SHAH ALAM - Bahagian Hab Halal,
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) hari ini mengesahkan minyak Yu Yee
mempunyai sijil halal susulan satu mesej viral yang tersebar melalui laman
sosial mengenai status halal produk itu yang dikatakan mempunyai bahan yang
berunsur babi.
Memetik laman rasmi Facebook, Bahagian Hab Halal, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) minyak tersebut telah disahkan halal.
"Ya, telah disahkan halal. Rujuk maklumat di direktori Halal Malaysia melalui laman web www.halal.gov.my," kenyataan itu dipetik.
Minyak yang biasanya digunakan untuk bayi bagi mengelakkan kembung perut dikeluarkan oleh Weng Seng Heng Medical Factory Sdn Bhd dan mempunyai sijil halal sehingga 31 Julai 2016.
Dalam pada itu, melalui laman Facebook itu juga, Jakim turut memaklumkan bahawa maklumat yang mengatakan produk Kopiko LA Coffee dan Kopiko 3 in 1 yang mengandugi gelatin dan lemak babi adalah tidak benar.
"Produk berkenaan mempunyai pengesahan halal Malaysia dan juga Majelis Ulama Indonesia (MUI) yang sah," tulis kenyataan itu lagi.
Memetik laman rasmi Facebook, Bahagian Hab Halal, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) minyak tersebut telah disahkan halal.
"Ya, telah disahkan halal. Rujuk maklumat di direktori Halal Malaysia melalui laman web www.halal.gov.my," kenyataan itu dipetik.
Minyak yang biasanya digunakan untuk bayi bagi mengelakkan kembung perut dikeluarkan oleh Weng Seng Heng Medical Factory Sdn Bhd dan mempunyai sijil halal sehingga 31 Julai 2016.
Dalam pada itu, melalui laman Facebook itu juga, Jakim turut memaklumkan bahawa maklumat yang mengatakan produk Kopiko LA Coffee dan Kopiko 3 in 1 yang mengandugi gelatin dan lemak babi adalah tidak benar.
"Produk berkenaan mempunyai pengesahan halal Malaysia dan juga Majelis Ulama Indonesia (MUI) yang sah," tulis kenyataan itu lagi.
-sinarharian-
Assalamualikum..
MEREKA yang takut berada di tempat tinggi mungkin perlu berfikir dua kali sebelum berjalan di jambatan gantung yang baru dibuka di Taman Shiniuzhai di wilayah Hunan, China ini.
Ini kerana jambatan yang tergantung pada ketinggian 183 meter ini mempunyai lantai cermin dan pasti membuatkan lutut anda menggigil ketika melaluinya.
Laluan sepanjang hampir 300 meter itu diiktiraf sebagai jambatan gantung kaca paling panjang di dunia.
Seramai 11 jurutera terbabit dalam projek membina jambatan gantung yang menghubungkan dua puncak bukit berkenaan.
Sekumpulan pelancong yang berani menjadi pelawat pertama melintasi jambatan gantung itu ketika ia dibuka baru-baru ini.
Pelbagai gelagat pelancong boleh dilihat ketika mereka berjalan melintasi jambatan itu buat pertama kalinya.
Seorang wanita dilihat memaut pemegang di tepi jambatan dan terpaksa ditarik rakannya. Beberapa yang lain langsung tidak boleh melangkah kaki kerana terlalu takut.
Jambatan itu juga berayun ketika berjalan di atasnya sekali gus menambahkan perasaan takut.
Pembinaan menakjubkan itu juga diberi jolokan 'jambatan hero' kerana memerlukan keberanian luar biasa untuk melintasinya.
Walaupun, jambatan itu sangat menakutkan, ia menawarkan pemandangan menarik kawasan pergunungan itu.
Setiap pengunjung dikehendaki memakai alas kasut khas supaya tidak mengotorkan atau mencalarkan cermin berkenaan.
Jambatan berkenaan pada mulanya dibina menggunakan kayu sebelum sebahagian lantainya diganti dengan kepingan kaca pada 2014.
Beberapa bulan lalu, sekumpulan jurutera menggantikan semua lantai kayu dengan kepingan kaca sekali gus menjadikan laluan itu sebagai jambatan gantung kaca pertama di dunia.
Jurutera berkenaan turut memberi jaminan bahawa jambatan kaca itu selamat untuk digunakan apabila kepingan kaca digunakan 25 kali lebih kuat berbanding kaca tingkap bangunan, selain dibina supaya bentuknya kekal dan tahan tekanan tinggi.
Sejak beberapa tahun lalu, laluan menggunakan lantai kaca popular dalam kalangan pelancong di China yang sukakan cabaran.
Pada awal tahun ini sebuah pelantar tinjau dibina dengan lantai kaca di Chongqing, barat daya China dengan laluannya di atas jurang sedalam 718 meter.
Sebuah lagi jambatan kaca kini dalam pembinaan di Zhangjiajie, Hunan dan bakal merentasi tebing setinggi 299 meter.
Apabila siap, jambatan sepanjang 380 meter itu boleh memuatkan 800 pengunjung pada satu masa.
- harianmetro-
- Mummy Ira -
Peperiksaan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) dan Ujian Penilaian Sekolah Agama (UPSRA) Ditangguhkan
10/04/2015 02:44:00 PTG
Assalamualaikum..
1. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) ingin memaklumkan kepada semua Agensi Bertanggungjawab melaksanakan KAFA seluruh Malaysia berhubung pelaksanaan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) berikutan masalah jerebu yang melanda di kebanyakan negeri di Malaysia dengan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) menunjukkan kadar bacaan yang tidak sihat (IPU 101-200) serta tindakan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengisytiharkan penutupan sekolah-sekolah di beberapa buah negeri di Malaysia pada Isnin dan Selasa bertarikh 5-6 Oktober 2015.
2. Sehubungan itu, pelaksanaan peperiksaan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) kepada 207,343 orang calon yang diselaraskan oleh Jakim seluruh Malaysia bagi subjek Ulum Syariah (UPKK 02/01) yang dijadualkan pada hari Isnin 5 Oktober 2015 pada jam 2.30 petang dan subjek Sirah (UPKK 03/01) serta subjek Jawi Dan Khat (UPKK 05/01) yang dijadualkan pada hari Selasa 6 Oktober 2015 adalah ditangguhkan. Walaubagaimana pun pelaksanaan peperiksaan pada hari hari Rabu dan Khamis berjalan mengikut jadual.
3. Penangguhan ini melibatkan semua pusat peperiksaan seluruh Malaysia. Tarikh baru bagi pelaksanaan peperiksaan bagi 3 subjek berkenaan akan dimaklumkan kemudian berdasarkan kepada suasana dan laporan IPU semasa.
4. Dipohon kerjasama kepada semua Agensi Bertanggungjawab yang melaksanakan KAFA mengambil tindakan SEGERA memaklumkan arahan penangguhan peperiksaan ini kepada semua pihak yang terlibat.
5. Pihak Jakim juga menyambut baik keputusan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) yang menangguhkan peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah Agama (UPSRA) pada Isnin dan Selasa (5-6 Oktober 2015)
selaras dgn arahan KPM supaya semua sekolah ditutup Isnin dan Selasa.
6. Peperiksaan UPSRA di semua sekolah kelolaan Jawi iaitu di Kuala Lumpur, Putrajaya Dan Labuan akan ditunda kepada hari Isnin dan Selasa depan (12-13 Oktober 2015). Bagi jadual hari Rabu dan Khamis berjalan seperti yang dijadualkan kecuali ada arahan lain daripada KPM.
Sekian
DATO' HAJI OTHMAN MUSTAPHA
4 Oktober 2015
- Mummy Ira -
Sekolah Diarahkan Tutup 2 Hari Mula Isnin - Selasa ( 5& 6 Oktober 2015 )
10/04/2015 10:44:00 PG
Assalamualaikum..
Menteri Pendidikan itu juga turut mengumumkan, sekolah terbabit tidak perlu menggantikan sesi persekolahan akibat penutupan itu.
Ikutkan sekolah petang Haziq Muqri ada KAFA..mula la cuti jugak. Besok ada exam UPKK tapi ditunda ke minggu depan. Haziq Muqri bagitau, pelajar pakat besorak gembira la bila pihak sekolah umum cuti sekolah selama 2 hari. Memang seronok la tapi ada juga sesetengah parent yg bekerja ni pening kepala..sebabnya dok nak kena pikir nak tinggai kat sapa la bila parent tu pegi keja. Kalau yg mmg dok ngan tok ka sedara ka neseri ka..ok la..kalau tak jenuh memikir jugak la parent tu.
1. Kurangkan sebarang aktiviti luar
2. Kurangkan atau seboleh-bolehnya tidak merokok
3. Banyakkan minum air sekurang-kurangnya 2 liter sehari. Air kelapa juga membantu untuk mengurangkan kesan jerebu.
4. Sentiasa membasuh tangan setelah selesai melakukan sebarang aktiviti terutamanya aktiviti luar
5. Gunakan topeng pernafasan
6. Sentiasa pastikan persekitaran dalam rumah adalah bersih
7. Dapatkan khidmat nasihat perubatan dengan segera sekiranya sakit berlarutan
sumber facebook
- Mummy Ira -