Assalamualaikum..
Kalau ikutkan ramai jugak anak2 Malaysia ni yang genius2. masih ingat lagi tak kisah adik Adi Putra kanak kanak genuis dalam matematik..dan boleh diiktiraf sebagai pakar matematik. Dah lama tak dengar kisah Adi Putra ni. Jadi..Saya nak kongsi sikit kisah adik Adi Putra yang Saya share dari http://www.mstar.com.my
Ketika berusia hanya enam tahun pada ketika itu, Adi Putra Abdul Ghani mengakui bahawa kepintaran luar biasa yang dimilikinya itu adalah pemberian Allah untuknya.
Selepas 10 tahun, mStar Online kembali menjejaki Adi Putra, 16, bagi mengetahui perkembangan terkini genius matematik itu yang seakan menyepi daripada sebarang publisiti.
Walaupun masih aktif mengajar pelbagai formula matematik, Adi Putra masih belum
memiliki sebarang kelayakan akademik.