Hari Ahad. Kemaren saja bawak anak2 keluar jalan2. Tempat yang jadi pilhan tu kat Dataran Jubli Emas, Suka Menanti. Sebabnya ada Karnival Usahawan Malaysia Thai 2015. Mula 30 April 2015-3 April 2015. Saja nak pi jalan2 pusing tengok apa yang ada kat situ. Ikutkan nak pi awai lagi tapi masa tak menizinkan. Besa la pi dah hari akhir ni, tak banyak dah la gerai yg ada. Kira tak dak pa sangat la. Dengaq kata kalau pi awai banyak gerai n barang yang boleh kita beli. Peniaga Malaysia n Thai pakat promote barangt jualan depa. nak buat camna dah tak dan nak pi.
Hari last yg Saya pi tu, banyak yg ada pun kain baju ja. Sempat la ambek gambaq sikit2.
Ada yang tanya kembar Hazim n Hadif minum susu apa. Hokeyy..kembar minum susu Dugro 3-6 perisa asli tapiii Saya campoq susu dengan Nestle Beras+Soya.. nak bagi kenyang sikit. Mula bagi masa kembar baby..masa kembar dah boleh makan nestum.
Saya mula bagi ni dari Haziq Muqri lagi..tapi dia minum Ducth Lady campoq juga dengan Nestle Beras+Soya. Sebabnya bila buat nestum tak lalu terus Saya campoq denga susu. Ok pulak minum. Saya teruskan susu campoq Nestle Beras+Soya sampai kat kembar. Maybe sedap kot. Kalau tak susu saja bila campoq ni..sekurangnya perut tu kenyang sikit.
Pasai tu kot salah satu sebabnya 3 orang anak Saya ni cepat besaq..bila orang tengok orang kata tak macam umoq asai. Saja ja saya teka..tak tau betui ka dak. Yang betuinya gen sama. Mak pak depa jenis big size anak2 pun ikut gak laaa..hehe
Masa saya sekolah dulu sekitar 80an - 90an..pelajar cukup takut n hormatkan cikgu. Saya ingat lagi, tak siap homework ja, bukan setakat denda..pernah ditampar di pipi aleh penolong kanan sekolah. Bila kena denda or marah dengan cikgu, tak berani nak balik cerita kat parent. Berani balik report..boleh kena tambah marah lagi ada. Memang dah salah, konpom kena marah. Untung jika setiap ibu bapa bersikap begini.... tetapi sayangnya berapa ramai yang sanggup sokong guru di sekolah?
GEORGIA - AMERIKA SYARIKAT. Seorang ibu bertindak menelefon polis untuk
menahan anaknya yang didakwa bersikap biadap terhadap guru di
sekolahnya, minggu lalu. Menurut ABC News, seorang guru memberitahu Chiquita Hill bahawa
anaknya, Sean bersikap biadap, tidak mendengar arahan dan tidak membuat
kerja rumah. "Saya tahu saya kena buat sesuatu untuk mengajarnya," kata Hill kepada ABC News, Jumaat lepas. Selepas guru tersebut pulang, Hill menelefon balai polis Columbus dan menerangkan sikap anaknya. Pihak polis bersetuju untuk menghantar anggotanya ke rumah Hill. Anggota polis kemudian menggari Sean dan membawanya masuk ke dalam kereta polis. Mereka turut membunyikan siren dan menggerakkan kereta beberapa inci untuk menakutkan Sean. "Semuanya berlaku dengan pantas. "Sean tak sempat bertindak. Dia sangat-sangat takut," ujar Hill. Anggota polis kemudian membebaskan Sean dan kanak-kanak tersebut berlari mendapatkan ibunya. "Sean beri saya pelukan paling erat dan berkata "Saya tidak akan buat lagi", ujarnya. Menurut Hill, selepas anggota polis beredar, dia menerangkan kepada
anaknya bahawa sikap biadap memberi kesan mendalam kepada orang di
sekeliling. Sementara itu, penolong ketua polis Columbus, Lem Miller berkata,
beliau tidak menggalakkan perbuatan sedemikian terhadap kanak-kanak. "Perkara tersebut memang menakutkan, tapi ia juga akan membuat mereka fikir tidak elok tentang anggota polis. "Ada cara yang lebih sesuai (untuk mengajar anak). Kami tidak menggalakkan (cara sebegini)." terang Miller. Walau bagaimanapun, Hill memberitahu, Sean berubah sikap selepas kejadian berkenaan. "Dia semakin bagus di dalam kelas. "Sean mula menghormati kawan-kawan dan orang dewasa," jelas Hill.
Kadang - kadang tu pening jugak bila kerap kena beli puting botoi susu ni. Sebabnya kembar suka sangat gigit puting botoi susu. Kalau gigit sesaja tu tak pa la. Ni gigit tu nak sampai putus, tak pun terkoyak tepi puting tu..tak pun lubang puting tu jadi besar.
Ikutkan lubang puting tu kecik ja..size biasa xl..tapi Saya gunting bagi besaq sikit..senang n cepat minum sampai abis. Kalau puting kecik tu pakai lambat la nak abes. Bila abis minum tu, kembar akan gigit dulu puting tu..lebih kurang gigit main2. Akibatnya luas n terkoyak la puting tu. Setiap kali minum saya akan pesan jangan gigit puting tu..tapi boleh pesan jela. Tak pa laa..nak tekoyak ka putus ka puting tu..sekurangnya kembar nak minum susu. Ok la tuuu.. :)
UNTUK RENUNGAN AYAH-AYAH hasil perkongsian dari facebook Surau Al-Huda 5R4. 1. Sebenarnya apabila kita mempunyai anak, ramai yang sudah mengaku menjadi AYAH, sebenarnya belum lagi, ibarat orang yang baru memiliki bola, dah mengaku jadi footballer.. Kena belajar bagaimana nak imbang bola itu..
2. AYAH itu sebenarnya gelaran untuk lelaki yang mahu mengasuh anak, bukan sekadar 'membuat' anak.. astagfirullah. Maaf ye macam kasar je.. kerana ramai lelaki begitu, tapi bukan semua.
3. Seorang AYAH yang mahu terlibat mengasuh anak-anak bersama isterinya, sebenarnya separuh permasalahan keluarganya ini telah diatasi.. Tak caya tanyalah isteri-isteri..
4. Sekiranya seorang AYAH yang tugasnya cuma menyedia dan memberi wang sahaja, ia telah menyamakan dirinya dengan mesin ATM. Didatangi anak ketika diperlukan sahaja. Muhasabah diriku..
5. Hari ini memang telah hilangnya fungsi tarbiyah dari AYAH, banyak AYAH tidak sedar bila anak lelakinya memasuki alam baligh.. dan anak perempuannya dah mula malu-malu.. Ruginya ayah..
6. Jika ada anak yang durhaka, sebenarnya ia juga dari AYAH yang durhaka. Ini istilah Sayyidina Umar Al Khattab..
7. Sekiranya seorang AYAH yang ingin didoakan oleh anaknya, berdoalah selalu dari sekarang untuk anaknya dan didiklah dengan agama..
8. Sekiranya AYAH ingin dimuliakan oleh anaknya, usahalah memuliakan anaknya dengan ilmu agama..
9. Mengikut kajian, ramai ayah-ayah yang hampir kehilangan ciri-ciri AYAH yang sebenar. Kerana semua pengajar anak di masa kanak-kanak diisi oleh kaum ibu sahaja.
10. Padahal keberanian, survival dan ketegasan, harus diajarkan di usia kecil oleh ayah-ayah. Dimanakah AYAH sang pengajar utama?
11. Dunia AYAH ketika ini bagi anak-anak hanyalah angan-angan mereka sahaja. Anak-anak mencari ayah mereka di surat khabar, tv dan komputer...
12. Banyak anak-anak sudah merasa yatim sebelum waktunya, sebab AYAH dirasakan tak hadir lagi dalam kehidupan mereka. Kerana amat sibuk dengan dunia ayah.
13. Ayuh wahai ayah-ayah semua, ambillah Semangat Al Quran mengenai pendidikan mengedepankan AYAH sebagai tokoh. Kita kenal Lukmanulhakim, Ibrahim, Ya'qub, Imron. Dalam Al Quran mereka adalah contoh AYAH yang perihatin.
14. Ibnul Qoyyim dalam kitab Tuhfatul Maudud berkata: Jika terjadi kerusakan pada anak, penyebab utamanya adalah AYAH..
15. Ingatlah! Seorang anak bernasab kepada AYAHnya bukan ibu. Nasab yang merujuk kepada anak menunjukkan kepada siapa Allah meminta dipertanggung jawapan kelak.
16. Rasulullah yang mulia, sejak kecil ditinggal yatim oleh AYAHnya. Tapi nilai-nilai keAYAHan tak pernah hilang dan diperolehi dari datok dan ayah saudaranya sendiri..
17. Generasi sahabat menjadi generasi gemilang kerana AYAH terlibat dalam mengasuh anak bersama ibu-ibu mereka. Mereka digelari umat terbaik.
18. Di dalam AlQuran ternyata terdapat 17 dialog pendidikan anak-anak. 14 diantaranya iaitu antara AYAH dan anak. Ternyata AYAH lebih banyak disebut di dalam alquran!
19. Marilah semua wahai AYAH-ayah untuk melibatkan diri dalam pendidikan baik di rumah, sekolah dan dimasjid..
20. Ibu memang madrasah pertama seorang anak. Tetapi AYAHlah yang menjadi mudirnya. (Pengetuanya).
21. Ibarat burung yang punyai dua sayap. anak memerlukan kedua-duanya untuk terbang tinggi ke angkasa. Kedua sayap itu adalah AYAH dan ibunya.
22. Ibu mengasah kepekaan rasa, AYAH memberi makna terhadap logik. Kedua-duanya diperlukan oleh anak
23. AYAH mengajarkan anak menjadi pemimpin yang tegas. Ibu membimbingnya menjadi pemimpin yg peduli. Tegas dan perihatin itu sikap utama.
24. Jom wahai ayah-ayah pujuklah diri untuk berubah dan sebarkan perkongsian ini agar makin banyak AYAH-ayah yang perihatin dengan urusan pengasuhan dan membentuk generasi pejuang dunia akhirat. Allahuakbar..
Wallahua'lam. sumber : facebook Surau Al-Huda 5R4.
Zahirah Dzahir.
Part Time Mommy Blogger | Full Time Housewife | Blogger Utara | Blogger Kedah | Mommy Anak 3 termasuk Kembar | Wife Haris Fadilah .
For Collaboration | Advertorial | Review | Event dan sebagainya. Boleh hubungi ieradzahir@gmail.com