Dr Wan Amir Nizam bersama pelajarnya dengan hasil kajian di Makmal Pusat Pengajian Sains Kesihatan Kampus Kesihatan USM, Kubang Kerian. - Foto Fathil Asri
UMUM tahu penyakit tekanan darah tinggi adalah satu daripada punca kematian paling biasa di seluruh dunia. Gaya hidup tidak sihat seperti merokok, obesiti, kehidupan sendentari termasuk kurang melakukan aktiviti fizikal, pengambilan garam berlebihan, alkohol dan banyak lagi, turut menyumbang kepada penyakit yang juga dianggap sebagai pembunuh dalam senyap itu.
Mengikut statistik yang dikeluarkan Institut Hati, Paru-paru dan Darah Kebangsaan Amerika Syarikat (US NHLBI) menunjukkan lebih 65 juta atau satu daripada setiap tiga orang dewasa di Amerika Syarikat menghidap tekanan darah tinggi, sementara 59 juta lagi warga Amerika mengalami peringkat awal darah tinggi.
Pembunuh senyap
Kajian juga meramalkan menjelang tahun 2025, dianggarkan 1.56 bilion penduduk dunia menghidap tekanan darah tinggi. Ia adalah pembunuh senyap kerana lazimnya ia tidak memberikan sebarang amaran atau simpton. Berikutan itu, ramai yang tidak menyedari kehadirannya.
Kajian Kesihatan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) yang kali pertama dijalankan di Malaysia pada tahun 1996, mendapati 32.4 peratus atau dianggarkan 2.6 juta warga dewasa Malaysia berusia 30 tahun dan ke atas turut menghidap tekanan darah tinggi.
10 tahun selepas itu, kajian sama dilakukan, kelaziman penyakit tekanan darah tinggi dalam kalangan usia yang serupa dengan kaedah sama digunakan turut meningkat kepada 40.5 peratus.
Kadar peningkatan penyakit tekanan darah tinggi turut direkod dengan kajian kumpulan kecil dijalankan di Malaysia.
Namun, kajian terhadap 2,508 subjek dari semua daerah di Kelantan, trend tekanan darah tinggi dalam kalangan penduduk negeri ini didapati lebih rendah iaitu 13.9 peratus berbanding peratusan di seluruh negara.
Pengambilan ulam daun serai kayu
Menyedari perkara ini, sekumpulan penyelidik dari Universiti Sains Malaysia (USM) Kampus Kubang Kerian, Kelantan mengambil inisiatif menjalankan penyelidikan terhadap pengambilan ulam daun serai kayu atau daun salam dalam kalangan penduduk tempatan yang dikatakan mampu menurunkan kadar darah tinggi.
Daun serai kayu atau di sesetengah tempat di negara ini dikenali sebagai daun salam, samak kelat, daun bay dan daun beriani, banyak digunakan dalam masakan di seluruh dunia kerana keistimewaannya membangkitkan aroma dalam juadah.
Jika di Indonesia ia lebih dikenali sebagai meselengan, ubat serai, gowok, manting dan kastolam, manakala istilah sainsnya pula Syzygium polyanthum.
Di Eropah dan kawasan negara Mediterranean, daun serai kayu ini lazimnya dikeringkan dan digunakan sebagai penambah perisa kepada masakan terutama dalam sos, sup, stew dan masakan berunsurkan makanan laut, sayur serta daging.
Tidak ketinggalan, dalam masakan Arab, India dan Pakistan. Antaranya, digunakan untuk menambah keenakan rasa dalam masakan nasi beriani dan bahan dalam garam masala (rempah ratus).
Di Kelantan dan Terengganu, daun serai kayu ini banyak digunakan dalam masakan seperti laksam dan dijadikan ulam untuk dimakan bercicahkan budu.
Rupa-rupanya, di sebalik keenakannya sebagai perisa tambahan kepada masakan, daun ini mempunyai seribu satu rahsia dari sudut kesihatan terutama dalam rawatan penyakit tekanan darah tinggi.
Rahsia keunikan dan kehebatan daun yang pokoknya mudah ditanam di kawasan tropika, berjaya dibongkar kumpulan penyelidik berkenaan yang diketuai Pensyarah Kanan Farmakologi, Pusat Pengajian Sains Kesihatan, universiti itu, Dr Wan Amir Nizam Wan Ahmad dalam penyelidikannya yang sudah masuk tahun keempat.
"Daun serai kayu atau salam sudah lama digunakan penduduk Kelantan yang menghidap darah tinggi untuk menurunkan tekanan darah mereka.
"Kami tertarik untuk mengkaji dengan lebih mendalam khasiat daun ini selepas melihat corak tekanan darah tinggi beberapa pesakit yang dirujuk di klinik kami semakin normal dan mereka hanya perlu mengambil ubat darah tinggi dengan kadar dos kecil.
"Selepas diselidik, rupa-rupanya mereka mengamalkan makan daun salam sebagai ulam harian mereka," katanya kepada BH, baru-baru ini.
Serbuk daun serai kayu. - Foto Fathil Asri
Belum ada kajian
Justeru, kumpulannya menjalankan penyelidikan secara saintifik selepas mendapati belum ada lagi kajian terhadap daun itu dilakukan bagi menentukan keberkesanannya dalam bidang perubatan.
Kajian saintifik yang dijalankan terhadap dua spesies tikus, Wistar Kyoto (WKY) dan Spontaneously Hypertensive (SHR) mendapati ekstrak daun serai kayu mampu menurunkan tahap tekanan darah haiwan itu.
"Kita menggunakan dua kaedah iaitu menyuntik cecair dari ekstrak daun serai kayu ke salur darah kedua jenis tikus berkenaan dan memberi makan ekstrak daun itu selama sebulan.
"Hasilnya, sebaik cecair ekstrak daun salam disuntik dalam saluran darah, tahap tekanan darah tikus SHR yang sememangnya secara genetik mempunyai darah tinggi menurun sehingga 30 peratus, manakala tikus WKY yang juga tikus berdarah normal, tahap tekanan darahnya tetap normal," katanya.
Terbukti bantu turunkan darah tinggi
Menerusi kaedah kedua, katanya, pihaknya menggunakan cara memberi makan ekstrak daun salam kepada kedua jenis tikus itu selama sebulan dan mendapati ia turut membantu menurunkan darah tinggi.
Lebih menakjubkan, ia tidak langsung menurunkan darah tikus WKY yang berdarah normal.
"Tujuan menggunakan kaedah kedua adalah bagi meniru kesan pesakit darah tinggi yang makan ulam daun salam setiap hari. Daripada kajian ini, kita dapati daun salam tidak memudaratkan mereka yang mempunyai tekanan darah normal kerana pengambilannya tidak menurunkan darah," katanya.
Kajian itu juga mendapati daun serai kayu mengandungi asid galik (gallic), asid oleik, asid linoleik dan seselin, yang berfungsi menurunkan tekanan darah.
"Kita juga menjalankan kajian toksikologi dan hasil penyelidikan mendapati bahan aktif dalam daun itu tiada kesan berbahaya jika diambil melebihi dos dicadangkan," katanya.
Ketika ini, pihaknya bercadang menjalankan kajian lanjut bagi mengasingkan bahan aktif dalam daun salam itu dan bercadang untuk mempatenkan hasil kajian seperti peringkat kajian terhadap manusia dijalankan tidak lama lagi.
"Kita berharap dapat menghasilkan produk suplemen bagi membantu golongan penghidap darah tinggi. Ia boleh menghasilkan ubat daripada serai kayu dengan formulasi yang betul bagi penghidap penyakit darah tinggi," katanya. - Berita Harian
Assalamualaikum
Dari al-Hasan bin Ali dari Rasulullah shallaAllahu `alaihi wa sallam, baginda bersabda: Sesiapa yang anaknya baru dilahirkan, kemudian dia mengumandangkan azan ke telinga kanannya dan iqamat di telinga kirinya, maka anak yang baru lahir itu tidak akan terkena bahaya `ummu shibyan’. `Ummu shibyan’ ialah angin yang dihembuskan kepada anak, jadi anak itu takut kepadanya. Ada juga yang berkata bahawa ia adalah `qarinah’, iaitu jin.
Mengapa azan? Adalah wajar anak ini diazan dan diiqamatkan agar kalimah pertama yang didengarnya dan tembus ke gegendang telinganya adalah kalimah seruan Yang Maha Agung. Kalimah yang mengandungi persaksian (syahadah) terhadap keesaan Allah dan persaksian terhadap kerasulan Muhamad bin Abdullah shallaAllahu `alaihi wa sallam. Anak yang baru menghirup udara dunia ini telah diajarkan dengan aqidah dan syariat Islam, sebagaimana seseorang yang akan mati diajarkan dengan kalimah tauhid `La ilaha illallah’. Agar pengaruh azan ini dapat meresap ke dalam diri anak ini.
Azan ini ialah untuk mengusir syaitan yang memang menanti-nanti kelahiran bayi ini. Azan dikumandangkan ke telinga bayi agar seruan dakwah kepada Allah dan agamanya dapat mendahului seruan jahat syaitan.
Azan dan iqomah yang diperdengarkan akan dirakam oleh bayi berkenaan yang menjadi sebahagian dari pendidikan tauhid, syariat dan akhlak.
2. TAHNIK ANAK
Tahnik digalakkan selepas anak itu dilahirkan. Caranya: Kurma yang dikunyah diletakkan di atas jari, kemudian memasukkan jari berkenaan ke dalam mulut bayi. Gerak-geraknya ke kanan dan ke kiri dengan lembut hingga rata.
Jika sukar untuk memperoleh kurma, boleh diganti dengan manisan lain.
Dan yang lebih utama, `tahnik’ ini hendaklah dilakukan oleh seseorang yang mempunyai sifat taqwa dan soleh. Ini adalah sebagai suatu penghormatan dan harapan agar anak ini juga akan menjadi seorang yang taqwa dan soleh.
Hadis Rasulullah shallaAllahu `alaihi wa sallam dari Abu Burdah, dari Abu Musa r.a., katanya: Aku telah dikurniakan seorang anak. Lalu aku membawanya kepada Nabi dan baginda menamakannya dengan Ibrahim, men`tahnik’nya dengan kurma serta mendoakannya dengan keberkatan. Kemudia baginda menyerahkannya kembali kepadaku. (HR Bukhari & Muslim)
3. MENCUKUR RAMBUT BAYI
Sunat dicukurkan rambut bayi secara licin pada hari ketujuh kelahirannya. Kemudian ditimbang rambut tersebut dan disedekahkan nilai beratnya berbanding perak kepada faqir miskin. Ada dua hikmah galakan mencukur rambut bayi. Pertamanya, untuk menguatkan kepala si anak, dengan cara membuat lubang rambutnya dan sekaligus mengukuhkan panca indera berhampiran. Keduanya, ialah hikmah sosial iaitu bersedekah dan saling bantu-membantu kepada yang memerlukan.
Satu perkara yang perlu diberi perhatian ketika menggunting rambut anak ialah larangan qaza’. Qaza’ bermaksud mencukur atau memendekkan sebahagian rambut dan membiarkan sebahagian yang lain panjang. Contoh qaza’ ialah rambut punk.
4. MEMBERIKAN NAMA ANAK
Ibu dan bapa disunatkan memberikan nama anak sama ada pada hari pertama atau hari ketujuh.
Digalakkan untuk memberikan nama anak dengan makna yang baik. Antara cadangannya ialah berdasarkan hadith riwayat Abu Daud:
Berikanlah nama anak dengan nama para nabi. Sebaik nama di sisi Allah ialah Abdullah dan Abdul Rahman. Yang bagus ialah Harith (Øارث) dan Hammam (همام) manakala yang buruk ialah Harb dan Murrah.
Diharamkan memberi nama anak dengan nama hamba selain Allah, seperti Abdul Nabiy. Haram juga memberikan nama Allah tanpa didahulukan Abdul sebelumnya. Begitu juga memberikan nama yang buruk maknanya. Dimakruhkan memberi nama anak sempena orang Islam terkenal yang fasiq.
5. AQIQAH
Majoriti ulamak termasuk mazhab Shafie menggalakkannya (sunat). Majoriti ulamak menyatakan untuk anak lelaki, dua ekor kambing, sementara anak perempuan seekor kambing.
Masa untuk aqiqah disunatkan pada hari ketujuh. Akan tetapi boleh dilanjutkan sehingga mampu. Sunat hukumnya aqiqah ini tertakluk kepada kemampuan. Sekiranya kemampuan itu sampai ketika usia dewasa, maka pahala galakan aqiqah akan tetap diperolehi.
6. KHITAN / SUNAT
Di dalam mazhab Shafie, Hanbali dan Maliki, hukumnya adalah wajib bagi anak lelaki. Imam Ahmad turut mewajibkannya untuk anak perempuan. Mengenai waktu berkhitan, digalakkan untuk melakukannya sama ada pada hari pertama atau hari ketujuh kelahiran. Akan tetapi ianya boleh dilaksanakan sehinggalah ke umur mukallaf. Berkhitan mempunya hikmah yang pelbagai, antaranya ialah sebagai tanda keseriusan Islam terhadap kesucian anak.
-sumber dari google-
-Mummy Ira-
Assalamualaikum
Hari ni raya haji yang ke 2..My Mom ada la buat korban sikit dekat kampung..buat korban untuk kembar Hazin dan Hadif n anak sedara Zulaikha dan Humaira..sesi gotong royong sedara mara..kira kenduri adik beradik n panggei jiran dekat2 tu ja..Nasib baik cuaca pun cerah elok klau hujan cam semalam klam kabut jgak la..
Sembelih dan lapah lembu..besiang dan masak semua buat di situ..
Siap masak pun dah tengahhari..ready untuk makan je la..buat menu pun tak banyak..hanya gulai daging, goreng kunyit, daging bakar n ayaq asam..
ni pic masa korban tadi..
Siti Humaira..Muhammad Hadif Zafry..Muhammad Hazim Zikry..
Aisyah Zuhairah dan Siti Zulaikha
- Mummy Ira -
Assalamualaikum
banyak hari jgak saya tak sempat nak update blog..sebabnya anak saya yang kembar..si adik M. Hadif Zafry kena masuk wad..2/10/14 - 7/10/14..5 hari 4 malam jgak dok dalam wad ( PMC )..mmg tekejut..asal jumpa doktor tetiba kena admit..
Al kisahnya..Hadif demam selsema..mmg dah prepare ubat demam yg doktor bgi..pesan doktor klau demam bgi ubat dulu klau tak kebah baru bwak jumpa dia..bgi ubat demam..tapi sya perasan bawah telinga kanan Hadif macam bengkak..TAPI..bukan 'bengkak cantik' naa..coz sebelum ni dah pernah jadi..doktor kata..kkdg2 kalau demam atau selsema berlarutan..boleh jadi bengkak tu..sblm ni doktor bagi ubat antiobatik n ubat Leftose (surutkan bengkak tapi tak berkesan..nampak Hadif lagi sakit smpi kepala nak paling ke kanan pun ssah..
Dah 2 hari..hari Jumaat terus jumpa doktor..bila chek doktor sarankan masuk wad..doktor kata bengkak tu nampak teruk sikit..maybe bernanah..doktor takut nanah tu merebak ke tulang telinga..lagi bahaya kalau ke otak..doktor akan cucuk antiobatik coz proses ubat tu cepat..kalau makan lambat..malam tu jgak masuk wad..ikutkan nak masuk Hospital Besar Bahiyah tapi dah chek kat sini terus ja sini..malam tu jugak doktor pasang jarum kat tangan n pasang drip, cucuk masuk antiobatik.
Bermulalah episode saya dok dalam wad dengan Hadif..Abang Haziq n Hazim tinggal kat rumah..Abah yang jaga..malam pertama Hadif tak boleh tido..kerap terjaga..tak selesa dengan tangan bercucuk.. malam2 seterusnya dah ok..selama 5 malam..rutin yang sama makan ubat..doktor pantau panas badan Hadif turun ka tak..kalau tak turun..masalah sikit..
Hari ke 3 Ahad..panas on off..masa doktor round wad..chek Hadif saya perasan telinga Hadif ada nanah..nurse cuci..jumpa pula doktor ENT..chek telinga takut ada apa2 yang bahaya..takut jugak kalau jadi cam sesetengah budak yang selalu selsema ja bernanah dalam telinga..tapi doktor ENT kata xtak dak pun lubang kecik kat gegendang telinga Hadif..nampak ok..tengahhari tu juga buat ct scan..Hadif kena 'pengsankan' kejap dengan ubat tido untuk mudahkan proses ct scan tu..tapi bukan tido kejap..lama smpai ke petang..takut jugak saya kejutkan Hadif tapi tak bangun..so nurse pasangkan alat kat jari Hadif utk pantau nadi..
Dapat hasil dari ct scan..alamdulillah..tak ada yang bahaya.. nanah tu dah pecah..demam Hadif pun dah kurang..maybe dia demam pasai nanah tu..tapi doktor still ambek langkah berjaga2..takut sisa2 nanah tu merebak..so ubat antiobatik diteruskan..
Hari ke 4 Isnin..terus follow up doktor ENT..doktor kata telinga Hadif ok, elok tak dak pa masalah..tak dak lubang kat gegendang telinga dia..demam pun ok..ubat tetap diteruskan..sampi Hadif dah ngamok tak mau dah makan ubat..jemu punya pasal..saya mintak nak balik dari doktor..kira ulang alik ke klinik..saya pun makin lama rasa nak demam..doktor x bagi kluar lagi coz nak abeskan cucuk antiobatik..(Selasa baru boleh kluar last cucuk antiobatik )
Akhirnya kluar wad hari pagi Selasa..lega rasanya dah boleh balik rumah..nampak Hadif pun dah semakin sihat..doktor bagi date untuk follow up..ubat yg nak kena makan..berbotoi2..
lagipun kesian dekat Abg Haziq n Hazim kat rumah..paling ketara kembar Hadif n Hazim..masa kat PMC..Hadif beli mainan tetap beli 2 untuk Hazim..bila jumpa happy sangat..lawan teringat..ikatan kembar tu memang kuat cuma depa tak boleh nak bagitau ja..yang bestnya..saya plak demam batuk selsema..makan hari jugak la demam ni nak lega..adoii..wassalam..
- Mommy Ira -