DAGING BAKAR ALA THAI dari FB Resepi Masakan Terkini

By Zahirah Dzahir - 12/31/2015 06:47:00 PTG

Assalamualaikum..




DAGING BAKAR ALA THAI

*Proses Pertama ( Penyedian Daging )

1.Daging ~ 1/4 Kilo ( daging kotak/sejukbeku atau Daging Segar)
2.Bawang Putih ~ 3 ulas
3.Bawang Merah ~ 1 ulas
4.Kicap Manis ~ 2 sudu Besar
5.Sos Tiram ~ 1 sudu Besar
6.Garam ~ 1 sudu Kecil
7.Aji No Moto ~ ikut citarasa/boleh diganti sedikit gula
8.Serai ~ 1 Batang


Cara Membuatnya

- Daging kotak , defrost microwave 4 minit ,dicuci ,dan dibiarkan kering 10 minit atas suratkhabar lama.
- Dipotong nipis setebal daging burger.
- Bawang putih,Bawah Merah dan Serai,Garam,dan Aji diblender lumat
- Campurkan Kicap manis,Sos Tiram

- Akhirnya semua bahan digaul rata. Masukkan daging dan digaul rata.
- Masukkan dalam bekas bertutup.Perapkan dalam petisejuk minima 3jam.


*Proses Kedua ( Sos untuk cicah )

1.Cili padi/cabai melaka ~ 5 biji
2.Cili Merah ~ 1biji
3.Belacan
4.Bawang puith ~ 2 ulas
5.bawang Besar ~ 1biji besaiz kecil ( diameter 35mm)
6.Gula ~ 1/2 sudu kecil
7.Garam sedikit
8.Aji sedikit
9.Limau Nipis ~ 1biji
10.Asam Jawa ~ 3 biji/ambil airnya sahaja


Cara cara:

- Bawang Putih,Bawang Besar,Belacan dibakar microwave 4 minit med high
- Masukkan kesemua bahan tadi kedalam blender dan blender lumat
- SIAP MASUKKAN KEDALAM BEKAS BERTUTUP (simpan ditempat yang selamat)
- SELEPAS 3 JAM ATAU LEBIH bolehlah dibakar sehingga daging masak...

kredit fb Resepi Masakan Terkini's photo.

- Mummy Ira -


  • Share:

You Might Also Like

0 orang berborak di sini!