Pesakit kanser memerlukan makanan seimbang bagi memenuhi segala keperluan badan untuk kekal bertenaga. Tiada makanan yang dapat menyembuhkan kanser.
Malah, tiada jenis makanan tertentu yang perlu dimakan atau dielak jika seseorang itu mendapat kanser.Namun, pemakanan faktor penting yang perlu diambil berat oleh pesakit kanser kerana jenis rawatan yang diambil meningkatkan keperluan badan.
Corak pengambilan makanan juga akan terganggu. Justeru, amalan pemakanan yang baik sebelum, semasa dan selepas rawatan penting untuk memastikan tubuh berasa lebih sihat serta bertenaga.
Terdapat beberapa panduan dikongsi portal rasmi MyHealth Kementerian Kesihatan Malaysia yang mungkin boleh membantu pesakit kanser menjalani kehidupan lebih sihat.
Kepentingan amalan pemakanan yang baik
• Membantu mempercepatkan penyembuhan luka dan tisu yang rosak terutama selepas pembedahan, radioterapi, kemoterapi atau rawatan perubatan lain.
• Membantu menghadapi kesan sampingan rawatan dengan lebih baik dan sembuh dengan cepat.
• Membantu meningkatkan sistem imun atau ketahanan badan bagi membolehkan pesakit melawan jangkitan.
• Membantu mencapai dan mengekalkan berat badan ideal.
Pemakanan sebelum rawatan
Makan pelbagai jenis makanan akan membantu pesakit mendapat semua nutrien atau zat diperlukan. Badan akan menukar makanan kepada bentuk tenaga. Pesakit kanser memerlukan tenaga walaupun mereka tidak aktif seperti biasa. Justeru, pengambilan makanan bertenaga daripada sumber karbohidrat dan lemak perlu mencukupi.
Makanan yang mengandungi sumber protein juga penting untuk membantu memperbaiki tisu yang rosak dan mengekalkan sistem imun badan bagi melawan jangkitan kuman. Pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran kaya dengan vitamin, mineral dan serat yang diperlukan badan sangat penting.
Justeru, pengambilan pelbagai jenis makanan mengikut piramid makanan Malaysia sememangnya disarankan.
Masalah pemakanan semasa rawatan dan cara mengatasi
Rawatan kanser diperlukan untuk membunuh sel kanser, namun ia juga akan merosakkan sel yang sihat. Pelbagai kesan sampingan akan dialami pesakit. Kesan sampingan berbeza bagi setiap individu dan ia bergantung kepada bahagian badan yang dirawat, tempoh dan dos rawatan. Kebanyakan kesan sampingan bersifat sementara dan berakhir selepas rawatan selesai.
Masalah pemakanan dan cara mengatasi
1. Hilang selera makan
• Makan sedikit tetapi kerap untuk mendapatkan tenaga.
• Tingkatkan kalori dan protein dalam makanan.
• Ambil minuman atau makanan tambahan yang tinggi kalori dan protein.
• Senaman yang tetap jika anda mampu meningkatkan selera makan.
• Kurangkan pengambilan air pada waktu makan.
• Makan di tempat persekitaran yang sesuai.
• Pastikan mulut sentiasa bersih. Elakkan merokok kerana ia boleh mengurangkan selera makan dan mengubah rasa makanan.
2. Kesukaran mengunyah dan menelan akibat luka dalam mulut serta tekak.
• Makan sedikit tetapi kerap.
• Tingkatkan kalori dan protein dalam makanan.
• Ambil minuman atau makanan tambahan yang tinggi kalori dan protein.
• Makan makanan sejuk atau pada suhu bilik.
• Tingkatkan pengambilan cecair.
• Makan dan minum secara perlahan.
• Pilih makanan yang lembut dan senang dikunyah atau campur kuah di dalam makanan.
• Elakkan makanan yang pedas dan berasid atau masam.
3. Mulut kering
• Tingkatkan pengambilan cecair. Lebihkan pengambilan air semasa makan.
• Pilih makanan yang lembut dan senang dikunyah seperti bubur nasi atau campurkan kuah dalam makanan.
• Ambil makanan yang merangsang pengeluaran air liur seperti lemon atau gula-gula getah.
• Hisap ketulan ais untuk menyejukkan mulut.
4. Perubahan rasa dan bau makanan
• Elakkan makanan yang berbau kuat.
• Makan makanan sejuk atau pada suhu bilik.
• Gunakan perisa seperti garam, rempah, herba, gula atau bawang putih bagi menambahkan rasa makanan.
• Jauhkan diri daripada dapur semasa makanan dimasak. Minta kawan atau keluarga masak untuk anda.
5. Loya dan muntah
• Makan sedikit tetapi kerap. Elak makanan yang akan menyebabkan loya bertambah teruk.
• Makan snek seperti biskut kering atau roti bakar.
• Makan makanan masam dan masin.
• Makan makanan sejuk atau pada suhu bilik seperti puding dan salad.
• Elakkan makan terlalu banyak lemak atau minyak.
• Makan dan minum secara perlahan.
• Kurangkan pengambilan air pada waktu makan.
• Elakkan makanan yang terlalu banyak perisa seperti rempah.
• Jangan baring dalam tempoh satu jam selepas makan.
• Ambil ubat tahan muntah atas saranan doktor.
6. Sembelit
• Tingkatkan pengambilan cecair sekurang-kurangnya enam hingga lapan gelas sehari seperti jus buah, sup dan minuman susu.
• Tingkatkan pengambilan serat seperti buah, sayur dan makanan gandum penuh.
• Lakukan senaman yang tetap jika mampu seperti berjalan.
• Ambil ubat atas saranan doktor.
7. Cirit-birit
• Ambil ubat atas saranan doktor.
• Tingkatkan pengambilan cecair untuk menggantikan cecair yang hilang.
• Makan sedikit tetapi kerap. Jangan lupa untuk mengamalkan pengambilan makanan pada tiga waktu utama iaitu sarapan, makan tengah hari dan makan malam serta tiga snek.
• Elakkan mengambil alkohol, hadkan kafein dan makanan pedas.
• Elakkan makanan bergoreng dan berminyak.
• Elakkan pengambilan susu jika anda mengalami tidak toleransi terhadap gula dalam susu (laktosa).
• Kurangkan pengambilan makanan tinggi serat. Pilih buah yang dimasak lembut dan tanpa kulit atau buah dalam tin.
8. Pedih ulu hati (heartburn)
• Makan sedikit tetapi kerap. Makan pada tiga waktu utama dan tiga snek.
• Minum air 30 minit selepas makan.
• Duduk sebentar selepas makan (30 minit) dan jangan baring.
• Makan perlahan.
• Elakkan pakaian terlalu ketat.
• Elakkan makanan seperti coklat, kopi, teh, minuman ringan, alkohol, makanan tinggi lemak, buah sitrus dan tomato.
Pemakanan selepas rawatan
Selepas rawatan, kesan sampingan yang dialami akan beransur hilang dan selera makan mungkin meningkat. Pesakit masih perlu menjaga pengambilan makanan agar sentiasa cergas dan sihat.
Antara amalan pemakanan yang disarankan adalah:
• Makan makanan seimbang dan berkhasiat. Pelbagaikan makanan anda.
• Makan lima atau lebih pelbagai hidangan sayur dan buah setiap hari.
• Pilih karbohidrat kompleks dan bijirin penuh bagi meningkatkan pengambilan serat dalam diet anda.
• Kurangkan pengambilan lemak dan garam dalam makanan.
• Pilih makanan yang boleh mengekalkan berat badan sihat. Seimbangkan pengambilan makanan dengan aktiviti fizikal

harian metro
Ini bermaksud tubuh anda tidak dapat memperolehi khasiat daripada makanan yang diambil, tanpa mengira jumlah makanan yang diambil.
Penyerapan khasiat yang lemah membawa kepada paras tenaga yang rendah, lalu mengurangkan produktiviti dan menjejaskan kualiti hidup. Apabila tubuh kekurangan tenaga, ia tidak berdaya untuk kekal aktif, cergas dan sentiasa bersedia untuk berdepan dengan tekanan hidupan harian.
Kekurangan khasiat juga mungkin menjurus kepada masalah gastrousus seperti sindrom iritasi usus, dyspepsia atau sembelit yang membawa kepada ketidakselesaan dengan simptom-simptom seperti sakit perut, kembung, perut berangin, cirit-birit, kelesuaan yang kronik dan lain-lain yang telah dijelaskan sebelum ini.
Simptom ini menjejaskan kesejahteraan emosi, kehidupan sosial, kerjaya serta percutian. Kekurangan khasiat yang berterusan akan mengakibatkan arthritis, masalah kulit dan rambut, alergi, barah, osteoporosis, diabetes, masalah jantung, penuaan dan penyakit-penyakit lain.
Cabaran Memenuhi Keperluan Nutrisi
Ramai yang berpendapat diet yang seimbang sudah mencukupi untuk memenuhi keperluan nutrisi tubuh. Namun begitu, pencermaran alam sekitar kehidupan masakini semaki membebankan sistem tubuh kita.
Asas Pengambilan Nutrisi
Ramai yang berpendapat diet yang seimbang sudah mencukupi untuk memenuhi keperluan nutrisi tubuh. Namun begitu, pencermaran alam sekitar kehidupan masakini semaki membebankan sistem tubuh kita.
Gaya hidup yang kurang aktif, stres berlarutan, masa makan yang tidak teratur dan melebihkan makanan yang diproses meningkatkan lagi keperluan untuk mineral penting, vitamin dan mikro nutrisi yang lain.
Tiada siapa yang dapat lari daripada masalah ini, termasuk mereka yang prihatin dengan kesihatan diri dan pemilihan makanan. Makanan yang dihidangkan tidak lagi segar dan semakin kekurangan khasiat setelah melalui kaedah pertanian, pemerosesan dan pengilangan yang intensif.
Masalah ini diburukkan lagi dengan waktu lama yang diperlukan untuk penghantaran dan penyimpanan. Pendedahan kepada cahaya, pengoksidaan dan haba semasa memasak juga mengurangkan khasiat sumber makanan kita.
Sejak beberapa tahun yang lalu, pakar pemakanan mendapati penurunan nilai khasiat yang mendadak dalam buah-buahan sayuran dan lain-lain makanan yang diambil.
Menangani Ketidakseimbangan Nutrisi
Keperluan nutrisi setiap orang adalah berbeza berdasarkan faktor umur, gaya hidup, keturunan dan tabiat pemakanan. Aspek utama nutrisi ialah mencegah penyakit dan menjaminkan kehidupan yang lebih berkualiti untuk jangka masa panjang.
Suplemen vitamin dan mineral menjadi satu keperluan pada abad ini untuk mengatasi cabaran ketidakseimbangan nutrisi.
Vitamin membantu sistem enzim dan mekanisme hormon, yang penting bagi sel tubuh kerana ia mempengaruhi perkembangan dan fungsi pelbagai sel.
Mineral pula ialah struktur bahan mikro molekul yang diperlukan untuk pengaliran oksigen dan cecair tubuh.
Walaupun begitu, suplemen yang tidak diserap ke dalam sistem tubuh mungkin tidak akan mendatangkan manfaat yang diperlukan. Penyelesaiannya ialah untuk menguruskan masalah penyerapan pada sistem pencernaan terutamanya dalam usus.
Mengekalkan flora usus yang sihat dengan probiotik akan memulihkan kesihatan pencernaan dan merangsang penyerapan khasiat. Ini akan membolehkan tubuh sembuh secara semulajadi tanpa ubat-ubatan.
Panduan Semasa Memilih Nutrisi
- Keperluan pemakanan seseorang adalah berbeza. Oleh itu, suplemen yang baik untuk seseorang mungkin tidak akan memberi kesan yang serupa kepada anda.
- Harga tidak sepatutnya menjadi ukuran kepada kualiti - suplemen yang paling mahal tidak semestinya yang terbaik.
- Suplemen bukan pengganti kepada beribu-ribu khasiat dan mikro nutrien yang terdapat dalam makanan. Ini bermakna kita tidak sepatutnya mengambil vitamin sahaja.
- Vitamin larut-lemak harus diambil secara berhati-hati kerana pengambilan berlebihan akan disimpan dalam bahagian tubuh yang berlemak dan ini boleh membawa kemudaratan. Vitamin larut-air yang berlebihan biasanya akan dikumuhkan.
- Multi-vitamin dianggap pilihan suplemen pemakanan paling selamat kerana ia mengandungi campuran vitamin dan mineral yang seimbang dan tiada risiko terlebih dos untuk vitamin atau mineral tertentu.
- Periksa tarikh luput produk suplemen pemakanan sebelum membelinya.
Asas Pengambilan Nutrisi
Suplemen pemakanan mesti diambil secara betul supaya ia tidak dikumuhkan tanpa diserap oleh sistem tubuh anda.
Beberapa panduan untuk memaksimakan manfaat suplemen:
Amalkan: |
|
Elakkan: |
|
Balik-balik isu berat badan berlebihan dan kegemukan, tidakkah jemu mengulang perkara yang sama? Soalan ini tiba di telinga penulis. Tidak timbul soal jemu kerana masalah kegemukan ini masih belum ada kesudahannya.
Apa yang lebih membimbangkan apabila ada sesetengah ibu bapa tidak menganggap kegemukan anak mereka sebagai satu masalah yang perlu ditangani.
Inilah penemuan analisis daripada 69 kajian terdahulu yang mendapati hampir 51 peratus ibu bapa di Amerika Syarikat yang mempunyai anak gemuk atau obes melihat ia sebagai satu perkara biasa dan tidak perlu dibimbangkan
Bahkan ibu bapa ini tetap menganggap anak mereka mempunyai berat badan normal walaupun Indeks Jisim Tubuh (BMI) jelas menunjukkan kanak-kanak berkenaan gemuk atau obes, kata Dr Rachel Thornton, pakar kanak-kanak dan pensyarah di Pusat Pengajian Perubatan John Hopkins.
Menurut penyelidik, perkara itu mungkin disebabkan masalah kegemukan atau obesiti kanak-kanak menjadi perkara biasa sehingga membuatkan ibu bapa tidak lagi melihatnya sebagai sesuatu yang membimbangkan. Ini kerana satu pertiga kanak-kanak di Amerika Syarikat mengalami masalah kegemukan melampau atau obesiti seperti laporan yang dikeluarkan Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC).

Menurut Dr Thornton, dia tidak terkejut dengan analisis berkenaan, bahkan dia pernah dikunjungi ibu bapa yang bimbangkan anak mereka terlalu kurus apabila dibandingkan dengan kanak-kanak lain yang berbadan besar. Selain itu, ramai juga ibu bapa percaya kegemukan anak mereka akan hilang apabila si anak semakin membesar.
“Mereka percaya kanak-kanak kecil yang gemuk ini akan menjadi kurus secara semula jadi apabila membesar kelak. Masalahnya, kanak-kanak kecil yang gemuk biasanya akan membesar menjadi remaja dan orang dewasa yang gemuk. Berat badan berlebihan ini akan dibawa bersama sepanjang proses mereka membesar,” sambungnya.
Semua orang maklum, bukan mudah untuk menurunkan berat badan, apatah lagi dengan gaya hidup masyarakat dunia sekarang yang banyak makan dan kurang bersenam selain terlalu sibuk dengan aktiviti dalam rumah yang tidak menggunakan banyak tenaga.
Memang tidak dinafikan masih ramai ibu bapa yang kurang pengetahuan dalam menyediakan makanan seimbang untuk anak mereka. Ramai yang beranggapan asalkan anak makan, sudah memadai. Pada masa sama, ramai juga ibu bapa berhadapan dengan masalah untuk memujuk anak makan makanan seimbang dan menyihatkan.
Kegemukan atau obesiti ketika kecil ini akan mendedahkan kanak-kanak kepada pelbagai masalah kesihatan termasuklah kencing manis. Ini terbukti apabila semakin ramai remaja obes disahkan menghidap diabetes jenis 2 iaitu kencing manis yang biasanya dialami orang dewasa.
Malah CDC turut memberitahu, kegemukan yang dibawa dari kecil ini juga mendekatkan seseorang itu kepada penyakit jantung, sakit sendi dan kanser. Risiko penyakit ini bukanlah fakta baru, ia sudah kerap dibicarakan ramai pakar perubatan.
Ini belum masuk soal psikologi kerana banyak kes dilaporkan kanak-kanak yang gemuk atau obes kerap menjadi mangsa buli. Mereka mungkin tidak dibuli secara fizikal tetapi dengan kata-kata ejekan yang membuatkan mangsa berasa malu, sedih, rendah diri, tertekan, terasing, tidak mempunyai kawan kerana dipulaukan dan akhirnya enggan ke sekolah.
Kadangkala ada ibu bapa tidak sedar mereka sendiri menjadi pembuli dengan memberi gelaran tertentu kepada anak yang berbadan besar ini. Panggilan yang pada asalnya bertujuan mengusik atau bergurau sebenarnya boleh menjejaskan keyakinan diri anak, membuatkan mereka malu dan berkecil hati.
Jika anak anda jenis agresif, bimbang dia pula yang menjadi pembuli di sekolah kerana menyedari saiz badannya boleh menyebabkan kawan-kawan sebaya berasa gerun atau sebagai cara melepaskan rasa marah dan tidak puas hatinya akibat sering diejek atau diusik di rumah oleh keluarga sendiri.
Ini antara sebahagian sebab pentingnya ibu bapa memantau pertambahan berat badan anak. Dalam pada itu, ibu bapa sendiri perlu memastikan masalah kegemukan dan obesiti tidak membelenggu mereka sekeluarga. Usaha mengatasi masalah kegemukan anak pastinya tidak akan berkesan sekiranya mereka sendiri berbadan gempal.
Menurut Pakar Pemakanan Pediatrik dan Perubatan Remaja, Pusat Perubatan Kanak-Kanak Cohen di New York, Dr Marlo Mittler, kajian itu menunjukkan pakar kanak-kanak perlu memainkan peranan aktif dalam memberikan kaunseling kepada ibu bapa mengenai masalah kegemukan kanak-kanak.
“Doktor dan pakar kanak-kanak perlu lebih tegas dengan memberitahu ibu bapa bahawa anak mereka akan menghadapi masalah besar jika isu kegemukan tidak ditangani. Inilah sebabnya mereka perlu menggunakan pengukuran berdasarkan BMI kanak-kanak yang mempunyai julat tertentu mengikut ketinggian dan umur, bukannya hanya melihat kepada saiz fizikal.
“Doktor perlu memberitahu risiko kesihatan yang bakal dihadapi kanak-kanak gemuk dan obes. Dalam soal menjaga kesihatan kanak-kanak, tiada istilah terlalu cepat. Kita boleh memperkenalkan makanan yang disediakan secara sihat seperti ikan bakar, ayam panggang, sup dan salad kepada kanak-kanak meskipun dirasakan mereka masih terlalu kecil,” katanya.
Sememangnya tabiat makan secara sihat ini perlu dipupuk sejak kecil supaya ia menjadi gaya hidup yang akan diteruskan sehingga dewasa. Malah ia juga diharap dapat menjadi pendinding supaya anak-anak ini tidak cepat terpengaruh dengan tarikan beraneka makanan segera yang menjadi penyumbang besar kepada masalah obesiti di seluruh dunia baik pada kanak-kanak atau orang dewasa.

hmetro
Pengambilan protein dan pemakanan awal bayi amat penting bagi tahap kesihatan jangka panjang, tetapi bayi yang diberikan susu formula membesar lebih cepat mengakibatkan lebih berisiko penyakit berkaitan kardiovaskular. - Atul Singhal, Pakar Runding Paediatrik Hospital, Whittington, London
Ketua Bahagian Perubatan Metabolik dan Nutrisi di Hospital Kanak-kanak Hauner, Pusat Perubatan Universiti Munich, Jerman, Prof Dr Berthold V Koletzko dalam kajian diketuai beliau, bertajuk ‘Program Pemakanan Awal’ yang dijalankan di lima negara Eropah pada 2009, mendapati seramai 1,128 bayi yang diberikan susu formula cenderung mengalami berat badan berlebihan atau obes apabila meningkat dewasa.
Bayi yang diberi susu formula lebih terdedah, mengalami kenaikan berat badan, berbanding bayi yang menyusu ibu. Ini kerana kandungan protein dalam susu formula adalah tinggi iaitu kira-kira 55 hingga 80 peratus berbanding kandungan protein dalam susu ibu. Disebabkan itulah bayi diberikan susu formula lebih tembam dan montel, berbanding yang diberikan susu badan.
Saiz juga bukan ukuran bayi sihat. Kajian Dr Berthold turut mendapati bayi yang diberikan susu ibu antara enam hingga dua tahun, lebih sihat walaupun berat badan bertambahnya lebih perlahan berbanding bayi yang diberikan susu formula.
“Tumbesaran yang cepat pada bayi yang diberikan susu formula meningkatkan obesiti sehingga enam kali ganda. Manakala tubuh yang besar dengan berat badan berlebihan membuka risiko obesiti, iaitu ‘ibu’ kepada segala jenis penyakit,” katanya.
Beliau berkata demikian pada Bengkel Pemakanan Awal anjuran Wyeth di Singapura, baru-baru ini.
Mengulas lanjut, Dr Berthold berkata, kanak-kanak obes bukan sekadar satu masalah setempat sebaliknya berlaku dan semakin meningkat bilangan mereka di seluruh dunia. Di Malaysia obesiti kanak-kanak pada 2002 ialah sebanyak 20.7 peratus manakala pada 2008 peratusannya meningkat kepada 26.4 peratus.
Sungguhpun sesetengah ibu bapa, mungkin teruja dengan bayi montel, ia sebenarnya tidak baik untuk kesejahteraan jangka panjang bayi.
Adat kajian antara kenaikan berat badan lebih tinggi dalam kalangan bayi dan obesiti serta peningkatan serangan penyakit kardiovaskular, diabetes dan kanser bagi golongan dewasa hari ini.
Persatuan Pediatrik Eropah (EPA) yang menilai maklumat mengenai pemakanan hayat awal dan menggabungkannya dengan nasihat Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Lembaga Keselamatan Makanan Eropah dan Persatuan Gastroenterologi, Hepatologi dan Pemakanan Pediatrik Eropah (ESPGHAN) dan Akademi Pediatrik Amerika (AAP).
Dalam satu kenyataan dikeluarkan EPA pada April 2011, mendapati, bayi yang diberikan susu formula terlalu awal, mungkin mengakibatkan obesiti pada usia awal persekolahan.
“Hasilnya bayi tidak digalakkan mengambil susu formula sebelum usia mencapai 12 bulan walaupun bayi yang diberikan susu formula lebih montel,” katanya yang menegaskan semua orang perlu tahu, bahawa montel tidak bererti sihat.
Malah, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) turut menegaskan yang penyusuan susu ibu disarankan sehingga enam bulan. Selepas itu, bayi perlu menerima makanan pelengkap dengan berterusan penyusuan susu ibu sehingga ke usia dua tahun.
Zat tak seimbang jejaskan tubuh, minda si kecilBAYI memerlukan lebih banyak lemak dalam diet mereka, berbanding kanak-kanak lebih besar. Lemak penting untuk pembentukan sel otak dan mata sihat.
Tidak seperti organ lain, perkembangan otak berlaku sepenuhnya apabila mencapai usia lima tahun dan pemakanan pada beberapa tahun pertama (sejak janin membesar hingga anak berusia lima tahun) adalah penting untuk membekalkan nutrien yang perlu untuk perkembangan otak yang sihat.
Pakar Runding Paediatrik Hospital Whittington, London, Prof Atul Singhal berkata, sungguhpun pengambilan protein dan pemakanan awal bayi amat penting bagi tahap kesihatan jangka panjang, tetapi bayi yang diberikan susu formula membesar lebih cepat mengakibatkan lebih berisiko penyakit berkaitan kardiovaskular.
Menurut Indeks Nutrien Disyorkan di Malaysia (MRNI), kanak-kanak berusia 1 hingga 3 tahun sepatutnya mendapat 25 hingga 35 peratus tenaga mereka daripada lemak, berbanding 15 hingga 30 peratus kanak-kanak dalam kumpulan usia lebih tua.
“Adalah diakui bahawa lemak asid arakidonik (AA) dan asid dokosaheksaenoik (DHA) sangat penting untuk perkembangan kognitif dan visual. Bagaimanapun ia diperlukan dalam nisbah yang betul. Dalam susu ibu, nisbah AA:DHA adalah kira-kira 1:733,” katanya yang turut hadir pada bengkel berkenaan.
Menyedari kepentingan DHA, pengeluar susu formula menambah lemak penting ini ke dalam produk mereka. Bagaimanapun ada kemungkinan bahawa susu formula diperkuat dengan terlalu banyak DHA. Kenaikan tahap DHA semata-mata tidak memberi sebarang kesan, seperti diakui oleh satu laporan yang dikeluarkan pada 2010 oleh Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO) dan WHO, yang menegaskan :
“Tidak cukup bukti untuk mengaitkan tambahan pengambilan DHA dan/atau EPA dengan peningkatan perkembangan fizikal dan mental atau manfaat tertentu dalam kalangan kanak-kanak berusia 2 hingga 18 tahun,”.
Sebaliknya pengambilan DHA secara berlebihan boleh membawa kepada penurunan tahap AA dalam plasma dan sel darah merah yang memberi kesan negatif kepada bayi yang membesar.
“WHO mengesyorkan agar asid lemak poli tidak tepu (seperti DHA dan AA) membentuk 11 peratus dan tidak lebih, daripada pengambilan jumlah tenaga bayi,” kata Prof Atul.
Sementara itu, Perunding Pemakanan, Indra Balaratnam berkata, bayi dan kanak-kanak yang tidak mendapat zat seimbang boleh mempengaruhi perkembangan tubuh badan serta mindanya.
“Ibu bapa perlu mengetahui bahawa pemakanan mempunyai manfaat tertentu kepada tubuh badan.
“Bukan semua zat boleh dihasilkan oleh tubuh badan sebaliknya asid lemak perlu yang penting untuk pertumbuhan minda serta mata, contohnya, boleh diperoleh menerusi makanan laut dan kekacang. Piramid makanan harus dijadikan panduan pengambilan makanan secara sihat,” katanya.
INFO: Perlu tahu:
Aliran Penyusuan Susu Ibu di Malaysia berdasarkan Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 1996 dan 2006 mendapati, kekerapan ibu yang menyusukan bayi pada 1996 mencatatkan peningkatan daripada 88.6 peratus kepada 94.7 peratus.
Namun, kekerapan penyusuan secara eksklusif iaitu sehingga usia bayi enam bulan, adalah rendah iaitu hanya 14.5 peratus. Keadaan itu berlaku kerana terlalu percayakan banyak mitos seperti susu penyebab sakit kuning dan anak susut berat badan sekiranya diberikan susu ibu. Sedangkan mitos atau kepercayaan itu hanya akan menyekat proses penyusuan yang seharusnya berjalan lancar.
Jurnal Perubatan The Lancet dalam artikel The World Forgotten Children tahun lalu mendedahkan, hampir 11 juta kanak-kanak akan mati sebelum mereka mencapai umur 5 tahun. Manakala lebih separuh daripada kanak-kanak ini iaitu dalam anggaran kira-kira enam juta orang, akan mati disebabkan penyakit yang selalunya mudah dicegah atau dirawat kesan tidak disusukan ibunya.
Bayi negara ini ‘tidak ketinggalan’ kerana 58 peratus daripada kanak-kanak di seluruh dunia tidak menerima penyusuan susu ibu sepenuhnya pada empat bulan terpenting dalam hidup mereka yang mana 25 peratus adalah kekurangan zat iaitu penyumbang kepada 60 peratus kematian kanak-kanak. Hakikatnya, lebih dua 2 juta kematian bayi berusia kurang lima bulan boleh dicegah menerusi proses sentuhan kulit ke kulit antara ibu dan bayi; penyusuan susu ibu yang lebih baik (1.3 juta) dan penyusuan badan lengkap (0.6 juta).
sumber berita harian
Assalamualaikum..
Berbanding dengan produk omega lain dipasaran, Omega Guard merupakan minyak ikan paling tulen di dunia kerana mengandungi rangkaian spectrum penuh 7 jenis asid lemak Omega 3 semulajadi termasuk EPA, DHA, ALA, dan banyak lagi. Satu sajian membekalkan 905 mg asid-lemak omega-3 EPA dan HDA.
Cara Penghasilan Shaklee Omega Guard
Dihasilkan melalui suatu proses penyulingan proprietari tiga molekul untuk mengekstrak asid lemak omega-3 yg paling tulen dan paling semulajadi
Sementara itu ia juga menyingkirkan bahan-bahan berbahaya seperti plumbum, merkuri, arsenik, kadmium, dioksin, dan PCB (polychlorinated biphenyl - merupakan bahan kimia industri yg sgt toksik)
Bezanya dgn produk lain?
- Menggunakan kaedah penyulingan bertekanan tinggi untuk mengekstrak minyak ikan
- Kaedah penyulingan itu bukan hanya memusnahkan sesetengah nutrien, malah tidak boleh menapis kandungan logam yang membahayakan kesihatan
Apakah Kebaikan Omega Guard?
- Mengurangkan paras kolesterol dan tekanan darah
- Meningkatkan sistem imunisasi dalam badan
- Kajian menunjukkan bahawa Omega-3 boleh mencegah kanser paru-paru, payudara, prostat, dan kolon
- Memelihara fungsi sendi
- Mencegah insomnia
- Membantu tumbesaran & perkembangan otak janin
Sering mengalami masalah kesihatan seperti:
- Selsema yang berterusan
- Batuk berkahak
- Kolesterol tinggi
- Sakit-sakit sendi
- Stroke
- Pesakit Jantung
- Pesakit Gout
Ibu Hamil
- Membantu perkembangan memori di mana DHA yang terdapat dalam Omega Guard dapat meningkatkan keupayaan ingatan dan pembelajaran
- Mengurangkan risiko kelahiran bayi tidak cukup bulan (pra-matang)
- Membantu perkembangan memori di mana DHA yang terdapat dalam Omega Guard dapat meningkatkan keupayaan ingatan dan pembelajaran
- Mengurangkan risiko kelahiran bayi tidak cukup bulan (pra-matang)
- Ibu Menyusu
- - Menyalurkan khasiat Omega-3 melalui susu ibu kepada bayi bagi meningkatkan sistem imun dan menyihatkan paru-paru, serta baik utk perkembangan otak bayi
- Kanak-kanak
- - Meransang perkembangan otak
- - Memperkuatkan sistem imunisasi badan
- - Sesuai untuk kanak-kanak yang sering demam, selsema, batuk, dan mempunyai masalah eczema atau asthma
Bilangan size Setiap Botol : 90 biji dalam 1 botol
Jadual Makan :
Untuk memelihara kesihatan , 2-4biji sebelum dan selepas makan, 2 kali sehari.
Shaklee DTX ComplexTM mengandungi satu campuran proprietari ekstrak daripada gabungan ekstrak biji benih pokok susu tisel, schizandra, ekstrak dendalion, cendawan reishi, kunyit dan articok.
DTX Shaklee
- Kajian menunjukkan bahawa kandungan utama di dalam DTX Complex Shaklee; ekstrak biji benih pokok susu tisel menyokong keupayaan badan menghasilkan protein bagi membantu menjana semula sel-sel hati.
- DTX Complex Shaklee mengandungi bahan ekstrak yang sangat penting dari biji benih pokok susu tisel yang menghasilkan 80% silymarin.
- Ia turut mengandungi bahan-bahan yang digabungkan secara unik dan saintifik; ekstrak daripada Schizandra dan cendawa Reishi (herba yang kaya dengan anti-oksida) dan ekstrak daripada dandelion, kunyit, dan articok (herba yang membantu mengekalkan aliran hempedu)
Formulasi yang dipatenkan untuk DTX Complex
1. Ekstrak Biji Benih Pokok Susu Tisel (Milk thistle seed)
- Proses ekstrak ini mendapatkan 80% silymarin – kaya dengan bahan antioksida
- Melindungi hati daripada toksin, termasuklah dadah, racun dan bahan kimia
- Merawat masalah hati seperti hepatitis dan sirosis
- Mengurangkan kadar kerosakan hati akibat lebihan alkohol
- Membantu mencegah dan merawat masalah batu karang
- Membantu masalah kulit seperti psoriasis dan ekzema
2. Articok (Artichoke)
- Membina semula sel-sel hati
- Merangsang pengaliran hempedu
3. Dandelion
- Membantu fungsi hati, sangat berguna ketika berlaku kebengkakkan hati (hepatitis) dan jaundice
- Membantu penghadaman dengan merangsang pengaliran hempedu dari hati dan pundi hempedu; membantu mencegah batu karang
- Membantu merawat endometriosis. Bertindak sebagai julap lembut untuk masalah sembelit
- Meningkatkan keupayaan tubuh menyerap zat besi – melawan anemia
- Melawan tumor dan kanser
- Merendahkan paras gula dalam darah. Baik juga untuk masalah kekembungan dan lebihan air
4. Kunyit
- Mengandungi curcumin : bahan anti-oksida
- Meningkatkan kesan anti-keradangan dan membantu mengurangkan kesakitan
- Mempunyai kesan anti-viral terhadap HIV
5. Reishi Mushrooms (Ling Zhi)
- Membina imun – membantu dalam mencegah atau merawat kanser
- Mengurangkan masalah bronkitis, sinusitis
- Merawat sindrom keletihan yang kronik
- Membantu mencegah penyakit jantung
6. Schizandra
- Ekstrak biji benih dari Schizandra ini mengandungi bahan anti-oksida
- Ia juga berkait dalam merangsang sintesis protein, meningkatkan jumlah enzim dalam hati untuk tujuan detoksifikasi, memperlahankan pembentukan toksin
Note: Saiz hidangan – 3 biji sehari (untuk 30 hari) & 90 biji / botol
Hati merupakan organ terbesar di dalam tubuh manusia dan berkeupayaan dalam membina semula. Contohnya, serangan jantung akan merosakkan otot atau organ jantung. Tetapi, serangan kepada hati akibat pengambilan alkohol berlebihan boleh merosakkan hati. Namun, hati mampu membaiki organnya sendiri. Hati boleh dianggap sebagai INDUSTRI PEMPROSESAN dalam tubuh manusia, menjalankan fungsi-fungsi kritikan untuk membaiki.
Fungsi hati manusia adalah seperti berikut:
1. Rembesan Hempedu
- Cecair rembesan ini disimpan di dalam pundi hempedu untuk dikeluarkan apabila perlu ketika penghadaman.
- Hempedu adalah perlu untuk pencernaan lemak; ia memecahkannya kepada lapisan yang lebih kecil (small globule)
- Hempedu juga membantu dalam penyerapan vitamin larut lemak, A, D, E, K dan membantu mengasimilasikan kalsium
- Hempedu juga menukarkan Beta Karotena kepada Vitamin A
2. Bertindak sebagai Detoksifikasi
- Metabolisme protein dan penapaian bakteria makanan dalam usus menghasilkan ammonia yang didetoksifikasikan oleh hati.
- Hati mengawal metabolism protein
- Untuk detoksifikasikan ammonia, hati juga menggabungkan bahan-bahan toksik termasuk sisa metabolik, sisa racun serangga, dadah, alkohol, dan bahan kimia dengan bahan-bahan lain yang kurang toksik
- Bahan-bahan ini kemudiannya dikumuhkan dari buah pinggang.
- Oleh itu, dalam usaha untuk mempunyai fungsi hati yang betul, anda juga mesti mempunyai fungsi buah pinggang yang betul
3. Mengawal Paras Gula dalam Darah
- Dengan menukarkan tiroksina – hormon tiroid, ke dalam bentu yang lebih aktif
- Penukaran yang tidak mencukupi oleh hati boleh menyebabkan hipotiroidisme
- Hati mewujudkan GTF (Faktor toleransi glukosa) dari kromium dan glutation
- GTF diperlukan oleh insulin untuk mengawal paras gula dalam darah dengan betul
- Gula yang berlebihan akan disimpan dalam badan sebagai glikogen, dan kemudian ditukar kembali kepada gula apabila diperlukan untuk tenaga
- Hati juga memecahkan hormon seperti estrogen adrenalin dan insulin
4. Penting untuk metabolisme Lemak
- Penting dalam sintesi asid lemak dari asid amino dan gula, iaitu ketika pengeluaran kolesterol, lipoprotein, dan phospolipid, dan ketika pengoksidaan lemak untuk menghasilkan tenaga.
- Di mana, makanan berlebihan akan ditukarkan kepada lemak di dalam hati, yang kemudian diangkut ke tisu lemak badan untuk penyimpanan.
Note: Saiz hidangan – 3 biji sehari (untuk 30 hari) & 90 biji / botol
------------------------------------------------
Apakah Collagen Shaklee atau lebih dikenali sebagai Shaklee Collagen Powder (SCP), fungsinya, cara minum atau cara pengambilan serta testimonial daripada pelanggan yang sangat berpuas hati setelah mengambilnya.
Collagen Shaklee adalah supplemen kolagen yang unggul, mengandungi 4,000mg Kolagen RSS (Sisik Ikan Merah), sangat rendah dalam berat molekular - sekitar 1,000 Dalton dan tujuh ramuan utama termasuk:
Sisik Ikan Merah - sumber kolagen premium dengan kurangnya pencemaran dan kadar penyerapan yang tinggi berbanding dengan kolagen haiwan.
Biji Camellia japonica - terdiri daripada asid oleik, satu omelien dan pelembap kulit yang hebat, dan isoflavon, antioksidan semulajadi yang mampu mengurangkan radikal bebas.
Pfaffia - dikenali sebagai ginseng Brazil, apabila digabungkan dengan Camellia japonica akan membantu formasi kolagen dan asid hyaluronic (berperanan menghidrat tisu tubuh untuk menjadikan kulit lembut, lembap dan licin.
Elastin - memelihara kulit menjadi fleksibel tetapi tegang, memberikan reaksi melantun apabila kulit ditarik. Mengekalkan kulit menjadi tegang, anjal dan elastik.
Vitamin B - metabolisma karbohidrat, protin dan lemak untuk membebaskan tenaga yang diperlukan untuk penghasilan kolagen di dalam sel.
Vitamin C - menggalakan penghasilan kolagen dan menentang radikal bebas yang merosakkan kulit.
Kekerang - Glucosamine ekstrak kekerangan penting dalam sintesis cecair synovial yang membekalkan pelincir kepada sendi-sendi dan menghidrat mata untuk melegakan ketidakselesaan mata.
Lactobacillus acidophilus - membantu mengimbangi mikroflora usus dan membantu membina semula sistem usus yang sihat yang mampu meningkatkan penyerapan kolagen.
Oh ya, kajian secara klinikal telah membuktikan dengan pengambilan kolagen ini selama 8 minggu secara berterusan, kulit wajah manusia semakin cantik, putih, gebu, kacak, bergaya sebanyak 71%.
Bagaimana pula cara pengambilan Collagen Shaklee?
Untuk pengetahuan anda, rasa kolagen ini sedikit hanyir dan berbau ikan. Jadi, Digalakkan minum dengan air yang berperisa. Ia juga boleh diambil terus dengan cara makan serbuk kolagen tersebut. T
Ok, jom kita tengok testimonial pelanggan yang sangat berpuas hati setelah mengaplikasikan kolagen dalam kehidupan mereka.
Satu kotak Collagen Shaklee mempunyai 15 sachet untuk kegunaan selama 2 minggu. Ramuan yang sangat bagus akan memberikan kesan yang juga sangat bagus. Penggunaan secara berterusan dalam seminggu sudah mampu menunjukkan hasilnya (seperti gambar rajah di atas).