Apa Itu KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (KSSR)
1/15/2014 12:44:00 PTG
1. | Mengapakah KSSR diperkenalkan? | ||||||||||||||
Jawapan : KSSR diperkenalkan sebagai satu usaha menyusun semula dan menambah baik kurikulum sedia ada untuk memastikan murid dibekalkan dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang relevan untuk memenuhi keperluan semasa serta menghadapi cabaran abad ke-21. | |||||||||||||||
2. | Apakah maksud Kurikulum Standard? | ||||||||||||||
Jawapan : KSSR digubal dalam bentuk pernyataan standard. Pernyataan standard terdiri daripada standard kandungan dan standard pembelajaran yang perlu dicapai oleh murid dalam suatu tempoh dan tahap persekolahan. Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran didefinisikan seperti berikut: - Standard kandungan ialah penyataan spesifik tentang perkara yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai. - Standard Pembelajaran ialah satu penetapan kriteria atau petunjuk (indicator) kualiti pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur bagi setiap standard kandungan. | |||||||||||||||
3. | Apakah perbezaan KSSR dengan KBSR? | ||||||||||||||
Jawapan :
| |||||||||||||||
4. | Adakah terdapat perubahan mata pelajaran dalam KSSR Tahap Satu? | ||||||||||||||
Jawapan : Ya. Dalam KSSR Tahap Satu, terdapat beberapa mata pelajaran baru di samping penggabungan semua disiplin ilmu dalam bentuk Modul Teras Asas, Modul Teras Tema dan Modul Elektif untuk pengurusan kurikulum yang lebih berkesan. | |||||||||||||||
5. | Mengapakah Modul Teras Tema diperkenalkan? | ||||||||||||||
Jawapan : Modul Teras Tema diperkenalkan untuk mengurangkan bilangan mata pelajaran di tahap satu. Modul Teras Tema mengandungi tema Dunia Kesenian dan tema Dunia Sains dan Teknologi (DST). Dalam tema Dunia Kesenian, terdapat dua mata pelajaran, iaitu Seni Visual dan Muzik. Tema DST mengandungi elemen mata pelajaran Sains, Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dan Reka Bentuk dan Teknologi (RBT). | |||||||||||||||
6. | Mengapakah Sains tidak dijadikan Modul Teras Asas? | ||||||||||||||
Jawapan :
Sains tidak dijadikan Modul Teras Asas kerana Modul Teras Asas memberi fokus kepada literasi dan numerasi, kesejahteraan diri dan pembangunan rohani. Manakala Sains pula diperkenalkan dalam Modul Teras Tema untuk memberi pengetahuan asas tentang disiplin ilmu Sains. | |||||||||||||||
7. | Mengapakah peruntukan masa untuk Pendidikan Islam di SJK (C) dan SJK (T) dikurangkan berbanding di SK? | ||||||||||||||
Jawapan :
Di SJK (C) dan SJK (T), peruntukan masa bagi mata pelajaran Bahasa Cina dan Bahasa Tamil ialah 360 minit. Jika peruntukan masa Pendidikan Islam disamakan dengan di SK, maka murid akan balik lewat kerana belajar lebih daripada 1380 minit seminggu.
| |||||||||||||||
8. | Bolehkah sekolah membuat penjurusan (streaming) dalam KSSR? | ||||||||||||||
Jawapan :
KSSR tidak mengalakkan penjurusan. | |||||||||||||||
9. | Adakah KSSR dapat melahirkan masyarakat yang bersahsiah? | ||||||||||||||
Jawapan :
Ya. Konsep KSSR mengandungi tunjang keterampilan diri yang memastikan murid dididik dan dibimbing supaya memiliki daya kepimpinan dan sahsiah diri yang tinggi melalui kurikulum dan aktiviti kokurikulum.
| |||||||||||||||
10. | Siapakah yang akan mengajar Dunia Sains dan Teknologi? | ||||||||||||||
Jawapan :
Guru yang paling sesuai mengajar DST ialah guru beropsyen Sains. | |||||||||||||||
11. | Perlukah murid Tahun 1 belajar TMK? | ||||||||||||||
Jawapan :
Ya, semua murid Tahun 1 perlu belajar kemahiran asas TMK supaya murid dapat menggunakan kemahiran tersebut dalam semua disiplin ilmu. | |||||||||||||||
12. | Bolehkah Elemen Merentas Kurikulum tidak digunakan dalam P&P? | ||||||||||||||
Jawapan :
Elemen Merentas Kurikulum(EMK) tidak perlu digunakan dalam setiap kali sesi p&p tetapi ia perlu diaplikasikan dalam p&p yang bersesuaian. | |||||||||||||||
13. | Bilakah elemen TMK diajar dalam Dunia Sains dan Teknologi? | ||||||||||||||
Jawapan :
Kemahiran asas TMK amat penting diajar kepada murid Tahun 1 dan dicadangkan supaya ianya diajarkan pada awal tahun.Kemahiran asas ini boleh juga diajar dalam elemen Sains menggunakan TMK. Elemen TMK dapat dikuasai sepenuhnya maka ia boleh diperkukuhkan secara merentas kurikulum dalam disiplin ilmu lain. | |||||||||||||||
14. | Berapakah bilangan minimum dan maksimum standard kandungan serta standard pembelajaran TMK yang perlu diajar dalam seminggu? | ||||||||||||||
Jawapan :
Tiada bilangan minima atau maksima yang ditentukan dalam seminggu kerana tahap kebolehan murid yang berbeza-beza. Walau bagaimanapun semua standard kandungan dan standard pembelajaran perlu dicapai dalam tempoh masa yang ditetapkan seperti mana yang digariskan dalam DSK TMK.
| |||||||||||||||
15 | Adakah murid akan berasa bosan di kelas dengan penambahan waktu Bahasa Inggeris? | ||||||||||||||
Jawapan :
Tidak. Kaedah dan teknik yang pelbagai diperkenalkan oleh guru untuk menarik minat murid. Modul Language Arts yang menekankan pendekatan didik hibur dan apresiasi bahasa. P & P bahasa yang menarik dan efektif dijalankan melalui aktiviti menyanyi, jazz chants, choral speaking, drama, muzik dan bahan bantu mengajar lain yang sesuai. | |||||||||||||||
16 | Apakah tindakan guru sekiranya murid tidak mencapai standard yang ditetapkan? | ||||||||||||||
Jawapan :
Guru perlu membuat tindak susul yang berterusan seperti menjalankan pemulihan untuk memastikan murid akhirnya mencapai standard yang ditetapkan. | |||||||||||||||
17. | Adakah buku teks disediakan bagi semua mata pelajaran tahun 1? | ||||||||||||||
Jawapan :
Ada, kecuali Dunia Seni Muzik dan Seni Visual tidak disediakan buku teks. Walau bagaimanapun, buku panduan pengajaran disediakan untuk mata pelajaran ini. | |||||||||||||||
18. | Adakah semua murid belajar menggunakan komputer bagi Elemen Merentas Kurikulum - Teknologi Maklumat dan Komunikasi? | ||||||||||||||
Jawapan :
Bagi EMK yang melibatkan TMK (EMK-TMK), murid boleh menggunakan peralatan TMK sedia ada di sekolah seperti komputer, cakera padat, Internet dan lain-lain mengikut kesesuaian topik. Bagi guru pula, 3 pendekatan yang dicadangkan boleh diguna pakai dalam melaksanakan EMK-TMK iaitu: • Murid menggunakan komputer riba di dalam kelas, komputer dipusat akses dan juga di makmal komputer bagi tujuan menyiapkan hasil kerja yang dikehendaki • Guru menggunakan komputer riba bersama projektor LCD dalam kelas bagi tujuan pengajaran menggunakan perisian kursus dan bahan digital • Guru menggunakan komputer riba bersama projektor LCD di dalam kelas melibatkan aktiviti interaktif bersama murid atau guru menggunakan komputer di dalam makmal komputer bagi tujuan p&p bersama murid | |||||||||||||||
19. | Bagaimanakah EMK-TMK hendak dijalankan sekiranya semua guru hendak menggunakan makmal dalam satu masa? | ||||||||||||||
Jawapan :
Prasarana yang terdapat di sekolah seperti Makmal Komputer, Pusat Akses dan komputer riba hendaklah digunakan secara optima oleh guru dalam p&p EMK-TMK. Pentadbir pula harus memastikan semua kemudahan tersebut berada dalam keadaan baik yang boleh diakses pada waktu persekolahan. Sekiranya guru ingin menggunakan makmal komputer, pihak sekolah perlu menyediakan jadual penggunaan dan borang tempahan. | |||||||||||||||
20 | Bagaimanakah sekolah yang tidak mempunyai capaian internet dapat melaksanakan pembelajaran yang melibatkan komputer? | ||||||||||||||
Jawapan :
Semua sekolah telah dibekalkan capaian internet melalui program Rangkaian SchoolNet KPM dan tidak semua topik di dalam EMK-TMK memerlukan capaian Internet. Sekiranya pihak sekolah menghadapi masalah capaian Internet, sekolah bolehlah menghubungi pihak yang telah di pertanggungjawabkan atau JPN. Sekolah juga telah dimaklumkan melalui pekeliling KP.BTMK 1/044/01 Jld. 11 (11) bertarikh 13 November 2008 bahawa capaian alternatif boleh digunakan. | |||||||||||||||
21 | Apakah usaha yang dilakukan bagi menyediakan guru bagi pelaksanaan KSSR? | ||||||||||||||
Jawapan :
KPM telah menjalankan kursus penyebaran KSSR kepada semua guru yang terlibat dalam pelaksanaan KSSR. Guru juga dibekalkan bahan sokongan dan boleh mengakses maklumat daripada laman web di KPM seperti yang berikut: http://www.moe.gov.my/bpk | |||||||||||||||
22 | Adakah KSSR mampu mendorong kreativiti guru dan murid dalam p&p? | ||||||||||||||
Jawapan :
KSSR mampu mendorong meningkatkan kreativiti guru dan murid melalui pendekatan p&p seperti didik hibur dan elemen nilai tambah merentas kurikulum. Guru dibekalkan dengan buku panduan kreativiti untuk membantu guru dalam pelaksanaan p&p. | |||||||||||||||
23 | Apakah saluran yang disediakan oleh guru-guru yang menghadapi masalah berkaitan KSSR? | ||||||||||||||
Jawapan :
KPM menyediakan laman web KSSR (www.moe.gov.my/bpk) untuk memudahkan guru berinteraksi sekiranya menghadapi masalah. Selain itu, guru digalakkan menghubungi JU, pegawai PPD atau pegawai JPN untuk mendapatkan khidmat nasihat berkaitan KSSR. | |||||||||||||||
24 | Dalam tahap 1, setakat manakah pendidikan seks diajarkan? | ||||||||||||||
Jawapan :
Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PEERS) tidak diajar sebagai satu mata pelajaran tetapi sebagai komponen yang besar (75%) dalam mata pelajaran Pendidikan Kesihatan.
- Mummy Ira -
|
Assalamualaikum..
Apa itu PBS?
Jawapan :
PBS merupakan satu bentuk pentaksiran yang bersifat holistik iaitu menilai aspek kognitif (intelek), afektif (emosi dan rohani) dan psikomotor (jasmani) selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). PBS mentaksir bidang akademik dan bukan akademik.
PBS merupakan satu bentuk pentaksiran yang dilaksanakan di sekolah secara terancang mengikut prosedur yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan.
PBS dikendalikan oleh pihak sekolah dan pentaksirannya dilaksanakan oleh guru-guru mata pelajaran secara berterusan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Komponen PBS terdiri daripada Pentaksiran Sekolah, Pentaksiran Pusat, Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum, dan Pentaksiran Psikometrik.
2. Adakah konsep PBS ini sesuatu yang baru?
Konsep PBS bukanlah sesuatu yang baru, kerana pentaksiran inilah yang selama ini dilaksanakan oleh guru di sekolah (kerja rumah, projek, kuiz, soal-jawab dan lain-lain). PBS yang dicadangkan ini merupakan penambahbaikan kepada PBS yang telah sedia dilaksana dengan memperkenalkan pentaksiran merujuk standard dan aplikasi Sistem Pengurusan PBS (SPPBS) untuk membantu guru merekod pencapaian murid secara berterusan.
3. Kenapa PBS perlu dilaksana sekarang?
Pelaksanaan PBS adalah seiring dengan program transformasi negara untuk menghasilkan modal insan yang bertaraf dunia.
4. Bila PBS mula dilaksanakan?
PBS dilaksanakan mulai Tahun 1 pada 2011 dan penambahbaikan UPSR pada 2016, mulai Tingkatan 1 pada 2012 dan penambahbaikan PMR pada 2014.
5. Apakah perbezaan antara PBS dengan pentaksiran sedia ada?
• PBS adalah lebih holistik dan memberi penekanan kepada kesemua aspek JERI iaitu jasmani, emosi, rohani dan intelek berbanding kepada pentaksiran sedia ada yang lebih memberi penumpuan kepada pencapaian akademik melalui peperiksaan. PBS akan mentaksir proses dan produk secara formatif dan sumatif iaitu mengamalkan konsep assessment for learning dan assessment of learning manakala fokus utama pentaksiran sedia ada lebih kepada pencapaian akademik murid di akhir pembelajaran yang merupakan assessment of learning.
• Dalam usaha penambahbaikan kepada pentaksiran sekolah sedia ada, Pentaksiran Rujukan Standard diperkenalkan, iaitu menggunakan Standard Prestasi untuk melihat kemajuan dan pertumbuhan (growth) pembelajaran serta pencapaian prestasi seseorang murid. Ia merupakan proses mendapatkan maklumat tentang sejauh mana murid tahu, faham dan boleh buat atau telah menguasai apa yang dipelajari berdasarkan pernyataan standard prestasi yang ditetapkan mengikut tahap-tahap pencapaian seperti yang dihasratkan dalam dokumen kurikulum.
Pentaksiran Rujukan Standard tidak membandingkan pencapaian seseorang murid dengan murid lain tetapi melapor prestasi murid dalam pembelajaran dengan menerangkan tentang kemajuan dan pertumbuhan (growth) murid dalam pembelajaran merujuk kepada pernyataan standard.
• PBS juga memberi pengiktirafan dan autonomi kepada guru untuk melaksanakan pentaksiran formatif dan sumatif yang berasaskan sekolah. Ini akan dapat meningkatkan integriti dan kredibiliti profesion perguruan kerana guru merupakan orang yang paling sesuai untuk mentaksir murid masing-masing kerana mereka:
- boleh memantau perkembangan murid secara berterusan
- boleh memberi maklum balas yang membina untuk penambahbaikan pembelajaran murid
- lebih memahami konteks yang sesuai dengan persekitaran dan perkembangan murid
- mentaksir dan memberi maklum balas berpandukan standard prestasi.
6. Apakah standard prestasi?
Standard Prestasi merupakan satu pernyataan yang menerangkan tentang pencapaian atau penguasaan seseorang individu dalam sesuatu bidang yang telah dilalui dalam satu tempoh pembelajaran berdasarkan satu penanda aras (benchmark) yang telah dikenal pasti. Standard Prestasi memandu pentaksir bagaimana aktiviti pentaksiran boleh dan dapat dilaksanakan secara adil dan berfokus merujuk kepada standard yang ditetapkan.
7. Bagaimana penjaminan kualiti PBS dapat dilaksanakan?
Penjaminan kualiti bagi pelaksanaan PBS dapat dicapai melalui:
• Pementoran
• Penyelarasan
• Pemantauan
• Pengesanan
• Pementoran PBS adalah proses membantu, memudah cara dan membimbing guru untuk melaksanakan PBS mengikut prinsip dan prosedur pelaksanaan yang ditetapkan.
• Pemantauan ialah satu proses untuk mendapatkan maklumat dan memastikan pentaksiran dilaksanakan mengikut prosedur dan garis panduan yang ditetapkan agar mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan.
• Penyelarasan PBS adalah proses penyeragaman skor merujuk kepada Standard Prestasi yang disediakan atau berdasarkan rubrik sesuatu tugasan.
• Pengesanan PBS adalah proses memastikan kekuatan dan keberkesanan instrumen pentaksiran dalam pelaksanaan PBS.
8. Bagaimana ibu bapa mendapat maklum balas mengenai perkembangan pembelajaran anak-anak mereka?
Laporan deskriptif dan formatif dapat dibuat melalui SPPBS pada bila-bila masa sekiranya diperlukan. Sistem ini juga menyimpan maklumat perkembangan murid daripada Tahun 1 hinggalah ke Tingkatan 5 (life-time data base).
9. Bagaimana hasil pentaksiran berguna untuk murid?
Maklum balas yang diberi berdasarkan standard prestasi boleh membantu murid mengenalpasti kekuatan, kelemahan, kesilapan dan apa yang perlu dibaiki, bagaimana perlu diperbaiki untuk memberi hasil yang lebih baik.
Maklum balas yang memberi makna boleh membantu murid tentang tujuan dan perkembangan pembelajaran mereka. Keadaan inilah yang memberi motivasi untuk mencuba lagi bagi meningkatkan prestasi mereka di masa hadapan.
10. Apakah nilai UPSR dan PMR dalam PBS?
PBS untuk penambahbaikan UPSR dan PMR masih tetap bernilai dari segi pembentukan modal insan yang holistik tetapi tidak lagi high stake kerana pentaksiran dijalankan secara berterusan dan menyeluruh.
11. Bolehkah pentaksiran yang dibuat guru dipercayai?
Guru merupakan orang yang paling sesuai untuk mentaksir murid masing-masing kerana mereka:
- boleh memantau perkembangan murid secara berterusan
- boleh memberi maklum balas yang membina untuk penambahbaikan pembelajaran murid
- lebih memahami konteks yang sesuai dengan persekitaran dan perkembangan murid
- mentaksir dan memberi maklum balas berpandukan standard prestasi
12. Apakah guru sudah bersedia untuk melaksanakan PBS?
Setiap guru merupakan guru terlatih yang mempunyai asas pengajaran dan pembelajaran tetapi akan diberi pendedahan semula tentang Pentaksiran Berasaskan Sekolah.
- Mummy Ira -
Tanggal 12 Rabiulawal merupakan satu tarikh keramat dalam sejarah umat Islam di seluruh dunia. Maulidur Rasul tahun 1435H atau tahun Masehi 2014 jatuh pada 14 Januari 2014 dengan Tema sambutan
"WASATIYYAH TONGGAK KESATUAN UMMAH"14 Januari 2014 (Selasa) merupakan cuti umum semua rakyat di Malaysia.
MAULIDUR RASUL; KEPERIBADIAN TERPUJI PERJUANGAN DIHAYATI
Pengenalan
1. Perkembangan kognitif dan kecerdasan.
Perkembangan otak bayi belum sempurna sebaik dilahirkan, malah pembentukan dan perhubungan sel-sel saraf berkembang pesat dalam 3 tahun pertama hayatnya. Apabila proses ini selesai, sel otak boleh mati namun tidak akan berganti. Susu ibu yang memang khusus untuk bayi manusia mengandungi semua nutrien yang diperlukan untuk perkembangan otak bayi untuk mencapai potensi maksimum. Sebaliknya susu formula tidak mengandungi semua nutrien tersebut (malah kita tidak mengetahui dengan tepat apakah kandungan sebenarnya!)
Beberapa tips untuk mengumpulkan stok yang banyak....
Sebenarnya nak dapatkan supply susu ibu yang banyak adalah sesuatu yang perlu diusahakan. Penghasilan ini melibatkan otak, hormon dan tubuh badan kita yang kita tidak dapat kawal dengan butang 'on-off'. Perlu banyak usaha untuk memberi signal pada otak dan hormon. Disini saya nak kongsikan beberapa tips-tips yang dari ibu-ibu yang telah berjaya dalam mengumpul stok yang banyak. Moga ini dapat memberi sedikit info pada ibu-ibu ya:-
Membuat persediaan untuk menyambut kelahiran bayi anda adalah sesuatu yang menggembirakan dan ia adalah masa yang sibuk. Sebelum mengambil keputusan tentang jenis penyusuan untuk bayi anda, beri pertimbangan kepada penyusuan susu ibu kerana ia memberi kebaikan kepada ibu dan anak. Untuk mendapatkan segala kebaikan penyusuan susu ibu, anda digalakkan memberi susu ibu sepenuhnya sehingga bayi berumur 6 bulan dan diteruskan sehingga bayi berumur 2 tahun. Pemberian susu ibu sepenuhnya bermaksud bayi tidak diberi makanan atau minuman tambahan yang lain selain daripada susu ibu.
1. Telur
Selain men jadi jenis makanan yang paling popular, telur men jadi sahabat rambut anda. Ini kerana telur kaya dengan protein dan vitamin B12 yang dapat memperkayakan rambut anda untuk kekal sihat dan bermaya.
2. Gandum
Bukan sekadar makanan terbaik ketika bersarapan, gandum juga menyumbang kepada tenaga positif seperti protein yang sangat baik untuk kekuatan rambut.
3. Beras Merah
Beras merah membuat anda kenyang lebih lama. Tetapi tahukah anda sebenarnya beras merah juga boleh menjadi sebagai alternatif untuk membuat rambut lebih berkilau dan bersinar cerah.
4. Ikan Salmon
Ikan yang menjadi primadona ini juga menjadi sajian makanan yang dapat membuat rambut semakin sihat. Kandungan omega 3 yang melimpah, ditambah lagi dengan kandungan protein dan vitamin B12 menjadikan kulit kepala kekal sihat.
5. Sayuran Hijau
Anda boleh mencuba meng ambil jenis sayuran hijau kerana terdapat zat besi dan serat yang amat diperlukan untuk pertumbuhan rambut.
6. Vitamin C
Bukan hanya dikenali sebagai sahabat sejati kulit yang cantik, vitamin C juga berpengaruh besar terhadap kesihatan rambut. Vitamin C boleh didapati di dalam buah oren, nanas, strawberi, lemon, paprika, kubis brussel dan jambu batu. Selain sebagai penyumbang vitamin C, ia juga membantu menjaga folikel rambut, pembuluh darah dan kulit kepala agar kekal sihat.
Susu Pelihara Kesihatan Otak
Susu terkenal sebagai minuman yang menyihatkan serta baik untuk pertumbuhan tulang dan badan. Satu penyelidikan yang dilakukan di Universiti Maine, Amerika Syarikat, mendapati bahawa orang dewasa yang minum susu setiap hari dapat memelihara kesihatan otak.
Penyelidikan ini dilakukan melalui ujian terhadap 900 responden yang berumur di antara 28 hingga 98 tahun. Antara uji kaji penyelidikan tersebut adalah seperti ujian visual dan ujian verbal. Hasilnya mendapati bahawa mereka yang mengambil susu secara rutin, menunjukkan peningkatan gerak kerja otak dan mental.
Selain meningkatkan gerak kerja otak, hasil kajian itu juga menyebutkan tentang beberapa manfaat lain hasil daripada amalan minum susu bagi orang dewasa iaitu :
• Orang yang amalkan minum susu secara rutin keseluruhannya cenderung memiliki pola makan yang sihat.
• Nutrisi di dalam susu didapati juga mencegah penurunan kadar mental seseorang.
• Melambatkan atau mencegah disfungsi neuropsikologi.
• Menjaga kesihatan tulang kerana memiliki kandungan vitamin D yang melimpah selain menguatkan tulang hasil bantuan kalsium yang terdapat di dalamnya.
Jadi, untuk mendapatkan manfaat yang melimpah dari minuman ini, pilihlah susu dengan kadar lemak yang rendah dan amalkan sebanyak dua kali sehari.
untuk rambut yang sihat boleh klik ke PROSANTE SHAKLEE CARE HAIR
------------------------------------------------------
Untuk anda semua boleh juga mengambil supplement tambahan seperti vitamin Shaklee untuk kesihatan diri secara menyeluruh.Ingin dapatkan Vitamin Shaklee boleh hubungi saya..boleh juga klik untuk info vitamin ya..
Jom Like Page Mummy Iera Vitta Shoppe / 941273 / 013-3240344
Facebook Zahirah Dzahir
Tampil sihat kala hamil amat memang wajib bagi bakal ibu. Apatah lagi, wanita hamil bukan lagi sendirian, tetapi berdua bersama kandungan mereka. Justeru, mereka perlu menjaga kesihatan agar janin dan diri sihat sepanjang menempuh sembilan bulan kehamilan
Namun, perlu diketahui sepanjang sembilan bulan itu tahap imunisasi wanita hamil jadi berubah. Wanita hamil lebih mudah berhadapan dengan risiko penyakit mahupun jangkitan bakteria mahupun virus.
Namun, perlu diketahui sepanjang sembilan bulan itu tahap imunisasi wanita hamil jadi berubah. Wanita hamil lebih mudah berhadapan dengan risiko penyakit mahupun jangkitan bakteria mahupun virus.
Kita selalu bergantung kepada skin care yang ada di pasaran untuk penjagaan kulit muka. Apa kata kita cuba amalkan petua yang menggunakan bahan-bahan semulajadi dan juga bahan yang mudah dapat di rumah. Jimat dan bebas bahan kimia!
PETUA PIPI KELIHATAN KEMERAH-MERAHAN
- Kalau buat air teh kat rumah, jangan buang hampasnya. Sapu hampas teh itu dibahagian pipi, lepas tu biarkan selama 5 minit. Amalkan selalu, insyaAllah pipi korang akan kemera-merahan tak payah pakai blusher dah!