Si Kecil Suka Menghisap Jari

By Zahirah Dzahir - 4/13/2015 12:15:00 PG

Assalamualaikum..

Tabiat menghisap jari memang perkara normal dalam kalangan kanak-kanak. Sejak mereka mengenali jari sendiri pada usia bayi, si kecil sudah mula menghisap jari. Walaupun sudah puas anda menarik keluar jarinya tetapi dia tetap akan kembali menghisap jari tersebut.

Tetapi sekiranya anak sudah meningkat usia empat tahun ke atas dan masih lagi gemar menghisap jari, sesuatu perlu dilakukan untuk menghentikan tabiat tersebut. Kebiasaan menghisap jari akan mempengaruhi struktur pembentukan gusi dan gigi anak bahkan boleh mengganggu masalah pertuturan anak.
 
Oleh itu sebaiknya anda lakukan pencegahan awal sebelum tabiat menghisap jari tersebut menjadi kebiasaan kepada anak anda.
 
Mengalihkan perhatian anak
 
Biasanya tabiat ini akan dilakukan apabila anak tidak membuat sebarang aktiviti atau semasa dia sedang asyik menonton televisyen atau hendak tidur. Ruang masa yang santai membuatkan anak cenderung melakukan tabiat ini. Oleh itu alihkan perhatiannya ketika dia sedang berkhayal dengan mengajaknya membuat aktiviti. Mungkin apabila sibuk membuat aktiviti, anak anda akan melupakan tabiat tersebut dan lama-kelamaan akan hilang sendiri.
 
Bermain di luar
Kadang kala ada anak yang akan berasa malu untuk melakukan tabiat buruknya sekiranya berada di luar rumah dan di kelilingi kawan-kawan. Maka dengan mengajak anak beriadah dan bermain di luar rumah dapat mengurangkan sekaligus melupakan tabiat menghisap jarinya.  Apatah lagi sekiranya anak anda melihat kawan-kawannya yang tidak mempunyai tabiat tersebut, tentu ini akan menyedarkannya.
 
Terangkan keburukan
Anak-anak kecil perlu diberikan penerangan tentang sebab dan mengapa dia tidak boleh melakukan sesuatu perkara. Anda perlu menerangkan kepadanya tentang kesan buruk jika suka menghisap jari seperti bakteria dari tangan akan masuk ke dalam perut dan dia akan mudah mendapat penyakit. Mungkin awalnya anak tidak mengendahkan penerangan anda tetapi lama-kelamaan ingatan itu akan lekat di memorinya.
 
Bersabar
Kesabaran anda diperlukan ketika berhadapan dengansituasi ini. Jangan mudah berputus asa dan marah sekiranya anak masih lagi tidak menghentikan tabiatnya. Mengajar kanak-kanak memerlukan kesabaran yang tinggi kerana mereka adalah golongan yang mengambil masa untuk memahami sesuatu penerangan.

majalah Pa&Ma

  • Share:

You Might Also Like

0 orang berborak di sini!