Kali ni kita bersiaran dari Kelana Jaya pulak. Kira ni last jalan2 makan angin untuk tahun 2014. Last trip kita mai rumah My SIS yang terletak di Kelana Jaya - Kuarters Kastam.Yang paling happy ni anak2 la Haziq, Hazim n Hadif..dapat jumpa pula kezen depa Zulaikha n Humaira.
Mula perjalanan tadi pun dah tengahhari. Berhenti rehat, makan, dan sebagainya sampai pun dah malam. Tak tahu lagi berapa hari kami akan dok kat sini. Maybe lagi tak jemu tak balik kot..So kita jumap lagi besok..babai..
Alahan adalah tindak balas terlebih sensitif atau hipersensitif oleh sel immunisasi badan kepada sesuatu bahan atau alergen. Alahan ini menyebabkan respons berbeza, bergantung kepada organ badan mana berlakunya alahan itu.
Jika berlaku pada kulit, ia boleh menyebabkan ruam alahan kulit atau ekzema. Alahan pada hidung pula boleh menyebabkan hidung berair, bersin, mata dan hidung menjadi gatal.
Tindak balas hipersensitif ini juga boleh mengancam nyawa jika berlaku pada organ paru-paru dan saluran pernafasan. Ia boleh menyebabkan seseorang pesakit seolah-olah mengalami serangan asma.
Tindak balas alahan yang berlaku secara cepat dan tiba-tiba boleh menyebabkan seseorang pesakit koma atau kematian kerana serangan pernafasan yang akut. Ini disebabkan gangguan terhadap bekalan oksigen ketika serangan berlaku.
Alergen yang menyebabkan alahan boleh berpunca dari pelbagai sumber. Alergen akan memasuki badan pesakit dan merangsang sistem imunisasi, menjadikannya terlalu aktif. Keadaan ini menimbulkan simptom alahan.
Satu sumber alahan ialah pemakanan. Setiap pesakit mempunyai alahan berbeza. Antara makanan yang boleh menyebabkan alahan ialah soya, kekacang, makanan laut, ayam, telur, gandum dan susu lembu.
Reaksi alahan ini biasanya hanya berlaku pada kulit pesakit dan jarang mengakibatkan serangan pernafasan. Pesakit mengalami kegatalan dan ruam bintat pada hampir keseluruhan badan.
Bahan kimia seperti sabun basuh pinggan dan sabun mandi pula menyebabkan ruam berlaku pada tapak tangan dan bahagian pelipat baju.
Udara berhabuk dan berdebu, minyak wangi serta penyembur haruman bilik juga boleh menyebabkan berlaku alahan. Namun, biasanya ia hanya membabitkan reaksi di mana hidung dan mata menjadi gatal dan berair.
Ubat seperti antibiotik dan penahan sakit boleh menyebabkan alahan berlaku. Selain itu, gigitan serangga seperti lebah, tebuan, penyengat menyebabkan badan pesakit menghasilkan reaksi imunisasi yang terlalu cepat.
Alahan ini boleh menyebabkan serangan pada saluran pernafasan dan kegagalan beberapa organ badan yang boleh mengancam nyawa dan kematian.
Alahan ialah sesuatu yang pesakit tidak pernah tahu kecuali sesudah terdedah kepada alergen dan pesakit mengalami alahan terhadapnya.
Antara cara mengenal pasti alahan ialah dengan menjalankan ujian darah atau ujian kulit untuk menentukan jenis allergen. Beberapa sampel alergen akan disuntik di bawah kulit, dan pemerhatian dilakukan untuk mengenal pasti jenis alahan.
Namun, hanya beberapa jenis alergen dapat dikesan, bergantung kepada kemampuan makmal atau hospital yang melakukannya.
Biasanya, ujian dilakukan pada jenis alergen yang biasa menyebabkan alahan berlaku. Faktor utama menyebabkan berlaku alahan ialah keturunan.
Jika seseorang itu mempunyai alahan, kemungkinan besar generasi berikutnya mengalami alahan tetapi tidak semua simptom alahan sama.
Reaksi simptom alahan itu berbeza. Selain itu, tidak semua alergen juga sama dalam keturunannya. Namun, penting untuk mengenal pasti jenis allergen bagi mengelak komplikasi yang tidak diingini.
-MyMetro-
Alahan
adalah tindak balas terlebih sensitif atau hipersensitif oleh sel
immunisasi badan kepada sesuatu bahan atau alergen. Alahan ini
menyebabkan respons berbeza, bergantung kepada organ badan mana
berlakunya alahan itu.
Jika berlaku pada kulit, ia boleh menyebabkan ruam alahan kulit atau
ekzema. Alahan pada hidung pula boleh menyebabkan hidung berair, bersin,
mata dan hidung menjadi gatal.
Tindak balas hipersensitif ini juga boleh mengancam nyawa jika
berlaku pada organ paru-paru dan saluran pernafasan. Ia boleh
menyebabkan seseorang pesakit seolah-olah mengalami serangan asma.
Tindak balas alahan yang berlaku secara cepat dan tiba-tiba boleh
menyebabkan seseorang pesakit koma atau kematian kerana serangan
pernafasan yang akut. Ini disebabkan gangguan terhadap bekalan oksigen
ketika serangan berlaku.
Alergen yang menyebabkan alahan boleh berpunca dari pelbagai sumber.
Alergen akan memasuki badan pesakit dan merangsang sistem imunisasi,
menjadikannya terlalu aktif. Keadaan ini menimbulkan simptom alahan.
Satu sumber alahan ialah pemakanan. Setiap pesakit mempunyai alahan
berbeza. Antara makanan yang boleh menyebabkan alahan ialah soya,
kekacang, makanan laut, ayam, telur, gandum dan susu lembu.
Reaksi alahan ini biasanya hanya berlaku pada kulit pesakit dan
jarang mengakibatkan serangan pernafasan. Pesakit mengalami kegatalan
dan ruam bintat pada hampir keseluruhan badan.
Bahan kimia seperti sabun basuh pinggan dan sabun mandi pula
menyebabkan ruam berlaku pada tapak tangan dan bahagian pelipat baju.
Udara berhabuk dan berdebu, minyak wangi serta penyembur haruman
bilik juga boleh menyebabkan berlaku alahan. Namun, biasanya ia hanya
membabitkan reaksi di mana hidung dan mata menjadi gatal dan berair.
Ubat seperti antibiotik dan penahan sakit boleh menyebabkan alahan
berlaku. Selain itu, gigitan serangga seperti lebah, tebuan, penyengat
menyebabkan badan pesakit menghasilkan reaksi imunisasi yang terlalu
cepat.
Alahan ini boleh menyebabkan serangan pada saluran pernafasan dan
kegagalan beberapa organ badan yang boleh mengancam nyawa dan kematian.
Alahan ialah sesuatu yang pesakit tidak pernah tahu kecuali sesudah
terdedah kepada alergen dan pesakit mengalami alahan terhadapnya.
Antara cara mengenal pasti alahan ialah dengan menjalankan ujian
darah atau ujian kulit untuk menentukan jenis allergen. Beberapa sampel
alergen akan disuntik di bawah kulit, dan pemerhatian dilakukan untuk
mengenal pasti jenis alahan.
Namun, hanya beberapa jenis alergen dapat dikesan, bergantung kepada kemampuan makmal atau hospital yang melakukannya.
Biasanya, ujian dilakukan pada jenis alergen yang biasa menyebabkan
alahan berlaku. Faktor utama menyebabkan berlaku alahan ialah keturunan.
Jika seseorang itu mempunyai alahan, kemungkinan besar generasi
berikutnya mengalami alahan tetapi tidak semua simptom alahan sama.
Reaksi simptom alahan itu berbeza. Selain itu, tidak semua alergen
juga sama dalam keturunannya. Namun, penting untuk mengenal pasti jenis
allergen bagi mengelak komplikasi yang tidak diingini.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/7525#sthash.3KKZ3Wj9.dpuf
Mencari penawar bagi rawatan cacar air atau lebih glemer dikenali dengan
nama chickenpox bagi bayi dan kanak-kanan sebenarnya boleh diperolehi
hanya dengan bahan-bahan di rumah sahaja. http://nurulaziyana.blogspot.com/
Cacar air atau chickenpox adalah penyakit yang sangat berjangkit yang
disebabkan oleh virus Varicella-zoster, biasanya bermula dengan ruam
kulit dan kemudianya akan menjadi lepuh yang gatal. Paling biasa ditemui
pada kanak-kanak di bawah 12 tahun, cacar air pula boleh menjejaskan
mana-mana orang daripada semua peringkat umur.
Selain daripada kanak-kanak, wanita mengandung dan mereka yang lemah
sistem imun membentuk kumpulan berisiko tinggi untuk cacar air. Cara
terbaik untuk mencegah cacar air ialah untuk mendapatkan vaksin terhadap
penyakit ini. Rawatan cacar air bergantung kepada umur, kesihatan
peribadi dan tahap teruknya penyakit ini. Kanak-kanak yang sihat mungkin
tidak memerlukan apa-apa rawatan perubatan dan boleh sembuh melalui
rehat rumah sahaja. Namun, jumpa doktor untuk mengelakkan sebarang
komplikasi yang lebih teruk.
Namun, terdapat beberapa cara mudah untuk rawatan bagi cacar air/
chickenpox yg hanya boleh dilakukan menggunakan bahan-bahan di rumah
jika ingin mencubanya
#1. Baking Soda Penawar bagi Cacar
Baking soda adalah salah satu ubat yang popular untuk memberi bantuan
dari gatal-gatal apabila mengalami cacar air.Menyapu baking soda pada
kulit boleh mengelakkan lepuh dan ruam menjadi semakin teruk.
Cara-cara untuk menggunakan baking soda untuk cacar air
Ambil setengah sudu teh baking soda dan campuran ke dalam segelas air.
Sponge pesakit cacar air dengan air ini. Biarkan ia kering pada kulit
untuk memberi kelegaan daripada gatal. Anda juga boleh menggunakan
hampir 3 sudu besar baking soda dalam mangkuk atau segelas air.
Ambil setengah cawan baking soda dan campurkan dengan air suam atau air
sejuk yang disediakan untuk mandikan pengidap chickenpox.
#2. Madu untuk Penyembuhan Cacar
Madu adalah komponen antibakteria semula jadi yang sangat bagus untuk
menyembuhkan kerengsaan. Dikatakan bahawa gula ringkas semula jadi yang
terkandung dalam madu bersama-sama dengan ciri-ciri anti-bakteria itu
mencipta kesan menenangkan ini.
Cara menggunakan madu untuk cacar air
Sapukan madu dalam lapisan nipis di seluruh kulit di mana terdapat ruam, lepuh atau hanya gatal-gatal.
Biarkan untuk beberapa ketika dan kemudian bersihkan.
Ulangi langkah ini 3-4 kali sehari.
#3. Mandian oatmeal
Oatmeal bukan sahaja dimakan untuk kesihatan jantung dan kurangkan
kolestrol malah merupakan salah satu pneawar bagi chickenpox. Oatmeal
yang dijadikan sebagai bahan rendaman dalam air mandian boleh membantu
melegakan kegatalan akibat daripada ruam dan lepuh.
Cara menyediakan mandian oatmeal
Oatmeal-2 cawan
Tab mandi yang dipenuhi dengan air suam
Kisar oat dalam pengisar atau pemproses makanan untuk mendapatkan serbuk halus.
Isi tab mandi/baldi dengan air panas, masukkan serbuk oatmeal secara berpusar ke dalam air.
Rendam badan dalam campuran ini.
Kaedah ini bagaimanapun akan meninggalkan keping-keping oatmeal pada
kulit dan rambut anda tetapi akan melegakan kanak-kanak dari kegatalan. #4 Garam Epson untuk penawar Chickenpox
Garam Epsom, yg sebenarnya bukanlah garam tapi merupakan sebatian
mineral yang terdiri daripada magnesium dan sulfat dan boleh menjadi
sangat berguna untuk melegakan gatal-gatal disebabkan oleh cacar air.
Mineral dalam garam Epsom juga melegakan kesakitan dan melegakan
keradangan kulit yang berkaitan dengan cacar air.
Cara 1 untuk menggunakan garam Epsom untuk cacar air:
mandi garam Epsom
Ambil 2 cawan garam Epsom.
Isi tab mandi anda dengan air suam.
Tambah garam Epsom ke dalam air ini. Gaul dengan tangan sehingga ia larut sepenuhnya.
Rendam di dalam air yg bercampur dengan garam Epsom selama kira-kira 15 minit atau lebih.
Keluar dari tab mandi dan perlahan-lahan tepuk dengan tuala badan supaya
kering. Berhati-hati supaya tidak merosakkan kulit yg menggelembung.
Rendam setiap hari dalam air garam Epsom hingga chickenpox kanak-kanak sembuh.
Cara ke-2 untuk menggunakan garam Epsom untuk cacar air:
Ambil garam Epsom 2 cawan
Panas air 1 gelen (lebih sedikit daripada 3.5 liter)
Satu kain bersih
Campurkan garam Epsom di dalam air panas.
Celup kain dalam air ini.
Tekap kain td pada kulit di mana terdapat lepuh.Biarkan kain sejuk.
Ulangi sbeberapa banyak yg mahu.
#5 Bunga Jasmine Penawar bagi Cacar Air
Ini adalah salah satu cara orang Thai untuk merawat cacar air. Orang di
Thailand menggunakan bunga melati untuk membuat teh dan juga untuk mandi
bagi merawat cacar air. Bunga-bunga ini mudah didapati di mana-mana
kedai-kedai ubat herba dan juga kedai-kedai teh herba.
Cara-cara untuk menggunakan bunga Jasmine untuk cacar air
Minum teh Jasmine 2-4 kali sehari. Anda boleh mendapatkan teh ini di
kedai-kedai teh herba. Hanya curam di dalam air panas dan minum.
Bunga jasmin juga boleh dijadikan mandian. Ambil segenggam bunga melati
dan kisarkan. Campuran bunga Jasmine yg dikisar dengan air beras.
Campurkan air beras ini dengan air suam. Mandi dengan air ini. #6 Mandian Halia untuk Penawar Chickenpox
Ini merupakan satu lagi ubat herba Thai untuk cacar air bertujuan untuk
mengurangkan gatal-gatal yang disebabkan oleh penyakit ini. Walaupun teh
halia boleh diminum dengan merebus buah halia dalam air, mandi halia
juga boleh dilakukan untuk menghilangkan gatal-gatal namun ianya bukan
serta merta.
Cara sediakan mandia halia untuk chickepox:
Halia serbuk ¼ untuk ½ cawan (anda juga boleh menggunakan keping halia segar)
Tab mandi yang dipenuhi dengan air suam
Campurkan serbuk halia atau halia keping segar ke dalam air mandian hangat.
Rendam di dalam air ini selama 20-30 minit.
Perlahan-lahan tepuk kering dengan tuala yang bersih tanpa merosakkan kulit.
Badan pesakit chickenpox memerlukan nutrien asas termasuk vitamin dan
mineral dan juga enzim yang boleh meningkatkan kekebalannya . Bukan itu
sahaja, nutrien ini juga membersihkan sisa toksik dari sel-sel untuk merawat cacar air. Jadi pesakit harus mengambil diet tertentu ketika diserang chickenpox. Antaranya adalah: -
Makan banyak sayur-sayuran dan buah-buahan yang boleh menyediakan
badan dengan phyto- nutrien yang diperlukan untuk menguatkan sistem
imun.
Minum jus yang kaya dengan vitamin A dan C. Jus Carrot dengan daun
ketumbar dan sedikit jus lemon adalah baik untuk mengubati cacar air.
Tambah madu untuk untuk menjadikannya lebih berkhasiat.
Makan sup ayam dan sup sayur-sayuran.
Elakkan makanan bergula dan diproses serta soda .
Hadkan pengambilan produk tenusu tetapi yogurt boleh diambil.
Hadkan pengambilan daging , roti atau makanan lain yang meletakkan tekanan pada sistem pencernaan.
Elakkan garam , cili , mentega dan makanan pedas.
Minum banyak air.
Semoga tips dan panduan untuk penjagaan semasa chickenpox ini dapat
membantu ibu-ibu menjaga anak atau bayi yg diserang chickenpox dengan
lebih mudah dan membantu mereka merasa lebih selesa. Selamat mencuba dan
semoga memberi kesan positif terhadap pesakit. Segera berjumpa
doktor jika penyakit menjadi semakin teruk.
Balik tadi saya ada snap sikit pic suasana yang menarik kat kampung. Ni kampung Tok saya. Akan2 datang anak2 saya kampung diaorang kat bandar ja coz My Mom @ Mak Tok diaorang dok bandar.
Nak bagi anak2 rasa suasana kampung kena bawak depa kerap balik kampung. Tu pun yang ada kampung kalau tak, nak buat camna tak da laaa..
Abang Haziq n adik kembar Hazim n Hadif juga sronok kalau dapat balik kampung. Mana taknya kat kampung tu la, depa bebas berlari rata, nak main kotoq ka nak lompat ka semua boleh. Maklumlah kat rumah ada had dia dengan pintu pagar lagi kalau kat kampung tak terkurung. Bebas bagai burung terbang. Yang letihnya Saya la kna ikut depa ke sana sini. Adoii..
Zahirah Dzahir.
Part Time Mommy Blogger | Full Time Housewife | Blogger Utara | Blogger Kedah | Mommy Anak 3 termasuk Kembar | Wife Haris Fadilah .
For Collaboration | Advertorial | Review | Event dan sebagainya. Boleh hubungi ieradzahir@gmail.com