Checklist Barang Sebelum
Bersalin: Bawa Apa Ke Hospital?
Hopefully it would be helpful Sebelum tu, barang yang paling
penting sekali!
IC/ Kad
pengenalan
Buku
Merah @ Buku Rekod Check Up di Klinik KesihatanGuarantee Letter (GL) bagi
penjawat awam
Handphone
- memudahkan communication semasa di wad/labor
Keperluan Ibu Di Wad 1) Kain batik – 2 helai 2) Tuala – sehelai 3) Toiletries – berus gigi, ubat
gigi, sabun mandi, shampoo. (Beli yang travel kit) Mudah dibawa. 4) Maternity pad – 12 pcs 5) Baju – Sepasang
Untuk dipakai sewaktu keluar wad. Nak balik rumah dah. 6) Tudung – Sehelai
Bawa tudung paling mudah dipakai dalam wad. Sebab kalau hospital kerajaan,
memang duduk ramai-ramai. Orang lelaki keluar masuk. 7) Biskut atau roti – Kalau
lapar, kita boleh makan terus. Tak perlu nak beli dah. 8) Air zamzam , kalau takda air
suam pun ok. Kita perlukan banyak air. Sediakan di tepi katil. 9) Stokin dan baju sejuk – 1
pasang 10) Pakaian dalam – bawa utk 2
hari 11) Buku merah – Buku ni macam
passport anda ye. Bawa ke mana-mana sahaja anda pergi. Nak ke hospital lagilah
kena bawa. 12) Plastik besar – Untuk letak
baju-baju kotor Checklist Barang Ibu dan Bayi Sebelum Bersalin di Hospital
Keperluan Bayi Di Wad 1) Baju lengan pendek – 3 pasang 2) Baju lengan panjang – 1 helai 3) Kain lampin – 5 helai 4) Tuala – 1 helai 5) bedung reedyababy – 1 helai 6) Nappy – 10pcs 7) Mitten dan booties – 3 set Keperluan Ibu ke Labour Room 1) Hanya bawa kandungan anda.
Baju nanti akan ditukar nurse selepas bersalin. Pakai baju hospital ye.
Keperluan Bayi ke Labour Room 1) bedung reedyababy 2) Baju lengan panjang – Labour
room sejuk oooo… 3) Nappy – 1 4) Mitten and booties – 1 set
Share Itu Prihatin
Sila share artikel ini di media
sosial, mungkin ada di antara kenalan anda yang memerlukan. Yakinlah, setiap
satu manfaat yang dikongsi, ada balasannya bagi kita.
Seriau juga bila dengar, budak2 kena penyakit sawan ni. Kadang kadang kita tahu sawan
tapi kita tak tahu camna boleh terjadinya sawan tu. Jom baca info darifb Afzaniza Hany
Apa anda perlu buat kalau anak
kena Sawan Tarik di rumah?
"Untuk pengetahuan ibubapa
bersama....masa keluar td ada baby kena sawan/tarik/fit...parents dia panic n
tanya apa nak buat....saya yg anak pernah tarik pun panik tengok baby tu...just teringat pesan doctor,suruh
mengiringkan baby n selimutkan towel basah kat anak sambil panggil2 bagi dia
sedar....mulut jangan sumbat apa2.... Apa anda perlu buat kalau anak
kena Sawan Tarik di rumah? 1. Baringkan dia mengiring. Buka
pakaian anak. 2. Jgn masukkan/korek mulut anak
semasa dia tgh kejang. Putus jari nanti.
Kalo kejang lebih dr beberapa saat/minit pls bw secepat mungkin ke klinik
berdekatan. Jgn tunggu berhenti. Kalo 10 minit kejang takot nnt ada kesan pada
sistem saraf dia.
Bila anak mula demam terus bg ubat demam/tuam tuala basah
regularly/mandikan/minum air byk utk turunkan suhu.. Prevention is better..
info from @abidah hamad 3. Jangan biar anak ketap gigi,
takut terketap lidahnya. 4. Jangan masukkan ubat buntut
masa anak tengah kejang, biar dia sedar dulu baru basahkan kaki dia dengan air
sejuk. Bila dia dah sedar/menangis.. baru masukkan ubat buntut (kalau ada
simpan kat rumah). 5. Kalau tidak ada ubat buntot
di rumah, bila anak sudah sedar .. cepat-cepat bawa ke klinik. Doktor akan bagi
rawatan selanjutnya. Ingat, waktu anak kejang,
seluruh badan dia kejang. Jangan goncang-goncang badan dia. Terus baringkan
mengiring. Cepat-cepat sedarkan dia dengan cara mandikan dengan air sejuk.
Alirkan air dari kaki dulu dan ke atas dan bawa ke klinik/ hospital
berhampiran. Waktu kejang, otak dia berhenti dari menerima oksigen. Sebab itu
rawatan sudah diberi di rumah, masih perlu bawa ke klinik/ hospital untuk dapat
bantuan oksigen. Otak kalau tidak dapat oksigen mencukupi dalam masa singkat
boleh menyebabkan kecacatan atau terencat. Sebab itu bahaya sangat-sangat kalau
anak kena kejang. Sawan ni mungkin boleh datang
balik bagi anak-anak yang pernah kena masa demam panas. jadi, setiap kali anak
demam, sentiasa pantau suhu badannya. added info...
Melor Rahman "No. 3. Mimin pernah kena fit n doc pesan jgn masukkan apa2
dlm mulut sudu etc masa tgh fit. Kalau dia tergigit lidah sekalipun let it be
sbb any attempts utk bukak ketap gigi tu
Bahaya. Biasa fit tak lama. Cukup dgn mengiring supaya dia tak choke air
liur." Melor Rahman "Usually bila
fit satu badan akan kejang. If ade part badan yg tak kejang.. jgn tunggu sampai
fit habis. Terus bwk pi emergency room. That's not a good sign." last sekali...parents tolong tgk
sama keadaan anak semasa kejang...selalu parents turut gelabah/panik maka tak
amik pot dah keadaan anak... benda yang perlu amik tau masa baby tgh
fit...mulut berbuih tak...mata naik atas tak or tutup mata, kejadian tarik amik
masa berapa lama...baby mengerang ke tak...tangan n kaki kejang ker tak....dulu
masa anak kena fit memang tak tgk semua tu, kesudahannyer bila doktor tanya
memang blur nak jawap... Semoga info ni berguna untuk semua..
Zahirah Dzahir.
Part Time Mommy Blogger | Full Time Housewife | Blogger Utara | Blogger Kedah | Mommy Anak 3 termasuk Kembar | Wife Haris Fadilah .
For Collaboration | Advertorial | Review | Event dan sebagainya. Boleh hubungi ieradzahir@gmail.com