Ramadhan dah berlalu..masuk la pula bulan Syawal. Rasanya tak terlambat Saya nak ucapkan Selamat Hari Raya. Buat pembaca blog dan rakan rakan walaupun ada yang tidak pernah bersua muka. Saya susun 10 jari memohon kemaafan andai ada
perbuatan, percakapan, penulisan yang tidak menyenangkan hati semua..
Ampun dan maaf dipinta.Semoga bergembira dan dapat bersama sama kaum keluarga yang tercinta di hari yang mulia ni.. Selamat Hari Raya Aidilfitri,Maaf Zahir dan Batin.
Raya pun dah dekat..mesti banyak plan yang kita buat untuk raya ni..lagi2 plan nak pi bearay rumah saudara mara n kengkawan. Saya ada jumpa Tips camna kita nak handle anak masa raya ni..maksudnya kalau anak2 buat perangai la..mengamuk ka..masa beraya tak kira la kat rumah ka..rumah saudara ka. Jom baca tips dari Ashikin Hashim Official
Tip Handle Anak Masa Raya / Jika anak mengamuk
Adik beradik, ipar duai, sepupu sepapat, mertua semua sila baca
*Mohon jangan salah anggap. Status ini fokus kepada ANAK MENGAMUK SEMASA RAYA. Bukan post ' KENAPA ANAK KAU, AKU YANG KENA JAGA. ' atau ' KENAPA KAU TAK MASUK DAPUR, ASYIK GENTEL ANAK'. Saya bercerita perihal anak mengamuk ya..
Raya sudah semakin dekat. Maka ramailah orang yang akan kita jumpa. Ada ibu yang risau akan perangai anak-anak nanti. Takut ada yang mengamuk, buat hal di rumah orang, tumpahkan air, bergaduh dan sebagainya.
Bukan itu sahaja, kerisauan itu ditambah pula dengan pandangan orang, cakap-cakap orang dan sebagainya.
Don't be jungemental.
Anak seorang tidak sama dengan 2 orang anak. Tidak akan sama juga dengan 3 orang anak. 4 orang dan seterusnya.
Anak lelaki seorang tidak sama dengan anak lelaki yang 4 orang. Anak perempuan mungkin tidak sama dengan anak lelaki.
Don't ever compare.
Jika nampak anak orang lain mengamuk contohnya, apa yang kita boleh bantu?
1. Jangan nak provok lagi - eh...kenapa ni mengamuk-mengamuk ni. Pak Long masukkan dalam toilet kang. Tengok Ahmad tu, diam je, mane ade nangis.
2. Bantu untuk tenteramkan. Tak mampu tolong jangan pandang sinis pada ibu bapanya. Jangan mengata yang bukan-bukan. Bukan mudah mahu membesarkan anak. Jadi, jangan tambah beban mereka. Kasihankan mereka. Kena ada empati.
3. Biasanya kita beraya beramai-ramai kan? Jadi, hadkanlah kunjungan ke rumah-rumah. Janganlah terlalu lama. Ambil kira emosi anak-anak. Mereka bukan seperti kita. Mereka mudah penat. Mereka cepat lapar. Mereka tak boleh sabar. Semuanya ada had.
4. Adik beradik, ipar duai, mertua dan sesiapa sahaja, mestilah saling menyokong. Kalau yang itu menangis, kita tolong, kalau anak kita menangis, org lain pula tolong - tak perlulah menambah sakit hati si ibu dengan kata-kata yang tak membantu langsung seperti ' anak dia yang kedua tu memang lain sikit. ', ' anak ko tu kenapa? Cuba bagi makan. Lapar agaknya budak tu. ' ' anak ko tu kembung agaknya.' - jangan hanya bercakap. Cuba bantu sama-sama. Boleh?
Kepada para ibu pula:
1. Be positive - jangan rasa down dengan kata-kata orang yang tidak tahu hujung pangkal. Jika kita berilmu, jangan risau.
2. Selalu ingatkan anak to be behave - dalam kereta, kat rumah, masa makan, masa main - selalu ulang, adik kena jadi anak yg baik, main elok-elok, main sama-sama.
3. Mata jangan lekang dari tengok anak. Selalu tanya keadaan anak. Bila kita close monitor, kita dapat kurangkan banyak risiko - risiko gaduh, risiko merajuk, risiko mengamuk.
4. Jika anak mengamuk di rumah orang, terus ambil anak dan bawa satu tempat. Cuba tenteramkan anak. Jika dia tidak mahu dipujuk, biarkan sebentar.
5. Sediakan barang yang cukup - busy bag, permainan, buku, biskut, air. Mungkin barang-barang ini yang akan membantu mententeramkan anak.
6. Suami isteri saling membantu. Kalau nampak anak dah mengamuk, isteri/suami jangan buat tak nampak. Lagi panjang pula perbualan. Sama-samalah pujuk anak.
Tanggapan kita, pandangan kita sama juga macam doa. Kalau kita fikir macam-macam pasal anak orang lain, lain kali Allah uji pada kita pula. Jadi, jangan bebankan fikiran kita dengan fikir apa masalah anak dia.
Anak memang begitu. Suka main. Merajuk. Menjerit. Bergaduh. Tumpahkan air. Sekejap ok, sekejap tak ok. Itu normal. Kalau tak percaya, buka buku pendidikan awal kanak-kanak. Beli buku saya pun ok. Cari buku Ibu Bijak Anak Bahagia smile emoticon
Kita tak pernah nampak sisi positif anak itu. Mungkin di rumah sendiri dia sangat baik, dengar kata, tiada banyak masalah.
Sekali lagi, tolonglah! Tolong ibu-ibu yang gigih mengasuh dan mendidik anak mereka. Jangan bunuh jiwa mereka dengan kata-kata yang tak membantu langsung dan tanggapan negatif yang hanya menambah dosa.
Jika ibu kepada anak yang mengamuk itu stress, lagi kasihan daripada kita yang anak tak mengamuk. Dia nak handle anak lagi, nak handle diri sendiri lagi. Betul tak? Jom kita saling membantu.
Kita happy-happy je raya ni. Jangan stress-stress ok? wink emoticon
Itu sahaja dari saya. Selamat berhari raya. Selamat mendidik dengan kasih sayang
Lama dah Saya nak story pasai COWBOY COFFEE tapi tak dan. Besa la bulan posa ni sibuk sikit. Ni dah on komputer..kena cerita jugak la pasai ni.
Sekarang tengah glamer ayaq2 gelaih besaq ni camni.. salah satunya yang dok tengah meletop..Cowboy Coffee . Sebelum ni pakat dok promote dalam fb..teringin nak rasa..gagah pi la jugak. Memang orang ramai..kena beratur panjang jugak la. Dah beli rasa mmg sedap..puaih hati minum. Rasa dia memang kaw..padan dengan harga RM4.
Lokasi : Alor Setar - COWBOY COFFEE kat Depan Medan/Tmn Selera Wira Mergong ( tepi jalan ) Masa berniaga: 12.30 tnghari - 6.30 ptg Sungai Petani - Cowboy coffee Tmn ria jaya & tmn sejati Buka 12.30 dan tutup 6.30pm
Harga RM 4
* Sekarang bulan puasa depa bernega area2 tu jugak. bersebelahan TSB minimarket tmn wira mergong ( dalam bazar ramadhan ).
Fb Cowboy coffee stall
InstagramCowboy coffee stall
kena beratur panjang
ada 6 perisa..pilih nak yang mana
Saya beli ..ice green tea..ice cocoa..ice tea
macam biasa model cilik tetap ada..
* bersebelahan TSB minimarket tmn wira mergong ( dalam bazar ramadhan ).
Jadinya..nanti sesapa yang nak pi rasa..boleh la pi cari..pi rasa sedap ka dak..lain mulut lain rasanya..betui dak..
Sekitar jam 11.42 pagi tadi..hujan lebat sekjali ngan angin ribut. Ingatkan biasa ja..rupanya memang kuat. Dah masuk kategori ribut jadinya. naik takut jugak. Pakat suruh anak2 masuk. Kuat tak kuat angin ribut tadi, sampai tumbaang pokok besar dekat rumah.
Berbelas tahun lamanya..pokok besaq ni kukuh di situ..akhirnya tumbang juga . Biasa la..pokok segera ni..walaupun besaq tapi dia tak ada akar tunjang hanya buttress root. Sebab tu boleh tumbang kalau angin kuat.
Saya yang dok kawasan taman perumahan pun boleh rasa angin ribut tu..camna la dengan rumah kampung. Semoga tiada kemalangan jiwa yang berlaku.
Ni pokok besar yang tumbang dan sekat laluan ke surau. So..ptg tu juga buat gotong royong potong sikit2 dahan pokok tu untuk buka laluan ke surau. Yang selebihya tunggu MBAS.
Tersangatlah kejam manusia sekarang ni. Tak abis lagi dengan kes dera anak..keluar plak berita tentang mayat bayi yang dikerat enam dalam tandas. Memang sapa yang buat ni kejam. Ishh..sedih bila baca cerita camni. Kita ni..kalau anak luka sikit pun dah susah hati..kelam kabut cari ubant pi buh. Ni senang2 ja pi kerat bayi tu. Semoga si pesalah ni akan dijatuhkan dengan hukuman yang paling setimpal dengan perbuatannya.
POLIS TEMUI MAYAT BAYI DIKERAT ENAM DALAM TANDAS
ALOR SETAR: Polis menemui sebahagian tubuh bayi yang dikerat enam bahagian di dalam tangki tandas di sebuah rumah di Kampung Manggol, Jitra, petang tadi.
Ketua Polis Daerah Kubang Pasu Superintendan Abd Rahim Abdullah yang mengesahkan perkara itu berkata terdapat beberapa tubuh bayi belum ditemui seperti bahagian tangan, kemaluan dan kaki kanan bayi tersebut. Katanya tubuh bayi dipercayai dikerat dengan menggunakan senjata tajam, sebelum dibuang ke dalam tangki tandas.
Beliau berkata, sebahagian anggota badan bayi yang ditemui itu dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk tindakan lanjut manakala suspek wanita berumur 31 tahun turut ditahan di HSB kerana mengalami pendarahan. "Siasatan awal mendapati suspek telah melakukan pemeriksaan pada kemaluan dan doktor yang memeriksa mendapati terdapat kesan koyakan melahirkan anak," katanya dalam kenyataan di sini. Abd Rahim berkata, hasil soal siasat pertama mendapati suspek berbohong dengn memberitahu telah bersalin di rumahnya di Kampung Binjal, Jitra dan bayinya dibuang di dalam tong sampah. Katanya, hasil siasatan lanjut mendapati suspek melahirkan bayi tersebut di rumah datuknya di Kg Manggol, Jitra dengan cara berdiri dan telah membuang bayi tersebut di dalam lubang tandas dengan cara mengepam air.
Suspek juga dipercayai makan ubat tidur ketika pulang ke rumah datuknya di Kampung Manggol dan pada 1 tengah hari semalam, suspek memberitahu ibunya mahu ke tandas untuk buang air besar. "Satu jam selepas itu suspek keluar dari tandas dan beritahu ibunya yang dia datang haid dan terus sambung tidur sehingga waktu berbuka puasa. Suspek juga tidak menunjukkan tanda-tanda mencurigakan dan ibu suspek juga tidak mendengar bunyi mencurigakan dalam tandas tersebut," katanya.
Katanya kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan. - BERNAMA
Zahirah Dzahir.
Part Time Mommy Blogger | Full Time Housewife | Blogger Utara | Blogger Kedah | Mommy Anak 3 termasuk Kembar | Wife Haris Fadilah .
For Collaboration | Advertorial | Review | Event dan sebagainya. Boleh hubungi ieradzahir@gmail.com