Cara Membasuh, Menanam Uri Mengikut Panduan Islam.

By Zahirah Dzahir - 1/21/2015 08:59:00 PG

Assalamualaikum..


ADAKAH terdapat kesan terutamanya masalah kesihatan sekiranya saya melambatkan proses menanam uri bayi selepas anak dilahirkan?

Sehari selepas isteri melahirkan anak, saya pulang ke rumah agak lewat malam sehingga tidak sempat menanam uri berkenaan. Ada saudara memarahi saya kerana lambat menanam uri itu dengan alasan ia akan kemudaratan bayi kelak.

Benarkah kita perlu mengasapkan tempat uri itu ditanam dengan sabut apabila berlaku bayi senak perut? 


TIADA hukum khusus yang berkaitan dengan menanam uri bayi. Sebaiknya, anda perlu membersihkan uri itu kemudian menanamnya.

Secara umum, ia bertujuan bagi mengelak binatang daripada memakannya atau mengelak ia berbau busuk. Ia tidak ada kaitan dengan kemudaratan atau kesihatan bagi bayi anda.

Begitu juga dengan mengasapkan tempat uri ditanam, tiada
alasan kukuh dan sandaran hukum untuk berbuat demikian.


--------------------------------------------

Antara tanggungjawab penting suami perlu tahu dan pelajari ialah menanam uri atau juga dikenali sebagai 'placenta'. Oleh kerana uri tersebut keluar dari faraj isterinya, tempat yang paling sulit dan maruah suami, maka suamilah yang sebaik-baiknya mencuci uri dan menguruskannya. Uri adalah sebahagian daripada bayi, dan kerana itu ia perlu dijaga.

Sebenarnya tiada hukum, nas atau hadis yg jelas mengenai cara menguruskan uri, Cuma sesuatu anggota tubuh apabila tidak dikehendaki digalakkan supaya dipelihara dan dijaga dengan baik.“Jika dibuang saja pun tidaklah menjadi dosa tapi seelok eloknya dibasuh dan ditanam supaya tidak kotor dan berbau busuk yg mungkin akan menimbulkan masalah kepada orang lain pula.

Perangai anak anak tidak ada hubung kait dengan dimana atau bagaimana uri diuruskan. Semuanya bergantung pada didikan yg diberikan ibu bapanya. Nabi (S.A.W) pernah bersabda yang mafhumnya, seorang bayi yg baru lahir ibarat sehelai kain putih. Ibu dan bapanyalah yg menentukan sama ada dia menjadi Majusi atau Nasrani.

Tidak ada doa-doa khusus untuk dibacakan semasa menanam uri bagi menjamin menjadi anak yang soleh atau solehah. Cukup sekadar baca Bismillah dan berselawat ke atas Nabi junjungan kita Muhammad.

Sebenarnya bagi mendapatkan anak soleh dan solehah, pasangan ibu bapa harus memainkan peranan. Mereka berdua haruslah menjaga kelakuan, makanan dan minuman anak anak serta memastikan halal, bukannya di mana dan bagaimana uri ditanam.

Hukum menanam uri adalah HARUS (JAKIM)

  • Uri tersebut perlu dibasuh dan ditanam di dalam tanah supaya ia tidak dimakan oleh haiwan.
  • Uri orang-orang Islam adalah suci dan dengan itu tidak boleh di bakar atau dijual. Mana-mana orang Islam yang melahirkan anak di hospital dikehendaki membawa balik uri-uri itu untuk di tanam di tempat masing-masing
  • Amalan menanam uri bayi dengan lada hitam, paku, pensil dan sebagainya adalah amalan khurafat.
Cara menguruskan uri
  • Mulakan dengan baca Bismillahirahmannirrahim.
  • Cuci bersih-bersih hilangkan darah-darah. Jangan guna sabun/shampoo.
  • Bilas dengan air bersih sambil berselawat dan doa yang baik-baik (Untuk pastikan uri tersebut bersih dan suci)
  • Cuci uri dengan garam. Lumurkan garam dan cuci bersih-bersih.
  • Cuci uri dengan asam jawa. Lumurkan asam jawa dan cuci bersih-bersih. (Untuk hilangkan bau hanyir darah) Bau hanyir darah boleh menarik deria binatang untuk menggali dan memakannya.
  • Perahkan limau ke atas uri hingga naik bau limau dan untuk harumkan uri. Boleh juga ditanam bersama garam dan asam jawa bagi tujuan untuk mengelakkan binatang liar menggali dan memakan uri tersebut.
  • Letakkan dalam plastik/bekas mudah reput seperti plastic tesco/kotak mudah reput. Ini bagi menghalang air basuhan bercampur darah daripada menitik merata-rata ketika hendak membawanya nanti.
  • Boleh juga diikat di dalam kain (tak semestinya kain putih) seperti sup bunjut. Ini untuk memudahkan kita membawanya ke tempat yang yang hendak ditanam.
  • Gali tanah sedalam mungkin, agak-agak tidak dibau/dikesan dan dikorek anjing nanti atau binatang –binatang lain nanti
  • Baca Bismillahirahmannirrahim dan selawat semasa letakkan uri dalam dalam dan timbus.
  • Tanam ditempat yang bersih dan selamat. Contohnya perkarangan surau/masjid.
  • Letak batu sebagai tanda bagi memastikan tidak digali oleh anjing dan binatang2 lain.
  • Jangan di letak lilin, paku dan barangan yang boleh mendatangkan syirik dan khurafat.
----
Memang ada sesetengah dari kita ada yang tahu ada yang tak tahu cara² nak uruskan uri. Lebih mudah, macam sekarang..bila ada sesetengah tempat yang menawarkan khidmat uruskan uri.

Kalau korang nak info lanjut tentang uri, tips..boleh baca kat Placento.com  

Dan juga Placento ni bukan hanya beri tips tentang uri tapi sediakan  SERVIS BASUH dan TANAM URI. 

facebook : Placento
Instagram : myplacento
Web : Placento.com
Whatsapp : 011 5684 4450
Email : hello@placento.com
Alamat :
45-1 Blok D, Zenith Corp 
Park, Jalan SS7/26 Kelana Jaya 
47301, Petaling Jaya,
Selangor

* Maaf kalau info tentang uri ni ada kesalahan..jika ada kesalahan n pembetulan boleh komen dan berkongsi pendapat k.. 

~~~~~~~~~~~~~
- Mommy Ira -
ADAKAH terdapat kesan terutamanya masalah kesihatan sekiranya saya melambatkan proses menanam uri bayi selepas anak dilahirkan?
Sehari selepas isteri melahirkan anak, saya pulang ke rumah agak lewat malam sehingga tidak sempat menanam uri berkenaan. Ada saudara memarahi saya kerana lambat menanam uri itu dengan alasan ia akan kemudaratan bayi kelak.


Benarkah kita perlu mengasapkan tempat uri itu ditanam dengan sabut apabila berlaku bayi senak perut?

MUSTAFFA,
Perak



TIADA hukum khusus yang berkaitan dengan menanam uri bayi. Sebaiknya, anda perlu membersihkan uri itu kemudian menanamnya.

Secara umum, ia bertujuan bagi mengelak binatang daripada memakannya atau mengelak ia berbau busuk. Ia tidak ada kaitan dengan kemudaratan atau kesihatan bagi bayi anda.

Begitu juga dengan mengasapkan tempat uri ditanam, tiada alasan kukuh dan sandaran hukum untuk berbuat demikian.
- See more at: http://www2.hmetro.com.my/articles/Tiadahukumtanamuri/Article#sthash.7I3O9Eo1.dpuf

  • Share:

You Might Also Like

2 orang berborak di sini!

  1. Alhamdulillah terima kasih atas penjelasan dan berkongsi ilmu agar tidak terjadi perkara perkara yang boleh mendatangkan syirik dan khutafat

    BalasPadam
  2. kenapa tak boleh gunakan sabun sewaktu mencuci?

    BalasPadam