Assalamualaikum..
Tabiat menghisap jari memang perkara normal dalam kalangan
kanak-kanak. Sejak mereka mengenali jari sendiri pada usia bayi, si
kecil sudah mula menghisap jari. Walaupun sudah puas anda menarik keluar
jarinya tetapi dia tetap akan kembali menghisap jari tersebut.
Tetapi sekiranya anak sudah meningkat usia empat tahun ke atas dan masih lagi gemar menghisap jari, sesuatu perlu dilakukan untuk menghentikan tabiat tersebut. Kebiasaan menghisap jari akan mempengaruhi struktur pembentukan gusi dan gigi anak bahkan boleh mengganggu masalah pertuturan anak.
Oleh itu sebaiknya anda lakukan pencegahan awal sebelum tabiat menghisap jari tersebut menjadi kebiasaan kepada anak anda.
Mengalihkan perhatian anak
Biasanya tabiat ini akan dilakukan apabila anak tidak membuat sebarang aktiviti atau semasa dia sedang asyik menonton televisyen atau hendak tidur. Ruang masa yang santai membuatkan anak cenderung melakukan tabiat ini. Oleh itu alihkan perhatiannya ketika dia sedang berkhayal dengan mengajaknya membuat aktiviti. Mungkin apabila sibuk membuat aktiviti, anak anda akan melupakan tabiat tersebut dan lama-kelamaan akan hilang sendiri.
Bermain di luar
Kadang kala ada anak yang akan berasa malu untuk melakukan tabiat buruknya sekiranya berada di luar rumah dan di kelilingi kawan-kawan. Maka dengan mengajak anak beriadah dan bermain di luar rumah dapat mengurangkan sekaligus melupakan tabiat menghisap jarinya. Apatah lagi sekiranya anak anda melihat kawan-kawannya yang tidak mempunyai tabiat tersebut, tentu ini akan menyedarkannya.
Terangkan keburukan
Anak-anak kecil perlu diberikan penerangan tentang sebab dan mengapa dia tidak boleh melakukan sesuatu perkara. Anda perlu menerangkan kepadanya tentang kesan buruk jika suka menghisap jari seperti bakteria dari tangan akan masuk ke dalam perut dan dia akan mudah mendapat penyakit. Mungkin awalnya anak tidak mengendahkan penerangan anda tetapi lama-kelamaan ingatan itu akan lekat di memorinya.
Bersabar
Kesabaran anda diperlukan ketika berhadapan dengansituasi ini. Jangan mudah berputus asa dan marah sekiranya anak masih lagi tidak menghentikan tabiatnya. Mengajar kanak-kanak memerlukan kesabaran yang tinggi kerana mereka adalah golongan yang mengambil masa untuk memahami sesuatu penerangan.
majalah Pa&Ma
Assalamualaikum..
Rasa letih dan lesu adalah perkara normal yang berlaku dalam kalangan ibu mengandung. Adakalanya rasa itu tetap tidak hilang walaupun sudah mendapat tidur yang secukupnya apatah lagi sekiranya ibu sukar mendapatkan tidur yang lena.
Masalah insomnia adalah ketidakupayaan tidur pada waktu malan, yang pastinya akan mengganggu keselesaan anda di siang hari. Kebanyakan wanita hamil berasa keletihan melampau pada trimester pertama kehamilan. Ia adalah normal!
Ini merupakan cara badan anda memberitahu yang anda memerlukan rehat secukupnya. Pada trimester kerdua pula, keletihan hilang dan digantikan dengan perasaan sihat dan bertenagan. Tetapi pada trimester akhir pula, rasa keletihan kembali semula.
Mengapa ibu berasa terlalu letih?
Bayi dalam kandungan hidup selama 24 jam dan metabolismanya sentiasa bekerja walaupun ketika waktu tidur ibu. Sudah tentu ia memberi kesan kepada tindak balas badan anda.
Semakin anda membesar, tidur menjadi semakin sukar. Pergerakan bayi, larian ke bilik air, berpeluh di waktu malam dan peningkatan kadar metabolism badan mungkin mengganggu tidur anda. Begitu juga dengan masalah kaki kejang yang pastinya mengejutkan tidur malam anda.
Bagaimana meredakan keletihan dan mengelakkan insomnia?
*Berbaring pada sebelah kiri anda.
*Gunakan bantal untuk menyokong di bahagian belakang badan, kepit di antara lutut dan bawah perut anda.
*Amalkan tabiat tidur yang baik seperti masuk dan bangun tidur pada waktu yang sama setiap hari dan gunakan katil hanya untuk tujuan tidur dan hubungan kelamin.
*Tidur awal.
*Tidur sebentar jika anda tidak mendapat cukup tidur pada waktu malam.
*Minum air yang diperlukan pada awal hari, jadi anda hanya perlu minum sedikit sahaja beberapa jam sebelum waktu tidur.
*Cuba mandi air suam. Perubahan suhu sebaik anda selesai mandi mungkin menenangkan dan mudah untuk anda tidur.
*Minum susu suam ketika waktu tidur.
*Cuba urutan menenangkan.
*Cuba menonton TV atau membaca sehingga anda berasa mengantuk.
majalah Pa &Ma
Assalamualaikum..
PETUA Tradisional Melayu
Petua SAKIT KAKI
Berdiri terlalu lama ataupun alah dengan makanan tertentu boleh menyebabkan anda sakit kaki. Hal ini mungkin menjadi punca badan anda masuk angin. Kemudian, kaki mulalah terasa sengal-sengal. Terutamanya pada bahagian tapak kaki dan seterusnya meresap ke tulang.
Sehubungan itu, masalah ini boleh anda atasi dengan menggunakan DAUN MENGKUDU.
Apa yang patut anda lakukan dengan beberapa helai daun mengkudu adalah;
1. Salai daun mengkudu dengan api.
2. Selepas itu, balutkan saja daun itu pada kaki yang sakit.
Sekiranya kaki anda masih lagi terasa sakit, ulangi saja langkah di atas dengan menggantikan daun mengkudu yang baru. Lakukannya beberapa kali sehinggalah keadaan kaki anda kembali seperti biasa.
Selamat mencuba..
- Mummy Ira -
Assalamualaikum..
Sedap buah delima ni. Ingat lagi masa Saya kecik2..rumah Tok Saya ada pokok buah delima ni..meriah buahnya. Nak makan tak payah pi beli..ambek ja kat pokok. Sekarang kalau nak makan pun cam susah nak jumpa. Buah delima ni pun My Mom beli masa dia pi beli barang.
KHASIAT BUAH DELIMA
1. Khasiat Buah delima untuk kesihatan
● Mengandungi antioksidan Kajian menunjukkan bahawa kandungan antioksidan dalam buah delima adalah dua atau tiga kali lebih tinggi berbanding anggur merah. Malah, kualiti antioksidan juga dikatakan lebih baik daripada buah beri biru, cranberry serta oren kerana polifenol dalam buah delima juga lebih tinggi. Fungsi Antioksidan ialah ianya dapat melawan radikal bebas yang dapat merosakkan sel dalam badan kita. Kerosakan sel akan menyebabkan pelbagai penyakit termasuklah kanser, penyakit jantung dan alzheimer.
● Melindungi jantung kita kajian Proceedings of the National Academy of Sciences menyatakan jus delima dapat mencegah pengerasan arteri dan penyakit lain seperti serangan jantung dan stroke. Buah delima mencegah daripada tompokan plak yang menyebabkan plak tersumbat di arteri dan buah delima juga dapat meluruhkan tompokan plak yang terlekat diarteri. Dalam Journal of Cardiology menyatakan pesakit koroneri (PJK) yang jus buah delima setiap hari selama tiga bulan menunjukkan peningkatan aliran darah ke jantung sebanyak 1 %. Aliran darah menurun sebesar 18%.
● Menurunkan kadar kolesterol dalam darah Menurut penelitian di American Journal of Clinical Nutrition, antioksidan dalam buah delima dapat mengurangkan oksidasi LDL (kolesterol jahat) pada tikus. Hal ini menurunkan kadar LDL dan meningkatkan HDL (kolesterol baik).
● Mencegah dan memperlambat penyakit Alzheimer. Dalam sebuah studi, tikus yang dibiakkan untuk mengembangkan penyakit Alzheimer diberi jus delima. Mereka mengakumulasi plak amiloid yang lebih sedikit dan melakukan tugas-tugas mental yang lebih baik
● Sumber nutrisi Sebiji buah delima memiliki sekitar 40 % vitamin C harian untuk orang dewasa, bersama dan ianya juga mengandungi folat, serat, kalium, niasin dan vitamin A dan E.
● Mencegah dan mengubati kanser , memiliki khasiat mencegah dan mengubati berbagai jenis kanser: Jus buah delima dapat menghancurkan sel-sel kanser payudara dan dapat membiarkan sel-sel sehat. Buah delima juga dapat mencegah pembentukan sel kanser payudara.
– Ekstrak biji delima yang kaya polifenol dapat memulihkan sel-sel leukemia kembali menjadi normal.
– buah delima membantutkan perkembangan kanser paru-paru dan kanser prostat. Dalam sebuah penelitian terhadap 50 lelaki yang telah menjalani pengubatan kanser prostat yang minum 205g jus delima setiap hari dapat melambatkan penggandaan PSA (ukuran perkembangan kanser prostat) dan dapat mengurangkan rawatan seperti kimoterapi atau terapi hormon.
2. Khasiat Buah delima untuk kecantikan kulit
● sumber asid folat dan antioksidan dalam buah delima memberi kesan semula jadi kerana dapat merangsang, menyaktoksid dan meningkatkan kecantikan kulit semula jadi.
● Kandungan gula Buah delima mampu bertindak sebagai bahan skrub untuk menyingkirkan sel-sel kulit mati. Hasilnya kulit akan kelihatan segar dan muda selalu.
● Lagi satu buah delima juga boleh digunakan untuk menghilangkan jerawat caranyer sangat mudah Ok ….lepas makan buah delima jangan buang kulitnyer ambik kulit buah delima jemur sehingga kulitnyer kecut…kemudian kisar atau kalau rajin tumbuk sampai lumat sehingga ianya menjadi serbuk…kemudian simpan dalam bekas..dan apabila nak digunakan ambik sedikit serbuk tadi tambahkan sedikit air perahan limau nipis dan sapukan pada wajah..biarkan ianyer kering kemudian basuh…
3. Khasiat Buah delima untuk ibu mengandung
● Buah delima Melindungi otak bayi semasa kelahiran dalam Sebuah kajian dalam Pediatric Research menyatakan dengan hanya minum jus buah delima selama kehamilan dapat membantu melindungi otak bayi yang baru lahir.
● Jus buah delima dapat melahirkan anak yang sihat dan cerdas., Bagi ibu yang mengandung Buah delima merupakan buah terbaik untuk dimakan kerana ianya kaya dengan kandungan asid folik yang tinggi yang dapat mencegah kecacatan tiub saraf yang menyebabkan kerosakan pada sumsum tulang belakang dan langit-langit bibir sumbing pada bayi.
● Jus buah delima juga dapat mengelakkan kejang kaki yang biasa dihadapi oleh wanita hamil.
share dari facebook
- Mummy Ira -









