Assalamualaikum..
Stesen
kereta api komuter bawah tanah biasanya menyajikan pemandangan yang suram dan
kotor.
Bagaimanapun,
lain pula keadaan stesen kereta api bawah tanah di Moscow, Russia yang
kelihatan menakjubkan seperti di dalam istana.
Dihiasi
dengan lampu candelier, dinding batu marmar berkilau dan ukiran menarik, stesen
ini umpama mutiara di bawah Moscow.
Sistem
kereta api bawah tanah mewah itu dibuka pada 1935 ketika pemerintahan Joseph
Stalin dan menjadi kebanggaan Komunis.
Stesen
kereta api ini dihiasi dengan hiasan mewah dan menarik sebagai propaganda
Komunis ketika itu.
Dari
stesen hinggalah ke laluan pejalan kaki, semuanya dihiasi dengan ukiran, lampu
serta batu marmar yang menakjubkan.
Setiap
stesen kereta api bawah tanah yang menghubungkan Moscow ini mempunyai hiasan
yang tersendiri.
Selepas
80 tahun beroperasi sistem pengangkutan yang membawa kira-kira sembilan juta
penumpang sehari ini masih kekal menakjubkan.
Kerajaan
merancang untuk meluaskan lagi sistem pengangkutan ini yang dijangka menjadi
sistem kereta api bawah tanah keempat paling besar di dunia menjelang 2020.
Bagi
memperkenalkan seni bina hebat ini, jurugambar Kanada, David Burdeny diberi
kebenaran untuk masuk ke stesen ini ketika tiada penumpang.
STESEN
Metro Taganskaya yang dibuka pada 1 Januari 1950 ini dihiasi dengan
batu bewarna biru. - See more at:
http://www.hmetro.com.my/node/89936#foto
STESEN
Metro Taganskaya yang dibuka pada 1 Januari 1950 ini dihiasi
dengan batu
bewarna biru
UKIRAN
mewah pada tiang dan hiasan lampu menarik yang terdapat
di Stesen Avoto.
DIHIASI
dengan lukisan menarik, Stesen Kiyevsskaya ini kelihatan seperti
sebuah galeri
seni.
WARNA-warna
ceria dipancarkan pada siling di Stesen Sportivnaya ini.
REKAAN siling dan lampu moden yang terdapat di
Stesen Elektrozavodskaya.
UKIRAN berwarna-warni yang terdapat di dinding
Stesen Novolobodskaya.
WALAUPUN sudah berusia 80 tahun, Stesen Sokol
ini masih kelihatan moden
sumber Harian Metro