Depa kata ni salah 1 azam tiap tiap tahun kaum perempuan. Ok la tu..sekurangnya ada gak azam setiap
tahun.Tapii, Saya rasa ni salah satunya azam yg susah sikit nak dilaksanakan. Sebabnya makan..kalau dah lapaq n makan sedap, mana boleh tahannnn...rugi wooo..hehehe
*Proses Pertama ( Penyedian
Daging )
1.Daging ~ 1/4 Kilo ( daging kotak/sejukbeku atau Daging Segar)
2.Bawang Putih ~ 3 ulas 3.Bawang Merah ~ 1 ulas 4.Kicap Manis ~ 2 sudu Besar 5.Sos Tiram ~ 1 sudu Besar 6.Garam ~ 1 sudu Kecil 7.Aji No Moto ~ ikut citarasa/boleh diganti sedikit
gula 8.Serai ~ 1 Batang
Cara Membuatnya - Daging kotak , defrost microwave
4 minit ,dicuci ,dan dibiarkan kering 10 minit atas suratkhabar lama. - Dipotong nipis setebal daging
burger. - Bawang putih,Bawah Merah dan
Serai,Garam,dan Aji diblender lumat
- Campurkan Kicap manis,Sos Tiram - Akhirnya semua bahan digaul
rata. Masukkan daging dan digaul rata.
- Masukkan dalam bekas bertutup.Perapkan dalam petisejuk minima 3jam. *Proses Kedua ( Sos untuk cicah ) 1.Cili padi/cabai melaka ~ 5
biji
2.Cili Merah ~ 1biji
3.Belacan
4.Bawang puith ~ 2 ulas
5.bawang Besar ~ 1biji besaiz kecil ( diameter 35mm)
6.Gula ~ 1/2 sudu kecil
7.Garam sedikit
8.Aji sedikit
9.Limau Nipis ~ 1biji
10.Asam Jawa ~ 3 biji/ambil airnya sahaja
Cara cara:
- Bawang Putih,Bawang
Besar,Belacan dibakar microwave 4 minit med high - Masukkan kesemua bahan tadi
kedalam blender dan blender lumat - SIAP MASUKKAN KEDALAM BEKAS
BERTUTUP (simpan ditempat yang selamat) - SELEPAS 3 JAM ATAU LEBIH
bolehlah dibakar sehingga daging masak...
1. Bulu kening – Menurut
Bukhari, Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu
kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening.
(Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.)
2. Kaki dah semacam hantu loceng – Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar
diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan – (Petikan dari Surah An-Nur Ayat
31.) Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/ melenggokkan badan
mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan
loceng…sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah ….
3. Wangian – Siapa sahaja wanita
yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu
mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap
mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong.
(Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.)
4. Dada – Hendaklah mereka
(perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada
mereka.
(Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.
5.
Gigi
– Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya
dikikirkan giginya (Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani)
Dilaknat
perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan
Allah.
(Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.)
6. Muka dan leher – Dan
tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan
perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan : Seperti bersolek
(make-up) dan sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti
orang Jahilliyah.
7. Pakaian yang nipis (jarang) –
Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang
tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah
berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan
tangan dan wajah saja (Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.)
8. Tangan – Sesungguhnya kepala
yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan
sejenis yang tidak halal baginya.
(Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.)
9. Mata – Dan katakanlah kepada
perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya.
(Petikan dari Surah An Nur Ayat 31)
Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan
lainnya. Kamu hanya boleh pandang yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya
tidak dibenarkan kerana hukumnya haram. (Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.)
10.
Mulut (suara)
– Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara
sehingga berkeinginan pd orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi
ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik (Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32.)
Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan
dengan yang lain, dan kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan
penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi.
(Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.)
11.
Kemaluan
– Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka
menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka.
(Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.)
Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga
kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada
pintu-pintu yang ia kehendakinya. (Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.)
Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya selain di rumah suaminya,
melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah.
(Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.)
12.
Pakaian
– Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang
menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat
nanti.
(Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu D , An Nasaii dan Ibn Majah.)
Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 59. Bermaksud : Hai nabi-nabi katakanlah kepada
isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah
mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya
mereka mudah dikenali. Lantaran itu mereka tidak akan diganggu. Allah maha
pengampun lagi maha penyayang.
Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian
tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk
melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium
baunya. (Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim) Keterangan : Wanita
yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk badan dan berbelah/membuka
bahagian-bahagian tertentu.
13. Rambut – Wahai anakku
Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih
otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya
daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya.
(Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.)
Riwayat Imran bin Hushain ra.:
Bahwa Rasulullah saw. bersabda: Sesungguhnya penghuni syurga yang paling
sedikit adalah kaum wanita. (Shahih Muslim No.4921)
Alhamdulillah..sejuk hati perut
dengaq..Nurul Husna Wan Shukri, 16, dinobatkan Tokoh
Tahfiz 2015 serta pelajar terbaik keseluruhan sempena Majlis Graduasi Tahfiz
Yayasan Islam Kelantan Kali ke-6.
Husna berjaya peroleh 5A dalam UPSR dan 8A dalam PT3
akui bukan mudah untuk menghafal 30 juzuk dan ulangkaji pelajaran pada masa
yang sama, tetapi dia berjaya
- Mummy Ira -
Kota Bharu: “Bukan mudah untuk
menghafal 30 juzuk al-Quran dan pada masa sama menelaah pelajaran.
Bagaimanapun, berkat disiplin serta doa, Alhamdulillah saya berjaya
melakukannya,” kata Wan Nurul Husna Wan Shukri, 16, yang dinobatkan Tokoh
Tahfiz 2015 serta pelajar terbaik keseluruhan sempena Majlis Graduasi Tahfiz
Yayasan Islam Kelantan Kali ke-6 di Balai Islam Lundang di sini, semalam.
Wan Nurul Husna memperoleh 5A
dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan 8A dalam Pentaksiran Tingkatan
3 (PT3) tahun lalu.
Majlis disempurnakan Menteri
Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob. Seramai 370 pelajar daripada sembilan sekolah
tahfiz menerima sijil penghargaan di atas kecemerlangan masing-masing.
Wan Nurul Husna membawa pulang
wang tunai RM1,000, pakej umrah, komputer riba dan sijil penghargaan.
Menurut pelajar tingkatan empat
Maahad Tahfiz Sains, Tanah Merah itu, dia aktif menyertai beberapa pertandingan
menghafal al-Quran dan meraih tempat kedua melalui Majlis Menghafal al-Quran
Peringkat Negeri Kelantan Kategori 10 Juzuk, tahun lalu.
“Selain menghafal al-Quran, saya
berusaha untuk berjaya dalam bidang akademik. Saya mahu berjaya dalam kedua-dua
bidang ini demi mencapai cita-cita sebagai arkitek.
“Walaupun sibuk dan jadual padat
namun saya bersyukur kerana dapat membahagikan masa dan memperuntukkan dua jam
sehari untuk menghafal al-Quran serta dua jam lagi untuk akademik.
“Ia penting demi masa depan dan
saya tidak mahu menoleh ke belakang kerana banyak persaingan pada masa akan
datang,” katanya.
Wan Nurul Husna anak bongsu
daripada enam beradik kepada pasangan Wan Shukri Wan Hussein, 52, dan Nisah
Zakaria, 55, berkata, dalam tempoh tiga tahun, dia berjaya menghafal 30 juzuk
al-Quran berserta terjemahannya.
Sementara itu, pelajar terbaik
menghafal al-Quran di bawah tempoh tiga tahun, Mohamad Murabbi As Solihin
Kayati, 15, berkata, untuk melakukannya, dia menjaga pemakanan dan tidak
mengambil makanan segera.
“Sebaik bangun tidur, saya akan
mengambil kismis dan buah kurma untuk menguatkan daya ingatan.
“Saya amalkan disiplin ini demi
mencapai impian untuk menjadi penghafal al-Quran berjaya dan melanjutkan
pelajaran di Madinah, Arab Saudi,” katanya.
Zahirah Dzahir.
Part Time Mommy Blogger | Full Time Housewife | Blogger Utara | Blogger Kedah | Mommy Anak 3 termasuk Kembar | Wife Haris Fadilah .
For Collaboration | Advertorial | Review | Event dan sebagainya. Boleh hubungi ieradzahir@gmail.com