Pada masa dahulu, Ferris Wheel boleh dikatakan agak sukar untuk ditemui, namun pada masa kini, dengan bilangan peminat Ferris Wheel yang semakin meningkat, ia mudah di dapati di kawasan-kawasan yang menjadi tumpuan orang ramai contohnya seperti taman tema dan fun fair berdekatan korang. Walaubagaimana pun, korang tahu tak bila Ferris Wheel ni wujud?
Ferris Wheel yang pertama sekali di dunia telah dibina di Amerika pada tahun 1893, dan bertujuan untuk mengatasi kejuruteraan dalam pembinaan Menara Eiffel (Eiffel Tower). Pada tahun tersebut, World’s Fair telah diadakan di Chicago dan Amerika pada masa itu sangat bercita-cita tinggi untuk menarik perhatian dunia terutamanya Perancis, yang telah membina Eiffel Tower sebagai tarikan utama World’s Fair mereka.
George Washington dan Gale Ferris memutuskan untuk menewaskan rekaan pihak Perancis dengan membina sebuah keluli roda besar yang boleh berputar dengan tempat duduk mewah di mana para pengunjung boleh menikmati pandangan jelas Chicago dari udara.
Pada masa Ferris Wheel ini dibina, ia mempunyai ketinggian lebih sedikit daripada bangunan pencakar langit yang tertinggi di Amerika pada masa itu dan putaran roda besar itu dipacu dengan dua buah enjin stim dengan kapasiti 1000 kuasa kuda setiap satu. Roda tersebut dilengkapi dengan 36 buah tempat duduk dan boleh memuatkan 60 orang dalam setiap tempat duduk.
Idea tersebut telah berjaya mendapat perhatian dari seluruh dunia, dan yang pertama memberi respon adalah Britain dan kemudiannya merebak ke seluruh Eropah.
sumber
Assalamualaikum..

Sekarang kerap kita dengar bayi dan dewasa yang menghidapi penyakit ekzema. Masalah ini mengakibatkan kulit kering, panas dan gatal, manakala dalam kes-kes yang serius, ia menjadi merekah dan boleh mengakibatkan pendarahan.
Ekzema merupakan sejenis penyakit genetik yang dikaitkan dengan sistem pertahanan diri seseorang yang bertindak balas secara serius terhadap punca yang mengakibatkan alahan. Ini menyebabkan kulit menjadi kemerah-merahan, gatal dan rasa pedih.
Jom kita baca dan share Tip/Petua Untuk Menjaga Kulit Pesakit Ekzema
1. Hadkan penggunaan
Sebaik-baiknya elakkan penggunaan produk isi rumah seperti pembersih, detergen, losen lepas mencukur, sabun, gasolin dan turpentin. Produk seperti ini cenderung menyebabkan iritasi kulit.
2. Pakai sarung tangan
Sarung tangan plastik atau vinil boleh melindungi kulit daripada terdedah kepada bahan-bahan yang berupaya menjejaskan kesihatan kulit.
Kain kapas atau kombinasinya
Fabrik bulu atau sesetengah tekstil sintetik boleh menyebabkan iritasi kulit. Mereka yang mempunyai kulit sensitif akan berasa lebih selesa mengenakan pakaian yang diperbuat daripada kapas atau kombinasi kapas.
3. Sewaktu mandi
Mandi dengan hanya menggunakan sabun lembut tanpa pembersih yang boleh digunakan dengan atau tanpa air. Kekalkan suhu air pada kadar dingin atau suam dan bukan panas.
Berendam dalam tab mandi untuk seketika adalah baik untuk kulit. Ini kerana lapisan luar kulit boleh menyerap air dan mengelakkan kekeringan. Seboleh-bolehnya rendam selama 15 hingga 20 minit.
Kemudian, gunakan tuala lembut untuk mengelap kulit. Jangan sesekali menggaru kulit. Sebaik sahaja selesai mencukur, sapukan pelembap pada kulit anda. Ini dapat mengekalkan tahap kelembapan kulit.
4. Losen
Pelembap menjadikan kulit lebih lembut dan fleksibel. Elakkan pelembap yang mengandungi pewangi dan pelbagai bahan tambahan. Sesetengah pelembap berbentuk krim sesuai untuk kulit kanak-kanak. Ini kerana kandungannya yang tidak berminyak dan mengandungi agen antikeradangan yang sesuai dengan kesan pelembap dan boleh memanfaatkan kulit ekzema. Amalkannya setiap hari.
5. Menggaru
Elakkan daripada menggaru kawasan yang terdedah biarpun gatal. Menggaru boleh menyebabkan kulit merekah. Sebaliknya, gunakan pelembap untuk menangani kegatalan tersebut. Ibu bapa boleh memakaikan sarung tangan pada bayi mereka bagi mengelakkan si kecil daripada menggaru.
6. Berpeluh
Kepanasan atau berpeluh melampau boleh mengakibatkan kegatalan kulit. Jika boleh, elakkan aktiviti yang boleh membuatkan anda berasa terlalu panas dan berpeluh secara berlebihan.
7. Tekanan
Belajarlah cara untuk mengenal pasti dan berdepan dengan tekanan. Teknik pengurangan tekanan sedikit sebanyak boleh membantu mengatasi masalah ini daripada bertambah teruk.
8. Penjagaan khas
Bahagian yang terjejas akibat ekzema akan mudah menerima kesan iritasi. Ini bermakna penjagaan khas masih diperlukan. Jadi, teruskan tip-tip ini biarpun selepas kulit anda sudah pulih sepenuhnya.
Sumber http://kesihatan.info/kenali-penyakit-ekzema/
Assalamualaikum..
ANAK MALAS TUKAR LAMPIN IBU SENDIRI VIRAL DI FACEBOOK share dari http://www.thehypemedia.com

Dua gambar screenshot dua individu anak kepada pesakit yang dimasukkan ke wad Hospital Pakar Tun Fatimah Muar dan Hospital Besar Teluk Intan dikecam teruk oleh netizen dan viral di laman Facebook.
Mana tidaknya, kedua-dua individu terbabit dengan sewenang-wenangnya mendakwa ibu mereka yang dimasukkan ke wad tidak dijaga dengan baik oleh jururawat yang bertugas.
"Selepas kena kerah tukar lapik mak, baru nak buat. Kalau tak, langsung tak peduli kotor pun. Hai jururawat tak nak buat, panggil Sister datang buat," - keluh Sheila Fiz akan sikap jururawat di Hospital Pakar Tun Fatimah Muar.
"Apa dah jadi dengan servis nurse kat Hospital Teluk Intan. Tukar cadar, mandikan pesakit, tukar pampers, buang pampers yang digunakan dilakukan oleh kita atau saper yang menunggu pesakit. Sedangkan itu tugas seorang nurse. Mereka hanya check tekanan darah jer. Itulah yang berlaku hari ini. Saper nak jawab ni? Pengarah Hospital, tolong tengok SOP tugasan Nurse. Saya sangat kecewa amanah yang diberi diabaikan dan lepas tangan," keluh seorang lelaki bernama Azhar Yaacob yang mana ahli keluarganya dimasukkan ke wad Hospital Besar Teluk Intan.
Kedua-dua screenshot itu menjadi viral dan mendapat perhatian dari netizen yang bertugas dalam bidang perubatan.
Steven Tan, Pegawai Perubatan yang bertugas di Hospital Tengku Ampuan Jemaah, Sabak Bernam, Selangor, berkata, dua individu berkenaan sewajarnya berfikir dahulu sebelum menuduh.
"Dimanakah tanggungjawab anda sebagai seorang anak kalau ibu bapa anda sendiri yang terlantar pun tidak sanggup anda jaga?
"Apa salahnya nak menukar pampers serta memandikan orang yang pernah membesarkan kamu sehingga ke hari ini. Sedarlah bahawa kami membantu dengan niat yang baik supaya kamu dapat meneruskan tanggungjawab anda sebagai seorang anak terhadap ibu bapa kamu yang uzur.
"Sehina-hinanya seorang jururawat yang malas. Hina lagi kamu sebagai seorang anak yang mengabaikan tanggungjawab terhadap ibu bapa anda," katanya.
Assalamualaikum..
Sebelum ni saya ada tengok kat Istafa..Mini Popia Gulung..nampak cam sedap..tengok harga RM 17..ishh..boleh tahan gak..nak beli takut tak sedap..so..jalan balik je la. Baru tadi Saya ada pi lagi Istafa..saja nak tengok apa yang boleh dibeli untuk anak2 makan..tiba2 ja terambek Mini Popia Gulung..pejam mata ja..kalau tak sedap pun nak buat camna..rasa dulu..
Sampai rumah..bukak makan..rasanya mini popia ni ok..boleh la..sedap jugak..inti serunding ikan..sja bagi 1nd twin Hazim makan..ingatkan tak mau..rupanya dia nak lagi..sedap katanya. Ok la tu..kalau anak2 suka makan len kali boleh beli lagi..
- Mummy Ira -


















