Pengambilan ' Epidural' Salah Satu Kaedah Untuk Mengurangkan Sakit Bersalin

By Zahirah Dzahir - 9/12/2019 11:36:00 PTG

Assalamualaikum..

Kaedah epidural ini merupakan pembiusan separuh badan.- Gambar hiasan
Kaedah epidural ini merupakan pembiusan separuh badan.- Gambar hiasan - See more at: http://www.utusan.com.my/gaya-hidup/kesihatan/mengurangkan-sakit-bersalin-1.135460#sthash.GAAMuaVN.dpuf
Kaedah epidural ini merupakan pembiusan separuh badan.- Gambar hiasan



Kesakitan semasa bersalin jika tidak terkawal akan membawa beberapa masalah kepada ibu dan juga bayi. Kesakitan semasa dalam proses bersalin yang tidak dikawal boleh meningkatkan tekanan pada ibu dan mereka menjadi lebih stres dan terganggu. 

Menurut Dr. Sharifah Halimah, ini akan meningkatkan paras hormon stres di dalam darah ibu dan menggangu pengecutan rahim secara efisien.

Akibatnya, ibu boleh mengalami prolonged labour iaitu kegagalan untuk pintu rahim terbuka mengikut jangka masa yang ditetapkan. Kemudian, ibu menjadi keletihan dan pasrah sehingga tidak mempunyai tenaga untuk meneran keluar bayi apabila pintu rahim sepenuhnya terbuka. Lebih lama bayi berada di dalam tulang pelvis, lebih tinggi risiko bayi untuk menjadi lemas atau tekanan.

Kelebihan epidural

Dr. Sharifah Halimah memberitahu, epidural memberi ibu pengalaman bersalin yang lebih baik dan tidak menakutkan ibu untuk hamil semula pada masa akan datang.

“Ibu lebih tenang semasa proses melahirkan dan semasa meneran bayi. Oleh kerana ibu tidak stres dan panik, ibu boleh mendengar segala arahan dan galakkan yang diberikan. Otot rahim akan mengecut dengan lebih baik lagi dan kurang risiko pintu rahim tidak membuka dengan baik seperti yang dijangkakan,” katanya.

Keburukan epidural

Epidural ialah satu prosedur yang selamat tetapi kadang-kadang boleh memberi kesan sampingan antaranya:

i) Epidural boleh menyebabkan tekanan darah ibu menjadi terlalu rendah dan jika tidak dikesan ia akan mengakibatkan bayi lemas dan ibu harus dibedah segera.

ii) Ibu yang mengambil epidural, tidak dapat bergerak bebas dan terikat di katil sepanjang proses bersalin dan memerlukan jagaan rapi untuk memastikan tekanan darah ibu tidak turun mendadak dan memerlukan pantauan bayi yang berterusan.

iii) Hilang kawalan pundi kencing dan ibu tidak berasa hendak kencing. Kemudian, meraka dibantu dengan tiub catheter untuk mengeluarkan air kencing. Pundi kencing yang terlalu penuh akan menganggu proses bersalin dan boleh tercedera semasa melahirkan bayi.

iv) Jika pintu rahim telah terbuka sepenuhnya, akibat kebas di bahagian pinggul dan ke bawah, ibu jarang dapat meneran keluar bayi secara efisien. Ini meningkatkan risiko panjang jangka masa bersalin peringkat akhir dan memerlukan penggunaan forcep atau vakum untuk membantu menarik keluar bayi.

v) Risiko lain yang jarang berlaku ialah kekoyakan lapisan dura (dura tear) akibat tusukan jarum epidural dan mengakibatkan cecair spinal keluar dari ruang epidural dan menyebabkan jangkitan kuman yang boleh membahayakan otak dan urat saraf. Bocor lapisan dura boleh mengakibatkan ibu mengalami sakit kepala yang teruk selepas bersalin. Mengikut kajian, anggaran risiko bocor lapisan dura berlaku lebih kurang satu dalam 100 kes. Biasanya lapisan dura yang bocor boleh sembuh secara semula jadi dan jarang memerlukan intervensi yang serius.

vi) Epidural haematoma – Ini ialah satu keadaan yang berlaku akibat tusukkan jarum epidural pada salur darah secara tidak segaja. Pengumpulan darah di titik tusukan jarum epidural yang serius boleh menekan urat saraf dan ia boleh mengakibatkan lumpuh jika tidak dirawat. Ia sangat jarang berlaku.

vii) Amat jarang berlaku ialah rosak saraf akibat tusukan jarum secara tak segaja semasa prosedur dijalankan sehingga menyebabkan lumpuh.

Dr. Sharifah Halmiah memberitahu, epidural diberikan di kawasan tulang belakang yang lebih rendah di paras pinggul. Kebanyakan epidural diberi semasa pesakit dalam keadaan duduk supaya membuka ruang antara tulang-tulang belakang dan memudahkan jarum untuk masuk ke ruang epidural.

“Suntikan ubat pelali setempat boleh diberikan untuk membantu mengurangkan sebarang ketidakselesaan semasa jarum berongga dan tiub plastik nipis dimasukkan ke dalam ruang epidural. Ubat anestetik kemudian boleh diberikan melalui tiub terus ke dalam ruang epidural.

“Pesakit mungkin merasai sedikit keperitan semasa ubat pelali setempat diletak di dalam kulit. Pesakit juga mungkin berasa sedikit tidak selesa semasa jarum epidural dan tiub berongga dimasukkan. Jika pesakit berasa sangat sakit atau berasa seperti kejutan elekrik, doktor bius harus diberitahu supaya ia boleh membetulkan posisi jarum atau tiub berongga epidural,” katanya.

Jelas beliau, ubat anaestetik yang disuntik masuk secara infusi oleh pump infusi melalui tiub epidural akan diresap oleh urat saraf di bahagian bawah paras tiub epidural, menyebabkan halangan deria sakit kebahagian pinggang dan bawah badan.

Dos ubat epidural ini boleh dikawal supaya lebih tertumpu ke kawasan pinggul dan pinggang sahaja dan ibu masih boleh menggerakkan kaki walaupun kadang-kadang terasa berat. Dos ubat epidural juga boleh dikawal supaya diberi semasa jangka masa bersalin sehingga selesai proses bersalin sahaja. Selepas tiub epidural dibuang sebaik sahaja selepas bersalin, kesan kebas dan berat kaki akan hilang dalam beberapa jam kemudian.

Komplikasi

Walaupun ada segelintir pesakit yang mengadu sakit pinggang selepas mengambil epidural, kajian menunjukkan prosedur epidural tidak meningkatkan risiko sakit pinggang yang kronik dan sakit belakang tidak berkait secara langsung dengan epidural. Namun begitu, akibat baring terlalu lama dalam posisi semasa menggunakan ubat epidural, boleh menyebabkan sakit pinggang yang sedia ada menjadi lebih serius. Kesan tusukan jarum epidural yang menyebabkan rasa sakit belakang selepas prosedur epidural hanyalah kesan sementara untuk beberapa hari dan boleh pulih balik seperti biasa.

Dalam pada itu, Dr. Sharifah Halimah menjelaskan, komplikasi paraplegia atau lumpuh boleh terjadi akibat kecederaan urat saraf tunjang oleh jarum epidural atau kesan dari tekanan akibat hematoma atau pengumpulan darah kebahagian urat saraf yang terbabit tetapi komplikasi ini amat jarang sekali berlaku dalam sejarah prosedur epidural.

“Ini juga mungkin berkait rapat dengan kemahiran doktor bius yang membuat prosedur berkenaan dan juga kelainan kepada alignmen tulang belakang yang menyebabkan kesukaran untuk masuk ke ruang epidural sehingga menyebabkan kecederaan tak sengaja.

“Kejadian epidural haematoma boleh juga disebabkan oleh pengambilan ubat-ubat yang mencairkan darah oleh pesakit seperti warfarin, aspirin, atau herba-herba traditional yang tidak diketahui kandungan bahan aktifnya. Jika diketahui pesakit ada mengambil ubat berkenaan, doktor bius akan mencadangkan kaedah anesthesia yang lain,” katanya.

Untuk mengurangkan sakit bersalin, terdapat banyak lagi cara lain yang boleh diambil oleh para ibu. Namun, ini tidak dapat menghilangkan sakit bersalin secara keseluruhan tetapi boleh membantu ibu untuk menguasai keadaan dan emosi selain dapat mengurangkan kesakitan yang terlampau.

Selain epidural, ada ubat ubatan analgesia yang boleh diberi untuk membantu mengurangkan kesakitan proses bersalin seperti penggunaan ubat opiod, suntikan pethidine berkala dan penggunaan gas inhalasi nitrous oxide.

Ibu yang tenang semasa proses bersalin selalunya mempunyai jangka masa bersalin yang lebih pendek dan lebih mudah bersalin berbanding dengan ibu yang stres.



oleh PROFESOR DR. NIKHAZLINA NIK HUSSAIN


PROFESOR DR. NIK HAZLINA NIK HUSSAIN

  • Share:

You Might Also Like

0 orang berborak di sini!