Assalamualaikum..
Lama tapi tak lama sangat..tak bawak kembar Hazim n Hadif jalan2 ke shopping complex.. kadang2 kena bawak jugak pi..dah nak beli barang ..nak bagi bukak sikit minda depa tu..takkan nak terperuk ja kat rumah..bagi la depa happy sikit..tapi bila sampai shopping complex ni..kena get ready dah..kalau kembar tak dok dalam stroller..kena dok dalam troly barang. Sebabnya kat shopping complex ni ada area yang kembar tak leh pi..area mainan la..cer kalau bawak ja lalu..satgi akan kedengaran lah..jeritan n tangisan nak mainan..kalau kita pilih utk depa tak pa..ni nah pilih sendiri n jadi rambang mata..
dah mula aksi jeritan dan tangisan
mana tak rambang mata..klu mainan banyak camni..
Bawak kembar ni..jarang kami lalu area tu..tapi kali ni terlalu jugak..maka kedengaranlah suara2 jeritan n tangisan..kalau pelan tak pa ni kuat..kadang2 tu malu la jugak tapi bila dah lama ni..saya n husband pun dah tak malu dah..nak jerit ka nangis ka..kami biar ja..kalau pujuk lagi menjadi..bila biar lelama nanti kembar akan diam sendiri..kalau beli pun..bukan nak main sangat..beli tak sampai setengah jam..kalau tak rosak..tinggal camtu ja..baik tak payah beli. Tapi bukan kami tak beli lansung..beli la jugak mainan tu..cuma beli yang mana kembar betul2 akan main ja..kalau tak pun..baik beli buku ja.. :)
- Mummy Ira -
Asslamualaikum..
Rotan anak bakal kesalahan jenayah. Tajuk keratan akhbar yang saya baca dalam laman web n facebook..kira salah satu tajuk ang hangat orang pakat dok sembang. semua orang tak puas hati dengan undang2 baru yang bakal dilaksanakan ni..
Kadang kadang kita nak ulas panjang2 pun susah jugak..takut satgi silap cakap silap komen..kita yang salah..tapi saya nak share sikit tentang hukum rotan ikit sunnah ni..saya share dari http://abidfana.com..jom kita baca..
Syarat Merotan Anak Menurut Sunnah
Pandangan berikut ialah semata-mata panduan daripada sudut fiqh. Perbincangan mengenai memukul anak ini perlu dilakukan menyeluruh, termasuk bagaimana pengasihnya nabi ke atas kanak-kanak, dan juga elemen psikologi yang lain. 1. Merotan atau memukul dibenarkan taktala anak mula berumur 10 tahun
Sabda nabi:
مروا أولادكم بالصلاة وهم أبناء سبع، واضربوهم عليها وهم أبناء عشر
(Ajar anak kamu solat ketika umurnya 7 tahun, dan (sekiranya mereka enggan) pukul mereka apabila mencecah 10 tahun). (Riwayat Abu Daud)
2. Tidak melebihi 3 kali bagi hukuman rotan biasa, atau 10 kali bagi hukuman qisas.
لا يجلد فوق عشر جلدات الا في حد من حدود
Hadith Abu Hurairah, Sabda Nabi: Tidak boleh merotan melebihi 10 kali melainkan pada hukum hudud (Hadith Bukhari)
Menurut Umar Abdul Aziz: Guru-guru tidak boleh merotan melebihi 3 kali, kerana ianya boleh menimbulkan fobia dan kebimbangan kepada kanak-kanak.
Menurut al-Dohak: Apa-apa sahaja pukulan atau rotan yang melebihi 3 kali, maka ianya adalah qisas.
3. Rotan itu tidaklah terlalu keras, tidak pula terlalu lembut atau basah/lembab, sehinggalah boleh meninggalkan bekas dan kerosakan yang teruk pada kulit.
عن زيد بن أسلم : أن رجلا أعترف بنفسه بالزنى على عهد رسول الله صلى الله عليه وسلم فدعا رسول الله صلى الله عليه وسلم بسوط فأتي بسوط مكسور فقال : (فوق ذلك) فأتي بسوط جديد لم تقطع ثمرته فقال : (بين هذين) فأتي بسوط قد لان وركب به فأمر به فجلد
Diriwayatkan oleh Zaid bin Aslam katanya, seorang lelaki telah mengaku berzina di zaman Rasulullah SAW maka Rasulullah meminta sebatang tongkat untuk disebat lelaki itu, apabila tongkat yang dikehendaki dikemukakan kepada baginda Rasulullah SAW. didapati tongkat itu pecah-pecah, lalu baginda minta tongkat yang lain, apabila tongkat yang kedua dibawa kepadanya didapati pula tongkat itu daripada dahan kayu yang baru dipotong, Rasulullah SAW menolaknya lagi dan meminta tongkat yang sangat sederhana yang tidak keras, Rasulullah SAW menerimanya dan memerintahkan supaya disebat dengannya. (al-Muwatta’)
4. Cara merotan menurut Syeikh al-Faqih Shamsuddin al-Anbani:
i. Memukul di tempat yang berbeza, bukannya pada satu tempat di badan manusia sahaja.
ii. Memanjangkan tempoh rotan pertama dengan yang seterusnya.
iii. Tidak mengangkat tangan sehingga boleh kelihatan ketiaknya.
5. Tempat dibenarkan memukul: semua anggota badan kecuali kemaluan dan muka (tambahan al-Ahnaf: seluruh kepala)
Kata Ali ketika menjatuhkan hukuman had ke atas peminum arak: Sebatlah seluruh anggota badan tetapi elakkan muka dan alat kemaluan.
عن النبي صلى الله عليه وسلم أنه قال : (إذا ضرب أحدكم فليتق الوجه) رواه أبوداود.
Sabda Nabi: Sekiranya seseorang itu merotan, elakkan wajahnya (Abu Daud)
Sebahagian ulama’ salaf mencadangkan agar dirotak di tapak tangan dan kaki.
6. Berhenti seketika sekiranya yang sedang dirotan menyebut nama Allah.
عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه قال : قال صلى الله عليه وسلم (إذا ضرب أحدكم خادمه فذكر الله فارفعوا أيديكم) رواه الترميذي
Daripada Abi Sa’id Al-Khudri, Sabda Nabi: Sekiranya kamu merotan (dengan sebab) akan pekerja kamu, kemudian dia menyebut kalimah Allah, maka tangguhkan dahulu. (al-Tirmizi)
7. Jangan merotan dengan penuh emosi kemarahan
Riwayat Abu Bakar: Janganlah menjatuhkan hukuman sekiranya berada di bawah kawalan emosi marah.
Rujukan/terjemahan: http://www.saaid.net/tarbiah/46.htm
http://abidfana.com/2015/01/25/syarat-merotan-anak-menurut-sunnah/
Sebenarnya, merotan anak bakal kesalahan jenayah andai merotan sehingga membawa kepada penderaan, kecederaan dan kematian. Tak salah kot klu rotan sekadar utk mengajar..rotan bila perlu..bkn rotan smpi nak memudaratkan si anak..
- Mummy Ira -
Assalamualaikum..
Kadang kadang..just wondering, korang dan anak korang semua bangun pukul berapa kalau hari sekolah ni..cam Mummy ni mesti la kena bangun awai..5.45 am tu jam bunyi..lompat bangun dah..mana nak buat susu utk kembar lagi..nak sapu sampah lagi..solat lagi..sebolehnya nak abiskan separuh dari keja rumah sebelum anak2 bangun. Cam Haziq bangun dalam 6.15 am..dan nak mandi..solat..breakfast..ralit lagi..pukul 7.00 am baru ready semua..ada yg tanya tak lewat ka sampai sekolah..jawapannya takk..psai sekolah pun tak jauh mana..kadang2 Mummy yang antar kadang2 Abah dia yang antar. Tapi tahun ni kira awai jugak dia pi sekolah dalam 7.10 am tu dah keluar..kalau tak tahun lepas2 tu..kat 7.30 baru sampai sekolah..dah selesai antar Haziq sekolah..Mummy balik rumah..sambung kerja yang tak selesai n banyak lagi kerja rumah yang dok tunggu yang mana nak kena buat..masak makan..ambek Haziq dari sekolah lagi..tapi Mummy ok ja..dah nama pun housewife..mmg tugas yang kena buat sampai ke malam..but I'm Happy with this job..che wahh..
- Mummy Ira -
Assalamualaikum..
Actually ..saya ni tak la pandai masak sangat..tapi sekadar makan untuk family tu boleh la..n boleh la nak makan..masak apa pun..ada tukang rasa dia..husband n anak2..sedap tak sedap..jawapan depa semua sedappp. Cam hari ni terlebih rajin..buat mee..asyik nasi ja..sekalai sekala tukaq selera pulak..buat Mee Sayur..
Bagi saya..ikutkan mudah ja buat mee ni..kena ada bawang putih, halia, cabai mesin, cam lauk plak boleh buh ayam/udang/sotong/daging/fishcake (cam saya just buh ayam n fishcake ja )..sos cili, sos tomato, sos tiram, garam, gula, lea perins, lada hitam, ubi, mee, karot, sawi,tomato. saya buat kuah dulu..masa nak makan tu saya buat asing buh mee n sayuran dia..kalau makan asing kuah tu tak masuk dalam mee..klau buat awai pun..kuah tu nnti kering..so masa nak makan tu baru buat..baru sedap makan panas2..
- Mummy Ira -