Saya ada jumpa video yang tajuknya Good Parenting: Father Makes His Son Destroy One Of His Xbox Consoles For Failing In School! Seorang ayah menyuruh anak lelakinya hancurkan game Xbox dengan menggunakan tukul. Maybe si anak ni kerap main game Xbox dan malas belajar. Akibatnya dapat gred yang teruk dalam pelajaran di sekolah. Dalam masa tu, sempat lagi si anak bagi alasan..bukan salah dia tapi salah cikgu. Teragak2 si anak nak hancurkan Xbox tu. Supaya dengan cara ni dapat bagi pengajaran untuk si anak supaya rajin baca buku jangan sibuk main game ja. Rasanya parent2 sanggup tak buat camni. Saya rasa mahai gak tu Xbox. Kalau tak mau jadi camni..mudahnya.. jangan beli lansung game2 ni..kan senang.. Jom tengok video kat bawah ni:
Saja nak bagi present kat Haziq Muqri. Dok pikiq nak bagi apa..tetiba teringat ada memer fb nama dia Afzan Suhana..dia buat beg @ Totebag. Orang Kedah jugak. Kira dia lukih n jahit sendiri beg tu. Deal dgn dia suruh lukih Running Man faberet Haziq Muqri. Tunggu punya tunggu..akhirnya siap. Ok..not bad. Bagi kat Haziq Muqri. Happy abes..dia kata nak guna bawak pi tuisyen. ok la tu dia guna. Kalau tak guna rugi ja buat.
ni la hasilnya..
Kalau ada yang nak oder boleh ke page TotebagKedah
kalau tak salah saya size 13inci x 16 inci...30rm inc pos. jugak amek order utk tempahan hari kenduri,hari guru,hari lahir,dan
hari2 yg penting..mcm goodies beg..saiz kecik..apa2 nak tanya size bag..harga..boleh whatsapp utk details.. 019-4910122
kalau berminat boleh ke page dia tak pun..contact/whatsapp bagitau..camna kita nak. Inshaallah dia boleh buat.
1. Garam Dapur Taburkan saja garam di sarang anai-anai, tetapi cara ini kurang efektif dan kurang berkesan kerana garam hanya berada permukaan saja. Dupaya lebih berkesan, campur garam dengan air dan tembakau. Biarkan semalaman dan sembur di tempat-tempat yang berpotensi ada anai-anai.
2. Air Kapur sirih Sifat panas dari kapur akan sangat tidak disukai anai-anai kerana ianya memiliki kulit tipis dan lembut. Oleh itu, air kapur sirih ini sangat-sangat efektif untuk membasmi rayap. Caranya sangat mudah, siramkan air kapur sirik ke kayu yang di serang atau juga terus ke sarangnya.
3. Air Cucian Beras Memanfaatkan air pertama dari basuhan beras untuk mengusir anai-anai. Siramkan saja ke sekeliling sarang rayap.
4. Minyak Tanah Minyak tanah sekarang ini mungkin sukar dijumpai kerana kita dah tak menggunakan lampu pelita. Carilah di kedai dan gunakan minyak tanah untuk mengusir anai-anai. Caranya cukup mudah, semburkan minyak tanah di kayu yang telah di serang anai-anai atau juga semburkan di sarang-sarang anai-anai ini. Agar lebih berkesan, tambahkan minyak serai dengan campuran minyak tanah.
5. Tembakau Tembakau bermanfaat untuk membunuh tungau yang biasanya menyerang anak kecil jika bermain di rumput. Tembakau inilah juga berkesan terhadap anai-anai. Untuk lebih efektif, anda boleh mencampur tembakau dan air lalu di biarkan satu malam (semalaman) agar memperoleh larutan tembakau. Semburkan air campuran itu pada kayu yang di serang atau juga ke sarangnya.
Toyol perwatakkannya seperti anak kecil yang mempunyai susuk tubuh setinggi
50-60cm sahaja. Kulitnya merah kemerahan dan berwajah bulat dengan mata
agak terkeluar sedikit. Dahinya menonjol, mulut lebar dan berkepala
botak. Kegemarannya sama seperti anak kecil yang ingin dibelai dan
mengikut apa yang dikehendakinya. Memiliki perwatakan sedikit nakal,
suka mengomel tetapi licik dan pandai menjerumuskan manusia mengikut
telunjuknya.
Ia adalah dari bangsa jin kafir yang kebanyakannya
dipergunakan oleh manusia untuk mendapatkan wang dan menjadi kaya dengan
cepat. Penggunaan toyol adalah merupakan kaedah ghaib bagi
memperkayakan diri pemeliharanya yang jauh menyimpang dari ajaran agama
dengan merompak dan mencuri harta benda orang lain secara ghaib.
Seorang
penguasa dari bangsa jin kafir yang darjat dan kekuatannya lebih tinggi
dari bangsa toyol akan mengawal dan memelihara ribuan toyol. Tempat
yang digemari oleh toyol ialah tempat yang di kuburan yang dianggap
keramat oleh manusia, gelap, sunyi dan jauh dari kegiatan keagamaan.
Tidaklah menjadi hairan jika golongan toyol ini berada di hutan-hutan
tebal, bukit bukau, kuburan dan tempat-tempat yang diadakan pemujaan.
Toyol
sangat mudah berdamping dan bekerjasama dengan manusia walaupun dengan
syarat-syarat tertentu yang dikenakan ke atas manusia. Melalui seorang
perantara yang memiliki ilmu hitam, seseorang itu boleh mendapatkan
khidmat toyol dan memeliharanya jika beberapa syarat dapat dipatuhinya.
Syarat-syarat yang dikenakan adalah segala yang bertentangan dengan
hukum Allah SWT dan perkara ini amat disukai oleh iblis dan anak buahnya
bangsa jin kafir. Antara syarat-syarat yang dikenakan ke atas seseorang
yang ingin memilihara toyol ialah:
1. Tidak boleh mengamalkan ajaran agama. 2. Tidak boleh membuat kebajikan atau kebaikan. 3. Bersedia menyerahkan isteri untuk disetubuhi toyol atau menghisap susunya. 4. Bersikap cinta kepada harta benda. 5. Menyediakan sajian untuk makanan toyol. 6. Rumah harus jauh dari orang ramai dan kegiatan agama. 7. Suasana rumah harus redup. 8. Sediakan ruang atau bilik khusus yang berbau kemenyan sebagai tempat tinggal toyol. 9. Harus bersikap lembut dan santun terhadap toyol kerana toyol itu seperti anak kecil. 10. Harus membawa toyol berjalan-jalan mengikut kehendak toyol.
Masyarakat
boleh mengetahui ciri pemilik toyol dengan memperhatikan keadaan atau
perilakunya. Perilaku seseorang pemilik toyol adalah tidak berlaku pada
masyarakat umum atau keadaan yang logic yang menyebabkan suatu suasana.
Ciri-ciri pemilik toyol antara lainnya ialah:
1. Pemilik toyol mempunyai isteri yang gemuk dengan payudara yang besar. 2. Berjalan dengan tangan di belakang seperti menggendong sesuatu. 3.
Suami isteri pemilik toyol memiliki sifat peribadi yang berlainan
dengan masyarakat umum seperti pendiam namun menonjolkan kebatilan
secara tiba-tiba. 4. Rumahnya yang dahulunya ramai penghuni tetapi sunyi secara mendadak. 5. Sering mendiamkan diri dalam masa yang lama bila berada di rumah orang kaya.
Setelah
syarat-syarat dipersetujui, maka perantara akan berhubung dengan
penguasa toyol dari bangsa jin untuk menghadirkan toyol di hadapan bakal
tuannya. Toyol dihadirkan dengan memunculkan terus di hadapan bakal
tuannya untuk dibawa pulang. Kos bagi memiliki toyol kelas rendah antara
RM100 – RM1000, bagi toyol kelas pertengahan antara RM1000 – RM2000
sedangkan toyol diperingkat tinggi antara RM2000 – RM5000.
Walaupun
setelah dibayar, pemiliknya tidak boleh terus membawa toyol pulang
kerana toyol harus dilatih untuk mengenal matawang. Hal ini terjadi jika
seseorang itu membeli toyol dari luar negara. Namun di Malaysia, toyol
sudah mengenali nilai mata wang Ringgit. Cuma ianya dilatih untuk
mengambil jumlah wang tertentu dengan keadaan baik tanpa diketahui oleh
tuan empunya wang. Toyol hanya akan mencuri jumlah wang yang telah
diberitahu atau dilatih oleh pemiliknya sahaja.
Memelihara toyol
adalah mengikut kesesuaian kelas toyol. Toyol kelas rendah hanya
memerlukan sesajian yang ringan dengan menyediakan tempat tinggal yang
biasa sahaja. Sedangkan toyol kelas pertengahan dan tinggi memerlukan
penyajian yang mewah dan berkualiti serta tempat tinggal yang bagus.
Menjaga
toyol tidak jauh bezanya dengan menjaga anak kecil. Ianya harus
dimanjakan dan dituruti apa yang menjadi keinginannya seperti bunga
tujuh jenis yang segar, bubur harus panas dan bilik yang ada bau
kemenyan dan lembab. Pemiliknya harus sentiasa bersiap sedia setiap saat
untuk melayani toyolnya terutama memberi makan dan menyusuinya.
Penjagaan
yang baik dan tidak leka setiap masa oleh pemiliknya akan memberi kesan
yang positif kepada pemiliknya. Namun jika toyol yang berbangsa jin
kafir yang mempunyai perangai paling cerewet, manja dan mengomel ini
tidak puas hati dengan layanan pemiliknya, ianya akan berhenti dari
mencari wang bahkan akan membocorkan rahsia pemiliknya dengan menjelma
di sekitar rumah pemiliknya atau mencuri hanya di kawasan sekitar
jiran-jiran pemiliknya. Bahkan jika toyol kelas pertengahan dan tinggi
akan berlagak kurang ajar dengan memaksa pemiliknya membenarkan
isterinya disetubuhi oleh toyol pada setiap malam. Akhirnya, tujuan
untuk menjadi kaya dengan pantas tidak tercapai dan isteri tergadai
maruahnya kepada sang toyol yang menggatal.
Jika ditinjau dari
sisi agama Islam bahawa berhubungan untuk meminta tolong dari toyol
sebagai bangsa jin kafir sangat tidak mungkin membawa kebaikan bagi
manusia bahkan akan membawa kepada keburukan dan kebinasaan dunia dan
akhirat.
Masyarakat hendaknya tidak terliur dan terjebak dengan
fenomena menggunakan khidmat toyol untuk mendapatkan kekayaan dengan
jalan yang menyesatkan ditegah oleh agama-
Zahirah Dzahir.
Part Time Mommy Blogger | Full Time Housewife | Blogger Utara | Blogger Kedah | Mommy Anak 3 termasuk Kembar | Wife Haris Fadilah .
For Collaboration | Advertorial | Review | Event dan sebagainya. Boleh hubungi ieradzahir@gmail.com