Tips Menghadapi Cuaca Panas

By Zahirah Dzahir - 2/21/2015 11:19:00 PTG

Assalamualaikum..



Cuaca panas di sesetengah kawasan semenanjung dan barat Malaysia mula dirasai. Ramai yang demam akibat dari  cuaca yang sangat panas. Kalau boleh tu jauhi diri daripada cuaca panas yang terik dengan kurangkan aktiviti luar dan sentiasa kerap minum air putih  untuk memastikan suhu badan sentiasa dalam keadaan. Saya ingin share tips  di sini:
  • Minum air dengan secukupnya..sekurangnya 3 liter..jangan ambil minuman yang berkafein atau beralkohol kerana minuman tersebut akan mengakibatkan hidrasi..minum air jus buah buahan untuk segarkan badan..tak pun minum air isotonik bagi ganti garam dan mineral yang hilang dari badan.
  • Berada di dalam rumah/bangunan..hadkan aktiviti diluar rumah
  • Pakai juga pakaian dari jenis kain kapas yang boleh menyerap peluh dan cerah bagi membantu memantulkan cahaya matahari
  • Gunakan krim pelindung matahari ( sunblock ) ketika berada di luar untuk mengelakkan kulit anda terbakar.
  • Jangan tinggalkan anak kecil tanpa pengawasan di dalam kenderaan .  
  • Gunakan kipas angin untuk menurunkan suhu badan
  • Gunakan payung atau topi untuk melindungi diri  ketika di luar 
Berhati2 juga dengan situasi Strok Haba

Cuaca Panas

Tips Menghadapi Cuaca Panas Dari Kementerian Kesihatan Malaysia

Tips Pencegahan

Tips Pencegahan
So..pakat la jaga kesihatan sekeluarga sepanjang musim panas ni..

- Mummy Ira -

  • Share:

You Might Also Like

0 orang berborak di sini!