Assalamualaikum..
Supriseee..Siapa yang tak seronok kalau dapat bunga. Mesti la seronokkan.
Kalau korang nak buat surprise hantar bunga dekat yang tersayang boleh menggunakan servis dari Flower Chimp ni.
Flower Chimp Menerima Pelaburan Berjumlah RM 6
Juta Berikutan Prestasi Cemerlang di Asia Tenggara.
“Ucapkan dengan bunga!” Kepesatan industri e-dagang di peringkat global telah memacu perkhidmatan penghantaran bunga dan membolehkan pengguna mencipta kenangan indah bersama insan tersayang. Bayangkan, betapa mudahnya anda boleh memilih jambangan bunga kegemaran anda dan merancang penghantaran semudah di hujung jari sahaja.
“Ucapkan dengan bunga!” Kepesatan industri e-dagang di peringkat global telah memacu perkhidmatan penghantaran bunga dan membolehkan pengguna mencipta kenangan indah bersama insan tersayang. Bayangkan, betapa mudahnya anda boleh memilih jambangan bunga kegemaran anda dan merancang penghantaran semudah di hujung jari sahaja.

Daripada pilihan jambangan sempena hari lahir hingga ke
kiriman bunga sebagai tanda ucapan tahniah, titipan istimewa sempena sambutan
Hari Kekasih dan Hari Ibu, Flower Chimp
akan memenuhi keperluan bunga-bungaan anda dari harga serendah RM89 sahaja. Melangkah setapak ke
hadapan berbanding pesaing mereka, Flower
Chimp menawarkan perkhidmatan penghantaran ke seluruh negara yang meliputi lebih daripada 80 daerah di dalam
Malaysia, termasuk di Sabah dan Sarawak.
Dengan rangkaian meluas seperti itu,
tidak hairanlah perkhidmatan penghantaran bunga dalam talian tersebut menjadi
pilihan utama pelanggan yang turut menikmati penjimatan menerusi penghantaran secara percuma ke atas
semua tempahan tanpa had perbelanjaan minima. Malah, pelanggan juga boleh
menjadualkan penghantaran pada hari yang
sama bagi semua tempahan yang dibuat sebelum pukul 1 tengah hari untuk
mengejutkan insan tersayang mereka.

“Walaupun kami masih baharu dalam perniagaan penghantaran bunga ini, Flower Chimp telah berkembang hingga menjadi jenama terkemuka dalam industri ini. Dalam tempoh kurang daripada dua tahun, kami telah menjadi pilihan nombor 1 dalam perkhidmatan penghantaran bunga secara dalam talian di Malaysia, Indonesia dan Filipina dengan rekod pertumbuhan lima (5) kali ganda berbanding tahun lepas,” kata Maximilian Lotz, Pengasas Flower Chimp.

Berikutan prestasi memberangsangkan mereka dalam
perkhidmatan penghantaran bunga secara dalam talian, Flower Chimp berjaya menambat pelaburan berjumlah RM 6 juta daripada sekumpulan pelabur
termasuklah Asia Venture Group (AVG),
sebuah syarikat persendirian yang telah menilai potensi besar Flower Chimp menerusi model perniagaan
dan strategi pemasaran mereka yang unik. Syarikat yang sama turut membuat pelaburan
dengan syarikat lain seperti iMoney, Happy Fresh dan iPrice.
“Kami mensasarkan untuk mengembangkan rangkaian kami di Singapura menjelang pertengahan bulan Ogos 2018 dan di negara Asia Tenggara yang lain termasuklah Vietnam, Thailand dan Hong Kong pada tahun 2019,” tambah Lotz.
Lotz dan rakan
kongsi/Ketua Pegawai Operasi, Niklas Frassa yang mendalami sendiri
perniagaan bunga-bungaan berhasrat untuk menggunakan pelaburan yang diterima
untuk mengukuhkan operasi mereka di Indonesia dan Filipina, di samping
meningkatkan infrastruktur teknikal untuk memanfaatkan pelanggan kami dengan
ciri-ciri pintar termasuklah sistem penjejakan secara langsung bagi setiap
pesanan.
“Dalam masa yang sama, kami menjalankan kajian ke atas pasaran semasa secara berterusan dalam mencari idea untuk produk dan promosi baharu untuk pelanggan kami yang kembali untuk mencari sesuatu yang bersesuaian dengan keperluan mereka,” kata Frassa.
Kata Frassa lagi,
“Dengan kuasa pemasaran dalam talian dan media sosial, kami mahu mengukuhkan penjenamaan kami dan menjadi pilihan pertama dalam kalangan pelanggan yang semakin lama semakin bijak mengendalikan perkata berkaitan teknologi. Kami yakin, dalam tempoh dua belas (12) bulan akan datang, dari Suku Keempat (Q4) 2018 hingga ke Suku Keempat (Q4) 2019, Flower Chimp akan berkembang sehingga tiga (3) kali ganda menerusi sumbangan daripada empat pasaran utama iaitu Malaysia, Singapura, Indonesia dan Filipina”.
Hubungi kami:
Flower Chimp di Malaysia
Laman Sesawang: https://www.flowerchimp.com/
Facebook: https://www.facebook.com/FlowerChimpMY/
Instagram: @flowerchimp
Flower Chimp di Indonesia
Laman Sesawang: https://www.flowerchimp.co.id/
Facebook: https://www.facebook.com/FlowerChimpID/
Instagram: @flowerchimp.id
Flower Chimp di Filipina
Laman Sesawang: https://www.flowerchimp.com.ph/
Facebook: https://www.facebook.com/FlowerChimpPH/
Instagram: @flowerchimp.ph
Mengenai Flower Chimp

Flower Chimp telah
ditubuhkan oleh dua usahawan dari Jerman, Maximilian Lotz dan Niklas Frassa
yang telah lama bertapak di Asia Tenggara. Selepas menghabiskan masa di Belanda
yang terkenal sebagai pusat perkembangan bunga-bungaan dunia, mereka mengambil
keputusan untuk menceburi bidang perniagaan berkaitan bunga dan meletakkan
penanda aras baharu dalam perkhidmatan penghantaran bunga secara dalam talian.
Dengan mengutamakan kepuasan pelanggan, Flower Chimp telah memenuhi keperluan
terhadap bunga berkualiti tinggi pada harga berpatutan yang turut disokong
dengan perkhidmatan penghantaran percuma ke seluruh negara. Sejajar dengan
peningkatan perniagaan tersebut, mereka terus meningkatkan perkhidmatan dan
menjalankan penyelidikan dan pembangunan untuk menawarkan lebih banyak pilihan
bunga-bungaan kepada pasaran yang semakin berkembang.
Maximilian
Lotz
Ketua
Pegawai Eksekutif, Flower Chimp
Sebagai Ketua Pegawai
Eksekutif Flower Chimp, Maximilian bertanggungjawab untuk menjalankan semua
aspek perniagaan di empat pasaran Flower Chimp. Maximilian mempunyai rekod
prestasi yang mantap dalam ruang e-dagang daripada mengetuai perniagaan
Malaysia hear.com, penjual alat pendengaran yang terkemuka di dunia. Sebelum
itu, Maximilian memperoleh pengalaman luas dalam bidang perbankan pelaburan &
modal teroka. Maximilian lulus dengan B.Sc. dalam Pentadbiran Perniagaan dari
Maastricht University (Belanda) dan Bocconi University Milan (Itali)
Niklas
Frassa
Ketua
Pegawai Operasi, Flower Chimp
Sebagai Ketua Pegawai
Operasi Flower Chimp, Niklas bertanggungjawab menyelia operasi seluruh jabatan
di empat pasaran Chimp Flower. Latar belakang Niklas adalah dalam perundingan
pengurusan, di mana dia antara peranan lain bertindak sebagai pemimpin projek
untuk firma perunding pengurusan terkemuka di industri media Jerman.
Lebih-lebih lagi, beliau memperoleh pengalaman e-dagang yang luas di Malaysia,
Singapura dan Indonesia dengan syarikat fesyen dalam talian terkemuka di Asia
Tenggara, Zalora. Niklas lulus dengan M.Sc. (CEMS) dalam Pengurusan
Antarabangsa dari Rotterdam School of Management (Belanda) dan B.Sc. dari WHU -
Sekolah Pengurusan Otto Beisheim (Jerman).
Buat masa ini, Flower Chimp beroperasi di Malaysia,
Indonesia dan Filipina. Dalam masa terdekat, dua usahawan bercita-cita
tinggi ini bakal melancarkan platform mereka di Singapura dan negara Asia
Tenggara lain.
Untuk maklumat lanjut tentang Flower Chimp, layari www.flowerchimp.com.
Sila hubungi Jabatan Pehubungan Awam kami menerusi emel: pr@flowerchimp.com
atau telefon bimbit: +6013-886 9948
untuk sebarang pertanyaan berkaitan media.
#SayItWithFlowers #FlowerChimpMY #FlowerChimp