Kesan Malnutrisi Terhadap Pertumbuhan Kanak Kanak - Dr Zulkifli Ismail
By Zahirah Dzahir - 9/04/2015 04:54:00 PTG
Assalamualaikum..
Apakah
yang terjadi apabila seorang kanak-kanak tidak mendapat pemakanan sempurna yang
diperlukannya?
oleh Datuk Dr Zulkifli Ismail ( Pakar Runding Pediatrik dan Kardiologi Pediatrik )
Aspek-aspek malnutrisi termasuk:
Kurang berat badan
Statistik kurang berat badan dalam kalangan kanak-kanak di
Malaysia ialah 13.2% dan merupakan risiko utama bagi penyakit di seluruh dunia
dan faktor risiko bagi kematian kanak-kanak disebabkan oleh penyakit
cirit-birit, campak, malaria dan pneumonia.
Berlebihan berat badan
Statistik berlebihan berat badan dalam kalangan kanak-kanak
Malaysia ialah 8%, dan merupakan risiko global bagi kematian serta
bertanggungjawab bagi peningkatan risiko terhadap penyakit-penyakit kronik
seperti penyakit jantung, diabetes dan darah tinggi (hipertensi).
Terbantut
Statistik terbantut dalam kalangan kanak-kanak di Malaysia
dalam tahun 2006 ialah 15.8%. Pemakanan tidak sempurna dalam tempoh 1000 hari
pertama kehidupan kanak-kanak terbukti menyebabkan pertumbuhan terbantut yang
kekal dan dikaitkan dengan keupayaan kognitif yang terjejas dan pencapaian di
sekolah dan tempat kerja yang rendah.
Susut
Malnutrisi akut, atau susut, terjadi akibat kegagalan
peningkatan berat badan. Berat badan kanak-kanak susut adalah lebih rendah
daripada berat badan yang sesuai untuk ketinggian mereka. Susut adalah indikasi
penyakit-penyakit seperti tuberkulosis, penyakit Lou Gehrig, sklerosis
berganda, dan juga kanser.
Kekurangan mikronutrien
Juga dinamakan ‘kelaparan tersembunyi’, ia berpunca daripada
kekurangan vitamin dan mineral penting (seperti, vitamin A, zink, zat besi,
magnesium) dalam diet. Ia boleh menyebabkan penyakit, kurang penglihatan,
kematian pramatang, produktiviti rendah, dan perkembangan mental yang terjejas.
Simptom-simptom malnutrisi dalam kalangan kanak-kanak termasuk:
- Kegagalan membesar dengan normal, dari segi berat dan tinggi
- Perubahan tingkah laku seperti kelihatan lebih rengsa daripada biasa, lesu atau resah
- Perubahan warna rambut dan kulit
- Mengambil masa lama untuk sembuh daripada jangkitan atau luka
- Kurang daya tumpuan
- Cirit-birit yang berulang
- Kemurungan
Kemudiannya, anda pula boleh mengawasi pertumbuhan mereka sendiri dengan mengukur indeks jisim tubuh atau body mass index (BMI) menggunakan carta pertumbuhan (lihat artikel Adakah Anak Anda Membesar dengan Sempurna?).
Memandangkan pemakanan memainkan peranan penting dalam kesihatan dan keseluruhan pertumbuhan serta perkembangan anak anda, maka anda bertanggung jawab untuk menyediakan pemakanan secukupnya. Menyediakan makanan yang seimbang dan pelbagai daripada jenis kumpulan makanan yang berbeza pada setiap waktu makanan merupakan cara terbaik untuk memastikan anak anda mendapat nutrien-nutrien dalam gabungan yang sihat.
sumber dari http://mypositiveparenting.org/
0 orang berborak di sini!