Assalamualaikum..
Sejak kemaren, heboh dalam lama sosial pasai gambar anggota polis yang sedang bertugas di Balai Polis Komuniti Mak
Mandin,Butterworth yang terlelap ketika bertugas telah tersebar.
mymetro

Banyak la komen dari pembaca..ada yang backing kata depa pun manusia..mengantuk tu biasa la. Ada juga yang tak puas hati kata, waktu bertugas..mana boleh tidur time kerja. Dah jadi perang pulak kat laman sosial kes ni.
Kalau ya pun, sapa yang ambil gambar tu..tak payah la sebarkan dan jadikan benda ni 1 viral. Rasanya boleh ja kot..pi ketuk meja polis tu n tegur jangan tidur waktu bertugas. Tak pun pi report ja kat ketua yang bertugas. Jangan la sampai menjatuhkan air muka orang. Dah tersebar camni..silap2 boleh terjejas periuk nasi anggota polis tu.
Memang la, salah kalau tidur waktu bertugas ni tapi manusia mana yang tak mengantuk. Kalau yg kerja siang pun boleh ngantuk tambah kerja malam..lagi laa. Cuba pi chek sapapun tak kira la keja malam ka kerja siang..mesti ada juga yang tertidur. Kes ni boleh jadi hangat pasai depa ni polis..cuba kalau pekerja biasa. sapa pun tak kata apa.
Orang kita ni cukup suka bab2 nak malukan orang ni. Tambah pulak la ni mudah dengan adanya lama sosial ni..lagi mudah n cepat nak maluka orang. Rasanya tak payah la sapa2 pun nak aibkan orang ni..tak dak faedahnya. Kalau hari ni kita malukan orang..besok2 kita plak yang kena. Masa tu baru tau camna rasanya bila kita pulak yang dimalukan. Sudah sudah la tuuuu...
- Mummy Ira -
Assalamualaikum..
Kadang2 kembar Hazim n Hadif ni, cerewet juga kalau bab makan ni. Tambah plak kalau waktu breakfast.. cukup susah nak makan. Selalunya bila tanya nak makan ka tak..jawapan kembar mesti tak mau. Tapi Saya bagi jugak makan. Ikutkan menu tu simpel ja..nasi yang plain buh kicap pun jadi..tak mau sayur tak mau ikan ni. Tapi tak berkhasiat la pulak.
breakfast koko krunch
Sekarang dah ok sikit..mau la makan nasi dengan ikan..sayur tetap tak mau. Saya ganti dengan ubi n lobak. Nak bagi kembar makan ikan atau telur..senang ja..masak nasi goreng yang campur telur atau ikan. Tapi kalau mee goreng, kembar memang suka. Faberet tuhh..Lagi mudah kala makan makanan ringan cam burger or sosej. Lagi kembar suka. Roti pun..ada juga pilih yang nak makan..kalau tak suka..letak tepi ja.
Nasib baik buat masa la ni..taste menu kembar masih sama. Apa pun menu yang Saya masak..kembar tetap makan. Kalau taste tak sama kacau jugak tu. Nak makan biasa2 pun dah pening kepala..kalau taste tak sama..lagi Saya pening.
Kadang2 tu, berpusing jugak kepala ni..dok pikir apa yang nak masak kat kembar. Dah yang tu tak makan..yang ni tak makan, tak tau dah nak pelbagaikan menu tu. Dok google banyak menu untuk budak2 ni..tapi bila masak..tak mau makan. Yang kembar nak ..balik2 sup..tak pun masak kicap..tak pun mee goreng.
So..Saya akan masak apa yang kembar nak makan. Kena bagi juga makan menu yang ada pemakanan seimbang dalam tu..cam ikan ka telur ka nasi goreng yang berasaskan planta /marjerin. Ok jugak la tu kan.
Susah juga kalau anak2 susah makan ni. Ada orang kata..biasa la, masa kecik memang susah makan..nanti bila dah besar, senang la makan tu. Cuma yang mudah sekarang taste kembar masih lagi sama..tak la Saya pening kepala nak pikir nak masak menu yang berbeza..
- Mummy Ira -
Selamat Hari Lahir Kembar Muhammad Hazim Zikry & Muhammad Hadif Zafry
3/11/2015 05:51:00 PTG
Assalamualaikum..
Semalam birthday Abang Haziq, hari ni kembar pulak. Senangkan..tak payah susah2 nak celebrate asing2..kita lego skali ja..
Tak jangka nak dapat kembar ni. Semua ni kuasa Allah. Bersyukur bila diberitahu Saya hamil kembar. Alhamdulillah..lahirnya kembar pada 11/3/2011. Hari ni dah pun masuk 4 tahun. Beza dengan Abang Haziq 7 tahun. Ish..sat ja besaq budak2 sekarang ni. Tak puas lagi nak peluk peluk cium gomoi masa baby..dah pun besaq sikit. Tapi cium tetap cium..gomoi tetap gomoi.
11/3..
Selamat hari jadi buat kembar Mama n Abah..MUHAMMAD HAZIM ZIKRY & MUHAMMAD HADIF ZAFRY yg ke 4 tahun..dah besar pun kembar..
Mama & Abah doakan semoga panjang umur, jadi anak yg soleh..berjaya dalam hidup & dalam apa jua yg dilakukan di dunia &akhirat..diberikan kesihatan yg baik, diberkati & dilindungi Allah walau di mana pun berada..
Mama love kembar so much..
Happy 4th birthday..kembar sayang..
Happy 4th birthday..kembar sayang..
- Mummy Ira -
Assalamualaikum..
Pejam celik..masa berlalu..sat ja dah besaq anak sulung Saya Muhammad Haziq Muqri. Tapi memang pun anak Saya ni nampak besaq..ikut gen Saya ngan Cik Husband kot..Hari ni 10/3/2015..hari lahir Haziq.. umo Haziq dah masuk 11..ish..cepatkan masa tu. Next year dah 12. Kadang2 berharap masa lambat berlalu..lambat sikit besaq..tapi mana kita boleh lawan masa yg memang dah bergerak ni..
10/3..
Selamat hari jadi buat putera sulung Mama n Abah ..MUHAMMAD HAZIQ MUQRI yg ke 11 tahun..kami doakan semoga panjang umur, jadi anak yg soleh..berjaya dalam hidup & dalam apa jua yg dilakukan di dunia & akhirat..diberikan kesihatan yg baik, diberkati & dilindungi Allah walau di mana pun berada..
No matter how many birthday come and go.. You'll always be my lil boy..
Mama n Abah love u so much.. Happy 11th birthday..sayang..
Selamat hari jadi buat putera sulung Mama n Abah ..MUHAMMAD HAZIQ MUQRI yg ke 11 tahun..kami doakan semoga panjang umur, jadi anak yg soleh..berjaya dalam hidup & dalam apa jua yg dilakukan di dunia & akhirat..diberikan kesihatan yg baik, diberkati & dilindungi Allah walau di mana pun berada..
No matter how many birthday come and go.. You'll always be my lil boy..
Mama n Abah love u so much.. Happy 11th birthday..sayang..
- Mummy Ira -