Wedding Crashers! Maroon 5 Surprises Brides and Grooms In 'Sugar' Video
1/15/2015 01:15:00 PTG
Tadi saya ada buka youtube..terjumpa clip video 'Sugar' dari band Maroon 5. Apa yang menarik tentang vlip video ni bila Maroon 5 berkerjasama dgn pengarah rancangan Wedding Crashers, David Dobkin untuk membuat kejutan dengan menyerang beberapa majlis perkahwinan yang mereka temui disekitar bandar Los Angeles.
Sesapa pun akan terkejut bila majlis perkahwinan di ambush oleh band terkenal seperti Maroon 5. Cer tengok clip video ni bagaimana reaksi pengantin dan tetamu yang suprise dengan kehadiran band Maroon 5..
tapi.. ada kata lakonan n ada kata betul..apapun pun clip video ni menarik..
youtube
- Mummy Ira -
Assalamualaikum..
Hari tu saya ada story psai oder online astro go shop. My Mom beli Happycall frying pan. Kali ni My Mom oder lagi tapi barang lain pulak..My Mom beli Tokebi Hand Blender. Made in Korea gak. Harga dia RM 369.00. Nampak depa promote dalam tv cara penggunaan hand blender ni cukup mengyakinkan. Blend ja..nak buat makan ka minum ka..semua boleh..halus n sekata ja apa yang depa blender.
Ni dah dapat boleh la cuba guna..tapi tak tau lagi nak blend apa. Tunggu My Mom yang rasmi guna dulu..nak tengok betui2 ka bila blend ni jadi elok atau besa besa ja..
kotak go shop..isi dia blender..
dapat sekali dengan guide book n cooking book..ada la
alat spare untuk blender tu
- Mummy Ira -
Assalamualaikum..
Ibubapa juga perlu perhatikan tali pusat bayi anda sekiranya terdapat
sebarang jangkitan. Ini memang jarang berlaku, tetapi jika ia berlaku ia
boleh merebak dengan cepat dan memberi masalah kesihatan kepada bayi
anda.
Antara tanda-tanda jangkitan ialah :
- Tali pusat dan di bahagian tunggul pusat berbau busuk
- Ada cecair kuning seperti nanah keluar dari tali pusat
- Bahagian pusat bayi kelihatan merah, berair dan kelilingnya lebih lembut dari biasa
- Bayi diserang deman panas
- Bayi kelihatan lesu
- Bayi tak ada selera untuk minum susu atau menyusui susu ibu
* Jika tali pusat bayi masih melekat dan tak tanggal selepas 4
minggu, sebaiknya anda bawa bayi anda untuk pemeriksaan lanjut.
Kelewatan tali pusat tanggal boleh terjadi disebabkan oleh anatomi bayi
atau sistem ketahanan badan.
Alat dan bahan yang diperlukan untuk mencuci tali pusat bayi :
- Bekas air
- Putik kapas (cotton buds)
- Alkohol dan juga yang panggil spirit. Kebanyakan hospital ada bekalkan ubat pusat bayi semasa keluar daripada wad
- Kapas
Jom kita baca tips penjagaan tali pusat ini sehingga habis.
1.
Kebersihan mesti dijaga sebab bayi masih kecil dan sistem pertahanan
badan bayi masih belum kuat. Jadi sebelum pegang bayi kita yang comel
dan gebu tu, cuci dan basuh tangan kita dengan air bersih.
2. Sebelum ubat pusat disapu pada pusat bayi kita, pastikan pusat bayi dah dilap kering-kering.
3.
Kemudian ambil kapas, tuangkan spirit atau alcohol yang dibekalkan
oleh hospital tu ke atas kapas dan tak perlu banyak-banyak sampai
lencun kapas. Cukup dengan tekap-tekapkan kapas tu hingga spirit /
alkoholnya melekat di kapas. Kemudian perlahan-lahan sapukan kapas tadi
ke bahagian pusat yang masih bertali dan keliling pusat termasuk di
kawasan yang berlipat (jika ada)
4.
Dah selesai sapu di pangkal pusat, sapu pula di bahagian hujung pusat
yang dah di klip tu. Sapu dengan berhati-hati dan lembut untuk elakkan
berlaku pendarahan dipangkal tali pusat tu.
5.
Selain dari kapas, kita juga boleh menggunakan putik kapas untuk
meratakan antiseptik di sekeliling baki tali pusat bayi. Jika sekiranya
hujung tali pusat terkena air kencing atau najis, basuh dengan
berhati-hati dengan pencuci bayi pH neutral. Tujuannya untuk mengelak
sebarang jangkitan kuman kepada tali pusat bayi kita.
6.
Lepas selesai menyapu antiseptik, pastikan barut bayi tidak mengenai
tali pusat untuk mengelakkan bayi kita rasa tak selesa. Juga pastikan
keliling tunggul pusat sentiasa bersih dan kering sebelum memakai barut.
7.
Sama juga bila pakaikan lampin pakai buang pada bayi. Sebaiknya
gunakan lampin 'new born' kerana ia ada lekuk di bahagian depan agar
pusat bayi yang masih belum tanggal berada di luar dan tidak ditutup
oleh lampin. Cara ini amat membantu memastikan tali pusat sentiasa dalam
keadaan kering dan sekali gus mengelakkan sebarang jangkitan di
bahagian tersebut.
8.
Pastikan tali pusat bayi (terutama bagaian tunggul yang melekat dipusat
bayi) tidak ditutup rapat oleh barut bayi atau lampin bayi. Jika
kawasan pusat menjadi lembab, ia boleh menyebabkan berlakunya jangkitan
bakteria di bahagian pusat. Tali pusat bayi sebenarnya lebih cepat
sembuh jika ia sentiasa dalam keadaan kering.
Tunggu
tali pusat bayi kita akan gugur dan tanggal sendiri lebih kurang
seminggu selepas bayi dilahirkan. Tapi ada juga
bayi yang ambil masa sehingga 10 hari sebelum tali pusatnya tertanggal.
Biasanya
tali pusat akan mengecut, menjadi hitam dan gugur dengan sendirinya.
Dalam pada itu ada luka kecil di bahagian tunggul pusat, tapi tak perlu
risau sebab bahagian tersebut akan pulih dan menjadi pusat bayi kita
Setelah
tali pusat bayi kita gugur, tunggu antara tujuh hingga 10 hari untuk
memastikan sekeliling pusat bayi kita pulih sepenuhnya. Kita mungkin
ternampak sedikit darah di lampin bayi. Ini adalah normal. Kadangkala
kawasan pusat itu mengambil lebih masa untuk pulih, dan cebisan daging
berketul akan muncul di tempat luka. Jangan risau, ia tidak merbahaya
dan ketulan ini akan hilang dalam sedikit masa.
Semoga tips2 di atas dapat membantu ibu2 baru dalam menguruskan bayi anda.
- Mummy Ira -
Assalamualaikum..
Berikut adalah fakta fakta yg anda perlu ketahui tentang kelahiran kembar
- Kembar seiras berasal dari satu telur yang tersenyawa dengan 1 sperma. Mereka akan mempunyai jantina yang sama dan rupa yang sama.
- Kembar tidak seiras pula berasal dari telur-telur yang disenyawakan oleh sperma yang berbeza. Ia mungkin mempunyai jantina yang berbeza atau sama.
- Ubat kesuburan menambahkan risiko mendapat anak kembar. Clomid memberikan 10% risiko manakala Gonal F memberikan risiko 30%.
- Kandungan kembar mempunyai lebih risiko untuk lahir pra-matang, keguguran dan kejadian bayi cacat.
- Bayi selalunya mempunyai berat badan yang lebih kecil semasa dalam kandungan dan selepas lahir.
- Kandungan kembar mempunyai lebih risiko untuk kematian bayi dalam kandungan, samada salah satu atau keduanya berkemungkinan berpunca dari masalah uri, tali pusat terbelit, kecacatan dan lain-lain.
- Vanishing Twin adalah istilah yang digunakan untuk mengambarkan kandungan kembar yang tiba-tiba hilang dan menjadi satu. Ia selalunya terjadi pada awal kehamilan iaitu 6-7 minggu dan cuma dikesan melalui ujian ultrasounds.
- Ibu yang hamil anak kembar lebih berisiko untuk mengalami PRE-ECLAMPSIA, satu keadaan penyakit darah tinggi yang serius dan juga masalah kencing manis.
- Disebabkan oleh uri yang lebih besar, ibu lebih berkemungkinan untuk mendapat Placenta Previa, satu keadaan dimana uri berada pada kedudukan bawah yang boleh meberikan pendarahan faraj semasa hamil.
- Ibu sering mendapat ‘ morning sickness yang berganda dari biasa dan sakit sakit semasa hamil yang lebih kerap dan teruk dari kandungan biasa.
- Peluang hamil kembar menjadi tinggi sekiranya anda mempunyai saudara terdekat yang mempunyai anak kembar.
- Hamil kembar bermakna ibu hamil kembar perlukan lebih pemakanan vitamin dan zat dari kandungan tunggal kerana anda akan lebih kerap mendapat anemia iaitu masalah kekurangan sel darah merah.
- Anda lebih berisiko untuk menjalani pembedahan ceasarean kerana bayi kembar lebih cenderung berada dalam kedudukan tidak normal kerana saiz yang lebih kecil.
- Ibu kembar lebih kerap mendapat risiko tumpah darah selepas melahirkan samada kelahiran melalui caesarean mahupun kelahiran normal.
sumber goggle