Assalamualaikum..
Anugerah terindah dan paling berharga dalam hidup saya. Terima kasih, abang
kerana beri saya peluang untuk menjadi isteri dan mama
kepada anak2 kita.
Insyaallah, semoga kasih kita hingga ke jannah.
Terima kasih dan bersyukur
kepadamu Ya ALLAH dengan anugerah terindah ini..
- Mummy Ira -
Assalamualaikum..
Kadang2 kita ada dengar yang ada sesetengah suami ni benci dengan isteri..lebih kepada sikap isteri tu sendiri. Tapi ada juga sesetengah isteri ni tak tahu n tak ambek faham apa yang meyebabkan suami ni benci dengan sikap mereka..kalau yang tak faham..jom kita baca n kongsi Sebab Suami Benci Isteri dari Dr Fadzilah Kamsah
Semoga BERMANFAAT untuk kita semua...
1. CABAR
Lelaki mempunyai ego mereka tersendiri. Jadi mereka tidak suka dicabar terutama sekali oleh wanita. Wanita perlu tahu batas tindakan mereka agar lelaki tidak rasa tercabar. Isteri kalau bergaduh dengan suami mulalah kata "Kalau awak berani cubalah cari perempuan lain! Dr Fadillah kata JGN CABAR SUAMI... nanti suami buat betul-betul isteri juga yg putih mata...
2. CABUL
Cabul ni bermaksud keji dari segi perangai sehingga seseorang wanita itu langsung tidak malu. Misalnya bergaul bebas dgn lelaki yang bukan muhrim tanpa menghirau batas pergaulan. Juga perbuatan & kata2 isteri yang tak sopan (isteri hilang sifat malu)seperti keluarkan kata2 yg tidak baik pada mertua...
3. CELUPAR
Wanita yg cantik akan kelihatan hodoh jika mulutnya celupar. Celupar lebih kurang cabul juga. Isteri selalu cakap yang tidak manis, selalu terlepas cakap pada suami sehingga membuat suami jauh hati.
4. COMOT
Terdapat wanita yg cantik tetapi comot. Comot ini samada melibatkan wajah wanita itu, penampilannya yg selekeh, kerja yg dilakukan serta tindak-tanduknya. Contohnya, isteri bila nak keluar rumah baru nak bersolek dan comel tapi kat rumah comot. Suami pula di tempat kerja asyik pulak nampak yg comel2 aje... Ada isteri kata - mekap untuk suami, tapi kat rumah tak praktik pun.
5. CEMBURU
Cemburu perlu dalam sesuatu hubungan. Tetapi wanita yg terlampau cemburu hingga pasangannya merasa terkongkong akan membawa padah kepada perhubungan mereka. Ini membuatkan lelaki akan rasa diri mereka tidak dipercayai. Suami lemas kalau isteri cemburu berlebih-lebihan... sikit2 dok telefon suami kat tempat kerja. Suami baru balik kerja dah kita tanya macam-macam. Suami balik lewat overtime dah syak yg bukan2...
6. CEREWET
Kata ulama hati wanita terletak pada mulutnya. Oleh itu wanita perlu mengawal percakapannya. Suami tak suka bila isteri cerewet tak bertempat. Contohnya kalau suami bawa makan luar, isteri nak tempat yang class2 aje. Restoran nak ada air-cond aje.
7. CINCAI
Buat kerja rumah cincai, masak cincai, kemas rumah cincai, jaga anak cincai. Dr Fadillah kata suami paling benci bila isteri cincai jaga anak... anak dah masuk longkang tapi mak dok lepak depan tv lagi....
Perkara camni jadi tak kira la..isteri tu berpelajaran ka tak..Berpelajaran tinggi hingga ke PhD pun...belum tentu tinggi akhlaknya..begitu juga kalau yang tak berpelajaran pun sama jugak..
Tapi..biasa la..kadang2.. kita ni insan yg mudah lupa dan lalai ... ada masa2 tertentu, mungkin juga kerana sifat suami dan keadaan sekeliling yang buat kita mempunyai salah satu ciri2 tu ..
- Mummy Ira -
Assalamualaikum..
RENUNGAN BUAT SUAMI...dan juga isteri...
✔ Aku akan senantiasa berusaha untuk menjadikan rumahku sebagai syurga bagi isteri dan anak-anakku...
✔ Aku akan senantiasa berusaha mengajak isteriku untuk menjadi wanita yang selalu beriman dan bertakwa kepada Allah SWT...
✔ Aku akan senantiasa berusaha untuk bertanggungjawab dalam mencari rezeki yang halal.
✔ Aku akan senantiasa berusaha untuk membimbing isteriku agar selalu taat kepadaku...
✔ Aku akan senantiasa berusaha untuk bersikap ramah dan penuh kasih sayang kepada isteriku...
✔ Aku akan selalu berusaha untuk menjaga cinta dan kasih sayangku hanya kepada isteriku...
✔ Aku akan senantiasa berusaha untuk menasihati isteriku di saat dia
melakukan kesalahan dan dengan hati ikhlas aku akan memaafkannya...
✔ Aku akan senantiasa berusaha untuk bersabar dalam menghadapi sikap
buruk isteriku seperti yang telah dicontohkan oleh Saidina Umar Bin
Khatab...
✔ Aku akan senantiasa berusaha untuk lebih mengingati
kebaikan isteriku daripada sekadar mengungkit-ungkit keburukan
sifatnya...
✔ Aku akan senantiasa berusaha untuk menyelesaikan dengan baik-baik jika menghadapi sebarang masalah dengan isteriku...
✔ Aku akan senantiasa berusaha untuk menjadi pemimpin yang baik dan bijak bagi isteri dan anak-anaku...
✔ Dan aku akan senantiasa berusaha untuk meluangkan masa sentiasa untuk menemani isteri serta anak-anakku di waktu lapangku...
Aku hanya menginginkan keindahan dan kebahagiaan hidup bakal tercipta
dalam rumah tangggaku, tetapi aku haruslah tabahkan hatiku....
Insya-ALLAH..akan kujadikan rumahku menjadi syuga bagiku, isteriku serta anak-anakku yang amat aku cintai...
Itulah komitmen dan janjiku sebagai seorang suami...
- Mummy Ira -
Jika Para Suami Tahu..Betapa Sayangnya Isteri Kepada Mereka
1/22/2015 09:21:00 PTG
Assalamualaikum..
ANDAI SUAMI TAHU...BETAPA SAYANGNYA ISTERI KEPADA MEREKA...
✔ANDAI LELAKI TAHU...
Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.
✔ANDAI LELAKI TAHU...
Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah mencintai lelaki itu.
✔ANDAI LELAKI TAHU...
Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itu maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak sesuatu yang terjadi.
✔ANDAI LELAKI TAHU...
Apabila perempuan cerewet, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.
✔ANDAI LELAKI TAHU...
Apabila perempuan berkata dia mahu kamu berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima kamu seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.
✔ANDAI LELAKI TAHU...
Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan kamu, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan kamu dan masih menganggap kamu anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. terkadang dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, kamu akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk kamu .
✔ANDAI LELAKI TAHU...
Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan duit atau hadiah, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat dia rasa dihargai.
✔ANDAI LELAKI TAHU...
Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak mencintai kamu tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.
✔ANDAI LELAKI TAHU...
Apabila perempuan kata dia rindu dgn kamu, dia benar-benar maksudkannya.
✔ANDAI LELAKI TAHU...
Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia denganmu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.
✔ANDAI LELAKI TAHU...
Apabila perempuan berkata kasar, dia bukan bermaksud utk berkasar, tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan sikapnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut.
✔ANDAI LELAKI TAHU...
Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar mencintai anda. Perempuan sulit untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.
✔ ANDAI LELAKI TAHU...
Sememangnya ALLAH menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh ALLAH indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun sebenarnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang dapat menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya.
* Hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda.
- Mummy Ira -