Kajian Dapati Lelaki Berbadan 'Sado' Tidak Kuat

By Zahirah Dzahir - 9/28/2015 10:47:00 PG

Assalamualaikum..

 
London - Memiliki tubuh badan yang sasa atau ‘sado’ mungkin menjadi idaman ramai lelaki kerana percaya otot yang lebih besar menjadikan mereka lebih kuat.

Bagaimanapun, satu kajian sekumpulan penyelidik di Universiti Manchester Metropolitan di Britain mendapati otot yang besar tidak semestinya menjadikan anda kuat.

Kajian Profesor Hans Degens dan pasukannya mendapati tisu otot yang sederhana menghasilkan lebih tenaga berbanding tisu otot yang terlalu besar.

Hasil kajian kumpulan itu diterbitkan di majalah Experimental Physiology baru-baru ini.

Degens dan pasukannya mengkaji 12 ahli bina badan, enam atlet sukan dan 14 lelaki normal yang aktif secara fizikal.

Penyelidik itu kemudian mengkaji dan mengukur saiz sel otot setiap subjek bagi membolehkan mereka mengenal pasti tenaga yang dihasilkan serta kualiti otot.

Kajian mendapati, walaupun ahli bina badan memiliki sel otot yang lebih besar berbanding lelaki biasa, tenaga yang dihasilkan lebih rendah.

Atlet sukan pula didapati memiliki kualiti otot yang hampir sama seperti lelaki biasa yang aktif, tetapi mampu menghasilkan tenaga lebih cepat menjadikan mereka lebih kuat.

“Ramai antara kita kagum dengan otot besar ahli bina badan dan beranggapan mereka kuat seperti watak komik Incredible Hulk.

“Bagaimanapun, kami dapati sel otot ahli bina badan menghasilkan kurang tenaga berbanding lelaki biasa yang aktif,” katanya. - Agensi

- Mummy Ira -

  • Share:

You Might Also Like

0 orang berborak di sini!