Di awal kelahiran si kembar saya ( 11/3/2011) mmg kelam kabut sikit..tambahan pulak yg sulung pun dah & 7 tahun..lama dah x jaga bby..awal tu blur jugak..lagipun kami x ambil maid..so buat pelan2..bincang dengan suami camna nak buat..bahagi tugas..lelama ok..kita boleh handel n belajar cara nak jaga si kembar..
Entry kali ni saya dari Pa&Ma saya kongsikan Tips Urus Anak Kembar.
Menerima berita bakal menimang cahaya mata kembar pasti mengujakan bakal papa dan mama. Tetapi tentu anda akan termenung seketika memikirkan pelbagai perkara yang harus dilakukan untuk menguruskan lebih daripada seorang anak.
Jika ia merupakan kelahiran anak kedua dan seterusnya mungkin tidak terlalu panik kerana sudah ada pengalaman namun bagaimana pula dengan yang pertama kali bergelar papa mama.
Usah terlalu risau memikirkan bagaimana untuk menguruskan anak kembar dalam satu masa yang sama. Jangan panik, kerana sesungguhnya Allah telah mengaturkan yang terbaik untuk setiap hambaNYA. Jadi pasti ada jalan penyelesaian. Panduan berikut mungkin sedikit sebanyak membantu anda membuat persediaan menguruskan anak kembar.
1. Persiapan berganda. Membuat persiapan bayi sama ada seorang atau kembar semuanya sama, yang berbeza hanyalah persiapan anak lebih seorang perlu digandakan. Jadi beli barang keperluan berdikit-dikit agar tidak rasa terbeban.
2. Membuat tabungan. Sebaik disahkan oleh doktor bahawa anda bakal menerima anak kembar, mula menabung kerana perlu menyediakan kelengkapan bersalin dan menyambut orang baru secara berganda selain daripada kos lain apabila mereka sudah lahir.
3. Mencari info tentang penjagaan anak kembar di majalah, buku, internet bahkan sebaiknya berkongsi pengalaman daripada mereka yang sudah memiliki anak kembar.
4. Jika berkemampuan, dapatkan khidmat pembantu bagi menguruskan anak kembar anda. Sekiranya tidak mampu cuba minta bantuan daripada ahli keluarga terdekat bagi membantu. Biasanya setahun pertama usia anak kembar adalah waktu paling kritikal.
5. Sepanjang tempoh kehamilan, sentiasa prihatin tentang jualan gudang barang keperluan bayi. Beli keperluan asas seperti lampin pakai buang, tisu basah, pakaian, dan lain-lain lagi secara pukal untuk dibuat stok. Anda boleh bertanyakan kepada mereka yang berpengalaman tentang hal ini.
6. Sebaik bayi lahir, anda sebagai ibu bapa yang menentukan disiplin untuk mereka. Biasanya orang akan berkata bayi kembar memiliki sikap yang sama atau hampir sama. Misalnya, waktu bangun tidur, minum susu, mengantuk, menangis, demam dan sebagainya. Ia adalah kelebihan untuk menguruskan anak kembar kerana tidak perlu membuat dua tugas yang sama berulang kali.
7. Jika mempunyai anak kembar tiga atau empat (seiras sama jantina) tentu sukar untuk mengesan yang mana satu pakaian mereka, jadi untuk memudahkan tugas, anda boleh menempah tanda nama yang boleh dilekatkan pada pakaian mereka atau sebarang tanda yang anda mudah mengecamnya.
8. Jika mempunyai anak kembar tiga atau empat yang seiras dan sama jantina, anda boleh memakaikan setiap orang tanda seperti gelang benang berlainan warna dan sebagainya sebagai cara mengecam mereka.
9. Untuk mengelakkan daripada sikap terlupa dalam soal pemberian susu, ubat (jika mereka demam) dan sebagainya, sediakan catatan berjadual untuk setiap anak. Catatkan tentang jadual perubatan, yang mencatatkan anak mana sudah minum susu atau telah mengambil ubat dan sebagainya. Ia memudahkan urusan penjagaan mereka dan tidak timbul soal tersilap atau terlebih memberi susu atau ubat.
10. Menguruskan anak kembar memang memenatkan apatah lagi jika anda berdua bekerja. Justeru untuk menjimatkan tenaga yang lebih banyak diperlukan untuk mengurus anak kembar, cuba kurangkan penggunaan tenaga di sekitar rumah. Contohnya lakukan tugas membersih rumah di hujung minggu atau upah pembantu mingguan untuk tugas membersihkan rumah, menggosok pakaian dan lain-lain tugas.
11. Persiapkan mental dan fizikal anda berdua untuk berhadapan dengan suasana bising atau tangsian berganda anak kembar. Kerjasama dan saling membantu daripada suami dan isteri membantu memudahkan tugas menguruskan anak kembar.
12. Agihkan tugas menguruskan anak kembar seperti memandikan mereka, memberi susu, menukar pakaian, lampin, memujuk, menidur dan sebagainya secara adil antara suami isteri. Ini kerana setiap anda memerlukan waktu untuk berehat jadi jangan hanya membiarkan seorang sahaja yang menguruskan tugas tersebut.
13. Bagi yang bergelar suami, belajarlah kemahiran dalam menguruskan anak kembar agar anda dapat menyesuaikan diri dan membantu isteri anda. Secara tidak langsung anda akan membina ikatan yang erat antara ayah dan anak.
Semoga tips kali ni beri manfaat kepada ibu2 bapa2 diluar sana..
sumber google- Mummy Ira -
Assalamualaikum
Selepas bersenam, kebanyakan individu mengakui mereka mengalami rasa keletihan melampau sehingga keinginan untuk makan meningkat dua kali ganda. Ini mendorong mereka makan melebihi apa yang sepatutnya.
Ini terjadi disebabkan sebelum bersenam mereka tidak mengambil apa-apa makanan, jadi selepas bersenam badan akan menjadi lebih lapar kerana ingin menggantikan tenaga yang hilang.
Sepatutnya sebelum bersenam dalam dua atau tiga jam, individu harus mengambil makanan tinggi karbohidrat untuk membekalkan tenaga ketika otot bergerak aktif.
Sebaiknya, pilih hidangan tinggi karbohidrat seperti roti gandum, oat, bijirin bersama susu, kacang panggang atau nasi daripada beras perang (rendah indeks glycaemic) serta minum air masak dengan banyak.
Sebaiknya, pilih hidangan tinggi karbohidrat seperti roti gandum, oat, bijirin bersama susu, kacang panggang atau nasi daripada beras perang (rendah indeks glycaemic) serta minum air masak dengan banyak.
Selepas bersenam dalam tempoh satu jam, individu boleh mengambil makanan tinggi protein seperti susu, telur atau roti bersama mentega kacang bagi membolehkan otot mendapat nutrisi mencukupi selepas bergerak. Antara makanan sesuai selepas bersenam:
Telur (separuh masak)
Vitamin C di dalam telur membantu memberikan tenaga mencukupi bagi membolehkan kita melakukan kerja selepas bersenam. Kebiasaannya, tenaga yang diperoleh mampu bertahan sehingga tengah hari.
Susu
Susu mengandungi protein yang tinggi serta nutrisi diperlukan tubuh seperti karbohidrat, lemak, vitamin, mineral dan air.
Buah-buahan dan jus
Nutrien dalam buah-buahan membantu memulihkan otot selepas bersenam.
Dadih
Pakar menyatakan dadih minuman paling baik selepas bersenam kerana ia mengandungi kalsium, mineral dan vitamin bagi mengembalikan tenaga kepada tubuh. Selain itu, ia memberikan perlindungan daripada jangkitan bakteria jahat.
Mentega kacang dan biskut
Sekiranya anda ingin makan sebagai alas perut sebelum mengambil makanan berat, biskut bersama mentega kacang pilihan terbaik. Ini kerana gabungan makanan ini kaya karbohidrat, lemak dan protein untuk memberikan tenaga.
Selain itu, anda disarankan untuk tidak mengambil beberapa makanan yang disenaraikan di bawah. Antaranya:
Semua jenis makanan ringan
Ia bukanlah sesuatu yang luar biasa sekiranya selepas bersenam anda inginkan sesuatu yang masin untuk dimakan seperti makanan ringan. Ini kerana apabila badan berpeluh, ia menghapuskan nutrien bersama-sama dengan air (termasuk kalium).
Namun anda boleh memilih makanan sihat serta mampu menambah tahap kalium dengan cepat dan semula jadi tanpa mengambil makanan masin tinggi kalori. Caranya, ambil pisang atau beberapa keping buah-buahan kering. Pisang terkenal dengan jumlah tinggi kalium dan alternatif lebih sihat untuk makanan ringan.
Minuman berkarbonat dan manis
Satu kesilapan besar yang sering dilakukan selepas bersenam adalah mengambil makanan manis atau minuman berkarbonat. Gula memberi kesan jangka panjang pada badan dan salah satu daripada kesan sampingan adalah memperlahankan tahap metabolisme.
Metabolisme memainkan peranan penting dalam proses penurunan berat badan. Lebih cepat metabolisme berlaku, anda akan mendapat badan yang diinginkan. Oleh itu, sentiasa membaca label produk untuk mengelak makanan manis.
Jika anda benar-benar berasa perlu untuk minum selain daripada air dan jus buah-buahan asli, pergi ke kedai untuk membeli teh ais tanpa gula yang akan membuat anda terhidrat.
Selain itu, anda disarankan untuk tidak mengambil beberapa makanan yang disenaraikan di bawah. Antaranya:
Semua jenis makanan ringan
Ia bukanlah sesuatu yang luar biasa sekiranya selepas bersenam anda inginkan sesuatu yang masin untuk dimakan seperti makanan ringan. Ini kerana apabila badan berpeluh, ia menghapuskan nutrien bersama-sama dengan air (termasuk kalium).
Namun anda boleh memilih makanan sihat serta mampu menambah tahap kalium dengan cepat dan semula jadi tanpa mengambil makanan masin tinggi kalori. Caranya, ambil pisang atau beberapa keping buah-buahan kering. Pisang terkenal dengan jumlah tinggi kalium dan alternatif lebih sihat untuk makanan ringan.
Minuman berkarbonat dan manis
Satu kesilapan besar yang sering dilakukan selepas bersenam adalah mengambil makanan manis atau minuman berkarbonat. Gula memberi kesan jangka panjang pada badan dan salah satu daripada kesan sampingan adalah memperlahankan tahap metabolisme.
Metabolisme memainkan peranan penting dalam proses penurunan berat badan. Lebih cepat metabolisme berlaku, anda akan mendapat badan yang diinginkan. Oleh itu, sentiasa membaca label produk untuk mengelak makanan manis.
Jika anda benar-benar berasa perlu untuk minum selain daripada air dan jus buah-buahan asli, pergi ke kedai untuk membeli teh ais tanpa gula yang akan membuat anda terhidrat.
Apa itu Talasemia?
Talasemia adalah penyakit genetik sel darah merah. Pesakit talasemia tidak dapat menghasilkan sel darah merah yang berkualiti dalam kuantiti yang mencukupi. Ini adalah kerana gen yang mengawal penghasilan hemoglobin telah terjejas. Hemoglobin adalah satu protein di dalam sel darah merah yang berfungsi untuk membawa oksigen ke seluruh tisu-tisu di dalam badan kita.
Talasemia adalah penyakit genetik atau keturunan, di mana anak mendapat gen talasemia daripada ibubapa. Ianya bukan penyakit berjangkit , iaitu tidak boleh ditransmisi melalui darah, udara dan air , atau melalui sentuhan fizikal dan seksual dengan pesakit talasemia. Lelaki dan perempuan mempunyai peluang yang sama untuk mendapat penyakit ini.
Satu daripada dua puluh penduduk Malaysia adalah pembawa gen talasemia. Di Malaysia, terdapat 600,000 hingga 1 juta pembawa talasemia, dan lebih kurang 2500 pesakit talasemia major. Kebanyakan pesakit adalah daripada keturunan Melayu, Cina dan kaum Bumiputra Sabah.
Jenis-jenis Talasemia
Terdapat dua jenis talasemia yang utama iaitu
- Pembawa gen talasemia( Talasemia minor)
- Pesakit talasemia (Talasemia major)
Pembawa gen talasemia tidak menunjukkan apa-apa tanda atau masalah kesihatan. Pengesanan hanya boleh dibuat mengenai ujian darah talasemia. Seorang pembawa boleh menurunkan gen talasemia kepada anak-anaknya.
Manakala pesakit talasemia major akan menunjukkan tanda-tanda sejak dari umur 3- 18 bulan. Tanda dan gejala termasuk:
- Keadaan pucat yang semakin ketara, sentiasa lemah dan resah
- Anemia yang serius boleh menyebabkan kesukaran bernafas
- Jaundis
- Perut buncit disebabkan pembengkakan hati dan limpa
- Tumbesaran terbantut
- Semakin anak membesar terdapat perubahan pembentukan di bahagian muka
Bagaimana gen Talasemia diturunkan kepada anak?
Anak mewarisi gen talasemia daripada ibubapa. Contohnya, jika kedua-dua ibubapa adalah pembawa gen talasemia, berkemungkinan setiap kehamilan melahirkan bayi berpenyakit talasemia adalah tinggi
Rawatan untuk pesakit Talasemia
Pesakit talasemia major perlu mendapatkan rawatan transfusi darah sebanyak 1-2 kali sebulan dalam seumur hidup. Ini akan mengembalikan paras hemoglobin ke tahap yang lebih baik dan tisu-tisu di dalam badan akan mendapat bekalan oksigen yang mencukupi.
Akan tetapi, transfusi darah yang berpanjangan akan menyebabkan pengumpulan zat besi yang berlebihan di dalam organ-organ penting di dalam badan.Fungsi organ-organ seperti jantung, hati dan kelenjar endokrin akan terjejas dan ini akan mendatangkan kesan buruk terhadap pesakit.
Oleh itu, rawatan penyingkiran zat besi adalah amat penting bagi pesakit talasemia major. Ia boleh diberikan secara suntikan atau mulut. Pilihan lain adalah pembedahan membuang limpa yang dijalankan terhadap pesakit talasemia major bergantung pada situasi tertentu.
Rawatan pemindahan sum-sum tulang daripada adik-beradik yang sesuai juga ada dijalankan,. sementara rawatan gen masih di dalam kajian.
Komplikasi Talasemi
Jika tidak dirawat, pesakit talasemia akan mendapat tanda-tanda yang disebut di atas dan ia boleh membawa maut disebabkan oleh kesan anemia yang serius, kegagalan jantung dan jangkitan kuman.
Jika hanya mendapat rawatan transfusi darah tanpa rawatan penyingkiran zat besi, zat besi yang terkumpul di dalam organ-organ akan mengganggu fungsi organ tersebut.
Bolehkah Talasemia dicegah?
Talasemia hanya boleh dicegah dengan mengenal pasti pembawa gen melalui ujian saringan dan mengelak perkahwinan sesama pembawa-pembawa gen talasemia.
Adakah kumpulan sokongan untuk pesakit Talasemia?
Sila hubungi hospital berhampiran, klinik atau Persatuan Talasemia Malaysia.
Selamat tahun baru 2014 kepada semua pembaca blog Ira Mummy Si Kembar. Hari ni hari pertama kita di tahun 2014 .Ttutup sudah buku kisah 2013. Kini buka pula buku baru untuk teruskan perjalanan hidup. Dengan kisah yang baru, kenangan 2013 akan perlahan-lahan kita tinggalkan Mungkin masih terasa hangatnya namum cabaran sedang menanti didepan.
Anak anak pun semakin membesar dan semakin banyak cabaran yang bakal dihadapi oleh saya n suami dalam membesarkan mereka. Dengan kehadiran tahun baru ni juga saya harap dan berdoa agar kehidupan kami sekeluarga lebih bahagia dan bermakna.
Semestinya tahun 2014 menjanjikan tahun yang penuh mencabar dan kita perlu bekerja dengan lebih rajin lagi demi meningkatkan ekonomi kita dan keluarga. Dengan pula kenaikan harga barang yg membuatkan kos sara hidup meningkat.
Selain itu kita juga dapat menambahkan pendapatan kita dengan melakukan apa apa kerja sampingan. Misalnya saya sebagai housewife memilih shaklee sebagai income tambahan.
Perniagaan ini boleh dibuat 100% secara online. Tak payah susah2 nak pi beratur beli di HQ..Sekarang dah boleh order melalui online. Insyallah dalam 1 atau 2 hari bekerja sampailah barang ke tangan kita atau ke tangan customer.
Bermula dengan RM75 sahaja. Daftar keahlian cuma RM75 dan anda akan diberikan satu bisnes kit yang mengandungi detail produk, detail harga pengedar, cara kiraan bonus, dan bermacam-macam lagi.
Antara keistimewaan bisnes Shaklee ini:
- Tidak memerlukan modal yang besar
- Tidak perlu membuat stok di rumah.
- Tidak perlu 'head-hunting' atau mencari kaki.
- Product-based ataupun bisnes berasaskan jualan produk.
- Adil dan tiada penindasan.
- Mematuhi syariat perniagaan Islam.
- Boleh membeli produk Shaklee dengan harga ahli dan mengumpul point anda sendiri
- Jika anda rajin berkongsi mengenai produk Shaklee, ramai yang beli produk Shaklee menggunakan ID anda, makin banyakla point yang anda dapat dan anda LAYAK untuk menerima bonus dalam bentuk CASH dari Shaklee.
- Shaklee menawarkan Cash, Car (bonus kereta) dan Convention
Memang best buat Shaklee business ni! Jom follow dan daftar Shaklee bersama saya sekarang!
Minat nak join SAYA jadi Shaklee Distributor sila hubungi 013-3240344
Zahirah Dzahir / ID NO 941273 / 013-3240344 ( SMS/WHATSAPP)
ieradzahir@yahoo.com | Mummy Iera Vitta Shoppe