Assalamualaikum
Ibubapa mana yang
tak bimbang bila anak- anak demam , kan? Melihat wajah yang selalu gembira jadi
monyok, biasanya aktif berbaring atas katil dan selera makan yang hilang,
selalunya kita sebagai ibubapa akan tak senang duduk mengenangkan anak
kesayangan yang demam.
Berikut disertakan
petua bagi meredakan demam anak- anak:
1. Pastikan anak
betul- betul demam
Suhu badan manusia
berubah- ubah mengikut waktu dan keadaan badan. Pada waktu petang dan selepas
bersukan misalnya , badan manusia lebih panas dari pada biasa. Oleh itu
dapatkanlah termometer bagi menyukat suhu anak- anak. Termometer yang
digalakkan ialah termometer digital , kerana lebih selamat digunakan berbanding
termometer kaca merkuri, walaupun ketepatannya sedikit berkurangan.
Suhu badan biasa
ialah 36- 37.4 darjah celcius.
Demam ringan:
37.5-38.4 darjah celcius.
Demam biasa: 38.4 –
39.9 darjah celcius.
Demam tinggi:
40-41.4 darjah celcius.
Demam itu sendiri
tidak merbahaya kepada otak manusia melainkan apabila suhu melebihi 41.5 darjah
celcius. Demam yang ringan boleh dirawat dengan “sponging” dan menggalakkan
anak minum air dengan banyak.
2. Boleh buat
“sponging” atau menjelum anak bagi mengurangkan suhu.
“Sponging” merupakan
satu kaedah yang telah digunakan bertahun- tahun bagi melegakan suhu anak. Cara
untuk melakukan sponging ;
1. Sediakan air suam
dalam besen, dan 3 helai tuala kecil.
2. Rendam tuala dan
perahkan.
3. Lapkan air suam
pada kepala anak perlahan- lahan menggunakan tuala pertama , dan biarkan.
4. Lapkan air suam
pada pada kedua- dua ketiak anak menggunakan tuala kedua, dan biarkan di celah
ketiak.
5. Lapkan air suam
pada paha dan celah paha menggunakan tuala ketiga , serta biarkan seketika.
6. Ulangi dan
lakukan selama 30 minit.
JANGAN GUNAKAN AIR
SEJUK/ AIS!
Air sejuk/ ais akan
menyebabkan badan menggigil, dan badan akan memberitahu otak, bahawa badan
kesejukan. Otak akan bertindakbalas dengan meninggikan suhu lagi, dan demam
akan menjadi lebih tinggi.
Terdapat ibubapa
yang mencampurkan asam jawa kepada air, dan memandikan anak-anak dengan air
ini. Tidak ada halangan untuk menggunakan cara ini bagi menyejukkan badan.
3.Berikan ubat demam
paracetamol mengikut dos dan jangkawaktu yang ditetapkan.
Ubat paracetamol (
atau panadol) merupakan ubat melegakan demam, menahan sakit dan mengurangkan
radang yang telah diuji selama bertahun- tahun selamat digunakan selagi tidak
melebihi dos maksimum yang dibenarkan. Dakwaan bahawa paracetamol akan
berkumpul di dalam hati dan merosakkan hati adalah tidak benar, jika diberi
mengikut sukatan dan jangkawaktu yang ditetapkan.
Ianya selamat untuk
bayi seawal usia 2 bulan dan boleh digunakan oleh kanak- kanak serta orang
dewasa. Malah mereka yang mempunyai masalah gastrik atau pedih ulu hati, juga
boleh menggunakannya.
Sekiranya demam
anak- anak didapati tinggi, melebihi 38.5 darjah celcius, boleh berikan loading
dose 20 mg/ kg. Selepas itu, boleh diberi dengan dos biasa 15 mg bagi setiap kg
setiap 4-6 jam. Tetapi pastikan tidak melebihi 4 dos sehari.
Contohnya:
anak 3 bulan ke
bawah:
kirakan berat badan
misalnya 4 kg , jadi
4×20 mg= 80 mg –
beri semasa pertama kali badannya demam.
Selepas 8 jam , 4 x
15 mg= 60 mg setiap dos.
Jika anak berusia 1
tahun, beratnya 6 kg
6×20= 120 mg, dos
pertama.
Selepas 6 jam, dos
kedua 6×15 = 90 mg.
Sekiranya dos
pertama diberi pada jam 6 pagi, berikan dos seterusnya pada jam 12 tengahari, 6
petang dan jangan lupa bangun malam, untuk memberikan dos keempat pada jam
11-12 tengah malam. Saya dapati jika ibubapa mematuhi waktu ini,termasuk dos
tengah malam, insyaAllah demam ketika malam tidaklah begitu tinggi dan anak pun
boleh tidur dengan selesa.
HARAP PERHATIKAN
KEPEKATAN UBAT PARACETAMOL ANDA
Jika kepekatannya
120 mg/5 mL- maka 60 mg bersamaan 2.5 ml
Jika kepekatannya
250 mg/5 mL – maka 60 mg bersamaan dengan 1.2 mL
Biasanya kepekatan
120 mg/5 mL untuk bayi/ kanak- kanak 6 tahun ke bawah. Kepekatan 250 mg/5 mL
selalunya digunakan untuk kanak- kanak 6 tahun hingga 12 tahun.
Jika dos yang diberi
tidak mencukupi, kemungkinan demam tidak akan surut. Jika terlebih dos ,
barulah boleh mengganggu fungsi hati. Oleh itu, diminta ibu bapa mengira dengan
teliti serta menggunakan picagari supaya kiraan yang dibuat adalah tepat.
4. Galakkan anak
minum air dengan banyak
Letakkanlah sebotol
air di tepi katil anak- anak dan segelas cawan. Jika anak- anak boleh memahami,
beritahu dia supaya menghabiskan segelas air dalam masa 1 jam contohnya.
Mintalah dia minum sedikit- sedikit, tetapi kerap.
Jika anak masih
kecik, ibubapa harus rajin dan memberi anak minum sedikit- sedikit tetapi
kerap, contohnya setiap 10-15 minit, suapkan 2-3 sudu air.
Boleh beri apa saja
air kegemaran: jus buah, Ribena, Milo, air suam asalkan tidak mempunyai gas(
air berkarbonat) atau air yang mempunyai kafein tinggi seperti Nescafe/ kopi.
Untuk menambah air
di dalam badan, boleh memasakkan makanan yang mempunyai kandungan air yang
banyak seperti sup ayam, bubur dan lain- lain.
Ibubapa boleh
menilai tahap hidrasi anak-anak dalam artikel ini. Jika anak mengalami
dehidrasi sederhana atau teruk, bawalah berjumpa doktor/ terus ke hospital
untuk rawatan lanjut.
5. Berikan
suppository paracetamol jika anak muntah
Dalam kes jangkitan
virus, anak selalunya akan mengalami rasa loya dan muntah, dan kerap kali tidak
dapat menelan ubat yang diberi. Ibubapa boleh menggunakan suppository
paracetamol ( ubat berbentuk seperti roket yang dimasukkan ke dalam punggung)
bagi menggantikan sirap paracetamol.
Terdapat 2 dos bagi
suppository paracetamol iaitu 125 mg dan 250 mg. PASTIKAN dos yang diberi
adalah tepat. Amnya, jika anak mempunyai berat 15 kg, paracetamol 125 mg. Jika
anak mempunyai berat 20-30 kg, boleh diberi dos 250 mg.
Walau bagaimanapun,
terdapat beberapa kekurangan dalam pemberian suppositoy paracetamol
- oleh kerana ia
bukan sirap dan keras, agak sukar memberi dalam dos yang tepat. Sekiranya
dipatahkan, tidak semestinya ia tepat.
- penyerapan ubat
melalui punggung adalah tidak sekata. Walaupun suhu mungkin turun dengan cepat,
ia juga boleh naik semula dengan cepat. Bebarapa kajian menunjukkan sirap
Paracetamol yang dimakan dan diproses oleh perut adalah bertindak dalam darah
lebih pantas dan lebih stabil dari supp paracetamol.
Atas sebab di atas,
penggunaan sirap/ tablet paracetamol adalah lebih digalakkan berbanding
suppository. Suppository boleh digunakan jika anak muntah- muntah dan tidak
dapat makan ubat.
6. Pakaikan
anak-anak dengan pakaian nipis supaya haba dalam badan boleh keluar
Ibu bapa digalakkan
memakaikan anak- anak dengan baju yang nipis supaya haba boleh keluar. Pakaian
yang tebal akan meningkatkan suhu badan anak- anak. Kain kapas dapat menyerap
peluh dengan baik dan anak- anak juga lebih selesa.
7. Sekiranya telah
memberi paracetamol tetapi masih tinggi, ibubapa boleh memberikan ibuprofen sebagai
tambahan kepada paracetamol.
Ibuprofen adalah
sejenis ubat meredakan radang dari kumpulan NSAIDS. Ianya telah disahkan
selamat untuk digunakan untuk kanak- kanak dan bayi berumur 2 bulan ke atas.
Ibuprofen diberi 3 kali sehari.
Sekiranya digunakan
sebagai tambahan kepada paracetamol, ibuprofen dan paracetamol diberi berselang
6 jam. Ini supaya ubat paracetamol/ ibuprofen sentiasa berada dalam badan tanpa
putus. contohnya..
Pukul 6 pagi-
paracetamol
Pukul 9 pagi-
ibuprofen
Pukul 12 tgh-
paracetamol
Pukul 3 petang-
ibuprofen
Dos untuk ubat
ibuprofen
Bayi 1-2 tahun: 2.5
ml , 3-4 kali sehari
Kanak-kanak 3-7
tahun: 5 mL 3-4 kali sehari
Kanak-kanak 8-12
tahun: 10 mL, 3-4 kali sehari.
Seboleh- bolehnya
Ibuprofen diberikan selepas makan tengahari/ malam/ sarapan pagi.
Akhirnya, sekiranya
demam masih tinggi dalam 2-3 hari, bawalah berjumpa dengan doktor bagi
memastikan beliau tidak mengidap masalah jangkitan yang serius dan berbahaya
seperti demam denggi atau meningitis( radang pada otak).
Sumber: Facebook
Anak-anak Comel
0 orang berborak di sini!