Assalamualaikum..
Siapa
yang boleh duduk selesa bila luka bersalin masih tidak sembuh. Hendak duduk
salah, hendak berdiri pun tak selesa. Pendek kata buat apa pun serba tak
selesa. Selain makan ubat yang dibekalkan oleh doktor, ibu-ibu boleh juga
mencuba petua tradisional yang diajarkan oleh nenek moyang sejak zaman
berzaman.
Jangan
risau, kerana kebanyakan petua tradisional ini dipercayai membantu menyembuhkan
luka dengan cepat dan selamat diamalkan
- Rebus segenggam daun jambu batu muda sehingga mendidih. Apabila suam, gunakan air ini untuk mencuci di bahagian sulit. Lakukan dua atau tiga kali sehari hingga luka sembuh.
- Ikan haruan dipotong dan dicuci bersih. Rebus bersama halia, beberapa biji lada hitam dan sedikit garam. Makan bersama nasi atau dibuat sup.
- Rebus gamat dengan air yang banyak hingga mendidih. Sejukkan dan minum airnya atau sapukan di tempat yang luka.
- Campurkan biji manjakani, halia, akar kayu dengan air. Rebus kesemua bahan tadi sehingga mendidih. Dalam keadaan masih panas (suam), minum air rebusan tersebut. Amalkan setiap hari.
- Minum air rebusan daun pegaga setiap hari. Selain daripada direbus, daun pegaga juga boleh dibuat ulam. Makanlah bersama garam dan lada hitam yang ditumbuk halus.
Selamat
mencuba!
sumber pa & ma
Assalamualaikum..
CRIME ALERT: Tunjuk, Henti & Samun
Sekarang banyak taktik penjenayah yang cuba melakukan rompakan terhadap pemandu kereta yang sedang memandu di jalan raya.
Salah 1 Taktik yang diguna pakai penjenayah seperti berikut:
• Menunggang sebuah motosikal yang dinaiki dua lelaki dan menunjukkan tanda isyarat tangan ke arah tayar bahagian kiri atau kanan.
• Sekiranya pemandu tidak berhenti pada waktu itu, datang sebuah motosikal lain (kedua) dinaiki dua lelaki menunjukkan perkara yang sama bagi mewujudkan rasa khuatir dalam diri pemandu supaya memberhentikan kenderaan ke bahu jalan.
• Apabila pemandu memberhentikan kenderaan, suspek akan turun dari motosikal dan menuju ke bahagian kiri atau kanan tayar dan meminta pemandu melihat kerosakan yang dialami.
• Pada masa yang sama, motosikal yang dinaiki dua lelaki yang pertama turut memberhentikan motosikal mereka tidak jauh dari kenderaan mangsa.
• Apabila mangsa keluar dari kenderaan atau menurunkan cermin kereta. Suspek dari motosikal pertama akan bertindak melarikan kereta mangsa atau memaksa mangsa untuk keluar dari kenderaan sebelum melarikan kereta.
NASIHAT
1. Sekiranya anda berada dalam keadaan yang dinyatakan terus memandu ke balai polis berdekatan atau kawasan yang ramai orang atau berhenti di kawasan ‘safety point’ antaranya 7-Eleven, Pos Malaysia dan stesen minyak Petron.
2. Tidak panik dan kenal pasti nombor kenderaan yang dinaiki suspek seperti (jenis motosikal, warna, nombor pendaftaran, bangsa, pakaian dan jantina).
3. Memastikan nombor telefon bilik gerakan mana-mana balai polis berdekatan.
4. Membunyikan hon kereta beberapa kali untuk menarik perhatian penggunakan jalan raya sekiranya berada dalam situasi kecemasan.
5. Jangan menggadai nyawa sekiranya berlaku pergelutan dengan suspek untuk mempertahankan harta benda.
Semoga kita semua sentiasa berhati2 walau di mana kita berada.
kredit fb Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police )
- Mummy Ira -
Assalamualaikum..
kosmos
Menerusi iklan yang disiarkan sebuah akhbar tempatan, Lee Kim Wen, 31 berkata, beliau dan keluarga yakin pemandu teksi berkenaan, Hanizan Mohamed Radzi, tidak terlibat dalam kes culik itu.
Kim Wen juga berterima kasih kepada Hanizan dan berkata beliau terhutang budi kepada pemandu teksi berusia 41 tahun yang membawa pulang anaknya.
Hanizan Kim Wen (tengah) dan datuk mangsa, Lee Sui (kanan) sebaik dibebaskan selepas didapati tidak terlibat dalam kejadian culik di Kajang baru-baru ini.
Bagaimanapun, beliau juga kesal kerana siasatan kes itu menyebabkan kehidupannya dan Hanizan terjejas.
Kim Wen juga memberitahu beliau mahu memastikan reputasi Hanizan tidak tercalar akibat kejadian itu.
Pada 9 Oktober lalu, budak lelaki itu diculik di luar tadikanya di Sungai Chua, Kajang dan insiden itu dirakam menerusi CCTV.
Bagaimanapun, selepas lapan jam, budak lelaki itu ditemui Hanizan dan dibawa pulang dengan selamat ke kediaman Kim Wen.
Siasatan polis mendapati Hanizan tiada kaitan dengan kes itu dan pemandu teksi itu akan menjadi saksi utama kejadian berkenaan.
Tiga lagi lelaki telah didakwa mengikut Seksyen 3(1) Akta Penculikan 1961 kerana menculik dan menuntut wang tebusan. - mstar