Assalamualaikum..
Bila musim perayaan ni..masa ni la peluang semua untuk berjumpa dan berkumpul dengan saudara mara. Tak pun masa ni jugak la, peluang untuk bawak family berjalan2 ziarah rumah sedara n kawan2 dan sebagainya. Tu tak kira dengan open house lagi. Kalau yang ada anak kecil atau yang baru dapat baby..masa ni juga masa untuk perkenalkan anak2 kat saudara mara.
JAGALAH KESIHATAN ANAK-ANAK KECIL SEMASA MUSIM RAYA
Semasa musim raya ni sebab sekarang musim panas, maka perlu ambil langkah dalam menjaga suhu badan anak-anak kecil. Jika balik kampung buatlah persiapan untuk menjaga kesihatan anak-anak kecil.
Usahalah untuk tidak membawa anak-anak keluar rumah semasa matahari terik dan panas yang tersangat. Oleh itu rancang masa anda menziarahi keluarga.
Jika terpaksa kerana ramai keluarga, maka cari peluang untuk memandikan anak kecil sekerap yang boleh atau membasahkan badannya dengan air supaya badannya sejuk dan selesa. Pastikan memulakan dengan kaki dan baru naik ke atas ke kepala. Jika dibasahkan dari kepala, maka akan menyebabkan haba naik semua ke kepala dan ini adalah merbahaya untuk baby.
Pakaikan pakaian kain kapas yang selesa supaya anak-anak kecil selesa dan tidak naik ruam. Bawa bekalan ubatan yang sesuai dan perlu sekiranya anak kecil itu demam atau batuk atau selsema kerana mungkin payah nak ke klinik kerana klinik tutup.
Suami isteri dan datuk nenek perlu bertimbang rasa di dalam membuat rancangan menziarahi. Jika budaya keluarga anda adalah datang berziarah beramai-ramai secara berkeluarga, maka ambil kira ibu bapa yang mempunyai anak-anak kecil. Rancang dengan baik supaya semua boleh mengikuti dengan seselesa yang terdaya.
Kita yang sudah tiada anak-anak kecil ni janganlah demand ibu bapa beranak kecil itu untuk turut serta di dalam semua aktiviti.
Tidak ramai datuk-nenek yang tidak peka. Ramainya yang peka dan fikir kesihatan cucu-cucu. Namun, peringatan ini sekadar mengingatkan agar tidak terlupa terutama bagi yang baru menjadi atuk dan nenek. Yalah kadang-kadang kita tidak terperasan sebab kita sendiri sudah lama tidak beranak kecil.
Anak-anak kecil ni, ada yang tahan lasak dan ada juga yang agak fragile kesihatan mereka. Maka janganlah dibanding-banding dan mengkaitkan dengan ibu bapa mereka.
Semoga hari raya anda merupakan hari yang membahagiakan serta mengeratkan pertalian sesama ahli keluarga kecil dan kembangan.
kredit fb Ibu Rose - Mesejnya Kasih
- Mummy Ira -
Assalamualaikum..
Ni crita masa bulan posa baru lepas ni. Cerita pasai buat ketupat. Tiap tiap tahun My Mom mesti akan masak n balut ketupat sendiri. Katanya kalau beli tak puas makan..takut tak ikut citarasa yg kita nak..kalau kita buat sendiri baru puas hati.Tiap tiap tahun jugak ni menu yang wajib mesti ada. My Mom selalu baut ketupat pulut jagung. Kali ni buat awai sikit. Takut tak sempat nak rebus. Bnyak lagi menu yang nak kena masak.
Nak buat ketupat pulut ni..tak banyak sangat bahan yang kita nak guna. Kena ada daun palas, santan, pulut, jagung..nak bagi ada rasa buh la garam sikit. Nampak tu macam senang tapi kalau tak kena cara tu..tak jadi jugak ketupat ni. Ada juga cara masing2 nak buat ketupat ni. Selalu yang Saya dengaq, ada yang kta tak pandai balut ketupat. Saya pun tak la beberapa pandai sangat..boleh la sikit sikit.
bahan yg kena ada. Nyok putih ( perah ambek santan)
pulut n jagung
masak santan dulu..kacau jangan bagi hangit. buh la garam sikit.
My Mom agak2 ja dalam sediakan santan n pulut.
agak dah masak santan tu..masukkan pulut..kacau sat..
lepaih tu jagung. Nak buh sekali pun tak pa.
kacau sampai sebati smpi kering..agak2 separuh masak.
tutup dulu nak bagi kering sikit
sedia untuk dibalut. dah pulut tu tak setengah masak..
jangan buh banyak sampai penuh ketat..takut nanti masa rebuih
tak masak pulut tengah
simpan dulu dalam peti ais..sehari sebelum raya..rebus sampai masak..
dah masak jgn biaq lama dalam ayaq tu..nanti lembik..
bawak keluaq n lap ketupat tu bagi kering..
boleh la simpan dalam bekas.
Kat bawah ni..ada la sikit cara My Mom balut ketupat.
Camtu la caranya..tapi cam Saya kata..setiap orang ada cara memasing nak masak/buat ketupat ni. Lain orang lain caranya..
- Mummy Ira -
Selamat Hari Raya Aidilfitri 1436H/2015 Dari Saya..Zahirah Dzahir Dan Sekeluarga
7/19/2015 11:56:00 PG
Assalamualaikum..
Ramadhan dah berlalu..masuk la pula bulan Syawal. Rasanya tak terlambat Saya nak ucapkan Selamat Hari Raya. Buat pembaca blog dan rakan rakan walaupun ada yang tidak pernah bersua muka. Saya susun 10 jari memohon kemaafan andai ada
perbuatan, percakapan, penulisan yang tidak menyenangkan hati semua..


Ampun dan maaf dipinta.Semoga bergembira dan dapat bersama sama kaum
keluarga yang tercinta di hari yang mulia ni..
Selamat Hari Raya Aidilfitri,Maaf Zahir dan Batin.
Salam ingatan ikhlas dari
www.iramummysikembar.blogspot.com/
Zahirah Dzahir dan sekeluarga
- Mummy Ira -
Assalamualaikum..
Raya pun dah dekat..mesti banyak plan yang kita buat untuk raya ni..lagi2 plan nak pi bearay rumah saudara mara n kengkawan. Saya ada jumpa Tips camna kita nak handle anak masa raya ni..maksudnya kalau anak2 buat perangai la..mengamuk ka..masa beraya tak kira la kat rumah ka..rumah saudara ka. Jom baca tips dari Ashikin Hashim Official Tip Handle Anak Masa Raya / Jika anak mengamuk
Adik beradik, ipar duai, sepupu sepapat, mertua semua sila baca
*Mohon jangan salah anggap. Status ini fokus kepada ANAK MENGAMUK SEMASA RAYA. Bukan post ' KENAPA ANAK KAU, AKU YANG KENA JAGA. ' atau ' KENAPA KAU TAK MASUK DAPUR, ASYIK GENTEL ANAK'. Saya bercerita perihal anak mengamuk ya..
Raya sudah semakin dekat. Maka ramailah orang yang akan kita jumpa. Ada ibu yang risau akan perangai anak-anak nanti. Takut ada yang mengamuk, buat hal di rumah orang, tumpahkan air, bergaduh dan sebagainya.
Bukan itu sahaja, kerisauan itu ditambah pula dengan pandangan orang, cakap-cakap orang dan sebagainya.
Don't be jungemental.
Anak seorang tidak sama dengan 2 orang anak. Tidak akan sama juga dengan 3 orang anak. 4 orang dan seterusnya.
Anak lelaki seorang tidak sama dengan anak lelaki yang 4 orang. Anak perempuan mungkin tidak sama dengan anak lelaki.
Don't ever compare.
Jika nampak anak orang lain mengamuk contohnya, apa yang kita boleh bantu?
1. Jangan nak provok lagi - eh...kenapa ni mengamuk-mengamuk ni. Pak Long masukkan dalam toilet kang. Tengok Ahmad tu, diam je, mane ade nangis.
2. Bantu untuk tenteramkan. Tak mampu tolong jangan pandang sinis pada ibu bapanya. Jangan mengata yang bukan-bukan. Bukan mudah mahu membesarkan anak. Jadi, jangan tambah beban mereka. Kasihankan mereka. Kena ada empati.
3. Biasanya kita beraya beramai-ramai kan? Jadi, hadkanlah kunjungan ke rumah-rumah. Janganlah terlalu lama. Ambil kira emosi anak-anak. Mereka bukan seperti kita. Mereka mudah penat. Mereka cepat lapar. Mereka tak boleh sabar. Semuanya ada had.
4. Adik beradik, ipar duai, mertua dan sesiapa sahaja, mestilah saling menyokong. Kalau yang itu menangis, kita tolong, kalau anak kita menangis, org lain pula tolong - tak perlulah menambah sakit hati si ibu dengan kata-kata yang tak membantu langsung seperti ' anak dia yang kedua tu memang lain sikit. ', ' anak ko tu kenapa? Cuba bagi makan. Lapar agaknya budak tu. ' ' anak ko tu kembung agaknya.' - jangan hanya bercakap. Cuba bantu sama-sama. Boleh?
Kepada para ibu pula:
1. Be positive - jangan rasa down dengan kata-kata orang yang tidak tahu hujung pangkal. Jika kita berilmu, jangan risau.
2. Selalu ingatkan anak to be behave - dalam kereta, kat rumah, masa makan, masa main - selalu ulang, adik kena jadi anak yg baik, main elok-elok, main sama-sama.
3. Mata jangan lekang dari tengok anak. Selalu tanya keadaan anak. Bila kita close monitor, kita dapat kurangkan banyak risiko - risiko gaduh, risiko merajuk, risiko mengamuk.
4. Jika anak mengamuk di rumah orang, terus ambil anak dan bawa satu tempat. Cuba tenteramkan anak. Jika dia tidak mahu dipujuk, biarkan sebentar.
5. Sediakan barang yang cukup - busy bag, permainan, buku, biskut, air. Mungkin barang-barang ini yang akan membantu mententeramkan anak.
6. Suami isteri saling membantu. Kalau nampak anak dah mengamuk, isteri/suami jangan buat tak nampak. Lagi panjang pula perbualan. Sama-samalah pujuk anak.
Tanggapan kita, pandangan kita sama juga macam doa. Kalau kita fikir macam-macam pasal anak orang lain, lain kali Allah uji pada kita pula. Jadi, jangan bebankan fikiran kita dengan fikir apa masalah anak dia.
Anak memang begitu.
Suka main.
Merajuk.
Menjerit.
Bergaduh.
Tumpahkan air.
Sekejap ok, sekejap tak ok.
Itu normal.
Kalau tak percaya, buka buku pendidikan awal kanak-kanak. Beli buku saya pun ok. Cari buku Ibu Bijak Anak Bahagia smile emoticon
Kita tak pernah nampak sisi positif anak itu.
Mungkin di rumah sendiri dia sangat baik, dengar kata, tiada banyak masalah.
Sekali lagi, tolonglah!
Tolong ibu-ibu yang gigih mengasuh dan mendidik anak mereka. Jangan bunuh jiwa mereka dengan kata-kata yang tak membantu langsung dan tanggapan negatif yang hanya menambah dosa.
Jika ibu kepada anak yang mengamuk itu stress, lagi kasihan daripada kita yang anak tak mengamuk. Dia nak handle anak lagi, nak handle diri sendiri lagi. Betul tak? Jom kita saling membantu.
Kita happy-happy je raya ni.
Jangan stress-stress ok? wink emoticon
Itu sahaja dari saya.
Selamat berhari raya.
Selamat mendidik dengan kasih sayang
Ashikin Hashim
#icanteachmychild
- Mummy Ira -