehidupan. Tujuan kita dihidupkan di dunia ini bukan sahaja untuk diri sendiri tetapi orang lain dan Allah Maha Esa. Setiap persoalan yang ada seakan berjawab dengan isi buku ini. Semua yang telah berlaku ada hikmah di sebaliknya.


Korang kena beli dan baca sendiri. Buku yang ditulis dengan gaya penulisan monolog hati serta puisi.Baru korang dapat menghayati apa yang cuba disampaikan oleh Syira Lokman dalam buku Serenity dan Fragile.

Kalau korang yang tengah down tu, daripada dok sedih tak sudah, cuba baca buku-buku motivasi macam ni. Mommy syorkan cuba baca buku Serenity dan Fragile. Mana nak tau kot ada semangat tu . Kadang² dalam kehidupan kita ni perlukan kata-kata  semangat dan kata-kata yang positif 

Macam mana nak dapatkan buku FRAGILE & SERENITY .. korang boleh cari kat Popular atau MPH. Tak pun boleh beli online di Bookcafe.com atau Komradbuku. Boleh juga DM terus dari Cik Syira Lokman di FacebookPage ataupun DM instagram beliau. Korang akan dapat siap dengan autograf oleh penulisnya sendiri. 


Nak tengok review berkaitan Serenity dan Fragile boleh ja tengok kat blog beliau https://syiralokman.blogspot.com/  . Tak pun search ja #serenitysyiralokman  atau #fragilesyiralokman di facebook dan instagram. Korang akan dapat lebih banyak info tentang buku-buku ni .

So, kalau korang berminat, beli dan baca. Tak baca mana kita nak tahu best ka tak..ok..babaiii..



~~~~~~~~~
Mommy Ira

2 ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.