Assalamualaikum..
saya ada jumpa artikel dalam laman e-fatwa tentang "bagaimana kiraan haid". Jom baca.
"Adakah adik-adik runsing memikirkan bagaimana kiraan haid? Jom baca apa yang Kak Na tulis :
Berdasarkan analisa kepada penjelasan ulama berkaitan kaedah pengiraan haid, para ulama hanya merujuk kepada bilangan hari dan mengikut kebiasaan seseorang wanita. Contohnya Imam al-Ramli menjelaskan, menurut ulama bermazhab Syafi'i tempoh minima haid seorang wanita ialah sehari semalam dan maksima 15 hari. Darah yang keluar melebihi 15 hari dikira darah istihadah. (al-Ramli, Nihayat al-muhtaj, jil. 1, hlm. 325)
Lanjut Klik : http://www.e-fatwa.gov.my/

ISU:
Saya ada menonton rancangan di tv oleh seorang ustaz mengenai cara pengiraan haid. Apa yg disampaikan betul-betul perkara baru bagi saya. Jadi saya makin keliru tentang pengiraan haid yang sebenar. Beliau ada beritahu wanita kena kira kitaran haid mengikut kalendar Islam bukan masihi. Beliau ada bagi contoh. misalnya kebiasaan wanita datang haid pada 5 syaaban, sepatutnya wanita tersebut akan datang haid pada 5 Ramadhan juga tetapi tidak datang pada 5 tetapi pada 7 misalnya, jadi 7 Ramdhan itu kena kira sebagai hari ke-3 datang haid bukan hari pertama. Tapi 2 hari yang suci itu boleh solat macam biasa. Boleh bantu saya memahami perkara ini.
PENJELASAN:
Berdasarkan analisa kepada penjelasan ulama berkaitan kaedah pengiraan haid, para ulama hanya merujuk kepada bilangan hari dan mengikut kebiasaan seseorang wanita. Contohnya Imam al-Ramli menjelaskan, menurut ulama bermazhab Syafi'i tempoh minima haid seorang wanita ialah sehari semalam dan maksima 15 hari. Darah yang keluar melebihi 15 hari dikira darah istihadah. (al-Ramli, Nihayat al-muhtaj, jil. 1, hlm. 325)
Manakala secara praktisnya, had haid adalah merujuk kepada kebiasaan seseorang wanita, contohnya Imam al-Syafii berkata, "Aku dapati seorang wanita mengatakan bahawa dia selalu datang haid sehari dan tidak lebih daripada itu." (al-Buhuti, Kasysyaf al-qina', jil. 1, hlm. 202)
Tiada ulama yang menghadkan kiraan tempoh haid hanya merujuk kepada kalendar Islam.
Apa yang dijelaskan oleh ulama ialah bilangan hari bukan khusus kepada kalendar tertentu. Oleh itu pendapat yang dikemukakan dalam soalan tersebut adalah tidak benar.
Persoalan kedua tentang bila bermula tempoh haid. Contoh yang diberikan iaitu "kebiaasan wanita dtg haid pada 5 syaaban, sepatutnya wanita tersebut akan dtg haid pada 5 ramadhan juga tetpi tidak dtg pada 5 tpi pada 7 misalnya, jadi 7 ramdhan itu kene kira sbgai hari ke3 dtg haid bukn hari pertama". Contoh ini tidak tepat:
1) Kiraan sebenar adalah bermula dari hari keluarnya haid.
2) Kebiasaan wanita datang haid ialah tempoh dia berada dalam haid sama ada 5 hari, 6, 7, atau 15 hari.
Kebiasaan bukan dikira sama ada keluar darah pada sesuatu hari dalam sebulan. Tidak semestinya wanita yang didatangi haid pada 1 Januari/Muharram, kebiasannya dikira 1 Febuari pula. (al-Syarbini, Mughni al-muhtaj, jil. 1, hlm. 15; Dr. Anisah Ab. Ghani, Darah wanita, hlm. 35)
Harap tu korang faham dengan penjelasan di atas..kalau ada yang tak faham jugak boleh refer kepada orang yang lebih mengetahui tentang hal ni.
sumber e-fatwa
- Mummy Ira -
Assalamualaikum..
Ramai yang dok tanya pasai Hot Pizza Jalanan ni. Kedai kat mana..apa yang ada. Meh Saya nak bagi info pasai Hot Pizza ni. Hot Pizza ni banyak cawangan dia. Ni yang cawangan Alor Setar. Bukan kedai tau tapi gerai kecik tepi jalan. Tak payah susah hati.. 100% halal.
Lokasi:
1.Taman Rakyat Mergong.
2.Mergong, depan 7eleven.
Buka dari 4 ptg - 10.30 mlm
Sabtu - khamis..
Harga dari RM4.90 - RM 18.90
Delivery kawasan berhampiran
Call/ message 017 6447704
Whatapp : 01424498790
FB Hot Pizza Cawangan Taman Rakyat Jln Putra
Hot Pizza-Pizza Jalanan No1
Lokasi Hot Pizza Jalanan Taman Rakyat Jalan Putra
lepas Empangan Jajar akn jumpa traffic light..masuk kanan..terus belok kiri ja akan nampak khemah merah..

1. Sungai petani. -depan IPD,depan SHARP,bandar puteri jaya.
2. Lembah bujang.-fasa 4
3. Kangar - depan peladang kangar.
4. Jitra-depan affin bank.
5. Jitra - Taman suria
6. Sungai lalang.-depan sek men.
7. Alor Setar.-Taman Wira Mergong (depan 7 eleven)
8. Alor Setar - Taman Rakyat, Jalan putra ( Dekat kereta sewa)
9. Kulim-tepi nasmir.
10. Ja wi- depan d"ja wi hotel.
11. Sungai nibong.- tapak pasar malam.
12. Parit buntar.- taman pekaka.
13. Langkawi coming soon.
So..pakat pi beli rasa na..
- Mummy Ira -
Assalamualaikum..
Bila difikir balik tu, takut jugak kalau benda camni jadi lagi. Alkisahnya..hari tu Saya balik kampung dgn My Mom dan Anak2 tanpa Cik Husband. Cam biasa Saya drive, dalam perjalanan balik, laluan tu ada la sikit tak elok. My Mom ada tegur tayar kereta cam pancit bila terentak. Saya kata tak pa kot. Takut jugak coz jauh lagi perjalanan..baru kat Gunung Keriang nak sampai Alor Setar.
Sampai rumah, lupa pi benda ni. Tetiba Haziq Muqri mai bagitau, "Mama, tayar kereta tak dak angin". Pegi tengok mmg pun. Tak dak terus. Kelepek jadinya. Gabra jugak, nasib baik dah sampai rumah. Kalau tak kacau jugak. Just tunggu Cik Husband balik..
Bila
dibuka tengok..memang pancit teruk, Cik Husband kata sampai pecah kat
dalam tu. Cik Husband kata kalau Saya berhenti tepi jalan maybe tak
teruk camni. Mana la Saya nak tau. Time tu Saya drive ja tanpa pikir apa
pun.
Bila chek..ni la punca dia. Paku terbenam kat tayar. Besaq jugak paku tu. Tak tau la mai dari mana. takut la kalau kat kampung. Saya pun tak perasan.
Apa pun..Saya selamat sampai rumah..kalau jadi tengah jalan..kacau jugak tu. Semoga kejadian camni tak berulang dahhh..
- Mummy Ira -
lit dan masalah jerawat
(jenis-jenis kulit)
salam penuh keikhlasan untuk semua..ss x nak cakap banyak la kali ni,ss
just nak share tentang kulit dan masalah jerawat yang ss dapat dari 1
majalah yang ss beli.
sumber: variasi asas solekan (amy janz & lily haslina nasir)
keluaran alaf 21
Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ
Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ
4 SEBAB MENGAPA WANITA CEPAT GEMUK DAN NAMPAK TUA SELEPAS BERKAHWIN..
5/31/2015 04:55:00 PTG
Assalamualaikum..
Its ok..' SADOMOK' pun ok jaa..janji sihat..hati happy..hubby n ank2 sayang kita..
4 SEBAB MENGAPA WANITA CEPAT GEMUK DAN NAMPAK TUA SELEPAS BERKAHWIN....
Sesetengah para suami ada yang bercadang untuk mencari perempuan (isteri) lain kerana menganggap isteri mereka sekarang sudah tidak cantik, nampak tua dan GEMUK.
Tapi tahukan anda semua wahai kaum suami sebab-sebab yang menjadikan para wanita khususnya isteri anda dan ibu kepada anak-anak anda cepat nampak tidak menarik di mata anda?
1. Tahukah anda, jika kita makan dengan perlahan dan mengunyah makanan sehingga benar2 hancur, itu akan membantu proses penghadaman kita, sekaligus mengelakkan kita gemuk.
Tetapi kasihan kaum ibu, mereka terpaksa makan laju2, telan terus tanpa sempat dikunyah kerana nak memujuk anaknya yang menangis.
Tapi si suami.. layan jer sambung makan, buat2 tak dengar anak menangis...jadi, wanita pun mudah jadi gemuk sebab makanan tak sempat nak hadam betul-betul.
2. Wanita juga mudah gemuk kerana sifat mereka yang tidak suka membazir.
Makanan yang tidak habis dimakan oleh anaknya, maka dialah yang akan menghabiskannya pulak.
Sayang katanya... takut membazir. Membazir itu kan amalan syaitan.
Si suami pulak dengan selamba mengatakan "kau ni kuat betul makan!"
3. Bila anak menangis tengah malam nak minum susu, bapaknya akan tidur mati silap-silap buat-buat mati.
Kalau yang dengar pun buat-buat tidur lena sebab malas nak bangun, malas nak ganggu tidurnya.
Si ibulah yang dalam semalam, berapa puluh kali terpaksa bangun membuat susu untuk anak.
Bila tak cukup tidur, mulalah muka nampak letih dan cepat nampak tua.
Kedut-kedut pun mula wujud. Kan petua untuk cantik kena minum air banyak dan TIDUR SECUKUPNYA.
4. Bagi wanita yang berkerjaya, sudahlah penat bekerja untuk membantu menambah pendapatan keluarga, bila balik rumah, semuanya dialah yang kena uruskan.
Dengan perangai anak-anak, perangai bapaknya... nak itu, nak ini.. jadi, wanita pun membebel, marah-marah... dan bila marah-marah, banyak leter, cepatlah jadi tua..
Kesimpulannya. ..wanita cepat tua dan cepat gemuk adalah disebabkan LELAKI atau lebih tepat lagi SUAMI..
Oleh itu, hargailah segala pengorbanan isteri anda.
Mungkin sekiranya sehari sahaja isteri anda tiada dan anda perlu memikul tanggungjawab dia sementara, anda mungkin tidak mampu melakukan seperti dia..
Tapi kalau sang suami boroi...sebab apa pula??
sumber facebook Ustaz Nasir
- Mummy Ira -