Assalamualaikum..
Ramai yang kata makanan bukan punca kepada masalah jerawat yang dihidapi oleh 80% rakyat negara kita. Tapi ada juga yang bersetuju jerawat boleh timbul disebabkan oleh faktor pemakanan. Bagi saya, kedua-duanya betul kerana ia sebenarnya bergantung kepada bagaimana tubuh badan anda memberi reaksi kepada makanan yang anda makan. Sesetengah orang menghidapi alahan kepada makanan jenis kekacang, ada pula kepada makanan berminyak tetapi bukan semua orang mempunyai kesan reaksi yang sama.
Namun kepada yang memang mempunyai masalah jerawat, terdapat beberapa jenis makanan yang boleh menambahkan kesan buruk kepada penyakit tersebut. Sejak bertahun-tahun memberikan khidmat perawatan jerawat, saya dapati memang penyakit ini memberi kesan kepada pembawakan dan keyakinan orang yang menghidap masalah jerawat. Saya ingin nasihatkan anda agar menjaga pemakanan dan cuba elak dari mengambil makanan yang memberi reaksi kepada masalah jerawat anda.
Bagi mengetahui makanan apa yang memberikan reaksi kepada kulit, anda perlu ingat apa yang anda makan, dan peka kepada makanan tersebut agar anda tidak memakannya lagi. Jika anda tidak tahu tubuh badan anda sendiri, bagaimana anda hendak mengelakkan diri anda dari terus ditumbuhi jerawat pada kulit muka, belakang dan leher? Tetapi saya ingin tekankan di sini bahawa tiada sebarang makanan pun yang boleh menyebabkan timbulnya masalah jerawat pada kulit anda tetapi reaksi tubuh anda terhadap makanan itu sendiri.
Seperti yang telah saya terangkan dalam entri yang lepas, jerawat tumbuh disebabkan oleh masalah gula dalam darah, radang kulit yang kronik dan juga stress yang melampau. Untuk pengetahuan anda, banyak jenis makanan yang boleh memburukkan lagi keadaan kulit anda yang sedia bermasalah dan seterusnya menyebabkan pertumbuhan jerawat. Contohnya, jerawat akan tumbuh jika anda kekurangan tidur, menyedut udara yang tercemar dan juga menghadapi tekanan yang teruk akibat kerja dan hal peribadi.
Antara makanan yang boleh menyebabkan reaksi kulit kepada jerawat ialah:
1. Makanan berlemak dan bergoreng
- meningkatkan kandungan glukosa (gula) dalam darah dari kabohidrat dan lemak.
2. Makanan dari produk tenusu
- kandungan lemak dan hormon yang tinggi dalam susu lembu  boleh menyebabkan alahan
3. Makanan dari karbohidrat yang diproses
- kandungan gula yang diproses tinggi.
4. Minuman berkafein dan berkarbonat
- menyebabkan kelenjar adrenalin merembeskan hormon penyebab stress dan juga boleh mengganggu tidur anda. Minuman berkabonat juga mengandungi kandungan gula yang tinggi iaitu lebih kurang 7 sudu teh gula untuk setiap tin minuman. Kandungan gula yang tinggi akan menyebabkan kulit berminyak.
- mana-mana makanan bukan dari sumber asli dianggap tidak sihat untuk dimakan
Anda boleh mengurangkan masalah jerawat pada kulit muka, leher dan belakang jika anda kurangkan pengambilan makanan-makanan yang telah saya senaraikan di atas. Namun, ia tidak cukup untuk mengubati masalah jerawat yang kronik kerana anda perlu mendapatkan rawatan dan ubat-ubatan dari pakar dermatologi.
Saya juga ada senaraikan amalan pemakanan yang boleh anda praktikkan bagi membantu mengurangkan masalah jerawat pada kulit anda. Antara amalan pemakanan tersebut ialah:
1. Sayur-sayuran dan buah-buahan
2. Amalkan meminum air suam atau air masak sekurang-kurangnya 2 liter sehari
3. Amalkan cara masakan memanggang, stim atau membakar (bake)
4. Memakan makanan berserat tinggi
seperti roti wholemeal, susu skim atau rendah lemak, tuna yang tinggi
Omega 3, ayam organik, salad, jus buah-buahan segar, dan banyak lagi.
Assalamualaikum..
Di sini saya ingin kongsikan tips mendapatkan kulit yang cantik:
- Pilih Sabun Bebas Minyak
- Jangan Picit Jerawat Anda!
- Jangan Biarkan Diri Anda Berjemur Dibawah Terik Matahari
- Gunakan ‘Sunscreen’ bebas-minyak
- Pastikan Rambut Tidak Menutupi Bahagian Muka Anda
- Jangan Sentuh Muka Anda!
- Minum Banyak Air
sumber google
- Mummy Ira -
Assalamualaikum..
Selama 36 tahun hidup Saya..kadang2 tu terpikir..bukan senang jadi kawan dan nak cari kawan yang baik..Ya..Saya ada kawan..tapi tapi tak ramai. Maybe Saya ni dalam kategori yang tak pandai berkawan.
Masa zaman belajar dulu..memang ada kawan..dan ada yang boleh dikategorikan sebagai kawan baik..sebaik habis belajar..memasing terputus hubungan. Ada sorang 2 ja yang Saya masih berhubung.
Tapi bila memasing dah dewasa..masuk alam baru..berkahwin..berkerjaya..ada yang rapat balik ada juga yang dak rapat cam dulu. Jumpa balik kawan2 yang baik dulu pun kat FB..tapi dah tak rapat macam dulu dah. Sesetengah tu dah ada kawan baik yang 'baru'. Ada juga yang ada group2 sendiri.
Kadang2 tu kata kawan baik..tapi berhubung bila ada berita yang nak bgtau tak pun just nak tanya apa2..kadang tu malu juga..bila kita ja yang beria2 call, send msg sering tanya khabar tapi kawan tu biasa ja..cam kita ja asyik dok call, send msg tapi kwan tu tak pernah pun call kita. Tapi bila jumpa kata kawan baik..camna tu..
Saya kawan ja semua..kawan baik ka kawan biasa ka..harung pi semua..nak kawan ka tak mau kawan ngan Saya pun tak kisah..kita tak boleh paksa orang nak kawan dengan kita..bukan sakit pun..cuma Saya harap dalam berkawan ni..biarlah berkawan ni sungguh2 ..saling ingat mengingati..dan berkawan tu hingga hujung nyawa..
Bukannya senang nak cari kawan yang baik .
Bukan senang juga nak menjadi kawan yang baik .
Kawan yang baik tak pernah mengumpat di belakang kawan baik nya.
Kawan yang baik tak pernah cemburu dengan kejayaan kawan baik nya.
Sebaliknya kawan yang baik lah yang paling banyak membantu kawan baik nya untuk mencapai kejayaan.
Kawan yang baik tak pernah mempengaruhi kawan baik nya untuk membuat perkara yang buruk dan sia-sia.
Kawan yang baik adalah orang yang selalu menasihati kawan baik nya untuk berbuat kebaikan.
Kawan yang baik adalah orang pertama yang akan dicari bila tiba masa sedih atau gembira.
Kawan baik menjadi tempat kita meluahkan perasaan yang tak dapat diluahkan kepada kawan biasa.
Kawan yang baik tak pernah memaksa kawan baik nya untuk sentiasa berada disisinya.
Kawan yang baik tak pernah melarang kawan baik nya untuk berkawan dengan kawan yang baik .
Kawan yang baik tak pernah cemburu jika kawan baik nya mempunyai ramai kawan baik , kerana kawan yang baik tahu apa yang paling baik untuk kawan baik nya.
Kawan yang baik akan sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan kawan baik nya di dunia dan di akhirat di dalam doanya.
Kita adalah kawan yang baik jika kita faham bahawa kawan baik kita bukanlah seorang yang sempurna.
Kita adalah kawan yang baik jika kita menjadi kawan yang baik kepada kawan baik kita.
Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak menghargai kawan baik kita, kerana kawan yang baik akan sentiasa menghargai kawan baik nya.
Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak memberitahu perkara yang baik kepada kawan baik kita, kerana kawan yang baik akan selalu menyampaikan perkara yang baik kepada kawan baik nya.
Kawan yang baik akan memanjangkan naskah ini kepada kawan-kawannya, bukan kerana terpaksa, bukan kerana suka-suka, tetapi untuk dijadikan pedoman oleh kawan-kawannya supaya dapat menjadi kawan yang baik kepada kawan baik nya.
Dan kalau kita nak dapat kawan baik yang baik, kita mesti lebih dahulu menjadi seorang kawan yang baik ...kepada kawan baik kita.
Dan semoga kita menjadi kawan baik yang baik...!!!!!
Tegurlah aku jika aku mulai sombong
Tegurlah aku jika aku mulai angkuh
Tegurlah aku jika aku mulai salah
Kerana aku masih perlu sahabat seperti kamu..
Hari ini esok dan selamanya
- Mummy Ira -
Assalamualaikum..
google
Pejam celik,sedar tak sedar..dah pun masuk bulan 3..kkdg tu takut juga dengan masa yang cepat berlalu ni..ada perkara yang dah selesai on time ada juga yang belum selesai..dah pun masuk bulan baru. Tapi bila dipikir balik..tak kira la masa tu bergerak laju ka pelan ka..camna kita manfaatkan masa kita tu..dengan perkara yang tak berfaedah atau dengan yang berfaedah.
Rasanya kalau kita guna masa kita dengan perkara yang berfaedah..gunakan masa kita dengan sebaiknya..kita tak akan menyesal. Masa tu tak salah lansung..hanya bergerak ikut putaran masa dia ja..kadang2 kita ja yang lalai dan selalu salahkan masa jaa..
- Mummy Ira -