Assalamualaikum..
Panduan mudah untuk makan dan minum sebelum, semasa dan selepas senaman.
Sila sesuaikan untuk keperluan dan objektif diri sendiri. - Kevin Zahri -
- Mummy Ira -
Assalamualaikum..

Lazimnya jika seseorang meninggal dunia di Makkah, sudah tentu jenazahnya tidak akan dibawa pulang ke tanah air masing-masing.
Sebaliknya terus dikebumikan di tanah suci Makkah.
Bolehlah dianggap ini sebagai satu peluang yang Allah SWT berikan kepada kita untuk disemadikan di Makkah.
Kebiasaannya rakyat Malaysia yang meninggal dunia di Makkah, adalah sewaktu mereka sedang mengerjakan ibadah umrah atau ibadah haji.
Beginilah ‘perjalanan’ yang perlu anda lalui sekiranya anda meninggal dunia di Makkah.
Di sini, anda disemadikan tanpa batu nisan, memungkinkan tiada ahli keluarga yang dapat menziarahi anda di kemudian hari di sebabkan lokasi kubur anda tidak diketahui
Bolehkah kita bercita-cita untuk mati di Makkah atau Madinah?
Dalam sebuah hadith Nabi SAW ada disebut:
Maksudnya: “Barangsiapa yang mampu untuk mati di Madinah maka lakukanlah. Sesungguhnya aku akan memberi syafaat kepada sesiapa yang mati di sana.”
(riwayat Ahmad dan At-Tirmizi)
Menurut riwayat al-Tabarani, Rasulullah s.a.w. pernah bersabda:
“Sesiapa antara kamu yang mungkin mampu untuk meninggal dunia di Madinah, meninggallah di sana.
Sesungguhnya sesiapa yang meninggal dunia di sana, aku menjadi saksi atau pemberi syafaah kepadanya pada hari kiamat.”
(Sabiq, 2000: I: 522-24)
Ini menunjukkan satu perkara yang diharuskan oleh Islam, di mana ulama telah meng-istinbat (mengeluarkan) hukum dari hadith tersebut seperti yang dijelaskan oleh Al-Imam An-Nawawi, Ibnu Hajar dan lain-lain bahawasanya HARUS untuk berniat untuk mati di tempat yang baik dan dalam keadaan yang baik.
Apatah lagi di Madinatul Munawwarah, ganjarannya sangat jelas iaitu Nabi akan memberi syafaat.
Jadi kita berdoa kepada ALLAH SWT agar kita mati di dalam keadaan yang baik dan di tempat (Makkah,Madinah) yang baik.
Gambar-gambar berikut menunjukkan antara proses yang dilakukan jika terdapat jenazah yang meninggal dunia di Makkah....



Semoga kita termasuk di kalangan yang bernasib baik di beri peluang untuk disemadikan di tanah suci Makkah atau Madinah...amiin.
sumber
Assalamualaikum..
Semua orang telah sedia maklum bahawa kerajaan akan mengenakan cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) bermula 1 April 2015 dengan kadar enam peratus bagi menggantikan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST).
Jabatan Kastam telah mengeluarkan sebuah buku dengan menyenaraikan barangan yang dikenakan cukai dan tidak dikenakan GST dan ia boleh dimuat turun dari laman web di GST 2015.atau di MPIB.
Cara Semak Harga Produk Dan Perkhidmatan Online Selepas GST klik
MyKira GST.
Antara
barangan dan perkhidmatan yang tersenarai dalam laman web Kastam di
atas iaitu kena dan tidak dikenakan GST adalah seperti berikut :-
1) Barangan Runcit
2) Makanan dan minuman
3) Buah-buahan dan sayur-sayuran
4) Kecantikan dan kesihatan
5) Peralatan rumah
6) Perkakasan dapur
7) Pakaian, beg, kasut dan aksesori
8) Ubat-ubatan
9) Alat tulis
10) Alat permainan
11) Barangan haiwan
12) Barangan lain
Antara barangan yang di jangka akan turun selepas pengenalan GST 2015 adalah :
- Harga set televisyen
- Peti sejuk
- Pendingin hawa
- Seterika
- Pengering rambut
- Lampin
- Minuman ringan
- Komputer
- Komputer riba
- iPad
- Telefon bimbit
- Jam tangan
- Barangan kosmetik termasuk gincu dan pengilat kuku
Tidak akan ada GST untuk makanan keperluan seperti
- Ayam
- Daging lembu
- Daging kambing
- Ikan
- Itik
- Ikan
- Telur
- Ikan bilis
- Beras
- Roti
- Sayur-sayuran segar dan buah-buahan
- Minyak kelapa
- Minyak masak kacang tanah
- Minyak kelapa
- Susu bayi
- Petrol RON95 dan diesel
- Tol
- Pengangkutan awam
- Sos tomato
- Sos cili
- Sos tiram
- Mi cawan
- Tempe
- Keju
- Marjerin
- Telur puyuh
- Minyak jagung
- Minyak zaitun
- Biskut
- Donat
- Croissant coklat

Untuk barangan runcit, berikut adalah senarai 391 barangan yang dikenakan dan tidak dikenakan cukai GST untuk panduan pengguna di Malaysia semua. Berbelanjalah dengan bijak.











kredit http://rossacalla.blogspot.com/
Assalamualaikum..
Dah masuk bulan April. Ayat yang besa kita dok tulis..eee cepatnya masa berlalu..pejam celik dah pun masuk bulan April. Masuk ja bulan April..salah 1 perkara yang paling hot..GST. Pi la tang mana2 pun dalam whatsapp ka fb ka instagram ka lama sosial..semua cerita psai GST..GST. Ada yang tak kisah..ikut je la..ada yang kutuk marah..macam2 luahan perasaan yang boleh kita dengaq & tengok.
Sebelum ni..kat shopping complex tu pakat beratoq dah pi beli barang banyak2 sebelum mulanya GST. Kalau yang jenis tak kisah ni..biarlah beli bbnyk sebelum atau selepas GST pun..tetap sama. Yang bajet duit, beli ikut yang mana perlu ja. Kalau beli bbnyk nanti kedepan tak dak duit pulak. Tak pun beli barang yang mana kena GST yang mana tak.
Cam hari ni bermulanya GST.. rasanya semua orang akan menukar dan berkongsi di facebook ataupun whatsapp...gambar resit pembelian atau gambar barangan yg dibeli..hanya nak tunjuk GST 6%..
So..dah mula GST..nak buat camna..suka ka tak suka ka..hadapi je laaaa..apa yang penting kita kena faham apa itu GST & berbelanjalah dengan bijak.
- Mummy Ira -