Walaupun My Husband salah sorang ahli MYALZA OWNERS' CLUB JLKC CREW tapi dia jarang ikut aktiviti kelab tu. Sebabnya terikat dengan kerja. Kadang2 ja bila dia ada masa dia pegi jumpa sembang sembang. Cam baru2 ni, masa sambutan merdeka 2015, peringkat negeri Kedah, MYALZA OWNERS' CLUB JLKC CREW terlibat untuk perarakan sempena hari kebangsaan. Rugi pulak rasanya tak dapat turut serta. Nak buat camna kena pulak hari tu Cik Husband kena kerja. Tak pa la..lain kali lain masa kalau berkesempatan..boleh la join lagi..
Apa pun tahniah buat MYALZA OWNERS' CLUB JLKC CREW telah mendapat Johan Kategori Kereta Berkumpulan untuk pertandingan keceriaan bulan kebangsaan 2015 peringkat negeri Kedah. Tahniah untuk semua crew yang terlibat.
Video masa perarakan merdeka 2015 peringkat negeri Kedah
Ingat lagi masa kecik2..bila nak buat masak apa yang
berunsurkan rempah ratus ni..My Mom mesti kena giling rempah tu dulu. Rasanya dulu
tahun 80an ada kot joi rempah ratus yg peket ni tapi arwah Bapak tak mau pulak yang
peket ni..nak jugak yg giling. Dulu pun klau dengar cerita, majoriti setiap
rumah mesti ada batu giling. Ya la buat habuan giling rempah ratus.Lagipun orang lama ni depa lebih suka makan
yg original tak mau aih yg peket2 ni..tak sedap kata depa.
Rasanya teruk jugak nak giling menggiling ni. Cam My Mom n
orang yang dah biasa guna batu giling ni maybe senang ja bagi depa. Tapi dalam
senang tu jugak, My Mom penah kata..`teruk nak giling rempah ni..sebabnya batu
giling tu berat’ dan sampai sekarang Saya masih tak pandai guna batu giling.
batu giling..dah tak guna..simpan buat kenangan..
Tapi zaman dah berubah..tak payah teruk2 dah nak giling
rempah ratus ni. Sebabnya ada peniaga yang jual rempah giling ni. Sapa yang tak
suka rempah peket..boleh ja pi cari rempah giling. Cam kat Alor Setar, nak dapat rempah giling ni..mudah
sangat. Pi ja kat Market/Pasar Besar Alor Setar..pi cari kedai no 70..kat situ
ada macam2 Menu Rempah Giling. Ada rempah ikan, daging, kurma, masak lemak,
asam pedas, perencah tom yam pun ada . Rempah giling ni joi ikut bungkus n
kilo. Bagitau banyak mana kita nak..nanti depa bagi.
Sekarang..tak payah dah nak susah2 giling rempah tu..kalau
nak pegi ja beli kat market.Mesti mana2
market/pasar pun ada joi rempah giling ni. Kalau area alor Setar yang Saya tau
pegi ja market/pasar besar Alor Setar. Mudahkann..
oleh Dr
Tee E Siong ( Pakar Pemakanan & Presiden Persatuan Pemakanan Malaysia )
Cara paling mudah dan berkesan
untuk memastikan sama ada pengambilan makanan anak anda adalah sempurna dan dia
mendapat pemakanan yang optimum adalah dengan mengawasi berat badan dan
ketinggiannya. Dengan ukuran-ukuran ini, anda boleh mengira Indeks Jisim
Tubuhnya atau Body Mass Index (BMI) dan membuat perbandingan dengan standard
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
Mengetahui BMI untuk umur anak
anda akan membolehkan anda menentukan sama ada dia membesar pada kadar yang
berpatutan, atau mengesan jika dia kurang berat badan atau berlebihan berat
badan. BMI juga boleh memberi kepastian kepada ibu bapa tentang keadaan normal
anak mereka dan membantu ibu bapa membuat keputusan mengenai diet dan gaya
hidup bagi anak mereka.
Jangan menentukan adakah anak
anda bertumbuh dengan sempurna dengan membandingkan anak anda dengan kanak-kanak
lain kerana ketinggian dan saiz mereka mungkin meningkat pada kadar yang
berbeza.
Menilai
Pertumbuhan
Adalah disarankan agar anda
merekod BMI anak anda dan buat perbandingan dengan standard pertumbuhan lebih
kurang 6 bulan sekali. Mengukur pertumbuhan fizikal anak anda adalah mudah dan
mengambil masa kurang daripada 10 minit untuk dilakukan. Berikut adalah
caranya:
Bahagian
1: Mengira BMI
Langkah 1: Timbang Berat
Badan
Langkah 2: Ukur Tinggi
Langkah 3: Kira BMI
Bahagian
II: Mentafsir BMI
Di dalam carta, cari BMI anak
anda pada paksi menegak dan umurnya pada paksi mendatar. Tandakan titik di mana kedua-dua
nilai ini bertemu. Carta tumbesaran adalah khusus bagi jantina dan umur, oleh
itu pastikan anda menggunakan carta yang betul untuk anak anda.
Mengapa
BMI? BMI-untuk-umur semasa
kanak-kanak merupakan penentu BMI masa dewasa dan berhubung kait dengan faktor
risiko klinikal penyakit-penyakit kronik (seperti penyakit kardiovaskular)
kemudian hari sebagai orang dewasa. (Sumber:WHO) Setiap carta rujukan pertumbuhan
mempunyai kawasan berlainan yang memberitahu kategori BMI anak anda:
Jika BMInya berada
pada kawasan merah carta, dia “berlebihan berat badan.”
Jika BMInya berada
pada kawasan merah jambu carta, dia “berisiko berlebihan berat badan.”
Jika BMInya berada
pada kawasan putih carta, dia “normal berat badan.”
Bacaan BMI pada
kawasan kuning carta menunjukkan anak anda “kekurangan berat badan.”
Apa Yang Perlu Dilakukan ?
Tidak kira sama ada anak anda
normal, kurang atau berlebihan berat badan, pilihan terbaik adalah untuk
memberi mereka imbangan pelbagai nutrien daripada kumpulan makanan yang
berbeza. Anda juga harus menggalakkan aktiviti fizikal secara tetap dan amalkan
tabiat makan yang baik (rujuk artikel sebelumnya “Pemakanan Sempurna untukPertumbuhan”)
Carta pertumbuhan boleh membantu
menyaring masalah pertumbuhan, namun ia bukanlah sebuah alat diagnostik. Jika
anda mempunyai sebab untuk mempercayai anak anda tidak membesar dengan normal,
berjumpalah pakar pediatrik anda dengan serta merta.
Apakah
yang terjadi apabila seorang kanak-kanak tidak mendapat pemakanan sempurna yang
diperlukannya?
oleh Datuk Dr Zulkifli Ismail ( Pakar Runding Pediatrik dan Kardiologi Pediatrik )
Apabila seorang kanak-kanak
tidak mendapat pemakanan yang mencukupi atau berlebihan, dia dikatakan sebagai
menghidap malnutrisi. Malnutrisi menyebabkan kanak-kanak berisiko tinggi
menghadapi kematian akibat jangkitan-jangkitan biasa, meningkatkan kekerapan
dan tahap keparahan jangkitan tersebut, dan menyumbang kepada penyembuhan yang
lambat.
Ramai orang berpendapat bahawa
malnutrisi bermaksud ‘kurang zat makanan’ atau ‘tidak mendapat makanan
secukupnya’. Ini tidak benar kerana seseorang yang mendapat cukup makanan masih
boleh menghidap malnutrisi atau ‘terlebih nutrisi’.
Aspek-aspek
malnutrisi termasuk:
Kurang
berat badan
Statistik kurang berat badan dalam kalangan kanak-kanak di
Malaysia ialah 13.2% dan merupakan risiko utama bagi penyakit di seluruh dunia
dan faktor risiko bagi kematian kanak-kanak disebabkan oleh penyakit
cirit-birit, campak, malaria dan pneumonia.
Berlebihan
berat badan
Statistik berlebihan berat badan dalam kalangan kanak-kanak
Malaysia ialah 8%, dan merupakan risiko global bagi kematian serta
bertanggungjawab bagi peningkatan risiko terhadap penyakit-penyakit kronik
seperti penyakit jantung, diabetes dan darah tinggi (hipertensi).
Terbantut
Statistik terbantut dalam kalangan kanak-kanak di Malaysia
dalam tahun 2006 ialah 15.8%. Pemakanan tidak sempurna dalam tempoh 1000 hari
pertama kehidupan kanak-kanak terbukti menyebabkan pertumbuhan terbantut yang
kekal dan dikaitkan dengan keupayaan kognitif yang terjejas dan pencapaian di
sekolah dan tempat kerja yang rendah.
Susut
Malnutrisi akut, atau susut, terjadi akibat kegagalan
peningkatan berat badan. Berat badan kanak-kanak susut adalah lebih rendah
daripada berat badan yang sesuai untuk ketinggian mereka. Susut adalah indikasi
penyakit-penyakit seperti tuberkulosis, penyakit Lou Gehrig, sklerosis
berganda, dan juga kanser.
Kekurangan
mikronutrien
Juga dinamakan ‘kelaparan tersembunyi’, ia berpunca daripada
kekurangan vitamin dan mineral penting (seperti, vitamin A, zink, zat besi,
magnesium) dalam diet. Ia boleh menyebabkan penyakit, kurang penglihatan,
kematian pramatang, produktiviti rendah, dan perkembangan mental yang terjejas.
Simptom-simptom
malnutrisi dalam kalangan kanak-kanak termasuk:
Kegagalan membesar
dengan normal, dari segi berat dan tinggi
Perubahan tingkah
laku seperti kelihatan lebih rengsa daripada biasa, lesu atau resah
Perubahan warna
rambut dan kulit
Mengambil masa lama
untuk sembuh daripada jangkitan atau luka
Kurang daya tumpuan
Cirit-birit yang
berulang
Kemurungan
Berat badan dan pertumbuhan
fizikal anak anda boleh memberikan anda indikasi sama ada anak anda menghidapi
malnutrisi. Oleh itu, anak-anak anda harus dipantau dengan kerap dalam tempoh
beberapa tahun pertama kehidupan mereka oleh seorang doktor. Kemudiannya, anda
pula boleh mengawasi pertumbuhan mereka sendiri dengan mengukur indeks jisim
tubuh atau body mass index (BMI) menggunakan carta pertumbuhan (lihat artikel
Adakah Anak Anda Membesar dengan Sempurna?). Memandangkan pemakanan memainkan
peranan penting dalam kesihatan dan keseluruhan pertumbuhan serta perkembangan
anak anda, maka anda bertanggung jawab untuk menyediakan pemakanan secukupnya.
Menyediakan makanan yang seimbang dan pelbagai daripada jenis kumpulan makanan
yang berbeza pada setiap waktu makanan merupakan cara terbaik untuk memastikan
anak anda mendapat nutrien-nutrien dalam gabungan yang sihat. sumber dari http://mypositiveparenting.org/
Zahirah Dzahir.
Part Time Mommy Blogger | Full Time Housewife | Blogger Utara | Blogger Kedah | Mommy Anak 3 termasuk Kembar | Wife Haris Fadilah .
For Collaboration | Advertorial | Review | Event dan sebagainya. Boleh hubungi ieradzahir@gmail.com