Assalamualaikum..
Rasanya, minngu nikan..minggu makan ja..ikutkan masak makan ni cam biasa la..hari hari..tapi minggu ni masak menu lain sikit..tambah pulak my Mom rajin masak..kali ni terlebih rajin la dia masak.. sebabnya nak bagi orang tak sihat makan..kadang2 orang tak sihat ni kurang selera makan..so my Mom masak la menu lain sikit..ha..orang yang tak sihat ni my Brother n my Mak Tok..
Meh kita tengok menu apa yg my Mom masak utk minggu ni..
Meh kita tengok menu apa yg my Mom masak utk minggu ni..
Cendol..sedap..buat sendiri ni..mmg mabeles..makan plak ngan gula merah + ais..sedap
yg ni..udang masak merah
Yang ni ikan hidup tangkap fresh dari sungai..Ikan sungai tak pun kami panggei ikan darat. Ada ikan haruan, ikan keli, ikan apa lagi ntah..saya pun tak pasti..ikan ni berakhir dengan masakan gulai/kari
Yang ni plak..dah jadi menu wajib kalau beli ayam kampung..kami panggei ayam golek..
Yang ni plak..lempeng buh nyok cicah gulai/kari..
Ni la setengah daripada menu yang my Mom masak..klu camni la buat makan untuk sebulan..badan bagai di pum2 la..apa pun masakan My Mom yang paling sedap bagi kami sekeluarga..
- Mummy Ira -
Assalamualaikum..
Belum pun reda berita puting beliung di Pendang, ni jadi lagi puting beliung di Sungai Baru. Saya pun dapat berita ni dari kawan saya yang dok Sungai Baru. Memang petang tadi dalam pukul 4..hujan dan angin kuat sikit. Maybe saya dok kawasan taman..tak terasa sangat angin kuat tu.
Sekitar pukul 5 lebih tadi, kawan sya ada send whatsapp n gambar..bgtau kawasan rumah dia kena lintasan puting beliung. Maybe dalam 20 buah rumah yang rosak. Setakat ini, tiada kemalangan jiwa yang berlaku.
Ni setengah gambar dari kawan saya, setengah dari carian google.
- Mummy Ira -
Assalamualaikum..
Ada bayi yang dapat mengeluarkan najis dengan senang walaupun keras dan banyak dan ada juga bayi yang bukan sahaja sukar mengeluarkan najisnya yang keras dan besar tetapi mendapat kelukaan di bahagian dubur menyebabkan pendarahan pada bahagian itu.
Dicegah Perkara seperti ini perlulah dicegah daripada berlaku kerana mungkin menimbulkan masalah pembuangan najis bagi bayi itu sampai dia dewasa kelak. Sembelit adalah salah satu daripada masalah pemberian makanan yang biasa di kalangan kanak-kanak dan ia menyebabkan ketidakselesaan dalam kalangan bayi.
Sembelit bukan sekadar berapa kali bayi membuang air besar dalam sehari kerana kekerapan membuang air besar amat berbeza antara seseorang bayi dengan yang lain. Yang lebih penting ialah bentuk najis yang dihasilkan. Tanda-tanda sembelit termasuklah ketulan najis yang amat keras dan kekerapan membuang air besar yang kurang daripada biasa. Bayi anda dikatakan mengalami sembelit jika dia kelihatan sakit atau perlu menggunakan daya yang kuat untuk membuang air besar. Semasa membuang najis yang keras, dubur bayi mungkin rekah dan berdarah. Bayi yang mempunyai luka pada duburnya akan enggan membuang air besar untuk mengelakkan kesakitan. Ini memburukkan lagi keadaan sembelit.
Sembelit jarang berlaku di kalangan bayi yang diberi susu ibu. Namun, bayi boleh mengalami sembelit apabila dietnya berubah, misalnya apabila makanan pejal diperkenalkan kepadanya seperti yang dialami oleh bayi puan. Sembelit juga disebabkan oleh dehidrasi seperti yang puan maklum bahawa anak puan tidak suka minum air masak. Pembancuhan susu formula yang tidak mengikut sukatan betul juga boleh mengakibatkan sembelit. Sembelit boleh juga disebabkan oleh masalah perubatan yang serius tetapi ini jarang berlaku.
Anda boleh mengambil beberapa langkah yang mudah untuk melegakan bayi anda dan mencegah sembelit daripada berulang seperti mengalakkan bayi lebih bergerak, misalnya anda boleh membaringkan bayi lalu menggerakkan kakinya seolah-olah mengayuh. Ataupun galakkan dia lebih merangkak. Kekurangan aktiviti fizikal akan menyebabkan sembelit, perlahan-lahan urutkan perut bayi dengan pergerakan bulatan selama beberapa minit selain tambahkan serat dalam diet bayi. Misalnya, anda boleh memberikannya jus buah-buahan. Tetapi jangan beri terlalu banyak kerana ia akan mengurangkan pengambilan susu.
Jika bayi anda telah diperkenalkan makanan pejal, anda boleh meningkatkan pengambilan bran, bijiran, buah-buahan segar (contohnya prun, pisang dan aprikot) serta sayuran. Pastikan bayi anda diberi cecair yang mencukupi. Berikannya air masak atau sedikit jus buah-buahan (terutama epal, pir atau prun) di antara penyusuan terutamanya apabila cuaca panas.
Jika bayi mengalami sembelit untuk jangka masa yang panjang atau terdapat tanda-tanda kesakitan yang berulang, maka anda mesti meminta nasihat doktor atau profesional perubatan.
Jangan cuba selesaikan masalah tersebut secara sendiri dengan menggunakan laksatif dan rawatan herba. Ubat-ubatan tidak patut digunakan tanpa nasihat doktor. Susu yang paling baik bagi mengurangkan sembelit adalah susu ibu. Susu ibu adalah makanan terbaik untuk bayi anda.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Kesihatan/20130217/kn_01/Mengatasi-sembelit-bayi#ixzz2LZai7wDv
© Utusan Melayu (M) Bhd
----------------------------------------
Assalamualaikum..
Secara umumnya, penggunaan produk tradisional memerlukan tempoh masa lebih lama untuk memberi kesan kepada pengguna berbanding ubat terkawal.
Ujian dibuat ke atas produk tradisional ketika proses pendaftaran produk menjurus ke arah kualiti dan keselamatannya kepada pengguna saja berbanding produk berdaftar kategori lain yang diuji keselamatan, kualiti dan keberkesanannya.
Oleh itu pengguna tidak boleh mengharapkan kesan segera dengan penggunaan produk tradisional. Kecenderungan pengguna mengambil suplemen kesihatan atau produk tradisional untuk meningkatkan taraf kesihatan mendorong segelintir pengeluar produk tidak bertanggungjawab mencampurkan bahan terlarang ke dalam produk mereka.
Aktiviti itu dilakukan bagi meyakinkan pengguna kononnya produk berkenaan berkesan sebagaimana tuntutan dibuat. Hal ini berlaku akibat kerakusan sesetengah pihak yang cuba mengaut keuntungan dengan mengambil kesempatan terhadap golongan yang ada keinginan untuk meningkatkan taraf kesihatan mereka.
Sikap penguna yang inginkan kesan cepat tanpa mempedulikan akibatnya turut menyumbang kepada kewujudan gejala ini.
Pemantauan Bahagian Penguatkuasa Farmasi mengesan kewujudan produk tradisional seperti jamu dan maajun menggunakan nombor pendaftaran milik produk lain dan melekatkan hologram palsu untuk menunjukkan seolah-olah produk itu berdaftar dan diluluskan.
Pengguna terpedaya dengan muslihat ini dan membeli produk yang tidak diketahui statusnya. Ada juga produk didapati menggunakan alamat palsu dan tidak dapat dikesan sumber sebenarnya.
Pengguna boleh menyemak kesahihan nombor pendaftaran produk dengan melayari www.pharmacy.gov.my. Nombor pendaftaran atau nama produk yang tidak wujud dalam sistem dikhuatiri palsu dan harus dielak.
Bahan larangan yang biasa dikesan dalam produk tradisional seperti maajun atau jamu tidak berdaftar adalah bahan aktif bagi ubat terkawal yang hanya boleh dibekalkan oleh pengamal perubatan berdaftar atau oleh ahli farmasi.
Antara bahan larangan yang dikesan adalah ubat tahan sakit seperti phenylbutazone, ibuprofen dan diclofenac, steroid seperti dexamethasone dan prednisolone, ubat rawatan kencing manis seperti metformin dan glibenclamide.
Bahan larangan ini bergantung kepada tuntutan perubatan yang diisytiharkan pada produk itu. Antara tuntutan lazim bagi produk tradisional adalah rawatan sakit tulang, sendi, menambah tenaga dan meningkatkan selera makan.
Pengguna yang mengambil produk tradisional yang dicampur racun terdedah kepada risiko kesan sampingan kerana kuantiti yang dimasukkan ke dalamnya adalah tidak konsisten dan boleh menjadi terlalu tinggi atau rendah. Ini kerana produk itu tidak dikilangkan di premis mengikut piawaian Amalan Pengilangan Baik (GMP).
Pada awalnya pengguna akan merasakan produk itu berkesan dan memberi kesan diingini, namun akhirnya mengalami kesan buruk pengambilan produk.
Kesan sampingan dialami mungkin berbeza antara seorang pengguna dengan pengguna lain bergantung kepada faktor seperti taraf kesihatan, gaya hidup dan pemakanan. Tempoh masa untuk pengguna itu menunjukkan kesan sampingan dan tahap keseriusannya juga berbeza.
Kesan sampingan dialami akibat pengamblan steroid seperti selera makan yang luar biasa, sembab yang ketara (oedema), luka lambat sembuh, meningkatkan tekanan darah, kerosakan buah pinggang dan Cushing's Syndrome.
Kesan pengambilan Phenylbutazone pula menyebabkan pendarahan dalam perut, kesan melecur pada kulit, kabur penglihatan, kegagalan buah pinggang dan Steven-Johnson Syndrome. Pengambilan ubat Anti-Inflamatori Bukan Steroid (NSAIDS) pula menyebabkan gastrik, pendarahan dalam perut dan kerosakan buah pinggang
Pengguna yang mengalami kesan sampingan seperti di atas atau mengalami kesan segera apabila menggunakan produk maajun atau jamu tradisional dinasihatkan berhenti menggunakan produk dan mendapatkan nasihat dan rawatan pengamal perubatan berdaftar.
Sila bawa bersama produk diambil untuk memudahkan pengesanan. Pengguna juga boleh melaporkan salah laku berhubung penjualan produk tidak berdaftar kepada pejabat Cawangan Penguatkuasa Farmasi di negeri masing-masing sama ada dengan datang sendiri, melalui surat atau telefon ke Bahagian Perkhidmatan Farmasi.
Semua maklumat diterima adalah rahsia dan tidak akan disebarkan kepada pihak lain. Sebarang pertanyaan lanjut mengenai ubat-ubatan, boleh hubungi Pusat Panggilan Farmasi Kebangsaan (National Pharmacy Call Centre-NPCC) di talian 1800 88 6722.
http://www.hmetro.com.my/