Tamat Sudah Kembar Belajar Di PASTI Sesi 2017

11/24/2017 01:31:00 PTG
Assalamualaikum..

Sedih plus happy bila kembar hazim dan Hadif dah pun tamat sesi pra sekolah sesi 2017. Sat ja dah habis 2 tahun kembar belajar di PASTI Khalifah At Taqwa. Bila dah habis belajar pra sekolah..makanya ada pula majlis konvokesyennya. majlis meraikan semua pelajar tamat pra sekolah. 

Mommy  ada sedikit emo bila tengok kembar  atas stage  haritu. Dah besar kembar teruna Mommy ni..tahun depan dah masuk tahun 1.  Risau pun ada  bila  fikir  kembar  nak  masuk  tahun  1. Biasa la..tak sah kalau, mak2 ni tak dak sindrom susah hati bila anak nak masuk peringkat seterusnya.

Apa yang Mommy harapkan .. moga sepanjang 2 tahun kembar belajar di pra sekolah..banyak ilmu yang kembar dapat pelajari di situ.

Wonderfull teachers..a very kind ang loving principal..tqvm PASTI KHALIFAH At TAQWA..moga allah merahmati hidup kalian.

konvokesyen PASTI




bersama pengetua Pasti Khalifah At Taqwa

Cikgu Farah dan Cikgu Norma

Kawan sekelas 6 tahun





- Mommy Ira -

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.