Rasanya warga Alor Setar dah dapat info tentang air tak dak selama 2 hari ni. Tak pa Saya nak kongsi sekali lagi info ni. Pakat2 beringat n pakat tadah ayaq cecepat.
Mula 11/5/15 Isnin jam 10.00 pagi sampi 12/5/15 Selasa jam 10.00 pagi.
Ada sesetengah member bagitau, kalau dapat migrain..bukan sakit kepala besa2 tapi sakit sngt kepala..ada yang smpai muntah2. Kesian jugak. Kalau sakit kepala pun sakit kalau migrain..Saya ada jumpa dalam facebook..Petua untuk menghilang penyakit migraine..jom baca..
Petua untuk menghilang sakit migraine
1. Merendam Tangan dalam Air Dingin
Merendam kedua-dua tangan anda di dalam air sejuk selagi anda boleh. Ini mungkin membantu melegakan kesakitan akibat migrain dengan cepat. Anda juga digalakkan untuk membuka dan menutup tangan anda semasa direndam di dalam air.
2. Berada Di Dalam Bilik gelap
Cuba untuk sentiasa bergelap di dalam bilik semasa serangan migrain. Cahaya tambahan dan berlebihan boleh mendatangkan sakit kepala.
3. Mengambil Sedikit Kafein migrain, sakit kepala, hilangkan migrain, hilangkan sakit kepala
Satu jumlah kafein yang besar boleh menjadi tidak sihat tetapi jumlah yang kurang sebenarnya boleh bertindak sebagai ubat penahan sakit. Ambillah sedikit kafein semasa serangan migrain dan rasakan perbezaannya.
Ketiga-tiga bahan tersebut diisi atas kertas surat khabar, kemudian pijak dengan kaki sambil berselawat, Insya Allah, migraine tersebut akan beransur hilang dan pulih seperti sediakala. Telah ramai pesakit berjaya pulih daripada migraine dengan mencuba kaedah ini. Allah yang menentukan kita hanya berusaha dan bertawakkal kepada Nya.
Sebelum ni Saya dapat Whatsapp tentang berita ni. Ingatkan khabra angin rupanya betul. Memang Tingkat 6 UTC tu orang selalu naik tangkap gambar kat situ. Lagipun tu kawasan parking. Cuma kita kena berhati2 berada di sesatu tempat ni. Nak buat apa pun fikir dahulu bahaya ka tak. Apapun benda dah jadi. Semoga family arwah tabah. Al fatihah.
ALOR SETAR – Seorang penuntut Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)
meninggal dunia malam tadi selepas terjatuh dari Tingkat Enam di Pusat
Tranformasi Bandar (UTC) di sini pada Ahad lepas.
Dalam kejadian 6 petang itu, Mohd Nur Hadi Hamdan, 18, terjatuh dari
Tingkat Enam ke Tingkat Dua bangunan itu selepas dikatakan tergelincir
ketika hendak mengambil gambar.
Ketua Polis Daerah Kota Setar ACP Adzaman Md Jan berkata mangsa
meninggal dunia kira-kira 11 malam tadi ketika menerima rawatan di Unit
Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini.
Mohd Nur Hadi, yang koma lebih 24 jam itu, cedera parah di bahagian kepala, hidung dan telinganya.
“Hasil bedah siasat menunjukkan punca kematian mangsa akibat
kecederaan di beberapa bahagian anggota badannya. Polis
mengklasifikasikan kes ini sebagai kematian mengejut,” katanya di sini,
Selasa.
Adzaman berkata siasatan awal mendapati Mohd Nur Hadi, kakaknya yang
berusia 20 tahun serta adik lelakinya yang berusia 16 tahun ke tingkat
enam bangunan itu untuk mengambil gambar.
Sebelum itu, mereka dan ibu bapa berada di sebuah kedai buku di
Tingkat Empat sebelum meminta kebenaran untuk ke Tingkat Enam di
bangunan itu untuk mengambil gambar.
Katanya rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di tempat letak kereta
menunjukkan mangsa cuba berpaut pada tembok terbabit sebelum terjatuh ke
Tingkat Dua. – BERNAMA
Ada member tanya..tak jemu ka makan boat noodle ni. Jawapannya tak. Sebabnya Saya lebih suka menu2 camni banding dengan menu nasi. Lagi pun sedap boat noodle ni. Kalau area Alor Setar ni kedai yg ada boat noodle ni kedai chinese. Bila dah ada orang melayu Islam kita buka..tunggu apa lagi pi je la makan.
Nak Update..kali ni mai tak
klam kabut dah, psai ada Wifi.. kembaq pun dok diam ja tngk katun. Kalau tak jenuh kembar dok berlari rata nak makan pun tak senang. Lagi pun ada tambahan menu kat sini n tempat makan pun dah ditambah bagi senang cust mai makan. Kalau tak tempat makan tu terhad.
Saya pi kemaren mmg puaih hati makan, tq
bos #hlmboutique Mawar Ismail for free Pie Tee..boarders Tea Ice pun sedap..semuanya sedap..
So..sesapa yang tak pi lagi boleh la pi. Boat Noodle ni pun akan tambah cawangan di Jitra. Apa berita terbaru nnti..Saya akn updatekan. Sblm ni pun Saya dah buat review tang mana butik ni. Boleh klik..
Masa kembar baby dulu, kalau kena selsema, berhingus atau batuk kahak..bawak ke doktor, kalau teruk sikit mesti kena buat suction n neb. Tambah kalau berhingus, 3 kali sehari ulang bawak kembar pi buat suction, buang hingus. Kalau tak mmg kembar tak boleh nak tidoq. Cam tu jugak kalau kembar batuk kahak, tak lega2 doktor akan suruh buat neb. 3 kali sehari.
Kadang2 pukul 2 pagi pun kena pi buat neb..dah ikut jarak jam buat neb tu. Kesian jugak kat kembar. Nagis juga bila diganggu tidoq depa. Tapi nak buat camna arahan doktor..kalau tak buat ada tercatit di kad neb tu.
Sekali tu ada member tanya, awat tak beli ja mesin2 tu..tak payah ulang pi private. Betui jugak, akhirnya bincang dgn husband kami beli jugak 2 alat ni..senang x payah ulang alik ke spital hanya untuk buat nebulizer dan sedut hingus ni..
TAPI..bukan kami buat sesuka hati. Yang suction tu kami belajar dari nurse2 kat situ. Yang neb pulak buat atas arahan
doktor. Jumpa doktor, doktor akan bgi ubat..sukatan ubat n balik buat kat rumah.
Bila dah ada 2 alat ni tak la teruk sangat kami nak ulang alik ke private hospital. Apapun kalau demam, selsema, batuk kahak tu masih kena jumpa doktor coz nak ambek ubat. Cuma mana2 rawatan susulan yang boleh kita buat sendiri..kita buat.
Ni Kembar dah masuk 4 tahun, mmg tak guna dah suction tu, cuma neb tu skali skal la ..kalau teruk. Tapi bukan ja kembar dok guna neb, Saya pun join skali coz Saya ada la sikit2 penat tu. Dos ubat tak sama..budak lain dewasa lain.
Ikut juga sesetengah parent kalau ok boleh beli kalau tak..tak beli pun tak pa. Ikut masing2 punya cara. k ;)
Zahirah Dzahir.
Part Time Mommy Blogger | Full Time Housewife | Blogger Utara | Blogger Kedah | Mommy Anak 3 termasuk Kembar | Wife Haris Fadilah .
For Collaboration | Advertorial | Review | Event dan sebagainya. Boleh hubungi ieradzahir@gmail.com