Seronok Haziq, Hazim & Hadif Bila Dapat Balik Kampung
12/05/2014 11:37:00 PG
Assalamualaikum..
Abang Haziq n adik kembar Hazim n Hadif juga sronok kalau dapat balik kampung. Mana taknya kat kampung tu la, depa bebas berlari rata, nak main kotoq ka nak lompat ka semua boleh. Maklumlah kat rumah ada had dia dengan pintu pagar lagi kalau kat kampung tak terkurung. Bebas bagai burung terbang. Yang letihnya Saya la kna ikut depa ke sana sini. Adoii..
aktiviti wajib..main batu
tngk dari jauh ja..yg girl tu mak sedara diaorang
yg girl baju kuning, mak sedara, yg lain kezen
Happy abes..
- Mommy Ira -
Assalamualaikum..
Entri sebelum ni saya ada cerita tentang buah mahkota dewa. Ada la info sikit tentang buah tu. My Mom juga ada tanam pokok ni. Kira lambat juga nak berbuahnya. Maybe tanah sama kot tak berapa nak menjadi. My Mom dok siram hari2 sambei becakap dgn pokok tu sruh berbuah cepat2..
Akhirnya berbuag jugak pokok tu. Rasanya dekat setahun jugak nak berbuah pun. Ada 3 pokok tapi yang berbuah tu sepokok ja. Kira ok la tu, berbuah jugak dari tak dak buah lansung.
Dah berbuah, My Mom dok pesan berkali2 takut kembar pi ambek buah tu. Bukan buleh kira dengan kembar, nampak ja benda menarik mesti nak ambek main. Dah besar sikit buah tu My Mom petik, hiris n jemur bagi kering.
ni buah mahkota dewa
potong bagi jadi keping2
jemur tengah panas sampai buah ni kering
Bila dah kering simpan dalam bekas. nak minum rendam dengan air panas, lepas tu minum.
- Mummy Ira -
Assalamualaikum..
Siapa yang tidak ingin kelihatan muda dan segar biarpun usia semakin
meningkat? Sekiranya anda juga begitu, usahlah bimbang kerana ada
caranya untuk tampil muda dan cantik sepanjang masa. Ingin tahu
muslihatnya?
-
Ketika anda bersolek, samarkan kedutan yang mulai muncul dengan
bantuan produk solekan jenis highlighter. Ia dapat membantu memantulkan
cahaya di samping menangkis bayangan. Penyamar cela kurang sesuai
digunakan kerana ia hanya akan menyebabkan kedutan serta garis-garis
halus yang berada pada wajah semakin jelas kelihatan.
-
Selain itu, anda turut digalakkan untuk menggunakan masker. Tujuannya
ialah untuk menegangkan kulit wajah anda. Di samping itu juga, masker
turut berfungsi membersihkan segala kotoran pada pori-pori wajah
seterusnya melembapkan kulit.
-
Cerahkan bahagian mata anda dengan membentuk alis mata secara
profesional. Alis mata yang dijaga rapi akan memberikan impak mata yang
hidup serta akan membingkai wajah dengan sempurna.
-
Sebolehnya, sentiasalah memakai maskara hitam untuk mendapatkan impak segar dalam kadar segera!
-
Sekiranya anda memiliki rambut yang panjang, dandanlah dengan ikatan
ke atas atau poni. Selain bergaya muda, cara ini juga mudah untuk
menarik kulit di sekitar bahagian dahi serta pipi anda sehingga
kelihatan lebih tegang. Dengan itu, segala kedutan dan garis-garis halus
apat dilindungi.
-
Gunakan pelembap yang bagus kualitinya
-
Pastikan pelembap anda bebas daripada minyak mineral supaya tidak
menyumbat pori-pori yang boleh mengakibatkan timbulnya jerawat.
-
Rawatlah wajah anda secara teratur pada setiap hari. Jangan lupa
memakai pelembap, lakukan pengelupasan dua kali sebulan serta
mengamalkan krim tabir suria.
-
Usah keterlaluan mencuci wajah. Mengikut Pakar Dermatologi dari
University of Maryland Medical Centre, air paip boleh menyebabkan kulit
kering serta kehilangan minyak semula jadi yang berfungsi untuk
melembapkan kulit. Jika dicuci dengan kerap, anda akan membilas sekali
minyak perlindungan ini.
-
Amalkan rutin penjagaan kulit yang baik. Jika anda benar-benar ingin
kekal cantik dan muda, mulakan dengan rutin penjagaan kulit yang betul.
Jauhi sinaran matahari terus ke kulit, sentiasa gunakan krim tabir suria
dan krim pelembap serta berhenti merokok.
-
Makan secara seimbang dan minumlah air putih secukupnya. Kulit akan
kekal lembap serta anjal. Selain itu, garis-garis halus juga
berkurangan.
- Jauhi tekanan dan amalkan senaman secara rutin. Apabila tubuh anda sihat maka ia akan memberikan kesan yang baik kepada kulit anda. Wajah akan sentiasa kelihatan bermaya dan berseri-seri.
Assalamualaikum..
Tidak dinafikan bahawa keletihan akan terpancar pada wajah terutamanya
di bahagian mata. Oleh itu, bagaimana untuk mengembalikan kesegaran mata
dengan solekan? Ikuti tujuh langkah mudah untuk merias mata jika anda
harus menghadiri majlis-majlis tertentu bersama suami. Langkah ini hanya
mengambil masa anda selama 10 minit sahaja.
- Letakkan tiga titik concealer di sekitar bahagian mata terutama bagi anda yang mempunyai masalah seperti lingkaran hitam di bawah mata. Seterusnya ratakan dengan menggunakan jari, span atau berus sehingga warnanya senada dengan kulit di sekitar mata.
- Sapu pembayang mata asas berwarna beige atau krim di bahagian kelopak mata serta di sekitarnya supaya pembayang mata tersebut dapat melekat sempurna seterusnya tahan lebih lama.
- Seterusnya, aplikasikan pula pembayang mata. Anda digalakkan memilih pembayang mata tiga warna dalam satu palet. Ketiga-tiga warna ini boleh digunakan sebagai warna medium di kelopak mata, warna gelap untuk bahagian kelopak mata serta sekitarnya manakala warna cerah untuk bahagian tulang alis iaitu sebagai highlighter. Campurkan warna-warna tersebut dengan baik agar kelihatan lebih semula jadi.
- Cerahkan bahagian mata dengan highlighter daripada warna keemasan atau pink. Ratakan warna tersebut dengan menggunakan jari. Langkah ini akan membantu anda tampil dengan mata yang lebih menyerlah dan menawan.
- Letakkan highlighter yang sama seperti tadi di bahagian tengah sehinggalah ke hujung alis mata anda. Kemudian ratakan dengan menggunakan jari.
- Panaskan pengepit bulu mata anda dengan pengering rambut selama beberapa saat. Biarkan seketika untuk mengurangkan kepanasannya kemudian barulah anda boleh mengepit bulu mata.
- Celupkan berus pembayang mata ke dalam air lalu bawa ke palet pembayang mata berwarna gelap. Gariskan bahagian yang terdekat dengan garis tumbuh bulu mata bahagian atas dengan menggunakan berus tadi bermula daripada bahagian sudut mata dalam ke luar. Ulangi pula di bahagian bawah mata tetapi mulakan daripada bahagian tengah. Ratakan sedikit dengan menggunakan jari sebagai sentuhan yang terakhir.





























