Kisah Yang Jadi Viral Di Facebook "CIKGU, MAK TIRI DAN AYAH SAYA DAH BERCERAI"..
4/04/2016 11:55:00 PG
Assalamualaikum..
Sedih pulak Saya baca
kisah anak ni. Sedangkan anak2 kita hidup dengan segalanya ada tapi ada lagi
yang masih merungut. Banyak lagi anak2 di luar sana yang masih hidup dalam
serba kekurangan.
Kisah ni di dikongsi
di laman facebook, kemungkinan seorang cikgu kepada pelajar tersebut, Izz Nur Izdihar Ramlan,
tentang kehidupan pelajar tersebut, dengan caption yang bebunyi.. "CIKGU, MAK TIRI
DAN AYAH SAYA DAH BERCERAI". Sat ja dah jadi viral kat facebook..pakat
share termasuklah Saya.
Jom baca :
Melihat dia melangkah masuk ke pagar asrama itu membuat aku berasa lega. Sekurang-kurangnya makan minumnya terjaga.
Minggu lepas, ketika waktu NILAM di perpustakaan sekolah, dia datang dan duduk di sebelahku.
"Cikgu, mak tiri dan ayah saya dah bercerai", katanya dengan wajah yang begitu ceria dan tersenyum.
"Awak happy?", tanyaku. Dia mengangguk laju, senyum.
"Oklah pergi buat NILAM dulu ya?", aku mengeluarkan arahan.
"Ok cikgu"...senyumnya sampai ke telinga!
Usai waktu NILAM, dia berjalan seiringku.
"Cikgu, saya dah boleh masuk asramalah, dulu mak tiri tak bagi, sekarang dia dah takde".
"Ok. Nanti awak pergi minta borang asrama dengan Cik Mie (penyelia asrama) di pejabat dia ya?", pintaku.
"Ok cikgu", dia jawab ringkas.
"Habis tu sekarang tinggal dengan siapa?", tanyaku
"Sorang-sorang", dia menjawab sambil senyum. Aku berhenti berjalan dan memandang mukanya.
"Siapa sediakan makanan? Siapa kejut pergi sekolah? Siapa jaga kalau sakit??" Berjujuk-jujuk soalan dariku.
"Sendiri", jawabnya lagi.
Allahu
Mataku berkaca.
"Cikgu, saya masuk kelas dulu tau, nanti lambat cikgu marah". Aku mengangguk perlahan.
***********************************
Anak ini namanya Aanas (bukan nama sebenar), 14 tahun. Fizikalnya kecil, memudahkan si tangan celaka itu menderanya. Pergerakannya terbatas. Saat anak sebayanya bermain di waktu petang, dia terkurung di rumah melakukan pelbagai kerja rumah. Pernah "dibahan" gara-gara pulang lewat dari sekolah kerana aktiviti ko-ko. Solat Jumaat juga dihalang pergi. Pernah dia dicekik separuh mati, dipukul, tampar, lempang itu sudah makanan hariannya.
Ternyata "Bawang Putih Bawang Merah" itu bukan sekadar dongengan kan.
Aku kenal Aanas sejak tahun lepas, sewaktu mengajarnya subjek Sejarah. Ibu kandung dan ayah kandung bercerai. Adik beradik satu ibu satu ayah ada empat, dua bersama ibu dan dua bersama ayah. Sejak ayahnya berkahwin dengan ibu tiri, hidup anak ini penuh dengan siksaan.
Jarang-jarang Aanas makan ketika waktu rehat. Dia tidak di beri belanja oleh ibu tirinya. Jika aku terserempak dengannya, aku akan hulur duit kepadanya. Itu pun beberapa kali ditolak olehnya, dia segan barangkali.
Tidak ramai yang tahu kisah anak ini di sekolah. Perwatakan yang ceria menyembunyikan derita hidupnya. Entah kenapa dia sering bercerita kepadaku tentang kisahnya walaupun aku tidak bertanya. Hampir setiap kali kelas Bahasa Melayu (tiga kali seminggu) ada sahaja cerita tentang hidupnya.
Anak ini sangat baik. Meski kurang dari segi akademik, dia tetap menghormati guru. Rajin membantu guru-guru walaupun guru yang tidak mengajarnya.
Ayahnya? Jarang-jarang pulang ke rumah lantaran kesibukan mencari nafkah buat dia enam beradik.
***********************************
"Cikgu, saya dah boleh masuk asrama Isnin depan, semalam Cik Mie bagitahu", Aanas membuka bicara sewaktu kelas KOMSAS.
"Peralatan asrama dah siap ke?, tanyaku.
"Kena bawak apa cikgu?", tanya dia dengan berkerut di dahi.
Aku mengambil sehelai kertas, dan menyenaraikan barang-barang keperluan asrama, lalu kuberi kepadanya.
"Erm, baju Melayu mesti tiga ke cikgu? Saya ada satu je".
Aku jawab pertanyaan dia, dengan pertanyaan aku, "baju raya tahun lepas takkan takde?"
"Dah lama takde baju raya cikgu", Aanas menjawab jujur. Aku tahan air mata.
"Takpelah, bawak je mana ada ya?", kataku.
"Baju sekolah pun tiga?", Aanas semakin gelisah.
"Kamu ada berapa pasang baju sekolah?"
"Ni jelah satu. Pakai daripada Isnin sampai Jumaat", Aanas memegang kolar bajunya.
Memang comot. Kotor.
"Duit biasiswa mana?" aku cuba bertegas.
"Mak tiri ambik". Jawaban anak itu buat aku bernafas laju.
"Neraka punya mak tiri" bisik hati aku.
Aku bertanya lagi, "Isnin nanti datang asrama dengan apa?".
Lama dia termenung, "saya datang dengan basikal saya boleh tak cikgu?". Mukanya nampak sayu, seperti menahan tangis.
Allahu...Empangan mata aku pecah!
"Ok semua, dah siap latihan cikgu bagi tadi?", sengaja aku bertanyakan kelas 2M5 tu tentang latihan yang baru beberapa minit aku beri. Aku berpaling ke arah papan putih. Malu kalau Aanas nampak air mata aku ni!
"Allahu. Anak. Bagaimana mungkin kau berbasikal dengan beg baju, baldi dan peralatan yang lain? Mana ayah kau. Mana saudara-saudara kau. Anak lain seumur kau masih dibelai dicium ibu ayah. Sedang kau sudah diuji dengan ujian yang tak padan dengan badan kau nak", aku berbisik di dalam hati. Benaran aku sedih!
***********************************
Wahai Anak.
Tatkala aku mengeluh makanan tidak sedap, engkau masih berfikir mahu makan apa hari ini?
Tika aku mengeluh pendingin hawa di bilik itu rosak, engkau setiap hari berpanas berhujan mengayuh basikal usangmu ke sekolah.
Sering juga aku mengeluh tiada baju baru untuk dipakai sedang engkau saban hari menggasak baju yang sama.
Apa aku layak untuk mendidik kau nak? Sabar kau menggunung. Semangat kau tinggi melangit. Akhlak kau begitu indah.
Allahu. Kau hantar anak ini sebagai tarbiah buat aku. Ampuni aku yang jarang-jarang mengucap syukur atas nikmatmu ya Rabb.
Allahuakbar...
Allahuakbar...
Allahuakabar...
Anak..
Kita ini biar miskin harta
Jangan miskin akhlak
Biar kurang pandai
Jangan kurang ajar
Biar terlebih adab
Jangan terlebih biadab.
Semoga kau membesar menjadi seorang insan berguna. Dijauhkan daripada anasir jahat. Dipelihara Allah sepanjang masa.
Tuhan, jaga dia untukku. Aamiin.
Izz Nur Izdihar Ramlan,
bertabahlah wahai anak ..semoga 1 hari nnti kamu menjadi insan yg berguna dan beroleh kejayaan dunia dan akhirat..
BONIA DAN KISAH SEORANG ANAK PENOREH GETAH - Syahril A. Kadir
4/04/2016 09:32:00 PG
Assalamualaikum..
Nak berjaya ni mesti kena berusaha dengan kuat. Jom baca BONIA DAN KISAH SEORANG ANAK PENOREH GETAH yang Saya share dari fb bekas wartawan
Syahril A. Kadir
BONIA DAN KISAH SEORANG ANAK PENOREH GETAH
Lebih 60 tahun lalu, seorang penoreh getah di Melaka memperoleh sembilan orang anak termasuk yang sulung bernama Chiang Sang Sem. Disebabkan kemiskinan, Chiang berpindah ke rumah bapa saudaranya di Penang ketika usia baru mececah 15 tahun untuk bekerja kilang beg tangan bapa saudaranya itu. Di situ dia belajar melukis beg, menggunting, menjahit hingga siap sebuah beg tangan dengan upah RM15 sebulan.Kemudian dia merantau ke Singapura pada tahun 1971 dan bekerja membuat beg di sebuah kilang yang lebih besar dengan gaji $60 sebulan.
Pada tahun 1974, dengan berbekalkan simpanan sebanyak $1,200 dan meminjam lagi $3,800 daripada saudara maranya, Chiang membuka sebuah kilang kecil di republik itu dengan tujuh pekerja. Tiga daripadanya adalah adik-adiknya sendiri. Chiang bayar mereka sehari $1 dengan dia sendiri tidak bergaji untuk beberapa bulan. Di kilang itu, Chiang beli sebuah mesin jahit terpakai, bekerja 15 jam sehari dan tidur di atas katil lipat di kilangnya. Dia sendiri hantar beg yang ditempah kepada pelanggannya dengan menaiki sebuah motorsikal. Sejak itu Chiang tidak berpaling lagi...dari hanya sebuah motorsikal, dia akhirnya dapat membeli sebuah kereta Datsun, kemudian Mazda akhirnya sebuah Mercedes-Benz!
Pada tahun 1978, dia bersama 80 pekerjanya berpindah ke Johor Bahru dan mula menghasilkan beg-beg tangan untuk syarikat-syarikat besar. Menyedari potensi untuk menghasilkan beg jenamanya sendiri, Chiang berpindah pula ke KL dan sebelum membuka butik pertama mereka di Singapura dan seterusnya di kampung halamannya, Melaka.
" Pada tahun 1979, saya melawat Bologna, Itali...dari situ terlintas dalam kepala saya..Bologna, Bologna...ya, Bonia!," katanya sewaktu diminta menceritakan bagaimana dia mengambil keputusan untuk menggunakan nama BONIA sebagai nama produknya.
Namun bagi Chiang, kejayaan yang dinikmatinya adalah hasil daripada kesukaran dan kepayahan yang dilaluinya selama ini. Ketika berlaku krisis kewangan pada tahun 1997, dia terpaksa menutup kilangnya di Singapura dan menjual banyak hartanya semata-mata untuk membayar hutang. Dia tidak boleh tidur berhari-hari mengenang nasib diri dan perniagaan yang dibangunkannya selama ini. Sampai satu ketika, dia pernah ke padang golf semata-mata untuk melupakan sekejap masalah yang ditanggungnya. Tambah menyedihkan, salah seorang anaknya meninggal dunia kerana terlibat kemalangan jalan raya.
Semasa wabak SARS melanda pada tahun 1993 pula, jualan BONIA jatuh hampir 50 peratus! Semua ini mengajar Chiang supaya lebih berhati-hati dengan pengaliran wang keluar masuk dan betapa pentingnya untuk mempunyai wang tunai yang besar.
Setelah melalui pengalaman yang cukup perit itu, Chiang nekad untuk bangun dan bekerja keras semula. Hasilnya, Chiang kini dah pun mempunyai tiga buah kilang termasuk di China dengan tenaga kerja kesemuanya mencecah 7,000 orang! Dia juga sudah mewujudkan tiga belas lagi jenama produk selain daripada BONIA, antaranya SEMBONIA dan CARLO RINO.
Kini hasil jualan Bonia semakin menghampiri angka RM1 bilion setahun!
Salute Mr. Chiang!
kredit Syahril A. Kadir
Assalamualaikum...
Lama tak bawak Haziq n adik kembar balik kampung..ni dah ada peluang balik la sat..Cuma yang tak bestnya cuaca panas sikit. Tapi main ngan bebudak ni bukan depa heran panas ka dak..janji boleh main..
Jumpa pulak cam kereta tolak barang yang boleh di buat main..lagi la seronok. Lagi seronok bila kembar dok salam tu abg Haziq yang tolak..lagi menjerit gumbira laaa..
- Mummy Ira -