Resdung | Dr. Erna Nadia

8/26/2018 02:15:00 PTG
Assalamualaikum

RESDUNG

Doktor, hidung saya tersumbatlah. Nak bernafas pun susah. Kepala pun sakit je kat depan ni, lepastu rasa nak demam pun ada sakit tekak sikit pun ada, telinga pun macam sakit sikit.



Ramai yang datang klinik dengan simptom ni.

Ianya boleh disebabkan oleh sinusitis( resdung), demam virus biasa, jangkitan virus akibat alahan ( allergic rhinitis), pembengkakan tonsils ( tonsilitis) atau masalah hidung atau rongga hidung atau upper respiratory tract infection ( jangkitan kuman di bahagian atas pernafasan)


Bukan semua bersin itu adalah resdung.


Salah satu punca resdung adalah disebabkan oleh jangkitan bakteria ke atas hidung dan rongga di sekelilingnya yang dipanggil sinus.


Sinus sebenarnya adalah rongga-rongga di dalam tulang muka yang bersambung ke hidung melalui saluran-saluran yang sangat kecil.


Sinus terletak pada bahagian muka - pipi di bawah mata, di antara dua mata, hanya sedikit di belakang hidung dan turut meliputi bahagian dahi seseorang.


Ia terbahagi kepada empat; masing-masingnya dikenali sebagai sinus frontal, sinus maksila, sinus etmoid dan sinus sfenoid.


Fungsi sebenar sinus tidak diketahui dengan tepat tetapi ada antara teori mengatakan sinus berfungsi meringankan tengkorak selain turut memainkan peranan dalam degungan suara.


Biasanya lendir dihasilkan oleh rongga-rongga ini pada setiap masa dan disalirkan ke dalam hidung.


Jika saluran daripada sinus ini tersumbat, lendir akan terkumpul dan rongga sinus menjadi tempat pembiakan yang baik bagi kuman bakteria serta bengkakan di dalam lapisan hidung juga boleh menyebabkan salur sinus ini tersumbat.


Salah satu punca utama bengkak dalam hidung ini ialah radang hidung disebabkan oleh alahan (rhinitis) yang agak berleluasa dalam masyarakat kita.


Resdung boleh juga terjadi disebabkan oleh rerambut halus atau silia di dalam sinus yang sepatutnya membantu pengaliran mukus, gagal menyempurnakan tugasnya.


Asalnya, virus-virus yang menyebabkan selesema biasa, menyerang lapisan dalam hidung dan sinus menyebabkan bengkak dan menyempit.


Badan juga bertindak balas terhadap virus dengan menghasilkan lebih banyak mukus. Ini menyebabkan hidung tersumbat dan nanah terkumpul di dalam sinus yang bengkak. Sebab tu pesakit akan rasa sakit2 di bahagian muka/sinus.


Simptom resdung adalah :


1)Hidung tersumbat
2)Lendir daripada hidung dan tekak
3) Muka berasa sakit dan berat terutamanya pada bahagian antara mata
4) Sakit tekak berpanjangan dan berulang-ulang
5)Demam atau rasa tidak sedap badan yang berpanjangan akibat gejala di atas
6)Gejala alahan hidung seperti bersin, gatal hidung , hidung tersumbat dan sebagainya.

Punca resdung:


1)Susunan tulang dalaman hidung yang sempit
2)Hidung bengkok
3)Mandi dan terjun di dalam air yang kotor
4)Jangkitan gigi atas
5)Ketumbuhan di dalam hidung
6) Objek dimasukkan ke dalam hidung, contohnya putik kapas, maik dan kertas
7)Tisu belakang hidung yang bengkak terutamanya kanak-kanak.

Rawatan adalah berdasarkan gejala pesakit dan hasil diagnosis, rawatan bersesuaian akan disyorkan.


1)Antibiotik (10 hingga 14 hari bagi resdung akut)
2)Ubat selesema atau anti histamine
3)Dekongestan; ubat titis atau semburan hidung
4) Pembedahan hanya akan dipertimbangkan setelah rawatan-rawatan lain tidak berkesan ataupun jika ada sesuatu yang menghalang sinus dan ia tidak dapat disembuhkan dengan ubat-ubatan.

Bagaimana mengawal resdung?


1)Bagi pesakit yang mempunyai alahan hidung disarankan agar tidak menyapu rumah tetapi menggunakan vakum atau mop.
2)Elakkan makanan yang boleh menyebabkan alahan.
Setiap individu alah kepada makanan yang berbeza terutamanya ramai orang yang tidak boleh memakan makanan laut yang kaya protein atau belacan atau chocolate atau cheese atau coffee dan ada juga disebabkan oleh cuaca sejuk.
3)Banyakkan berehat. Berbaringlah menggunakan bahagian badan yang membuatkan anda bernafas dengan lebih baik kerana ia berupaya melegakan resdung
4)Hirup sup atau cecair yang panas dan minum banyak air
5)Lap muka anda dengan menggunakan tuala yang dibasahkan dengan air suam ataupun melakukan pernafasan wap
6)Jangan menggunakan semburan hidung dekongestan lebih dari tujuh hari.
Jika tidak, bengkak di dalam sinus akan menjadi lebih teruk selepas anda memberhentikan penggunaannya
7)Bilas saluran sinus menggunakan larutan salina yang boleh didapati di farmasi
8)Anda juga boleh menggunakan ubat-ubatan seperti acetaminophen dan paracetamol untuk merawat kesakitan
9)Berbincanglah dengan doktor anda sebelum mengambil ubat demam kerana sesetengahnya boleh memburukkan gejala resdung ataupun menimbulkan lain-lain masalah.

Kawal pemakanan kita.


Tak perlu pergi berubat kampung letak asap bagai kat luar hidung.
Ianya bukan ulat tapi ianya adalah kotoran yang sudah lama terkumpul di dalam rongga sinus.

Jangan main beli sahaja ubat ubat resdung di toko toko jamu kerana kebanyakkannya mengandungi steroids dan steroids adalah berbahaya kepada tubuh badan kita jika terlebih dose.


“Sesungguhnya ALLAH suka pada bersin dan benci pada menguap.  Apabila salah seorang di antara kamu sekalian bersin dan memuji ALLAH Ta`ala (membaca hamdalah), maka adalah tuntutan ke atas setiap muslim yang mendengarnya mengucapkan:  “yarhamukallah
يَرْحَمُكَ الله” (semoga ALLAH merahmati kamu).  Adapun menguap, maka itu berasal dari Syaitan.  Apabila salah seorang di antara kamu sekalian menguap maka ia mesti menahannya sekuat tenaga, kerana apabila ada salah seorang di antara kamu sekalian menguap, maka Syaitan mentertawakannya.”
(HR al-Bukhari)

Dr. Erna Nadia

Paracetamol atau nama glamernya panadol tidak mengandungi steroids ok

Kredit fb Dr. Erna Nadia

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10155357346461919&id=708751918

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.