BANYAK peristiwa penting berlaku pada 10 Muharam yang menunjukkan dan membuktikan akan kebesaran Allah SWT. Antara peristiwa itu ialah Allah SWT menerima taubat Nabi Adam, menyelamatkan Nabi Musa daripada tenggelam di laut apabila dikejar Firaun dan tenteranya serta menyelamatkan Nabi Ibrahim daripada dibakar hidup-hidup oleh Raja Namrud.
Nabi Adam bertaubat kepada Allah SWT.
Nabi Idris diangkat oleh Allah SWT ke langit.
Nabi Nuh diselamatkan Allah SWT keluar dari bahteranya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
Nabi Ibrahim diselamatkan Allah SWT daripada pembakaran Raja Namrud.
Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
Allah SWT memulihkan penglihatan Nabi Yaakob yang kabur.
Nabi Isa diangkat ke langit.
Nabi Ayub dipulihkan Allah SWT daripada penyakit kulitnya.
Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan nun, selepas berada di dalamnya selama
40 hari 40 malam.
Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya daripada
tentera Firaun.
Allah SWT mengampunkan kesalahan Nabi Daud.
Nabi Sulaiman dikurniakan Allah SWT kerajaan yang besar.
Hari pertama Allah SWT menciptakan alam.
Hari Pertama Allah SWT menurunkan rahmat.
Hari pertama Allah SWT menurunkan hujan.
Allah SWT menjadikan Arasy.
Allah SWT menjadikan Luh Mahfuz.
Allah SWT menjadikan alam.
Allah SWT menjadikan Malaikat Jibril.
AMALAN puasa sunat 10 Muharam mengambil iktibar daripada puasa dilakukan Nabi Musa
sebaik terselamat daripada dikejar Firaun dan tenteranya dan juga puasa Nabi Nuh yang diselamatkan daripada banjir besar.
Berpuasa sunat pada 10 Muharam lebih elok jika dibuat sama ada pada 9 dan 10 atau 10 dan 11 Muharam bagi mengelakkan ia menyamai puasa orang Yahudi.
Ketika berhijrah dari Mekah ke Madinah, Rasulullah SAW melihat orang Yahudi berpuasa pada hari Asyura lalu bertanya kenapa mereka berpuasa pada hari itu?
Orang Yahudi menjawab, mereka berpuasa sebagai mengenang hari Allah SWT menyelamatkan Nabi Musa dan menenggelamkan Firaun dengan askarnya, maka Nabi Musa berpuasa sebagai tanda bersyukur kepada Allah SWT pada hari itu.
Maka Rasulullah SAW berkata: âKamilah yang lebih berhak mengikut jejak Nabi Musa daripada kamu.â
Lalu Baginda berpuasa dan menyuruh sahabatnya agar berpuasa juga pada hari itu.
Kebetulan pada 10 Muharam tahun ini jatuh pada Khamis, jadi sebaiknya kita berpuasa Rabu dan Khamis atau Khamis dan Jumaat. Ini bagi mengelakkan kita meniru puasa orang Yahudi.
Namun sekiranya, kita hanya mahu berpuasa pada hari Khamis, maka itu juga dibolehkan kerana niat kita lain daripada mereka.
Berpuasa pada Hari Asyura sangat besar pahalanya seperti hadis yang diriwayatkan Al-Imam Muslim daripada Abu Qatadah bahawa Rasulullah SAW bersabda bermaksud: Akan digantikan kejahatan-kejahatan pada tahun yang sebelumnya dengan kebaikan (dengan sebab puasanya itu).
Selain puasa sunat, amalan baik yang dikerjakan ulama ialah solat sunat 10 Muharam yang dilakukan selepas solat fardu kecuali selepas Subuh dan Asar.
Selepas solat sunat, digalakkan membaca doa bermaksud: âAllah yang memelihara, sebaik-baik penolong, sebaik-baik penjaga dan sebaik-baik memberi pertolonganâ atau dengan membaca doa yang dianjurkan Saidina Ali yang memohon Allah SWT menunjukkan jalan yang lurus, dijauhkan bala bencana dan dikabulkan hajat.
Begitu juga dengan amalan memasak bubur Asyura untuk disedekahkan, seelok-eloknya tradisi itu diteruskan sebagai pengerat silaturahim antara saudara dan jiran tetangga.
Secara tidak langsung kegiatan seperti itu memupuk kemesraan dan menggalakkan orang kaya bersedekah kepada fakir miskin. Masyarakat hari ini perlu peka dan meraikan Hari Asyura dengan amalan meningkatkan iman mereka.
BANYAK peristiwa penting berlaku pada 10 Muharam yang menunjukkan dan membuktikan akan kebesaran Allah SWT. Antara peristiwa itu ialah Allah SWT menerima taubat Nabi Adam, menyelamatkan Nabi Musa daripada tenggelam di laut apabila dikejar Firaun dan tenteranya serta menyelamatkan Nabi Ibrahim daripada dibakar hidup-hidup oleh Raja Namrud.
Pada tarikh itu juga Allah SWT menyelamatkan Nabi Nuh dan pengikutnya daripada ombak besar yang melanda bumi dan menyelamatkan Nabi Yunus yang tidak berhenti-henti berzikir selama 40 hari dalam perut ikan nun.
Justeru, hari yang dinamakan Hari Asyura itu sewajarnya dijadikan permulaan yang baik untuk menempuh tahun baharu 1435 Hijrah dengan memperbanyakkan amalan sunat yang dianjurkan seperti berpuasa dan bersedekah.
Amalan baik yang dianjurkan pada 10 Muharam tidak terhad kepada puasa sunat dan menyediakan juadah bubur Asyura.
Apa juga amalan yang baik boleh dilakukan pada hari itu dan juga hari seterusnya pada Muharam kerana banyak amalan dianjurkan Islam untuk dilaksanakan umatnya sepanjang bulan tersebut.
Masyarakat perlu faham keperluan atau apakah yang diharapkan daripada mereka apabila disaran melaksanakan amalan sunat pada hari tertentu seperti yang dianjurkan Islam.
Amalan sunat boleh diibarat seperti aksesori tambahan pada kereta. Setakat mempunyai badan, tayar, enjin dan stereng, kereta tetap mampu bergerak di atas jalan raya. Namun apabila ditambah dengan perhiasan seperti sarung kusyen kulit, rim tayar, maka kenderaan tersebut akan nampak lebih cantik dan menambah nilai kenderaan itu.
Begitu juga ibadat wajib seperti solat dan puasa, jika tidak ditambah dengan amalan sunat, bukannya tidak elok tetapi kurang cantik. Maka untuk mencantikkannya digalakkan untuk memperbanyakkan dengan amalan sunat.
Walaupun peristiwa besar banyak berlaku pada 10 Muharam, umat Islam digalakkan memperbanyakkan amalan sunat sepanjang bulan pertama kalendar Islam.
utusan.com
Get Clean® Water merupakan sistem penuras jag air pertama yang menggunakan blok-karbon yang boleh diisi semula. Jadi, kuranglah botol plastik yang perlu dibuang. Ia juga berupaya menuras 303 liter (80 gelen) air bagi setiap turasan.
Air yang lebih bersih dan sihat ataupun bumi yang lebih bersih dah sihat. Sudah tentu kita boleh menikmati semuanya!
Menandingi Jenama Terkemuka yang Lain!
• Disahkan dapat mengurangkan kandungan plumbum, merkuri, kadmium dan bahan-bahan cemar lain. disamping mengekalkan kandungan mineral air yang sihat!
• Disahkan dapat mengurangkan klorin, jadi ia dapat mengurangkan ancaman kesihatan yang disebabkan oleh bahan sampingan klorin!
• Disahkan dapat menuras 303 liter (80 gelen) air bagi setiap turasan -dua kali ganda lebih daripada jenama terkemuka.
• Sistem Penuras Jag Air berblok- Karbon Isian Semula yang pertama
GET CLEAN WATER PITCHER STARTER PACK SET terdiri daripada:
- 3 filters
- 1 housing kit
- 1 pitcher
Retail price cuma RM460 je..boleh tapis 303 liter air (80 gallons) or tahan ~4 bulan per filter..
FAKTA:
- GCW merupakan sistem penurasan air multipaten baru yg menghasilkan air lebih sihat.
- Disahkan dapat mengurangkan KLORIN.
- GCW menggunakan sebatang blok karbon padu bg menbersihkan air serta mengurangkan bahan2 tercemar yg SUKAR DISINGKIR termasuklah kandungan plumbum sehingga 99%
- GCW merupakan sistem penuras air PERTAMA yg menggunakan blok karbon yg boleh diisi semula.
- Ia berupaya menuras/menapis 303 liter (80 gallons) air bg setiap turasan iaitu 2 kali ganda darpida jenama terkemuka.
PILIHAN BIJAK...KENAPA?
- Hanya beberapa sen bagi seliter air
- Air yg lebih sihat & rasanya nyaman dan semulajadi
- Jag air bermeter automatik pertama yg menunjukkan jumlah gelen air yg telah dituras/tapis - tidak menggunakan tenaga elektrik.
- Ringan & mudah di bawa - on the go jug!
- Menjimatkan kos kerana dijamin air tak perlu di masak.
KEISTIMEWAAN SHAKLEE
SELAMAT: “Menyingkirkan kandungan plumbum” dan banyak bendasing lain
Get Clean® Water ini berupaya mengurangkan pelbagai jenis bahan cemar berbahaya yang mungkin terkandung di dalam air. Ia juga diiktiraf oleh Persatuan Kualiti Air (Water Quality Association [WQA]) yang ianya dapat mengurangkan plumbum dan banyak bendasing lain.
PILIHAN BIJAK: Menjimatkan Kos
Rakyat Malaysia banyak membazirkan wang dengan meminum air botol. Dengan hanya berapa sen seliter sahaja, Get Clean® Water dapat memberikan air yang bersih dan rasanya yang enak dengan meter bijak yang menandakan bilakah masanya untuk anda menukar penuras tersebut tanpa perlu mengagaknya.
HANDAL: Lebih banyak air bersih pada setiap masa
Get Clean® Water menghasilkan 303 liter (80 gelen) daripada setiap turasan yang mana dua kali ganda lebih banyak berbanding jenama lain dan mengurangkan bahan cemar yang mungkin wujud dalam air dan berbahaya kepada kesihatan anda.
MESRA ALAM: Memelihara alam sekitar
Get Clean® Water ini menggunakan sistem Penuras Jag air dengan blok-karbon isian semula yang pertama, di mana ianya dapat mengurangkan timbunan sisa. Dan lagi, setiap penuras diperbuat daripada arang tempurung kelapa yang tahan lasak dan baik terhadap alam sekitar.
Tips dan Vitamin Shaklee Yang Sesuai Untuk Tambah Berat Badan
11/09/2013 10:52:00 PG
Assalamualaikum
Lagi tentang cara nak tambah berat badan.Di sini saya nak kongsi sikit langkah untuk diamalkan jika anda nak tambah berat badan :
1. Kenalpasti berat badan anda
Adalah penting untuk anda mengetahui di mana kedudukan berat badan anda. Secara umumnya, Body Mass Index (BMI) digunakan untuk mengukur nisbah berat dan ketinggian anda. Berikut adalah cara pengirannya :
BMI = Berat badan (dalam unit kilogram)
Tinggi x Tinggi (dalam unit meter)
Hasil pengiraan akan menunjukkan angka yang boleh diterjemahkan seperti berikut :
- Kurang dari 18.5 : Kurang berat badan
- 18.5 hingga 25.0 : Berat badan Normal
- 25.0 hingga 30.0 : Berat badan berlebihan
- Lebih dari 30.0 : Obesiti
Setelah mengetahui kedudukan berat, anda boleh menganggarkan berat ideal yang sepatutnya anda miliki. Oleh itu, lebih mudah untuk meletakkan sasaran pertambahan berat yang diperlukan
2. Tambah kalori dalam diet harian anda
Menambah berat badan tidak semestinya bermakna anda perlu menambah kuantiti makanan yang dimakan. Yang lebih penting, anda mengambil makanan yang mempunyai kalori lebih tinggi untuk meningkatkan berat badan anda. Kira keperluan kalori semasa anda (bagi mengekalkan berat badan sedia ada) menggunakan kalkulator kalori seperti di sini. Contoh :
- Jantina : Perempuan
- Tinggi : 170 cm
- Berat : 45 kg
- Tahap keaktifan : Tidak aktif
- BMI : 15.5
- Keperluan kalori : 1720 kalori/ hari
*1 lbs (pound) lemak badan = 0.45kg lemak badan = 3500 kalori
Oleh itu, untuk menambah 1lbs (0.45kg) seminggu, anda mungkin perlu menambah 500 kalori sehari (500 kalori x 7 hari seminggu = 3500 kalori)
3. Pastikan nutrien seimbang dalam diet harian
Nutrien yang seimbang kandungan karbohidrat, protein, lemak, serat, vitamin dan mineral adalah sangat penting ketika anda cuba menambah berat badan. Setiap nutrien ini mempunyai peranan masing-masing yang membantu mendapatkan berat badan ideal
- Karbohidrat : Karbohidrat kompleks seperti nasi, pasta dan roti yang dimakan berfungsi membekalkan tenaga kepada badan kita. Karbohidrat akan ditukarkan kepada glukos dalam darah dan ditukar lagi ke dalam bentuk glycogen untukdisimpan di dalam otot dan hati. Pengambilan karbohidrat yang tinggi akan menyebabkan kandungan glycogen yang berlebihan. Glycogen berlebihan ini akan terkumpul dan membentuk lemak, seterusnya membantu penambahan berat badan
- Protein : Pengambilan kalori yang mencukupi tidak membantu jika jisim tubuh tidak bertambah. Oleh itu, pengambilan protein yang mencukupi dalam diet adalah penting semasa proses menaikkan berat badan. Ia membina otot dan membantu mendapatkan jisim tubuh yang sesuai. Makanan yang kaya dengan protein adalah seperti telur, kacang soya, daging dan produk tenusu.
- Lemak : Elakkan pengambilan lemak berlebihan terutamanya lemak trans yang boleh menyebabkan pertambahan berat yang tidak sihat. Ia boleh berkumpul pada bahagian tertentu tubuh seperti perut dan menyebabkan buncit.
- Serat : Pengambilan sayur dan buahan yang kaya serat perlu bagi membekalkan nutrien yang mencukupi. Sebaiknya pilih sayur dan buahan dari jenis berkanji dan sejat seperti kentang, jagung, pisang, epal dan sebagaiya. Elakkan dari jenis berair seperti tembikai, oren, timun, kobis bunga dan yang seumpamanya.
- Supplemen : Terdapat makanan tambahan yang boleh membantu dalam menambah berat badan. Pengambilan vitamin boleh membantu mengisi 'nutrien gap' yang tidak dapat dipenuhi dari diet harian. Pilihla produk yang selamat, semulajadi dan berkesan.
4. Elakkan makanan ringan tak berkhasiat
Makanan ringan diproses kebanyakannya tidak sihat dan tidak selamat kerana mengandungi bahan tiruan dan sintetik sebagai pewarna, perasa, penstabil dan pengawet. Kandungan gula yang tinggi dan ketidakseimbangan nutrisi dalam makanan ringan boleh menyebabkan berat badan tidak normal.
5. Ambil kudapan sihat antara waktu makan
Bagi memastikan kalori mencukupi bagi proses menambah berat badan, ambillah kudapan sihat seperti kekacang, buah-buahan kering dan snek sihat lain sekurang-kurangnya dua kali sehari di antara waktu makan.
6. Lakukan senaman
Senaman bukan hanya diperlukan oleh mereka yang ingin membakar kalori bagi menurunkan berat badan. Ia juga diperlukan untuk membina otot bagi menambah berat badan. Pertambahan otot akan menyebabkan selera bertambah secara sihat. Senaman ringkas seperti mengangkat berat, berjalan dan berbasikal juga boleh membantu