Petang tadi, kemain happy si kembar dapat main dengan kezen diaorang, kakak Aisyah Zuhairah. Selalunya main berdua tak pun dengan Abang Haziq. Dah Abg Haziq busy dgn sekolah, ada gak peneman utk main. Belon pun boleh laaa..janji main...
Hari ni bermulalah exam SPM..So..untuk anak-anak, adik-adik yang bakal menghadapi Peperiksaan SPM esok.Didoakan korang semua tenang dalam menjawab soalan dan semoga berjaya..Amin
Rasanya, minngu nikan..minggu makan ja..ikutkan masak makan ni cam biasa la..hari hari..tapi minggu ni masak menu lain sikit..tambah pulak my Mom rajin masak..kali ni terlebih rajin la dia masak.. sebabnya nak bagi orang tak sihat makan..kadang2 orang tak sihat ni kurang selera makan..so my Mom masak la menu lain sikit..ha..orang yang tak sihat ni my Brother n my Mak Tok.. Meh kita tengok menu apa yg my Mom masak utk minggu ni..
Cendol..sedap..buat sendiri ni..mmg mabeles..makan plak ngan gula merah + ais..sedap
yg ni..udang masak merah
Yang ni ikan hidup tangkap fresh dari sungai..Ikan sungai tak pun kami panggei ikan darat. Ada ikan haruan, ikan keli, ikan apa lagi ntah..saya pun tak pasti..ikan ni berakhir dengan masakan gulai/kari
Yang ni plak..dah jadi menu wajib kalau beli ayam kampung..kami panggei ayam golek..
Yang ni plak..lempeng buh nyok cicah gulai/kari..
agar agar merah..makan time sejuk2..sedap ni..
Ni la setengah daripada menu yang my Mom masak..klu camni la buat makan untuk sebulan..badan bagai di pum2 la..apa pun masakan My Mom yang paling sedap bagi kami sekeluarga..
Belum pun reda berita puting beliung di Pendang, ni jadi lagi puting beliung di Sungai Baru. Saya pun dapat berita ni dari kawan saya yang dok Sungai Baru. Memang petang tadi dalam pukul 4..hujan dan angin kuat sikit. Maybe saya dok kawasan taman..tak terasa sangat angin kuat tu.
Sekitar pukul 5 lebih tadi, kawan sya ada send whatsapp n gambar..bgtau kawasan rumah dia kena lintasan puting beliung. Maybe dalam 20 buah rumah yang rosak. Setakat ini, tiada kemalangan jiwa yang berlaku.
Ni setengah gambar dari kawan saya, setengah dari carian google.
Sembelit memang selalu terjadi di kalangan bayi. Bayi mengeluarkan najis yang keras dan banyak. Kadangkala najis hanya keluar sekali dalam beberapa hari. Berapa kerapnya seseorang bayi itu mengeluarkan najis berbeza di antara satu bayi dengan bayi yang lain.
Ada bayi yang dapat mengeluarkan najis dengan senang walaupun keras dan banyak dan ada juga bayi yang bukan sahaja sukar mengeluarkan najisnya yang keras dan besar tetapi mendapat kelukaan di bahagian dubur menyebabkan pendarahan pada bahagian itu.
Dicegah Perkara seperti ini perlulah dicegah daripada berlaku kerana mungkin menimbulkan masalah pembuangan najis bagi bayi itu sampai dia dewasa kelak. Sembelit adalah salah satu daripada masalah pemberian makanan yang biasa di kalangan kanak-kanak dan ia menyebabkan ketidakselesaan dalam kalangan bayi.
Sembelit bukan sekadar berapa kali bayi membuang air besar dalam sehari kerana kekerapan membuang air besar amat berbeza antara seseorang bayi dengan yang lain. Yang lebih penting ialah bentuk najis yang dihasilkan. Tanda-tanda sembelit termasuklah ketulan najis yang amat keras dan kekerapan membuang air besar yang kurang daripada biasa. Bayi anda dikatakan mengalami sembelit jika dia kelihatan sakit atau perlu menggunakan daya yang kuat untuk membuang air besar. Semasa membuang najis yang keras, dubur bayi mungkin rekah dan berdarah. Bayi yang mempunyai luka pada duburnya akan enggan membuang air besar untuk mengelakkan kesakitan. Ini memburukkan lagi keadaan sembelit.
Sembelit jarang berlaku di kalangan bayi yang diberi susu ibu. Namun, bayi boleh mengalami sembelit apabila dietnya berubah, misalnya apabila makanan pejal diperkenalkan kepadanya seperti yang dialami oleh bayi puan. Sembelit juga disebabkan oleh dehidrasi seperti yang puan maklum bahawa anak puan tidak suka minum air masak. Pembancuhan susu formula yang tidak mengikut sukatan betul juga boleh mengakibatkan sembelit. Sembelit boleh juga disebabkan oleh masalah perubatan yang serius tetapi ini jarang berlaku. Anda boleh mengambil beberapa langkah yang mudah untuk melegakan bayi anda dan mencegah sembelit daripada berulang seperti mengalakkan bayi lebih bergerak, misalnya anda boleh membaringkan bayi lalu menggerakkan kakinya seolah-olah mengayuh. Ataupun galakkan dia lebih merangkak. Kekurangan aktiviti fizikal akan menyebabkan sembelit, perlahan-lahan urutkan perut bayi dengan pergerakan bulatan selama beberapa minit selain tambahkan serat dalam diet bayi. Misalnya, anda boleh memberikannya jus buah-buahan. Tetapi jangan beri terlalu banyak kerana ia akan mengurangkan pengambilan susu.
Jika bayi anda telah diperkenalkan makanan pejal, anda boleh meningkatkan pengambilan bran, bijiran, buah-buahan segar (contohnya prun, pisang dan aprikot) serta sayuran. Pastikan bayi anda diberi cecair yang mencukupi. Berikannya air masak atau sedikit jus buah-buahan (terutama epal, pir atau prun) di antara penyusuan terutamanya apabila cuaca panas.
Jika bayi mengalami sembelit untuk jangka masa yang panjang atau terdapat tanda-tanda kesakitan yang berulang, maka anda mesti meminta nasihat doktor atau profesional perubatan.
Jangan cuba selesaikan masalah tersebut secara sendiri dengan menggunakan laksatif dan rawatan herba. Ubat-ubatan tidak patut digunakan tanpa nasihat doktor. Susu yang paling baik bagi mengurangkan sembelit adalah susu ibu. Susu ibu adalah makanan terbaik untuk bayi anda.
Zahirah Dzahir.
Part Time Mommy Blogger | Full Time Housewife | Blogger Utara | Blogger Kedah | Mommy Anak 3 termasuk Kembar | Wife Haris Fadilah .
For Collaboration | Advertorial | Review | Event dan sebagainya. Boleh hubungi ieradzahir@gmail.com