Assalamualaikum..
PETUA HALAU ANAI-ANAI DARI RUMAH
Boleh cuba mana-mana cara berikut :
1. Garam Dapur
Taburkan saja garam di sarang anai-anai, tetapi cara ini kurang efektif dan kurang berkesan kerana garam hanya berada permukaan saja. Dupaya lebih berkesan, campur garam dengan air dan tembakau. Biarkan semalaman dan sembur di tempat-tempat yang berpotensi ada anai-anai.
2. Air Kapur sirih
Sifat panas dari kapur akan sangat tidak disukai anai-anai kerana ianya memiliki kulit tipis dan lembut. Oleh itu, air kapur sirih ini sangat-sangat efektif untuk membasmi rayap. Caranya sangat mudah, siramkan air kapur sirik ke kayu yang di serang atau juga terus ke sarangnya.
3. Air Cucian Beras
Memanfaatkan air pertama dari basuhan beras untuk mengusir anai-anai. Siramkan saja ke sekeliling sarang rayap.
4. Minyak Tanah
Minyak tanah sekarang ini mungkin sukar dijumpai kerana kita dah tak menggunakan lampu pelita. Carilah di kedai dan gunakan minyak tanah untuk mengusir anai-anai. Caranya cukup mudah, semburkan minyak tanah di kayu yang telah di serang anai-anai atau juga semburkan di sarang-sarang anai-anai ini. Agar lebih berkesan, tambahkan minyak serai dengan campuran minyak tanah.
5. Tembakau
Tembakau bermanfaat untuk membunuh tungau yang biasanya menyerang anak kecil jika bermain di rumput. Tembakau inilah juga berkesan terhadap anai-anai. Untuk lebih efektif, anda boleh mencampur tembakau dan air lalu di biarkan satu malam (semalaman) agar memperoleh larutan tembakau. Semburkan air campuran itu pada kayu yang di serang atau juga ke sarangnya.
Selamat mencuba..
sumber facebook
- Mummy Ira -
Assalamualaikum..
Ia adalah dari bangsa jin kafir yang kebanyakannya dipergunakan oleh manusia untuk mendapatkan wang dan menjadi kaya dengan cepat. Penggunaan toyol adalah merupakan kaedah ghaib bagi memperkayakan diri pemeliharanya yang jauh menyimpang dari ajaran agama dengan merompak dan mencuri harta benda orang lain secara ghaib.
Seorang penguasa dari bangsa jin kafir yang darjat dan kekuatannya lebih tinggi dari bangsa toyol akan mengawal dan memelihara ribuan toyol. Tempat yang digemari oleh toyol ialah tempat yang di kuburan yang dianggap keramat oleh manusia, gelap, sunyi dan jauh dari kegiatan keagamaan. Tidaklah menjadi hairan jika golongan toyol ini berada di hutan-hutan tebal, bukit bukau, kuburan dan tempat-tempat yang diadakan pemujaan.
Toyol sangat mudah berdamping dan bekerjasama dengan manusia walaupun dengan syarat-syarat tertentu yang dikenakan ke atas manusia. Melalui seorang perantara yang memiliki ilmu hitam, seseorang itu boleh mendapatkan khidmat toyol dan memeliharanya jika beberapa syarat dapat dipatuhinya. Syarat-syarat yang dikenakan adalah segala yang bertentangan dengan hukum Allah SWT dan perkara ini amat disukai oleh iblis dan anak buahnya bangsa jin kafir. Antara syarat-syarat yang dikenakan ke atas seseorang yang ingin memilihara toyol ialah:
1. Tidak boleh mengamalkan ajaran agama.
2. Tidak boleh membuat kebajikan atau kebaikan.
3. Bersedia menyerahkan isteri untuk disetubuhi toyol atau menghisap susunya.
4. Bersikap cinta kepada harta benda.
5. Menyediakan sajian untuk makanan toyol.
6. Rumah harus jauh dari orang ramai dan kegiatan agama.
7. Suasana rumah harus redup.
8. Sediakan ruang atau bilik khusus yang berbau kemenyan sebagai tempat tinggal toyol.
9. Harus bersikap lembut dan santun terhadap toyol kerana toyol itu seperti anak kecil.
10. Harus membawa toyol berjalan-jalan mengikut kehendak toyol.
Masyarakat boleh mengetahui ciri pemilik toyol dengan memperhatikan keadaan atau perilakunya. Perilaku seseorang pemilik toyol adalah tidak berlaku pada masyarakat umum atau keadaan yang logic yang menyebabkan suatu suasana. Ciri-ciri pemilik toyol antara lainnya ialah:
1. Pemilik toyol mempunyai isteri yang gemuk dengan payudara yang besar.
2. Berjalan dengan tangan di belakang seperti menggendong sesuatu.
3. Suami isteri pemilik toyol memiliki sifat peribadi yang berlainan dengan masyarakat umum seperti pendiam namun menonjolkan kebatilan secara tiba-tiba.
4. Rumahnya yang dahulunya ramai penghuni tetapi sunyi secara mendadak.
5. Sering mendiamkan diri dalam masa yang lama bila berada di rumah orang kaya.
Setelah syarat-syarat dipersetujui, maka perantara akan berhubung dengan penguasa toyol dari bangsa jin untuk menghadirkan toyol di hadapan bakal tuannya. Toyol dihadirkan dengan memunculkan terus di hadapan bakal tuannya untuk dibawa pulang. Kos bagi memiliki toyol kelas rendah antara RM100 – RM1000, bagi toyol kelas pertengahan antara RM1000 – RM2000 sedangkan toyol diperingkat tinggi antara RM2000 – RM5000.
Walaupun setelah dibayar, pemiliknya tidak boleh terus membawa toyol pulang kerana toyol harus dilatih untuk mengenal matawang. Hal ini terjadi jika seseorang itu membeli toyol dari luar negara. Namun di Malaysia, toyol sudah mengenali nilai mata wang Ringgit. Cuma ianya dilatih untuk mengambil jumlah wang tertentu dengan keadaan baik tanpa diketahui oleh tuan empunya wang. Toyol hanya akan mencuri jumlah wang yang telah diberitahu atau dilatih oleh pemiliknya sahaja.
Memelihara toyol adalah mengikut kesesuaian kelas toyol. Toyol kelas rendah hanya memerlukan sesajian yang ringan dengan menyediakan tempat tinggal yang biasa sahaja. Sedangkan toyol kelas pertengahan dan tinggi memerlukan penyajian yang mewah dan berkualiti serta tempat tinggal yang bagus.
Menjaga toyol tidak jauh bezanya dengan menjaga anak kecil. Ianya harus dimanjakan dan dituruti apa yang menjadi keinginannya seperti bunga tujuh jenis yang segar, bubur harus panas dan bilik yang ada bau kemenyan dan lembab. Pemiliknya harus sentiasa bersiap sedia setiap saat untuk melayani toyolnya terutama memberi makan dan menyusuinya.
Penjagaan yang baik dan tidak leka setiap masa oleh pemiliknya akan memberi kesan yang positif kepada pemiliknya. Namun jika toyol yang berbangsa jin kafir yang mempunyai perangai paling cerewet, manja dan mengomel ini tidak puas hati dengan layanan pemiliknya, ianya akan berhenti dari mencari wang bahkan akan membocorkan rahsia pemiliknya dengan menjelma di sekitar rumah pemiliknya atau mencuri hanya di kawasan sekitar jiran-jiran pemiliknya. Bahkan jika toyol kelas pertengahan dan tinggi akan berlagak kurang ajar dengan memaksa pemiliknya membenarkan isterinya disetubuhi oleh toyol pada setiap malam. Akhirnya, tujuan untuk menjadi kaya dengan pantas tidak tercapai dan isteri tergadai maruahnya kepada sang toyol yang menggatal.
Jika ditinjau dari sisi agama Islam bahawa berhubungan untuk meminta tolong dari toyol sebagai bangsa jin kafir sangat tidak mungkin membawa kebaikan bagi manusia bahkan akan membawa kepada keburukan dan kebinasaan dunia dan akhirat.
Masyarakat hendaknya tidak terliur dan terjebak dengan fenomena menggunakan khidmat toyol untuk mendapatkan kekayaan dengan jalan yang menyesatkan ditegah oleh agama-
- Prof.Dr.Hj. Shahrin Abd Rahman, PhD.
sumber
Kes Buang Bayi Menjadi Jadi. Terbaru..Mayat Bayi Kembar Ditemui Dalam Almari
5/12/2015 10:48:00 PG
Assalamualaikum..
Allah huakbar...Sesungguhnya kalau ada berita tentang buang bayi ni, jarang Saya baca.Bukan Saya tak ambek tau..tapi dah tau dah jalan cerita dia. Tambah kalau buang bayi tu bayi meninggal. Kesian. sedih, marah semua ada. Apa la yang dok dalam kepala otak depa sampai kejam buang anak sendiri. Orang yang kawen tak dak anak pun berdoa nak anak. Nie Allah permudahkan kat depa mengandung Lepaih tu senang2 ja pi buang. Memang KEJAM. Memang tak dak hati perut. Masa seronok tak mau pikiq pahala dosa..kot dah ngandung tu pikiq pahala dosa nak jaga bby tu ka. Nie dak lagi tambah dosa yang sedia ada. Kalau baby tu masih bernya tak pa. kalau dah meninggal ?? Tak pa kat dunia ni boleh depa terlepas tunggu la kat akhirat nanti. Syurga Buatmu Duhai Anak...
Saya ada share sikit link-link berita tentang kes buang bayi. nak baca sila klik ye..
- Ibu sumbat bayi dalam tin biskut
- Bayi perempuan cukup sifat dijumpai dalam masjid
- Bayi bertali pusat dijumpai dalam longkang
- Kes Buang Bayi Di tandas BHP Pasir Besar Negeri Sembilan
GEORGETOWN - Mayat bayi kembar perempuan dengan uri ditemui dalam sebuah almari terbiar di tingkat tujuh sebuah pangsapuri di Gat Lebuh Macallum di sini, hari ini.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalatahrash Wahid berkata, kedua-dua bayi yang masih bertali pusat dan hanya dibalut dalam satu kain tuala itu ditemui pekerja pembersihan pada pukul 10.30 pagi.
"Tiada kesan darah atau kecederaan luar dikesan pada mayat bayi pramatang berusia lingkungan tujuh hingga lapan bulan itu dan mereka dipercayai baharu dilahirkan dan diletakkan di situ dalam tempoh kurang dari 24 jam.
"Polis percaya ibu kepada bayi berkenaan merupakan warga asing dan tinggal di blok yang sama dengan tempat mayat bayi itu ditinggalkan," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Beliau berkata, almari tidak berpintu itu dibuang di tepi lif blok berkenaan dan dibiar kosong sejak seminggu lepas.
Mior Faridalatahrash berkata, sehubungan itu, polis menahan tiga lelaki rakyat asing berusia antara 20-an dan 30-an yang tinggal di flat itu untuk membantu siasatan.
Beliau meminta pihak pengurusan klinik atau hospital yang mempunyai maklumat mengenai wanita yang baharu bersalin dan berkelakuan mencurigakan supaya menghubungi balai polis berhampiran untuk membantu siasatan.
Kawasan kejadian tidak mempunyai kamera litar tertutup dan mayat bayi kembar itu dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat, katanya. - Bernama
- Mummy Ira -
Assalamualaikum..
Tu dia.. JAIK dah keluarkan arahan..umat Islam yang tidak menunaikan solat
Jumaat sebanyak tiga kali berturut-turut boleh dikenakan hukuman. Baguih sangat undang2 ni. Sembahyang fardu pun boleh lalai tambah sembahyang Jumaat. Berdosa tau. Ikutkan ramai jugak yang tak pi sembahyang Jumaat ni. Nak tau ramai ka dak..cuba pi shopping complex..ramai lelaki Islam yang bawak family pi shopping..makan2 dan sewaktu dengannya. Tak pun ada yang sanggup pakai baju melayu gaya nak pi sembahyang dah tapi boleh plak dok rehat kat playgroung ngan kwan2. Kali ni pakat pikiq 2 3 kali gak la nak pi sembahyang Jumaat ka tak mau.
Jom baca artikal tentang berita ni :
- Denda, penjara jika tak solat Jumaat mulai 1 Jun
ALOR SETAR - Bermula 1 Jun ini, umat Islam yang tidak menunaikan solat Jumaat sebanyak tiga kali berturut-turut boleh dikenakan hukuman mengikut Seksyen 13 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Kedah 2014, kata Jabatan Agama Islam Kedah (Jaik).
Ketua Pegawai Penguatkuasa Jaik, Syeikh Ahmad Fisol Omar berkata, mereka yang didapati bersalah boleh disaman tidak lebih RM1,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.
"Kita tidak mengeluarkan saman secara membuta. Kita akan bertindak mengikut aduan yang dilaporkan orang awam terutama sekali yang tinggal dalam kariah sendiri.
"Sekiranya pesalah gagal memberi kerjasama, kita juga akan memohon waran tangkap dari Hakim Mahkamah Syariah," katanya pada sidang media di pejabatnya di sini.
Syeikh Ahmad berkata, pihaknya menerima banyak aduan mengenai kehadiran lelaki Islam di tempat-tempat awam di negeri ini ketika waktu solat Jumaat, dan berharap undang-undang itu dapat membendung perbuatan meninggalkan solat Jumaat.
Perkara tentang Seksyen 13 berkenaan kegagalan menunaikan solat Jumaat itu termaktub dalam Rang Undang-Undang Kesalahan Jenayah Syariah (Kedah Darul Aman) 2014, yang diluluskan sidang Dewan Undangan Negeri tahun lepas.
Penguatkuasaan sepatutnya bermula pada 1 Februari lepas tetapi Bahagian Penguatkuasaan Undang-Undang Syariah Jaik akan hanya mula menguatkuasakan secara sepenuhnya 1 Jun ini.
Syeikh Ahmad berkata, Jaik mengadakan jelajah di 12 daerah di negeri ini untuk memberi penerangan kepada pihak yang boleh membantu dalam menguatkuasakan undang-undang itu.
"Poster dan pekeliling tentang undang-undang itu turut diedarkan kepada 568 masjid di seluruh Kedah," katanya.
Beliau berkata, orang awam boleh mendapatkan borang aduan ketidakhadiran solat Jumaat itu di pejabat-pejabat agama daerah dan maklumat pelapor akan dirahsiakan. – Bernama